Selasa, 30 Ogos 2022

Beli Kereta Baru Tapi Tak Tahu Pilih Insurans Terbaik? Jom Dapatkan Maklumat Di Sini!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kita tahu bila sebut sahaja tentang Insurans kereta pasti semua akan mengeluh kan? LeYa pasti korang nak kan perlindungan insurans kereta yang lebih murah. Nak atau tak semua pemandu di Malaysia memerlukan dua perkara penting ini iaitu insurans dan cukai jika ingin memandu di jalan raya di Malaysia ini. Jika tidak, jangan sesekali korang biarkan diri korang terperangkap dalam situasi yang tidak dingini.

Sumber Photo: google.com.my

Sama ada korang suka atau tidak, sama ada ia mahal atau tidak, korang tetap perlu mendapatkan insurans kereta atau di bawah seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987, korang akan dikenakan penjara maksimum 3 tahun dan/atau denda sehingga RM1,000.

Jadi, jom ikuti Blog LeYa untuk ketahui Bagaimana Korang Boleh Membandingkan Sebut Harga Insurans Kereta untuk pembelian akan datang!

BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANDINGKAN SEBUT HARGA INSURANS KERETA?

Membeli-belah untuk insurans kereta kadangkala boleh menjadi sesuatu yang mengelirukan. Korang akan mendapat banyak pilihan tentang syarikat yang ingin digunakan dan polisi serta tambahan apa yang perlu dibeli. Ingat, kunci untuk mencari tawaran yang terbaik ialah membandingkan sebut harga daripada syarikat insurans yang berbeza.

Perbandingan semasa membeli-belah adalah penting jika korang ingin mendapatkan tawaran yang baik untuk insurans kenderaan. Ini adalah kerana penanggung insurans melihat pembolehubah perbandingan, namun mereka mempunyai "ramuan rahsia" mereka sendiri mengenai penetapan kadar. Jadi, dua syarikat insurans boleh mengenakan kadar yang sangat berbeza terhadap pemandu yang sama. Jadi, membandingkan sebut harga daripada banyak syarikat insurans adalah salah satu cara terbaik untuk menjimatkan wang. Dan serius, proses ini tidak mengambil masa yang lama. Dengan hanya sedikit masa dan usaha, korang boleh mendapatkan sebut harga dan perlindungan insurans kereta terbaik yang bagus buat kereta korang.

Sumber Photo: google.com.my

Tetapi, Apa Itu Sebut Harga Insurans Kereta?

Sebut harga insurans kereta ialah anggaran percuma amaun yang akan korang bayar untuk perlindungan korang. Ia bergantung kepada beberapa komponen, termasuk umur korang, sejarah pemanduan, jenis kenderaan yang dipandu, tempat tinggal korang dan tuntutan insurans kenderaan korang yang terdahulu. Setiap syarikat insurans kenderaan mempunyai resepinya sendiri untuk menentukan kadar insurans kenderaan, itulah sebabnya penting untuk membandingkan sebut harga insurans kenderaan daripada banyak syarikat insurans. Korang boleh menjimatkan lebih banyak wang untuk polisi yang sama di syarikat yang lain.

Apakah Maklumat Yang Perlu Saya Berikan Untuk Mendapatkan Sebut Harga Insurans Kereta?

Untuk membuatkan keseluruhan proses berjalan semudah yang dijangkakan, korang perlu mempunyai data-data atau maklumat seperti berikut:

Lesen Memandu

Jika terdapat ramai pemandu berbeza di dalam keluarga korang, korang juga memerlukan data lesen memandu mereka.

Nombor pengenalan kenderaan (VIN)

Korang biasanya boleh menemui VIN pada 'dashboard' sisi pemandu kenderaan atau dicetak pada pelekat di pintu sisi pemandu. Korang belum membeli kenderaan itu lagi, tetapi korang sudah mempunyai idea tentang apa yang korang nak beli dan meminta vendor untuk VIN. Jika korang belum memilih kenderaan korang pada waktu ini, korang biasanya boleh mendapatkan sebut harga dengan jenama dan model kenderaan.

Jarak Tempoh

Jika korang telah memiliki kenderaan itu, ia membantu jika korang mempunyai bacaan odometer.

Jumlah polisi yang korang mahukan

Korang perlu memahami jenis polisi yang ingin korang beli dan berapa jumlah polisi yang diperlukan. Jika korang tidak tahu, adalah bijak untuk berbincang dengan pakar insurans yang boleh membantu menjawab segala persoalan korang.

Syarikat insurans juga akan mengumpul maklumat lain tentang korang, seperti sejarah pemanduan korang, tuntutan insurans kereta yang lalu, skor kredit dan sebagainya.

Sumber Photo: google.com.my

Bagaimana Untuk Memutuskan Perlindungan Yang Tepat?

Jenis polisi dan jumlah perlindungan yang korang pilih akan sangat mempengaruhi sebut harga insurans kereta korang. Walau bagaimanapun, jangan terlalu tertumpu pada kos dan mengabaikan perlindungan yang penting. Sekiranya korang membeli insurans yang tidak mencukupi, korang akan mempunyai jurang perlindungan yang boleh menyebabkan korang mempunyai masalah kewangan yang besar sekiranya korang terlibat dalam kemalangan.

Adakah korang sedang mencari cara terpantas untuk membandingkan sebut harga tanpa perlu mengisi pelbagai borang, borang permohonan yang panjang? Apa kata, jom try di Fincrew.my. Dengan Fincrew, korang pasti dapat sebut harga insurans yang sebenar, tepat dan berpatutan daripada berpuluh-puluh syarikat insurans di satu tempat.

Filem Anak Rimau The Movie Inspirasi Belia Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa dijemput untuk menghadiri satu tayangan perdana Filem "Anak Rimau The Movie (Anak Rimau)" di pawagam Dadi Cinema, Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Malam Gala tersebut berlangsung sangat meriah dengan dihadiri beberapa dif kehormat yang turut menyokong filem ini seperti YAM Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Arif Temenggung Pahang Tengku Fahd Mua'adzam Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, YM Tengku Dato' Hishamuddin Zaizi bin YAM Tengku Azman Shah Al-haj, YB Encik Syirfan Indra Mitra Suryabin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal FINAS, YBhg. Datuk Santokh Singh Gurdial Singh PMW DSIS AMN, YBhg. Datuk N. Thanabalan A/L Nadarajah, YBhg. Dato' Zainal Abidin Hassan, mewakili bekas pemain lagenda bola sepak Malaysia, Farah Ann, bekas Olimpian gimnastik negara, wakil daripada Persatuan Bolasepak India Malaysia (MIFA) dan Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), barisan pelakon dan artis serta rakan media.


Filem Anak Rimau ini merupakan sebuah cerita berlatarkan bola sepak yang dibarisi pelakon ternama Malaysia untuk menghasilkan satu kisah yang menyentuh hati yang menyalurkan nilai kekeluargaan, keputusan sukar, integriti dan persahabatan. Pelancaran filem ini juga selari dengan bulan kemerdekaan dan mampu menyuntik semangat patriotik dalam kalangan rakyat serta kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan melabuh tirai tidak lama lagi.


Filem Anak Rimau diterbitkan oleh Keeklr Films dengan kolaborasi Majlis Sukan Negara (MSN) serta dibawa kepada korang semua oleh Cyberlynx International College. Penerbit filem ini adalah Fadzil Manap dan pengarahnya Areel Abu Bakar, filem ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Beto Kusyairi, Idan Aedan, Azhan Rani dan Adam Corrie serta beberapa pemain dari Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Bola Sepak NEgara (NFDP).


Sinopsis Filem Anak Rimau The Movie

Anak Rimau mengisahkan sekumpulan anak muda yang berbakat tinggi dalam bola sepak yang juga terdiri daripada latar belakang dan pelbagai kaum ketika menyertai Akademi Bola Sepak Malaysia (Anak Rimau Academy). Mereka mengharungi pelbagai cabarai sebagai seorang individu dan juga secara berpasukan ketika menghadapi fasa baru dalam kehidupan bola sepak. 

Oleh itu, pemain perlu menentang cabaran peribadi dan halangan-halangan pasukan mereka sebelum berfikir tentang kemenangan. Keazaman dan ketabahan pemain diuji melalui kerjasama, isu keluarga, halangan hidup dan perlumbaan untuk menjadi yang terbaik bagi memenangi Piala Jemputan Bola Sepak Belia ASEAN.


Filem
Anak Rimau The Movie

Penilaian
7/10

Penerbit
Johan Abdullah, Yusri Yusof, Obiet Panggrahito dan Fadzil Manap

Pengarah
Areel Abu Bakar

Genre
Sukan

Pelakon
Beto Kusyairi, Idan Aedan, Azhan Rani, Adam Corrie serta pemain dari Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) dan Program Bola Sepak NEgara (NFDP)

  

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker turut memuji pasukan produksi Anak Rimau atas kecekalan menerbitkan filem ini kerana kebanyakan penggambaran filem ini dilengkapkan pada tahun 2019. Namun, dek kekangan penularan wabak Covid-19, ianya terpaksa ditangguhkan ke tahun 2022. Produksi Anak Rimau berjaya membuktikan yang setiap cabaran dan dugaan pasti ada jalan penyelesaian sekiranya kekal berjuang sebagai satu negara. Filem ini turut menekankan aspek nilai kebaikan yang akan sentiasa datang buat mereka yang senantiasa mempunyai iman dan keberanian seperti slogan Anak Rimau The Movie - "bola itu bulat".


Hari ini kita tahu sesebuah filem memainkan peranan utama sebagai medium komunikasi kepada anak muda untuk melakukan perubahan dalam masyarakat. Justeru, filem memberi impak dan pengaruh atas gaya hidup individu serta gaya pemikiran dan pandangan terhadap masyarakat. Filem Anak Rimau ini bukan sahaja memberi semangat kepada anak muda tetapi bertindak sebagai medium pendidikan, informasi dan hiburan yang akan membantu seseorang individu membina asas yang kukuh untuk transformasi negara.


Overall, LeYa suka akan filem Anak Rimau ni kerana memiliki banyak nilai-nilai murni yang kita boleh ambil especially anak muda hari ini untuk lebih berdaya saing, berani menempuhi cabaran dan dugaan serta tidak mudah menyerah kalah. Dari segi sinematografi filem ini mungkin ada sedikit kekurangan namun kita perlu berbalik kepada nilai murni yang cuba diterapkan di dalamnya.

Jadi, LeYa menyeru kepada peminat bola sepak dan peminat filem untuk serbu pawagam berdekatan korang pada 1 September 2022 sebagai sokongan padu industri perfileman Malaysia dengan menonton Anak Rimau The Movie bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Kejohanan Piala Dunia 2022. 


Korang juga boleh dapatkan merchandise eksklusif Anak Rimau yang direka khas oleh Al-Ikhsan Sports menerusi laman web www.al-ikhsan.com dan www.alsports.com.my dengan harga serendah RM19.90 sehingga RM99.00.

Sabtu, 27 Ogos 2022

Me'nate Steak Hub Perkenalkan Menu Istimewa Merdeka Meat Fiesta 2022 Bersempena Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sambutan hari kemerdekaan semakin menghampiri negara kita. LeYa pasti ramai dalam kalangan korang sedang tercari-cari lokasi meraikannya bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Jom LeYa bawa korang untuk menikmati menu istimewa yang dibawakan khas oleh Me'nate Steak Hub.

Menu Istimewa Merdeka Meat Fiesta 2022

Menerusi kerjasama dari Tourism Malaysia, Me'nate Steak Hub telah melancarkan kempen Merdeka Meat Fiesta 2022 sebagai usaha memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotik kepada negara menjelang Hari Kemerdekaan. Majlis pelancaran ini telah diadakan serentak dengan pembukaan besar-besaran cawangan ke-10 Me'nate Steak Hub di The Curve, Mutiara Damansara yang mana ia merupakan cawangan pertama yang dibuka dalam pusat beli-belah.

Majlis Pelancaran Merdeka Meat Fiesta 2022

Me'nate menampilkan Merdeka Meat Fiesta 2022 bagi menggalakkan penggiat industri dan orang ramai untuk mempamerkan budaya dan tradisi secara terbuka sempena sambutan gemilang kemerdekaan tahun ini. Ini kerana pada tahun 2022 ini merupakan tahun pertama peralihan ke fasa endemik.
YBrs. Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan Domestik & Acara Tourism Malaysia berkata, "Sungguh teruja melihat jenama tempatan seperti Me'nate membawa budaya tempatan kita dengan bangga dan secara kreatif menggabungkan hidangan tempatan dalam menu mereka sempena musim Merdeka ini. Saya berpendapat, ini merupakan cara terbaik untuk menzahirkan semangat patriotik seseorang dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana melaksanakan inisiatif ini sebagai peneraju industri terkemuka dalam memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia demi melahirkan semangat patriotisme, dengan cara mereka sendiri. Inisiatif ini bukan hanya untuk meningkatkan semangat semasa Merdeka sahaja, tetapi dasarnya memacu penyediaan dan makan makanan yang baik untuk segmen pelancongan dengan menggambarkan keindahan Kemerdekaan Malaysia kepada dunia melalui media sosial dan sebagainya."
Majlis Pelancaran Merdeka Meat Fiesta 2022

Menu Istimewa Merdeka Meat Fiesta 2022 

Jadi, jom ikuti LeYa untuk lihat hidangan istimewa Merdeka Meat Fiesta 2022. Me'nate menampilkan menu seperti Malaysian Daging Bakar, Merdeka Fried Quail dan Lamb Jalur Gemilang yang digandingkan dengan beberapa sos istimewa Malaysia. Rasanya pun LeYa amat menggemarinya.

Lamb Jalur Gemilang

Malaysian Daging Bakar

Merdeka Fried Quail

Oh ya! Korang jangan dilupakan juga kepada minuman yang turut disesuaikan dengan tema seperti Kopi Tarik 65, Teh Tarik 1957, Bandung Bunga Raya dan Soda Kebangsaan. Hidangan bertemakan Merdeka ini korang boleh dapatkan di semua cawangan Me'nate Steak Hub di seluruh negara sehingga 16 September 2022.

Teh Tarik 1957 & Kopi Tarik 65

Soda Kebangsaan & Bandung Bunga Raya

Dalam kita menuju era dunia yang semakin berkembang pesat, makanan amat memainkan peranan penting dalam menghubungkan masyarakat daripada budaya, latar belakang dan etnik yang berbeza sejak dari dulu lagi. Jadi, tidak hairanlah Me'nate melancarkan kempen ini agar kita semua dapat menikmatinya di samping mengekalkan tradisi tempatan ke persada dunia.

Majlis Pelancaran Merdeka Meat Fiesta 2022

Overall, LeYa memang sangat suka dan ternyata dagingnya segar dan sangat sedap. Kalau korang nak tahu lagi Me'nate turut menawarkan tawaran menarik menerusi Merdeka Meat Fiesta 2022 dengan memberi diskaun 20 peratus untuk semua hidangan daging bermula 20 Ogos sehingga 31 Ogos 2022. Apa tunggu lagi? Korang kena lah grab laju-laju ye!

 
Tawaran Diskaun 20% Merdeka Meat Fiesta 2022

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman media sosial di bawah:

Website

Instagram

Facebook

Twitter

Menu Istimewa Merdeka Meat Fiesta 2022

Coffee Art Caricature

Turut hadir, Farah Ann - ahli gimnastik negara

Selasa, 23 Ogos 2022

Makan Malam di Rumah Hantu Sempena Pelancaran Drama Bersiri Remang dan Detik 12 Malam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Lamanya kan dah tak masuk Sunway Lagoon. Awal 1 Ogos hari tu LeYa diberi kesempatan untuk datang kembali ke Sunway Lagoon atas jemputan menerokai misteri mistik dan paranormal bersama "Remang" dan "Detik 12 Malam" yang bersiaran di TV3. LeYa juga akan turut menikmati makan malam di Rumah Hantu di Scream Park, Sunway Lagoon.

Apakah perasaan korang bila berada di situ? Setiap orang LeYa yakin dan pasti mempunyai kisah seram atau ghaib yang pernah dilalui sama ada diri sendiri mahupun orang dikenali. Berpayungkan genre seram, TV3 sudah pun menyajikan dua program terbaru buat korang yang sedang bercerita tentang hal-hal mistik dan paranormal. Jom kita tengok sedikit sinopsis ringkas dari "Remang" dan "Detik 12 Malam" ini.

Drama bersiri Remang

Drama bersiri Remang yang bersiaran menerusi slot tonton Malam Seram pada setiap hari Isnin jam 11.00 malam. Manakala, rancangan majalah Detik 12 Malam kembali ke kaca televisyen pada setiap Jumaat, jam 11.30 malam.

Remang adalah drama bersiri 12 episod terbitan Anomali Media Sdn Bhd, diterbitkan oleh Hariff Ahamat dan diarahkan oleh Khairul Rizam, serta hasil nukilan skrip oleh Sofia J. Rhyland, Intan Zarina Mohd Yasin dan Adza Irdawati Adenan. Kompilasi cerita-cerita seram ini dihidupkan lagi oleh pelakon handalan tanah air seperti Syafie Naswip, Azrel Ismail, Emma Maembong, Chacha Maembong, Aween Ismail, Natasha Elyzza dan ramai lagi. Pelakon-pelakon drama seram terbaharu ini juga turut mengalami adegan seram sebelum mereka sempat membawakan watak mereka ke kaca tepevisen.

Setiap episod memaparkan kisah mendebarkan berbeza yang diterima oleh Ejay (Syafie Naswip), seorang DJ radio yang dihubungi oleh rata-rata pendengar yang ingin berkongsi pengalaman mistik dan ghaib mereka di slot program Remang Malam radio tersebut. Setiap malam Ejay akan mendengarkan perkongsian mereka dengan penuh teliti, dan memberi kata nasihat atau tips yang bersesuaian dengan pengalaman diceritakan. Antara kisah-kisah yang dipaparkan di dalam setiap episod adalah Dendam Saka, Pakcik Tumpang, Botol Puaka dan lain-lain. 

Program majalah Detik 12 Malam

Program majalah Detik 12 Malam merupakan sebuah program yang cukup sinonim dengan cerita seram dan gelaran pemburu hantu mereka. Majalah dokumentari musim ini diarahkan oleh Khirul Fikry Mustafa dan diterbitkan oleh Mohd Jamira Ramli. Kini kembali dengan musim kelima bersama hos Saiful Azmi Jamsari, Detik 12 Malam menemui penonton dengan sedikit kelainan. Musim ini akan menyaksikan aktiviti paranormal yang benar-benar dilalui oleh individu-individu lokal, selebriti terkenal dan penyiasat paranormal sebagai tetamu jemputan mingguan untuk berkongsi pengalaman gangguan mistik yang mereka lalui. Tetamu jemputan yang juga dikenali dalam dunia penyiasatan paranormal dan mistik adalah John Bear, Solo Ambush, Naufal Dark Tourism, dan AY studio.

 

Detik 12 Malam bakal menayangkan topik-topik menarik seperti penjaga kubur, galeri pameran lama dan kisah pempengaruh tentang misteri rimba rekreasi dan banglo tinggal lama. Tetamu jemputan juga akan turun padang di lokasi siasatan bagi membuat ujian paranormal. Adakah mereka cukup berani untuk melalui aktiviti paranormal sebegitu? 


Pengalaman Makan Malam Di Rumah Hantu

Okay... Now jom LeYa kongsikan sedikit pengalaman LeYa berada hampir 2 jam menikmati hidangan makan malam di Rumah Hantu. hehe... Ditemani hantu, korang dapat rasakan tak suasana ketika makan malam tu. Korang jangan takut-takut tau! Jom tengok menu apa yang LeYa makan sehingga kekenyangan. 






Dekorasi setiap hidangannya pun mengikut genre seram. Teruja tak tengok? Hehe... Let's try to make different! By the way, hidangan yang disediakan bukanlah yang pelik-pelik mana pun. Menunya lebih kepada Western seperti Spaghetti, Carbonara, Sausage, Nachos, Sup Merah dan banyak lagi. Minuman pula adalah Air Mirinda Strawberry yang disediakan dalam satu beg darah. 


 

Sekali tengok semacam makan di Hogwarts School Harry Potter kan... Hehe... Cantik dan sebab tu LeYa tak lepas-lepas dari bergambar pada semua ruang. Bila syok-syok tengah makan tu, tiba-tiba keluar hantu dari tepi pintu dan tingkap. Memang ramailah yang melatah dek terkejut. Hahaha... Apa pun tak boleh! Mujur tak tercekik.

 

Overall, okay je. LeYa memang suka cabar diri LeYa untuk lebih berani. Lagi-lagi untuk berjaya, kita kena berani dan terus bertindak tanpa alasan. Ketakutan perlu dipadamkan. Tak gitu! 



Memandangkan drama bersiri Remang dan rancangan majalah Detik 12 Malam dah pun berlangsung, korang yang dah tonton tu teruskan lah tonton sampai episod akhir ye. Kalau takut nak tidur malam tu, letak al-Quran kat sebelah taw! Hehehe... Ok tunggu di next entry ye!

Ahad, 21 Ogos 2022

Bercuti di Suasana Kehijauan dan Rasai Kepelbagaian Aktiviti di Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Baru-baru ni LeYa telah mengunjungi sebuah resort dalam hutan di Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) yang terletak di Rawang, Selangor kerana dijemput untuk menyertai Fam Trip / Hari Terbuka dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 pada 1 Ogos 2022. 

Commonwealth Eco Forest Park & Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 yang berlangsung pada tahun 1993. Memiliki kawasan seluas 260 hektar, terdapat banyak aktiviti eco-tourism yang korang boleh buat di sini seperti tapak camping / glamping, chalet, ATV, berkayak, trek jogging, denai mendaki dan banyak lagi aktiviti untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah dalam percutian.

RTERK terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong yang mana jarak dari Kuala Lumpur hanya 30 minit sahaja dan sekaligus menjadikan lokasi ini sangat sesuai untuk dikunjungi pada hujung minggu.

Bagi trip kali ini, LeYa dibawa Tourism Selangor untuk explore kawasan RTERK menerusi konsep Explorace. LeYa dan rakan-rakan media lain diberi tugas untuk menyelesaikan semua aktiviti tugasan dan perlu mendapatkan cop pengesahan selepas selesai membuat kesemua aktiviti.

RTERK memang sangat cantik dengan suasana yang penuh menghijau dan sesuai untuk korang bergambar dan buat aktiviti bersama rakan-rakan mahupun keluarga. Senang kata, kawasannya luas dan selesa untuk anak-anak bermain.

Pengembaraan kami bermula pagi itu dengan senamrobik walaupun LeYa tidak berkesempatan buat aktiviti senaman pagi dek kelewatan train dari Kajang. Hehe... Kemudian, kami diberi sarapan pagi dan sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti explorace seterusnya.


Dalam explorace, LeYa memang tak lepaskan peluang untuk meneroka seluruh kawasan RTERK dengan menjalani semua aktiviti yang disediakan. Jom tengok LeYa selesaikan kesemua checkpoint yang ada di situ. Kalau korang datang ke RTERK, korang kena cuba dan buat segala aktiviti yang ada bila berkunjung dan bercuti di sini. 

Checkpoint 1 : Mini Flower Garden Cik Bunga


Checkpoint 2 : Cik Bunga Telefon Booth
Checkpoint 3 : Cafe Loaves & Bites

 

Checkpoint 4 : Welcome Bamboo


Checkpoint 5 : Roandabout RTERK


Checkpoint 6 : The White Cottage


Checkpoint 7 : River Cottage Area


Checkpoint 8 : Lubarcamp


Checkpoint 9 : Black Indiana


Checkpoint 10 : Forest by Cik Bunga


Checkpoint 11 : Aktiviti Berkayak

 
 

Checkpoint 12 : Aktiviti Berbasikal

 

Checkpoint 13 : Aktiviti Electric Scooter


Checkpoint 14 : Aktiviti ATV Ride


Overall, memang sangat seronok dapat berehat dan santai dekat sini dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Korang yang datang nak stay kat sini boleh pilih untuk menginap di villa atau khemah. Confirm korang akan dapat banyak pengalaman bila datang ke sini.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Tourism Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Maklumat lanjut, boleh layari

Resort Taman Eko Rimba Komanwel
Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang,
Compartment 3, 48000 Rawang, Selangor.

Website