Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Hai korang... Kali ni LeYa nak kongsi Day Trip LeYa ke Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur bersama saudara mara LeYa ke Jurassic Dinosaur Adventure Park. Kalau korang nak tahu ia adalah yang pertama di Malaysia dan dibuka khusus untuk kanak-kanak merasai pengalaman dan alami sendiri permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah. Jom, ikuti selanjutnya!
Kita tahu dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak kerana ia merupakan makhluk yang mempesonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem. Jadi, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelacongan Asia membawakan khas Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk memberi pengalaman kepada para pengunjung di era Jurassic.
Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz sebenar dan menggambarkan kehidupan di habitat mereka serta mampu bergerak dan menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Korang yang datang boleh bergambar sakan bersama dinosaur-dinosaur ni.
Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka sehingga 31 Ogos 2022 bertempat di Pavilion Bukit Jalil. Korang bolehlah datang dan bawa anak-anak untuk alami keriangan di taman tema ini dan terdapat pelbagai aktiviti dan sukan menarik yang menyeronokkan turut disediakan. Jom kita tengok apa aktiviti yang ada!
Hutan Pra-Sejarah
Melangkah sahaja masuk, korang akan terpegun melihat pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup dan menyambut kedatangan korang dengan ngauman mereka! Korang dibenarkan untuk berswafoto tetapi awas, jangan sampai digigit ye!
Menunggang Dinosaur Favourite Korang
Kat sinilah korang jangan lepaskan peluang tau! Korang kena alami pengalaman menunggang dinosaur pilihan korang dan pegang erat-erat agar tidak jatuh.
Keretapi Express Dino
Jom semua! Naik keretapi! Choo Choo! Ini bukan keretapi biasa-biasa tau korang. Dengan Dino Express, korang pasti alami pengalaman di luar jangkaan.
Gelongsor Gunung Berapi
Keadaan hangat di gunung berapi! Jom bergelongsor di gelongsor 3 meter untuk lari-lari dari lahar yang panas mendidih! Ayuh! Masa tidak menunggu kita!
Ruang Permainan Menggali Tulang Dinosaur
Permainan Menembak Dino Hunting
Interactive Fun Slide (Gelongsor Interaktif Keriangan)
Gelongsor keriangan ini akan membuatkan anak korang tidak berhenti bermain. It's a fun!
Jadi, tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat booking tarikh yang korang nak dan datang untuk rasai pengalaman bersama Dino!
- Tiket Hari Biasa dan Hujung Minggu boleh didapati dengan diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8.
- Korang juga boleh nikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Biasa dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50.
- Sah dari hari ini sehingga 31 Ogos 2022.
- Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan, sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa.
- Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022
Menarik ni, kena pergi jugak ni
BalasPadamYe betul tu... Sebelum tamat, jom singgah!
PadamBest ! 👍
BalasPadamMemang best! Jangan lupa tag LeYa kalau pergi ye.. Hehe...
Padamseronok sungguh la kalau budak2 dapat ke sini kan..
BalasPadamBetul3x... (upinipin kata) Sampai ada yang taknak balik duk punya syok main tu
PadamBaru tahu ada urassic Dinosaur Adventure Park kat Pavi ni. Budak budak lah paling seronok kalau pergi tempat macam ni. Bagus jugak tu banyak aktiviti selain tengok Dino saja.
BalasPadamBaru tahu ada urassic Dinosaur Adventure Park kat Pavi ni. Budak budak lah paling seronok kalau pergi tempat macam ni. Bagus jugak tu banyak aktiviti selain tengok Dino saja.
BalasPadamBetul3x... Memang budak² tak ingat nak balik bila dah datang sini
PadamWahh best nyaaaa seronok budak2 kalau masok kat sini. Memang duk dalam 1 hari suntuk lah baru berbaloi hehe
BalasPadam