Ahad, 31 Julai 2022

Lagu Tema Juang, 'Wira Hatiku' Didendangkan Oleh Datuk Sheila Majid Buat Para Pejuang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tidak ada yang lebih besar dari erti perjuangan yang perlu mengorbankan bukan sahaja tenaga atau wang ringgit, tetapi insan tersayang.

Itulah perjuangan yang dilakukan oleh hampir semua 'pemain' barisan hadapan atau frontliners saat berhadapan situasi genting dan kritikal pandemik COVID 19 yang bukan sahaja melanda dunia, tetapi Malaysia, dua tahun lalu.

Sejarah penuh warna itulah akhirnya melahirkan filem Juang, kolaborasi bersama oleh Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor dari Suhan Movies dan Jack Lim dari The Film Engine selaku Penerbit Eksekutif.

Menguatkan jalan cerita yang diarahkan oleh lima sutradara berprolifik besar negara ini adalah sebuah lagu tema yang didendangkan oleh pesohor seni suara, Datuk Sheila Majid.

Diberi judul Wira Hatiku, lagu dengan lirik dan komposer dari Rynn Lim ini merupakan sebuah dedikasi yang ditujukan khas buat semua para pejuang yang telah berkorban dalam setiap keperitan menentang ‘liar’nya virus COVID 19 sekaligus merubah hampir keseluruhan kehidupan manusia di dunia.

Pembabitan Sheila Majid meminjamkan suara emasnya dalam projek ini adalah sebuah pengiktirafan bukan sahaja untuk produksi Juang, tetapi juga menghargai frontliners yang banyak melakukan pengorbanan demi memastikan setiap satu rakyat dan negara kita berada dalam keadaan terbaik.

“Saya selalu ingin melakukan sesuatu untuk frontliners, sesuatu yang sangat bermakna buat mereka.

“Jadi untuk terlibat menjayakan projek mega ini secara langsung, mendendangkan lagu Wira Hatiku adalah sebuah penghormatan yang cukup besar terhadap setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kita semua,” ujar Sheila Majid yang menyifatkan Wira Hatiku sebagai sebuah lagu yang ‘cantik untuk didendangkan.

Wira Hatiku didukung dengan pasukan pemuzik profesional yang tidak mahu terlepas momen bergabung dalam sebuah projek bersejarah ini.

Mereka adalah pemuzik orkestra dari Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang memberikan persembahan penuh penghormatan sambil dikuatkan dengan susunan muzik dari Mac Chew.

Ketua Bahagian Pembangunan Bakat Malaysian Philharmonic Orchestra, Ahmad Muriz Che Rose teruja kerana diberi penghormatan untuk terlibat dengan projek yang disifatkannya sebagai epik ini.

“Peluang yang diberi oleh pihak produksi untuk kolaborasi ini bersama Datuk Sheila Majid dan karya epik sebagai tribute untuk frontliners kita ini adalah sebuah kerjasama yang baik dan kami amat menghargainya,” kata Ahmad Muriz Che Rose.

Wira Hatiku yang diterbitkan oleh Cheng Lee dan Elaine Soong kemudian dirakamkan secara orkestra oleh Peter Chong dengan bantuan Hep Kim Fai dan Chong Soon Jet.

Rakaman serta mixing juga dari Peter Chong dan mastered oleh Cheng Lee @ Prodigee Studio.

Muzik video Wira Hatiku tajaan Cuckoo, Dutch Lady, Ogawa bersama beberapa penaja lain, dirakamkan dalam dewan Filharmonik disulam dengan adegan yang meruntun jiwa cukup melahirkan rasa patriotisme buat penonton, apa lagi mengenang bukan mudah kehidupan yang diharungi saat pandemik tanpa bantuan dan sokongan para frontliners.

Jangan lepaskan peluan untuk menyaksikan muzik video Wira Hatiku!

Juang dibarisi pelakon seperti Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Zul Ariffin dan ramai lagi akan menemui penonton pada 8 September 2022.

Lagu Tema Juang

Lagu: Wira Hatiku
Penyanyi: Datuk Sheila Majid
Penulis Lirik: Rynn Lim
Komposer:Rynn Lim
Penerbit: Cheng Lee/ Elaine Soong
Keyboard & Susunan Muzik: Mac Chew
Gitar: Jamie Wilson
Orchestra by Malaysian Philharmonic Orchestra
Orchestra Recorded by Peter Chong, Assisted by Hep Kim Fai/ Chong Soon Jet
Recorded by Peter Chong @ Studio 21
Mixed by Peter Chong @ Studio 21
Mastered by Cheng Lee @ Prodigee Studio

JUANG TRAILER!!

Terokai Pengalaman Menarik Era Jurassic Di Jurassic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Kali ni LeYa nak kongsi Day Trip LeYa ke Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur bersama saudara mara LeYa ke Jurassic Dinosaur Adventure Park. Kalau korang nak tahu ia adalah yang pertama di Malaysia dan dibuka khusus untuk kanak-kanak merasai pengalaman dan alami sendiri permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah. Jom, ikuti selanjutnya!

Kita tahu dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak kerana ia merupakan makhluk yang mempesonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem. Jadi, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelacongan Asia membawakan khas Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk memberi pengalaman kepada para pengunjung di era Jurassic.

Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz sebenar dan menggambarkan kehidupan di habitat mereka serta mampu bergerak dan menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Korang yang datang boleh bergambar sakan bersama dinosaur-dinosaur ni.



Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka sehingga 31 Ogos 2022 bertempat di Pavilion Bukit Jalil. Korang bolehlah datang dan bawa anak-anak untuk alami keriangan di taman tema ini dan terdapat pelbagai aktiviti dan sukan menarik yang menyeronokkan turut disediakan. Jom kita tengok apa aktiviti yang ada!


Hutan Pra-Sejarah

Melangkah sahaja masuk, korang akan terpegun melihat pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup dan menyambut kedatangan korang dengan ngauman mereka! Korang dibenarkan untuk berswafoto tetapi awas, jangan sampai digigit ye!




Menunggang Dinosaur Favourite Korang

Kat sinilah korang jangan lepaskan peluang tau! Korang kena alami pengalaman menunggang dinosaur pilihan korang dan pegang erat-erat agar tidak jatuh.



Keretapi Express Dino

Jom semua! Naik keretapi! Choo Choo! Ini bukan keretapi biasa-biasa tau korang. Dengan Dino Express, korang pasti alami pengalaman di luar jangkaan.



Gelongsor Gunung Berapi

Keadaan hangat di gunung berapi! Jom bergelongsor di gelongsor 3 meter untuk lari-lari dari lahar yang panas mendidih! Ayuh! Masa tidak menunggu kita!


 

Jangan Biarkan Kaki Korang Tersentuh Lava Trampoline!

Lahar memenuhi lantai! Permainan imaginasi zaman kanak-kanak menjadi realiti dengan ruang trampolin gunung berapi. Ayuh! Kita tengok setinggi mana anak-anak korang melompat untuk mengelak lantai lahar.


Ruang Permainan Menggali Tulang Dinosaur

Baiklah! Kepada pengembara-pengembara kecil. Tiba masanya untuk korang ambil penyodok dan gali untuk mencari tulang dinosaur. Adakah anak-anak korang mampu mencari kesemuanya? Jom saksikan gelagat dan telatah mereka!


Permainan Menembak Dino Hunting

Sedia, tembak! Uji penggunaaan senapang atau pistol korang dengan permainan menembak di taman tema kembara ini.

Istana Belon Udara Dino Jungle

Kita menjelajah pula taman lantun Dino Jungle dan alami keriangan! Istana belon udara ni menyerupai muka bumi zaman pra sejarah tau.


Ball Pit Interaktif

Korang pasti teruja dengan ball pit yang menarik ni. Keistimewaan ball pit ni, ianya didatangkan bersama skrin interaktif yang menggalakkan korang melontar bola ke arah gol di skrin.

 

Gaung Teka-Teki Binaan

Interactive Fun Slide (Gelongsor Interaktif Keriangan)

Gelongsor keriangan ini akan membuatkan anak korang tidak berhenti bermain. It's a fun!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat booking tarikh yang korang nak dan datang untuk rasai pengalaman bersama Dino!

Harga tiket seperti berikut:

Tiket

Harga

Harga Hari Biasa

RM 55

Harga Hari Minggu

(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)

RM 60

*Harga untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sama. Disarankan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
**Tiket Hari Biasa adalah untuk sesi sehari, manakala Hari Minggu terhad kepada slot masa tersedia

Jimat sehingga RM28 dengan pakej pembelian 4 tiket

Tiket

Harga

Harga Hari Biasa

RM 196

Harga Hari Minggu

(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)

RM 212


  • Tiket Hari Biasa dan Hujung Minggu boleh didapati dengan  diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8. 
  • Korang juga boleh nikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Biasa dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50. 
  • Sah dari hari ini sehingga 31 Ogos 2022. 
  • Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan, sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa.
  • Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022

Untuk pembelian, sila klik pautan 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari

Website

Facebook

Rabu, 20 Julai 2022

Hilangkan Stress Dengan Bermain Game Online Percuma Di Solitaire.org

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Korang pernah tak dengar permainan Solitaire? Alaa... game yang kita main masa dulu-dulu tu. Game legend jugak ni. Sebelum adanya permainan video yang terkini seperti PUBG, Mobile Legend, Roblox dan banyak lagi, Solitaire ni lah tempat kita bermain bersama adik-beradik atau kawan-kawan. Seronok time tu kan? 

Korang nak tahu lagi tak? Rupanya game Solitaire ni masih ada lagi tau! Ianya PERCUMA dan tak perlu muat turun pun. Yang syoknya lagi, ada banyak pilihan berbanding dulu yang hanya ada basic sahaja. Jom ikuti selanjutnya di Blog LeYa.

Bila dah jumpa balik game online Solitaire percuma ni, memang best pulak layan setelah pulang ke rumah dari tempat kerja. Actually, dulu LeYa ni boleh dikatakan kaki game juga. Cuma lately ni agak busy, jadinya dah lama jugalah tak bermain game ni. 

Dia punya seronok dapat jumpa semula game online percuma ni, terus ralit main dan tak sedar hampir satu jam berlalu. Hahaha... Seronok betul tu dapat main game dulu-dulu. 

But actually, kalau korang nak tahu ada je kebaikan bila kita bermain game ni. Walaupun ada yang cakap tak bagus dan kononnya lebih banyak keburukan, tapi korang kena tahu kebaikannya juga.

KEBAIKAN BERMAIN GAME YANG PERLU KORANG TAHU

1. Dapat menghilangkan stress

Mesti korang dari pagi ketika pergi dan balik kerja stress dengan traffic jam dan juga tugasan yang bertimbun-timbun setiap hari. Bila pulang, mulalah rasa nak lepaskan pada isteri atau suami dan anak-anak. Jangan korang! Kesian mereka yang tak bersalah. Mereka perlukan perhatian dari korang sebenarnya. Jadi, ada baiknya jika korang kawal kemarahan korang tu dengan bermain seketika game online percuma ni. Dapatlah korang menghiburkan diri sekejap. Ada banyak je game yang fun tau!

2. Dapat belajar sambil bermain game

Melalui game, sebenarnya kita dapat belajar dan cara strategi untuk menang. Selain itu, dengan arus pemodenan sekarang, ada banyak je game berbentuk pendidikan. Game kira-kira (Matematik), mengeja perkataan (Bahasa Melayu), silang kata, sudoku dan banyak lagi. 

3. Dapat mengasah otak

Kebanyakan game yang ada sebenarnya memerlukan kita untuk fokus, fikir dan belajar sendiri cara bagaimana untuk merangka strategi agar dapat menang game itu. 

4. Dapat memupuk nilai murni positif dalam diri

Antara nilai murni secara positif yang dapat dibentuk ketika bermain game adalah nilai berpasukan, keadilan dan kesabaran. Ini kerana banyak game online yang kita boleh bermain dengan kawan-kawan mahupun keluarga.

SOLITAIRE.ORG ADALAH LAMAN PERMAINAN ATAS TALIAN

Solitaire.org merupakan laman permainan secara atas talian. Korang bolehlah bermain sepuasnya di laman permainan ini. Dan ia juga terdapat koleksi game yang lain seperti:



LeYa memang suka asah minda dengan bermain game cari perkataan ni. Paling best dan win, bergelak tawa bermain siapa dapat dulu dengan sepupu dan adik-beradik. Happening sangat time tu!



Ni pun syok! Tembak bola ikut warna sampai selesai. Kena main laju-laju sebab dikhuatiri nanti bola-bola tu akan dimakan naga. Memang best sangat-sangat!



Zaman sekolah dulu, LeYa pernahlah menang tempat ketiga dalam pertandingan catur peringkat sekolah. So, ini adalah permainan favourite LeYa juga. Korang yang nak berlatih sendiri-sendiri untuk join mana-mana pertandingan, bolehlah bermain di solitaire.org ni. Memang best sebab tiada iklan dan tak perlu nak download.


So, bila dah ada game online ni, harapnya korang dapatlah memanfaatkan teknologi yang ada hari ini. Yang penting, korang jangan biarkan teknologi kawal kehidupan kita. Sebaliknya kitalah yang mengawalnya. Tak salah nak bermain game untuk menenangkan fikiran dan berhiburan bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Tapi, berpadalah dalam bermain game. Okay lah, selamat bermain game online secara PERCUMA di SOLITAIRE.ORG

Jumaat, 15 Julai 2022

Cantik dan Berpatutan! Inilah Makeup Artis Untuk Solekan Majlis Anda

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Nak nikah, bersanding atau bertunang, pasti perempuanlah yang paling sibuk. Mana taknya, dari pelamin sehinggalah bab solekan. Confirm ada saja yang tidak kena nanti. Bagi bakal pengantin lelaki, bersabarlah ye melayan kerenah si bakal isteri. Hehe... Yang penting, LeYa nak cakap adalah keberkatan majlis itu nanti. Jangan sampai membazir tau!

Percayalah, walau seringkas mana majlis yang direncanakan, pasti kita ingin tampil cantik dan berseri. Jadi, LeYa nak kongsi dengan bakal-bakal pengantin semua, yang korang wajib lakukan ketika majlis adalah seri wajah pengantin. Sayanglah kan... baju dah glamour dan cantik, pelamin gah tapi muka kusam. Lagi-lagi bila tersilap ambil mak andam. Serious sayang gila kan! 

Dengan hati yang tulus dan ikhlas, LeYa share kan dengan korang pakar solekan yang sedang meningkat naik yang korang boleh tempah untuk wedding day atau apa-apa majlis yang korang inginkan. LeYa suka tengok hasil solekannya, tidak keterlaluan and of course harganya sangat berbaloi-baloi.



Wow! Tengok tuan empunya badan pun dah tahu kan. Confirm solekan dari beliau pun gorgeous macam beliau. Jom tengok!


Meletop kan? Pasti korang dah mula tak keruan, rambang mata nak makeup artis yang mana. Hehehe... Apa tunggu lagi? Jika korang berkenan dan dah suka dengan MUA yang ni, korang bolehlah booking sebelum beliau fully-booked and jangan malu-malu nak bertanya sekiranya ada pertanyaan. 

Good Luck untuk semua!

Lokasi

Selangor & Kuala Lumpur sahaja

Instagram
@nadhirahrizal

No Telefon
017-417 0757

Isnin, 4 Julai 2022

KBB Burger & Steak | Steakhouse Wajib Singgah Bila ke Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera…

Ada apa di Negeri Terengganu? Apa yang menarik di sana? Of course lah Negeri Terengganu bukan sahaja terkenal dengan budaya tetapi juga mempunyai pelbagai jenis hidangan yang tersendiri. Salah satunya adalah keropok lekor, nasi dagang, laksam, sata dan sebagainya. Kepelbagaian makanan ini menjadikan Terengganu unik. Memang banyak sebenarnya jika kita nak bercakap tentang makanan tradisional yang tak luput dek zaman ini.

Walau bagaimanapun, arus pemodenan yang semakin berkembang hari ini juga tidak membuatkan Terengganu ketinggalan dengan hidangan moden. Tak percaya? Jom ikuti Blog LeYa untuk ketahui makanan barat yang paling padu yang ada di Terengganu. Jom!

KBB Burger & Steak, Terengganu

Restoran yang LeYa maksudkan adalah KBB Burger & Steak yang terletak di Lot 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Ia membawakan makanan western yang sangat istimewa untuk korang rasai pengalaman menikmati masakan barat di sini. Untuk pengetahuan korang juga, KBB Burger & Steak, Terengganu ni merupakan outlet kedua dari baru sahaja dibuka pada penghujung Februari 2022. KBB Burger & Steak pada asalnya hanya dibuka di Kota Bharu. 

Best ke Best bila dah sampai dua outlet ni? Of course lah guys! Memang mantap dan terbaik. Korang pun patut datang dan singgah makan kat sini. Macam teruja pulak kan nak ada outlet kat area KL ni? Agak korang, dia buka tak nanti kat area sini? Takyah jauh-jauh nak ke sana kan.. Hehe...


Bukan itu sahaja, dengan suasana yang eksklusif dan kondusif, LeYa pasti korang akan selesa dan menjadikan restoran ini tempat pilihan untuk bersantai dan berkumpul bersama keluarga mahupun rakan—akan sambil menikmati masakan western yang istimewa itu. Ini kerana, keluasan restoran boleh memuatkan seramai 80-100 orang dalam satu masa. Yang menariknya korang boleh bergambar di mural lembu wagyu dengan penuh bergaya dan memang cukup instagrammable dan style. Korang juga boleh memilih untuk menikmati hidangan sama ada di dalam atau luar restoran.

 

Berteraskan daging lembu, menu di sini mempelbagaikan daging lembu dan potongan-potongannya dalam pelbagai masakan. Semestinya, KBB Burger & Steak sangat terkenal dengan daging wagyu yang cukup lazat. Korang boleh try beef ribs, lamb, steak, burger, pasta dan lain-lain.

Serius LeYa cakap, tak rugi tau korang datang dan makan kat sini. KBB Burger & Steak ada menyediakan pilihan daging terbaik iaitu Wagyu Jepun jenis A5, Australian dan Angus. Fuuuhhhh… Bukan calang-calang dan senang tau korang nak menikmati daging premium ni. Tapi, di KBB Burger & Steak Terengganu, korang pasti dapat menikmatinya mengikut citarasa korang dan pastinya ia sangat berbaloi.

Australian Wagyu Steak


Backribs (Best Seller)


Angus Steak

Selak punya selak menu yang ada, LeYa terpandangkan hidangan Butter Aged Tomahawk. Ya ampun korang! Ni pun ada. Butter Aged Tomahawk ni adalah Dry-Aging Steak yang mana ia disalut dengan mentega khas dan proses menggantung daging ini mengambil masa selama 20-90 hari dalam peti khas. Proses ini membantu melembutkan daging tersebut dan membuatkan rasa daging itu lebih kuat. Barulah aroma keenakan daging itu apabila dinikmati. Yang bestnya, hidangan Butter Aged Tomahawk ni boleh dimakan untuk 4-5 orang bergantung pada saiz yang dipilih.


BUTTERTOMAHAWKGANU

Tidak ketinggalan juga korang boleh hidangkan Mac & Cheese pada anak-anak kecil untuk mereka juga rasai keenakan makanan di sini. Malah, korang juga boleh turut merasai minuman yang diimport khas iaitu Lambda, Merlot dan Malafemmena. Nampak unik kan? Confirm korang teruja nak try kan!

Duk sedap kunyah dan layan daging yang juicy dan hilang dalam mulut ni, LeYa tiba-tiba terfikir, ni kejap lagi confirm mahal nak dibayar. Hehe… almaklumlah LeYa ni bukanlah ada-ada. Tapi keinginan tekak tu besar. So, LeYa agak terkejut bila dapat tahu setiap harga yang disenaraikan. Memang berbaloi buat kita yang marhaen ni. Serius korang kena pergi dan try!

Leya salute juga dengan layanan staffnya yang mesra pelanggan. Sangat mahir dan always smile dengan semua pelanggan walaupun penat. Kalau korang tak tahu order pun mereka akan bantu dan layan korang nak makan steak jenis apa sehingga selesai. Macam LeYa lebih prefer medium rare. Jadi, memang LeYa dapat dengan cukup sempurna tau. KBB Burger & Steak memang terbukti staffnya sangat professional dan terlatih dalam menyediakan hidangan daging yang juicy, padu dan sedap.

Overall LeYa sangat berpuas hati dan confirm akan repeat datang lagi bila bercuti ke Negeri Terengganu. Hidangan yang disediakan dah lah padu, sedap dan berkualiti, malah harga pun berbaloi.

Dah tahu mana tempat makan viral ni, tunggu apa lagi? Jom lah korang datang bercuti ke Kuala Terengganu cepat! Selamat bercuti dan selamat menjamu selera korang!

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
Lot 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin
20000 Kuala Terengganu, Terengganu 

No Telefon
010 – 254 1001
https://kbbterengganu.wasap.my

KBB Burger & Steak Kota Bharu
No 2713 Jalan Kuala Krai
15150 Kota Bharu, Kelantan

No Telefon

010 258 1001
https://kbbdelivery.wasap.my

Waktu Operasi
Setiap hari, 12.00 pm – 11.00 pm (Jumaat, 3.00 pm – 11.00 pm)

Facebook

KBB BURGER & STEAK KOTA BHARU

KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU

Instagram

Tiktok