Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
"Tiara" lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dato' M.Nasir, yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris, menjadi single terkini Raffa Affar, setelah lagu hitnya, "Cinta Sampai Mati".
Raffa Affar, pemuda dari Jawa Barat Indonesia adalah satu nama popular dalam media sosial dengan hampir 4 juta pengikut di aplikasi TikTok, merakam ulang (cover) lagu "Tiara" yang pernah menjadi siulan pada tahun 90an.
Apabila ditanya kenapa memilih "Tiara" daripada beribu lagu malar segar daripada negara jiran Malaysia, Raffa menjawab "lagu ini dekat dalam hati saya dan saya rasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini."
Lagu "Tiara" yang dahulunya adalah lagu 'slow rock, telah dibawakan oleh Raffa dengan cara dan gayanya sendiri. Selain lagu singlenya "Cinta Sampai Mati" viral di TikTok, Raffa terkenal juga dengan suaranya yang unik dan wajah mudanya yang kacak.
Aidilhayat Omar, Pengarah Urusan Hayat Kreatif Studio berkata, "Kini memang menjadi satu trend lagu-lagu Malaysia dirakam ulang oleh penyanyi-penyanyi Indonesia. Rupanya tanpa disedari, pengaruh lagu-lagu malar segar daripada pencipta-pencipta negara ini, telah pergi jauh sehingga ke negeri-negeri seberang."
Hayat Kreatif Studio yang bertanggungjawab dalam pengedaran dan promosi untuk lagu nyanyian Raffa di Malaysia, yakin pemilihan lagu Tiara adalah tepat. Jumlah tontonan di saluran youtube Raffa mencecah 300,000 setiap hari. Setelah Raffa, ramai yang sudah mula rakam ulang lagu "Tiara" di Indonesia.
Aidilhayat berterima kasih kepada Dato' M.Nasir dan Luncai Emas Sdn Bhd akan kebenaran yang diberikan untuk rakam ulang "Tiara". Kata Aidilhayat lagi, "Proses perlesenan hakcipta telah dipermudahkan oleh pihak Luncai Emas Sdn Bhd".
Dengan kolaborasi ini, Hayat Kreatif Studion juga berharap trend merakam ulang lagu-lagu malar segar popular seperti Tiara ini akan berterusan kerana ianya dapat memperkenalkan kembali lagu-lagu lama kepada generasi muda hari ini.
Single "Tiara" ini merupakan single kedua hasil kolaborasi di antara Hayat Kreatif Studio dengan Bottom Media Entertainment. Manakala, hakcipta lagu ini adalah di bawah Luncai Emas Sdn Bhd.
TONTON MUZIK VIDEO LAGU "TIARA" DARI RAFFA AFFAR
Ok je lagu baru tu, takdelah sedap sgt, teruk sgt pun tidak..tapi stil boleh dengar ringan2.
BalasPadam