Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Sepanjang beroperasi, TV3 telah menyajikan banyak telefilem yang menarik hati penonton serta popular seperti Amanat, Restu Ayah, Qalbu dan banyak lagi. TV3 akan terus mewarnai hari anda dengan menyiarkan telefilem yang menarik dan berkualiti. Bersempena dengan ulang tahun TV3 ke 38, TV3 bakal menyajikan 4 telefilem istimewa untuk memeriahkan hujung minggu anda.
Bagi pengikut setia slot Cerekarama, jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelakon-pelakon popular tanah air menerusi 4 telefilem sepanjang bulan Jun ini, setiap hari Sabtu, 10.00 malam iaitu Dendam Penunggu. (Ismail Izzani & Shalma Eliana), Matahari Tak Bercahaya (Nad Zainal & Fattah Amin), Dania (Aedy Ashraf & Puteri Balqis) dan Langit (Eira Syazira & Azad Jasmin).
DENDAM PENUNGGU, 4 Jun
Pelakon: Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman & Shasha Abedul
Sinopsis: Dendam Penunggu mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?
English Synopsis: When five students enrol in a prestigious boarding school Kolej Kebangsaan Malaya, they find that the halls are not only filled with trophies and achievements. Something dark and mysterious roams the corridors of Blok M. Eager to find out its history, the students unknowingly awaken something sinister. Can they be saved or will history repeat itself?
MATAHARI TAK BERCAHAYA, 11 Jun
Pelakon: Fattah Amin, Nad Zainal, Noorkhiriah, Aidit Noh, Hafreez Adam & Mimi Ernida
Sinopsis: Mastura, seorang ibu muda yang kehidupannya berubah sepenuhnya apabila dia didapati HIV positif. Nasib malangnya tidak berakhir apabila anaknya yang disusukan juga terjangkiti. Mastura dan suaminya Shahzan cuba untuk menyembunyikan hal ini daripada jiran tetangga di kampung, namun ia terbongkar dan mencetuskan ketakutan serta kebencian dalam kalangan penduduk kampung terhadap mereka. Salah faham dan kekeliruan menyebabkan mereka diasingkan serta dihalau keluar oleh orang kampung. Sampai bilakah Mastura dan keluarganya harus menanggung derita ini?
English Synopsis: A young mother, Mastura finds her life turned upside down when she finds that she’s HIV positive. Her misfortune did not end there when her child whom she was breastfeeding was also infected. Both Mastura and her husband Shahzan tried to conceal this secret from their neighbours in the village, but word got out which began to spread fear and resentment among villagers towards them. Misconception and confusion led to the whole village isolating them almost to the point of being chased out. How much longer could Mastura and her family bear this misery?
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com