Selasa, 28 Disember 2021

Infaq Pek Makanan Untuk Mangsa Banjir Melalui KOPETRO Catering

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

KOPETRO Catering yang merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), menyeru kepada keluarga Malaysia untuk sama-sama menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melalui program infaq pek makanan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Tidak terhad kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara, program infaq pek makanan ini juga mensasarkan sumbangan orang ramai turut disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Bomba yang masih lagi bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa banjir.

Dengan tempahan minimum sebanyak 20 pek, orang ramai yang berminat untuk membuat infaq boleh memilih dua set menu makanan panas yang mengandungi nasi, lauk-pauk dan air mineral serendah RM7.90 satu pek dan penghantaran ke pusat pemindahan sementara yang terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor adalah percuma, ihsan daripada KOPETRO Catering.

Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, berkata program infaq pek makanan ini bukan perkhidmatan baharu yang ditawarkan KOPETRO Catering. Sejak negara diselubungi pandemik Covid-19 tahun 2020 yang lalu, pihak KOPETRO Catering telahpun membuka peluang kepada masyarakat yang ingin memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui program infaq makanan. Selain memastikan kelangsungan perniagaan dapat diteruskan tatkala negara berada di bawah perintah kawalan pergerakan, usaha murni seperti ini memberi peluang kepada masyarakat saling bantu-membantu dengan menggunakan saluran yang betul dan berkesan.

Ahmad Shakir memberitahu bahawa pihaknya amat prihatin dengan bencana banjir yang melanda negara dan berharap inisiatif KOPETRO mengadakan program infaq pek makanan ini dapat membantu mangsa banjir dan barisan hadapan yang terlibat dengan memastikan makanan berkhasiat dapat disalurkan kepada mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa berada di pusat pemindahan sementara.

Menurut Mohd. Safwan Zulmani, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Makanan & Minuman KOPETRO, selain menawarkan pek makanan panas, KOPETRO Catering turut menyediakan pakej makanan dan minuman untuk majlis kenduri kahwin, majlis keramaian, majlis makan malam syarikat dan terbaharu pakej minuman untuk mesyuarat maya (virtual meeting), yang telah mendapat sambutan hangat sewwaktu PKP rancak diperketatkan.

Mohd Safwan ditemui sewaktu penyampaian pek makanan di Kampung Bangi Tambahan, Selangor. Sebanyak 200 pek makanan telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di kampung tersebut hasil infaq dari 6 orang individu yang telah membuat tempahan awal.

Mohd. Safwan memberitahu selain makanan panas, KOPETRO Catering turut menawarkan produk sejuk beku sedia untuk dimakan jenama LengQuas keluaran KOPETRO Food. Mula memasuki pasaran sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 21 hidangan lauk-pauk tradisional, antara yang menjadi pilihan popular adalah Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik dan Daging Masak Hitam, selain makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Briyani AYam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma dan Nasi Putih Daging Masak Hitam. Kesemua produk LengQuas telah berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

KOPETRO Food turut menawarkan produk makanan sedia untuk dimakan bukan beku, yang diproses dengan teknologi Sistem Dekontaminasi Termal (TDS), tanpa sebarang penggunaan bahan kimia atau bahan pengawet. Makanan yang melalui proses dekontaminasi kekal segar pada suhu bilik selama sekurang-kurangnya 1 tahun serta kualiti makanan, kesegaran dan rasa terpelihara 100%. Boleh dinikmati terus tanpa sebarang pemanasan, produk ini amat sesuai untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program infaq pek makanan dan produk-produk LengQuas atau ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 017-9320036 atau layari laman web www.kopetrocatering.com.my untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan KOPETRO Catering atau ikut akaun media sosial berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk jenama LengQuas:

Facebook

Instagram

Khamis, 16 Disember 2021

Risau Dagu Berlapis dan Kulit Kusam? Safi Youth Gold Kan Ada!!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Okay... Kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua tentang produk terbaru dari Safi Malaysia yang mana keluaran kali ini merangkumi Safi Youth Gold iaitu Lifting Golden C Duo Serum dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser. Nak tahu berkesan ke tak berkesan, jom baca lagi sampai habis. Kalau tak habis baca, LeYa merajuk taw! Hehe...

Okay sebelum tu rasanya korang dah pun kenal kan dengan produk jenama Safi ni. Safi adalah jenama penjagaan kulit Halal No. 1 di Malaysia yang mana ia sentiasa memperkenalkan teknologi baharu yang disokong oleh tuntutan klinikal dan saintifik untuk meningkatkan imej jenama itu kepada pengguna.

Baru-baru ini, Safi ada melancarkan rangkaian baharunya, Safi Youth Gold, rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan yang katanya adalah upgrade version dari Safi Rania Gold. Tujuan utamanya memang kepada membantu mengurangkan masalah kulit penuaan seperti dagu berganda & kulit kendur serta berpotensi mengurangkan keyakinan wanita moden masa kini. Rangkaian baharu ini diformulasikan dengan lebih baik dan pembungkusannya juga lebih menarik dengan harga yang mampu milik. 

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser boleh mengurangkan dagu berganda sebanyak 50% dalam masa 15 minit sahaja supaya korang akan kelihatan lebih muda dengan kulit yang lebih terangkat, berkontur dan berseri. 50% ahli panel merasakan pengurangan dagu berganda berdasarkan penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.

Kelebihan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

  • Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur
  • Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit
  • Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus
  • Diformulasikan dengan teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa
  • Formulasi tidak melekit / berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit
  • Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi '7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit seperti: 
    • Menegangkan kulit
    • Meningkatkan keanjalan
    • Mengurangkan garis halus & kedutan
    • Meningkatkan kelembapan kulit
    • Melindungi kulit dari pengoksidaan
    • Meningkatkan kehalusan kulit
    • Memperbaiki kulit rosak
    • Berdasarkan ujian saintifik & klinikal
Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

Ini adalah pembersih wajah yang diformulasi dengan 24K serum emas yang membolehkan kulit kita jadi lebih halus dan lembut serta menganjal walau di usia semakin meningkat. Ia mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik  Super dan formulasi Anti PM2.5 yang boleh membersih dengan lembut dan terhidrat serta kulit akan nampak anjal dan muda.


Dengan Teknologi Golden C-Lift yang menggabungkan bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal, Golden C dan Nano Gold 24K yang boleh meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menyerikan dan menegangkan kulit agar kelihatan lebih muda, tegang dan anjal. 

  • Golden C - Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luar yang bahaya serta merawat kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
  • Nano Emas 24K - Berkesan mengembalikan keanjalan wajah dan menghaluskan kulit agar lebih lembut.
  • Triple Gold - Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menyerikan lagi wajah.
  • Asid Hialuronik Super - Melembapkan lagi kulit wajah, menghidrat lebih dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.
Cara Penggunaan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser
  • Cuci muka dan bersihkan wajah dari sebarang kekotoran yang ada
  • Picit sedikit cleanser ke tapak tangan dan gosok sehingga berbuih. Kemudian, sapukan ke muka dan urut secara perlahan dengan lembut.
  • Bersihkan muka dengan air. (Perhatian: Jangan terus lap muka dengan tuala selepas dicuci kerana ia akan mengeringkan kulit anda)
Harga : RM19.80


Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

Ia adalah serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting di mana ia juga terdapat gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan Pembaharuan Keremajaan Kulit 7 Dimensi.
  • Golden C - Antioksidan yang dapat melindungi kulit dari pencemaran luar serta merawat kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
  • Nano Emas 24K - Berkesan mengembalikan keanjalan wajah dan menghaluskan kulit agar lebih lembut.
  • Ceramide 3 - Menguatkan lapisan kulit untuk wajah kelihatan lebih lembap, menghaluskan kulit dan menyerikan wajah.
Cara Penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

  • Untuk kesan yang lebih baik, titiskan 2 atau 3 titisan ke wajah atau boleh juga letakkan titisan pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah dengan mengurut secara lembut sehingga serum meresap ke dalam kulit.
Harga : RM59.00


Semenjak LeYa dah menggunakan Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser dan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ni, memang ramai tak percaya yang LeYa ni dah berusia 34 tahun. Dorang ingatkan LeYa masih 20-an. Auucchhh... gitcheewww... Muda bergetah balik iols... Jangan jeles u.... Kalau taknak LeYa muda sorang-sorang, jom dapatkan Set Safi Youth Gold ni sekarang!

Cara nak dapatkan Safi Youth Gold ni korang boleh dapatkan di cawangan farmasi berdekatan Watsons, Guardian, AEON Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza  di Shopee & Lazada.


Maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah

Instagram - @safimalaysia 
Facebook - @SAFI.My 
Twitter - @SAFImalaysia 
Youtube – SAFI Malaysia 

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia

Selasa, 7 Disember 2021

Nak Bercuti? Ibu Bapa Perlu Dapatkan Diffenz Junior Untuk Memberi Perlindungan Kepada Anak-Anak Musim Pandemik Ini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Cuti sekolah hampir bermula. Pasti Ibu Bapa sudah mula teruja mengatur jadual percutian dan sibuk memilih lokasi percutian untuk bawa anak-anak bagi memberi kepuasan kepada mereka sepanjang cuti persekolahan. Namun, dalam wabak pandemik Covid-19 yang masih ada ni, kita seharusnya peka dan berwaspada dalam menentukan setiap aktiviti yang dilakukan.

Apabila bercuti, tentunya anak-anak lebih memikirkan keseronokan. Jadi, selaku Ibu Bapa, kitalah yang kena ambil tahu dan kisah terhadap persekitaran dan kesihatan anak-anak. Fasa kanak-kanak sangat penting dan perlu diberi khusus oleh Ibu Bapa. Ini kerana apa sahaja yang diserap dan berlaku di sekeliling akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. 

Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka. Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka mengalami sistem imun yang lemah.

Doktor perubatan dan pakar formulasi, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri yakin tentang peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. 

Diffenz Junior merupakan inovasi terbaharu dalam membantu Ibu Bapa untuk memberi perlindungan terbaik kepada anak-anak musim pandemik ini.

Diffenz Junior dirumus secara saintifik yang menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Vitamin C dan Vitamin D. Gabungan bahan ini kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi yang mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

HARGA : RM60 SEBOTOL 

HARGA COMBO : RM100 2 BOTOL


Antara 5 Ramuan Yang Terdapat Dalam Diffenz Junior


1) Cendawan Susu Harimau

Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau ini kian mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema.
Cendawan ini didapati tumbuh di hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri yang menyukarkan pencariannya.
Diiktiraf sebagai Harta Karun Negara
Tempoh masa cendawan ini membesar memakan masa bertahun lamanya dan sangat ‘rare’ untuk diperolehi. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit!

Kebaikan:
- Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
- Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
- Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
- Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
- Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.

2) Multivitamin dan Mineral

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu,

- melengkapkan keperluan nutrisi
- menyokong penglihatan 
- merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
- melindungi diri daripada jangkitan 
- membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
- membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf


3) Kolostrum

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga membantu

- meningkatkan sistem imun badan 
- melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
- kesan anti-mikrob dan anti-virus
- melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
- menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

4) Buah Camu-Camu (Myrciaria Dubia)

Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu,
Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan: 

- Menguatkan sistem imun
- Antioksidan dan anti-radang
- Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
- Menstabilkan tekanan darah tinggi
- Merangsang penghasilan kolagen
- Mengawal gula darah


5) Vitamin C dan Vitamin D

Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang terdedah kepada risiko tidak cukup Vitamin C disebabkan keperluan yang semakin meningkat dan pengambilan yang sangat kurang daripada sepatutnya. Kajian di Perancis pula mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan. 

Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan. Walaupun vitamin C mudah didapati kerana terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Vitamin D juga penting untuk tumbesaran anak-anak terutamanya untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Jika mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup. Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang. Bagaimanapun, untuk mendapatkan vitamin D tidaklah semudah yang disangkakan kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar.

Maklumat lanjut boleh layari seperti yang tertera di bawah

Website

FB PAGE: Eskayvie Malaysia

INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia