Khamis, 28 Oktober 2021

Mudahnya Buat Duit Dengan Aplikasi Honeygain

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Korang perasan tak hari ini lambakan aplikasi tersedia di Google PlayStore dan AppStore. Korang pernah terfikir tak adakah aplikasi yang membolehkan korang berkongsi Internet dan memperoleh Bitcoin atau Dollar? Kalau korang nak tahu, ia memang ada. Jom ikuti bacaan seterusnya di bawah ini.

Aplikasi yang membolehkan korang berkongsi Internet dan memperoleh Bitcoin atau Dollar itu dikenali sebagai Honeygain. Dan ianya hanya tersedia untuk telefon bimbit Android, Windows dan MacOS. Jadi, kepada pengguna telefon pintar Android, korang bolehlah mencubanya kerana mana tahu ia menjadi sumber terbaik untuk menjana pendapatan dalam ekonomi terkesan hari ini.

Apa Itu Honeygain?

Honeygain App adalah sebuah aplikasi penghasilan dalam talian Android bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Bitcoin. Ia adalah cryptocurrency yang mana kini bernilai lebih daripada 4 hingga 5 ribu USD.

Jadi, rasanya korang dah boleh bayangkan tak apa manfaatnya aplikasi ini. Bagi yang ingin mencuba, korang perlulah mempunyai sambungan Internet yang stabil.

Langkah-Langkah untuk ke Honeygain

Korang hanya perlu memasang aplikasi ini di telefon pintar korang. Dan ia akan berfungsi di latar belakang setiap penggunaan Internet korang dan tidak memerlukan alat tambahan lain untuk berfungsi pada telefon korang.

1) Klik pada pautan ini : https://r.honeygain.me/ANAGUBC87C untuk dapatkan $5 USD secara percuma.

2) Tekan butang Sign Up 

3) Kemudian, download aplikasi dan tekan Get Android untuk telefon dan Get Windows untuk Desktop. 

4) Biarkan sahaja aplikasi korang tu dalam telefon korang. Know know nanti duit dah cukup $20 USD bolehlah cashout. Duit tu akan masuk ke akaun Paypal kita dan dari Paypal baru korang boleh buat pemindahan ke akaun bank korang. 

  

So.... Apa tunggu lagi? Duduk dan dapatkan duit melalui aplikasi Honeygain yang menakjubkan ini secara PERCUMA. Tak perlu labur wang, cuma hanya luangkan beberapa minit sahaja.

Rabu, 27 Oktober 2021

Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.

Ayam Brand satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.

Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri.

Menurut Pengurus Besar Ayam Brand, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.

"Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)." ujar Cik Chin.

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

Ayam Brand menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel-sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

"Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik." kata Cik Rushda Adiba ISmail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.

Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.

“Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.

Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.

“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Encik Ramesh Raghavji Devraj daripada Pusat Jagaan Kanak Kanak Vivekananda.

“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.

Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.

Isnin, 25 Oktober 2021

Sekian Lama Tak Travel? Terus Pergi Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Setelah sekian lama LeYa tak travel. Dan alhamdulillah bila dapat saje kebenaran merentas negeri, lokasi pertama LeYa singgah dan makan adalah BBQ LAMB KL KEMENSAH. Memang unplanned pun nak ke sini. Saje lah suka-suka bawa sepupu dan beberapa rakan untuk mereka nikmati hidangan sedap yang ada kat sana. 

Agak kekok juga lah nak mulakan semula aktiviti melancong dan tempat makan menarik ni kan. Haha... Almaklumlah otak dah tepu duduk dalam rumah je. Tak keluar-keluar ke mana. 

Nak dijadikan cerita, last minute punya plan ni pun menjadi lah. Dan berkelana lah kami ke sana. Actually, acap kali juga LeYa dah bawa beberapa rakan blogger ke sini. Dan, setiap kali datang dan nikmati makanannya memang recommend dan sedap. Tak ada sikit pun rasanya lari dari yang asal. That's why LeYa sarankan korang yang belum pergi, boleh lah masuk list untuk cuba makan kat sini. 


Siapa tak suka kan? Makan ditemani suasana kehijauan dengan deruan bunyi air sungai mengalir. Dapat pula dine-in dan celupkan kaki ketika menikmati hidangan di sini. Perrgghhhh.... Memang korang tak akan dapat lupakan punya lah...

So... nak dijadikan cerita lagi, LeYa pun tibalah seawal jam 10.00 pagi di BBQ Lamb KL Kemensah. Wahhh....Jadi orang terawal juga sampai ye. Gitew! Pusing punya pusing buat video dan ambil gambar sepupu dan rakan-rakan yang baru datang, LeYa pun terus bawa mereka ke tempat yang dituju iaitu Dine-in the river.



Suasana yang cukup mendamaikan dengan deruan air sungai yang mengalir deras ketika menikmati hidangan di situ. Seriyes weyyhhh!!! LeYa memang tak pernah muak makan kat sini. Yang nak merasai kedamaian dan menenangkan fikiran sambil makan makanan sedap, boleh datang kat sini. Tapi LeYa syor kan buat lah tempahan awal dulu sebab sekarang ni agak ramai juga yang dah datang berbanding LeYa mula-mula dulu.




Yeah!!! Yummy.... Inilah saat yang dinanti-nantikan. Apa lagi kalau tak hidangan western nya yang sedap tu. Set hidangan BBQ kami merupakan kombinasi dari Smokey Duck, Beef Tenderloin & Chicken Grilled dan disertakan dengan 4 pinggan nasi serta 4 mangkuk dessert dan buah tembikai. Untuk tambahan lain, kami memilih Set Couple untuk Chicken Wrap. 

 

Aduuhhh.... Tengok pun dah rasa lapar balik. Jom guys kita repeat makan banyak-banyak lagi! Ahahaha... Tengok saje la reaksi LeYa makan kat bawah ni. Kemain besar suapannya itu. Tak pandang kiri kanan dah.


Yang bestnya lagi, korang yang ada anak-anak kecil tu, boleh lah nak bagi mereka main air kat tepi korang. Sambil makan sambil boleh tengok anak main air. Jadinya, anak-anak pun tak lah berasa bosan sebab ada aktiviti yang mereka boleh lakukan selain makan.


Macam biasa lah LeYa pasti akan bagi penghargaan terima kasih tidak terhingga buat pemilik lokasi yang dah jadi kenalan LeYa hari ini. Tak lain dan tak bukan, En. Zainuddin Yatim dan pasangannya, Puan Mimie kerana berjaya memberi satu pengalaman menarik kepada semua pelanggannya. 


So.... bagi yang belum mencuba dan merasai keenakan hidangan dan kedamaian di tempat ini, bolehlah datang dan cuba. LeYa pasti korang akan balik dengan perut kenyang dan minda pun jadi fresh lepas dapat menenangkan fikiran kat sini. 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi dan layari seperti yang tertera:

BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang. 68000 Ampang Jaya, Selangor

Telefon
012 - 211 4100

Google Map

Facebook

Waktu Operasi
Setiap Hari (10.00 pagi - 11.00 malam)

Boleh baca cerita LeYa sebelumnya di BBQ LAMB

Jumaat, 22 Oktober 2021

Türkiye Menyinari Warisan Neolitiknya dengan TAS TEPELER

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kali ni LeYa ingi  berkongsi dengan korang semua tentang TAS TEPELER dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turkiye dan Agensi Promosi dan Pembangunan Pelancongan Turkiye (TGA). TAS TEPELER ini merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk mengetengahkan kawasan tamadun manusia bersejarah dan transformasi hebat dari cara hidup mengumpul-memburu kepada pertanian. 

Projek TAS TEPELER ini melibatkan ekskavasi dan penyelidikan arkeologi yang dilaksanakan di tujuh kawasan iaitu Globeklitepe, Karahantepe, Gurcutepe, Sayburc dan Cakmaktepe, Sefertepe dan timbunan Yeni Mahalle. Tapak ekskavasi di Karahantepe yang dibuka untuk sementara juga turut dilawati. Proses ekskavasi dijalankan oleh Jawatankuasa Saintifik dan Lembaga Pengarah Muzium Sanliurfa di bawah pimpinan Jeneral Lembaga Pengarah Aset Kebudayaan dan Muzium, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turkiye.

Dalam lawatan ke Karahantepe, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turkiye, Mehmet Nuri Ersoy, menyatakan bahawa penggalian di tapak-tapak ekskavasi tersebut telah mendedahkan sumbangan penting Anatolia kepada sejarah manusia.

Beliau berkata, "Dalam masa yang terdekat, ekskavasi akan dimulakan di Ayanlar, Yogunburc, Harbetsuvan, Kurttepesi dan Taslitepe sebagai sebahagian daripada fasa pertama Projek Penyelidikan Neolitik Sanliurfa yang berlangsung di antara tahun 2021-2024. Pengukuran Geomagnetik dan pengukuran radar bawah tanah telah dijalankan di sesetengan kawasan tersebut. Pengukuran akan diteruskan selaras dengan ekskavasi. Ini adalah sebuah projek penting dengan kandungan yang luar biasa dan hasil yang mengagumkan."

"Sebagai pihak kementerian, kami bertanggungjawab ke atas projek ini bersama para pemegang taruh kami. Kerjasama telah dirancang bersama 12 institusi dan organisasi, termasuk lapan universiti di Turkiye. Dalam rangka kerja tersebut, protokol-protokol kerjasama secara langsung telah dimeterai di antara Universiti Istanbul, Universiti Harran dan Universiti Ankara Bilim. Kami turut melibatkan lapan universiti dari lima buah negara dan empat akademi antarabangsa, institut dan muzium di dalam Projek Penyelidikan Zaman Neolitik Sanliurfa, membentuk jangkauan antarabangsa yang luas dengan negara Jepun, Rusia, Jerman, United Kingdom dan Perancis."

Rantau Sanliurfa adalah tempat asal yang terdapatnya contoh pengagihan tenaga kerja yang terancang dan pengkhususan kerja dalam sejarah tamadun manusia. Di antara tahun 2021-2024. proses ekskavasi akan dijalankan di 12 lokasi, termasuk Karahantepe, sebuah tapak yang mempunyai lebih daripada 250 blok batu megalit berbentuk T yang menyerupai struktur yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Globeklitepe. Ia dipercayai dengan penemuan ekskavasi ini, dapat memberikan fahaman dan pengetahuan yang luas tentang kehidupan manusia di zaman purba, termasuk aktiviti dan amalan harian mereka. Ia adalah dijangkakan bahawa terdapat beberapa lagi tapak di Sanliurfa yang menyerupai Globeklitepe, yang mencerminkan fasa-fasa permulaan Zaman Neolitik. Penemuan terkini dari ekskavasi Karahantepe dipamerkan di "Pameran Manusia Neolitik dan Karahantepe" di Muzium Arkeologi Sanliurfa yang dibuka pada 23 September 2021 di Maljlis Pelancaran Projek TAS TEPELER.

Projek TAS TEPELER, dikatakan sebagai lokasi permulaan transformasi tempat perlindungan kepada rumah yang berlaku 12,000 tahun lalu, yang mana mulanya kemunculan perkampungan, pembentukan masyarakat pelbagai lapisan dan kebolehan untuk menjalankan perdagangan asas. Strutktur-struktur megalit yang terdapat di kawasan tersebut dikatakan menjadi tempat awam bagi orang ramai untuk berkumpul.

Kongres Antarabangsa Dunia Neolitik yang bakal dianjurkan pada tahun 2023 kelak adalah sebahagian daripada Projek Penyelidikan Zaman Neolitik. Projek tersebut akan menampilkan pelbagai sesi saintifik dan juga mempamerkan peninggalan kebudayaan unik Sanliurfa dari Zaman Neolitik.

Khamis, 7 Oktober 2021

Stay Tech & Wellness Connected With The Latest Additions of the REALME AIOT Family

 Assalamualaikum and Good Day...


PETALING JAYA, 7 October 2021 — realme Malaysia today launched its newest line of AIoT devices via livestream on realme Malaysia’s Facebook page. The Dare to Leap brand introduced a total of eight devices including smart home appliances that further diversified their range of AIoT products. realme Malaysia showcased the realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner, realme TechLife Air Purifier, realme TechLife Robot Vacuum, realme Hair Dryer, and realme Beard Trimmer Plus during its launch earlier. Malaysian fans were also introduced to three other smartphone and laptop accessories. 

“Here at realme, we make it our mission to better improve the lives of our fans in terms of home improvement and lifestyle. We are proud to launch our latest AIoT lineup with a selection of smart home devices to revamp our fans' home living experience by connecting Tech & Wellness. We are also grateful to our fans who have been supporting us throughout the years and we believe that these new products will create a safer, smarter and more comfortable living for them,” said Tiffany Teh, Brand Director of realme Malaysia

realme TechLife Air Purifier


The realme TechLife Air Purifier has a high clean air delivery rate of up to 330m³/h which indicates that the volume of clean air produced per hour is 330 cubic meters to quickly and efficiently provide excellent purification results in a relatively short amount of time. The air purifier is suitable for a maximum indoor area of 419ft²(39㎡). For instance, a standard indoor area of 1059ft³(30m³) only takes 14.4 minutes to complete a single purification process.

realme TechLife Air Purifier is equipped with an industry-leading HEPA H12 filter that is capable of filtering at least 99.5% of airborne particles as small as 0.3 microns and larger in diameter which includes dust, PM2.5 pollution, pet dander, pollen, hair, and common pollutants that affect the quality of air in homes. This filter can achieve up to 99.95% filtration efficiency through its powerful 3-stage filtration system that eliminates pollutants in every stage until it finally releases fresh, clean air through the air duct.

The air purifier also comes with 5 different fan modes, Sleep, Soft, Normal, Strong, and Auto for the user to switch between modes and choose the right solution with just a simple tap. It uses a high-precision air quality detector from SHARP that can accurately detect PM2.5 concentration in the air, that is, solid particles that are 2.5 microns in diameter. Based on the PM.25 detection, the color-coded Air Quality Indicator on the control panel will either show green, orange, or red, indicating that the air quality is either good, moderate, or poor, respectively. This alerts the user on the air quality for them to switch the modes accordingly. 

realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner


realme TechLife Handheld Vacuum has 2 cleaning modes, Strong Cleaning Mode for quick cleaning, and Soft Cleaning Mode for general everyday cleaning. This vacuum cleaner features a strong 140W motor with 10,500 RPM, providing a suction power of 9.5 KPa for efficient cleaning. The vacuum cleaner has an air duct design with reduced resonance of no more than 80db for a calming cleaning experience along with its excellent suction power.

The realme TechLife Handheld Vacuum comes with 3 different brushes for different cleaning areas. First, a floor brush with soft bristles that provides floor protection while it collects dirt efficiently with an in-built motor that rotates the brush at 2200 RPM. Next, a crevice tool that is ideal for getting dirt out of small areas. Third, a 2-in-1 brush that is suitable for cleaning all kinds of furniture surfaces like sofas and shelves. The vacuum also comes with an extension tube that attaches to all three brushes for cleaning far and high places.

The vacuum cleaner features an environmentally friendly filter that prevents secondary pollution. This highly efficient HEPA filter captures microscopic dust and allergens and is reusable after washing. The realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner also features a 0.5L dust cup that is designed with a one-touch opening to avoid dirty hands when clearing the trash collected.

realme TechLife Robot Vacuum


This realme TechLife Robot Vacuum is built to fit seamlessly into your home with its maximum height being slightly above 10cm. It leaves no dust behind with its powerful 3000 Pascals suction and mopping capabilities. Also, it operates at a low 55dB noise level to avoid disturbances.

The robot vacuum is equipped with a total number of 38 different sensor types that help it navigate your home for an efficient cleaning experience. The most crucial of the 38 sensors is the LiDAR sensor for fast and accurate real-time navigation and precise in-app room mapping. This LiDAR sensor helps  the robot vacuum calculate the best path to clean a room based on its shape and size, while avoiding objects like large pieces of furniture.

realme TechLife Robot Vacuum is designed to work with realme Link for users to control where, when and how they want a specific place cleaned through their phone. The app also enables real-time monitoring of the robot vacuum and users may define zones or set up virtual walls where they want the robot to avoid when cleaning. The robot vacuum can scan and store up to 5 different maps which make it perfect for multi-level homes.

realme Hair Dryer

The realme Hair Dryer is designed to improve the hair drying process as it features an efficient 1400 watts of power and 19,000 rpm fan speed. This hair dryer blows up to 13.8m/s with a 5-minute quick hair drying experience which provides convenience and ease especially to those with long hair. It also features a low noise operation which is no more than 80db.

Apart from fast drying, the realme Hair Dryer offers protection and benefits to hair. The realme hair dryer remains at an ideal temperature of below 55 degrees celsius to keep hair cuticles healthy and hair safe from heat damage while effectively drying hair. For a cool drying, the soft wind setting on the hair dryer will provide air flow that will blow at 45-50 degrees Celsius.  

The realme hair dryer also generates 20 million negative ions per cubic centimetre for comprehensive and deeper hair care.  The negative ions help in closing the hair cuticles, minimize the loss of moisture from the hair during the hair drying process and make your hair softer and less frizzy.

realme Beard Trimmer Plus

This nifty device comes with a whopping 40 different length settings. It also includes two combs of 10mm and 20mm with a 0.5mm precision. realme Beard Trimmer Plus features a 800 mAH battery that when fully charged can run for 2 hours straight and has a LED battery indicator to keep track of the battery. 

The beard trimmer blades are stainless steel for better heat dissipation to ensure the blades remain sharp for optimum performance. It also features IPX7 water resistance and a low noise operation of less than 68dB. All this and more for a fresh and precise beard trim experience. 

realme Type-C Hub
The realme Type-C Hub is a light and portable device weighing 35g, that will make working from home or gaming a lot more convenient. It features a USB 3.2 Gen 1 & HDMI 1.4 Dual Ports as well as a Type-C Port. This Type-C HUB is universally compatible and allows for a more stable and fast transfer. This hub also protects against excessive currents and is capable of 4K HD video transfers. The Hub is also compatible with Mac OS, Windows, Linux, Android and IOS.

realme Wireless Mouse – Silent

The realme Wireless Mouse has an ergonomic design for grip comfort and has a silent touch. The mouse also features a long lasting battery backup that can last up to 8 months. The device is also made lightweight and weighs around 62 grams making it easy to carry around. This mouse also features its smooth ride and has a variable DPI adjustment from 800 to 1600 DPI.

realme Type-C Cable

This cable supports 3A quick charging. The realme Type-C cable also features a durable cable and a comfortable grip for ease of use. The cable comes in the colours yellow and black. 

Product Price & Availability

Products

Colour

Warranty Period

Sales Details

realme TechLife

Air Purifier

(RRP: RM 499)

White

1 year

First online sales offer for RM 399 only at realme’s Lazada official store on 18th October.

realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner

(RRP: RM 399)

 

White

1 year

First online sales offer for RM 349 only at realme’s Lazada official store on 18th October.

realme TechLife Robot Vacuum

(RRP: RM 1,999)

Black

2 years

Coming Soon!

realme Hair Dryer

(RRP: RM 199)

White

1 year

Coming Soon!

realme Beard Trimmer Plus

(RRP: RM 169)

Black

1 year

First online sales offer for RM 99 only at realme’s Lazada official store on 18th October.

realme Type-C Hub

(RRP: RM 79)

White

1 year

First online sales offer for RM 49 only at realme’s Lazada official store on 18th October.

realme Wireless Mouse - Silent

(RRP: RM 79)

Black,

Yellow (Coming soon)

1 year

First online sales offer for RM 49 only at realme’s Lazada official store on 18th October.

realme Type-C Cable

(RRP: RM49)

Black & Yellow

6 months

First online sales offer for RM 29 only at realme’s Lazada official store on 18th October.

To find out more about realme’s events and promotions, do follow our Facebook page as well as Instagram at @realmemalaysia

Selasa, 5 Oktober 2021

5 Lokasi Staycation Di Negeri Selangor Untuk Cuti Hujung Minggu Anda!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Setelah beberapa bulan duduk di rumah, akhirnya Kerajaan telah mengumumkan Negeri Selangor kini semakin menghampiri ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Tentu ada segelintir orang bergembira atas berita baik ini. Namun, hanya individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 sahaja dibenarkan untuk bercuti ke negeri ini. Sejak kebelakangan ini, aktiviti staycation semakin menjadi trend bagi para pelancong domestik, khususnya pada cuti hujung minggu. Di samping bersantai bersama orang tersayang, sekiranya anda seorang yang suka menghasilkan video "content" di media sosial, anda boleh jadikan tempat penginapan yang tersenarai di bawah sebagai latar yang pasti menarik perhatian pengikut anda!

1) Carpe Diem, Serendah

Carpe Diem terletak di Pekan Serendah merupakan sebuah penginapan yang membawakan konsep gaya hidup kampung. Carpe Diem adalah perkataan Latin yang membawa maksud "merebut hari". Lokasi ini membawa anda melangkah ke pesona percutian ala kampung yang juga bertepatan sekiranya anda mencari tempat untuk menjalankan sesi latihan pasukan. Carpe Diem juga dikelilingi oleh tanaman menghijau yang subur, menjadikannya tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan dan bersantai.

2) Sri Damai Resort, Kalumpang

Sri Damai Resort menawarkan penginapan berkonsepkan alam sekitar, dilengkapi dengan kolam renang dari air sungai untuk kanak-kanak serta kolam memancing bagi mereka yang suka menangkap spesies langka seperti ikan kelah dan baung. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan ada ditawarkan di sini seperti aktiviti berbasikal air dan memandu kenderaan ATV. Selain itu, terdapat ladang rusa, kambing serta buah-buahan tempatan yang boleh dikunjungi semasa anda menginap di sini.

3) Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang

Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menuju ke Pekan Rawang. Sudah namanya taman rimba, ianya pilihan yang tepat untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara segar. Apa yang lebih menarik di sini adalah, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan seperti berkayak, jungle trekking, mountain bike trails dan banyak lagi sambil merakam detik-detik kegembiraan bersama orang tersayang. Ini adalah tempat yang tepat untuk menghabiskan masa hujung minggu anda dalam keindahan alam yang menghijau.

4) Rumah Hutan Bonda, Batang Kali

Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandar Petaling Jaya, anda boleh kunjungi salah satu tarikan pelancongan di Daerah Hulu Selangor, iaitu Rumah Hutan Bonda. Ianya menampilkan konsep rumah Melayu asli yang pasti akan membuat anda terpegun melihatnya. Tempat penginapan ini turut dikelilingi keindahan hutan dan alam semulajadi. Rumah Hutan Bonda juga mempunyai kawasan yang luas dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

5) PulaiThree, Kuala Kubu Bharu

PulaiThree merupakan lokasi percutian yang terletak di Pekan Kuala Kubu Bharu, di tengah kawasan hutan hujan dan kawasan bukit milik peribadi. Konsepnya direka dengan ruang terbuka menghadap alam sekitar namun masih menerapkan unsur kelestarian. Villa yang dikelilingi keindahan alam dan suasana yang amat menenangkan ini menawarkan dua bilik tidur dengan pemandangan indah seperti gunung hijau zamrud di luar bandar. Selain itu, tempat penginapan ini yang dilengkapi dengan kolam renang dan dapur lengkap dengan set barbeku sememangnya akan memberikan pengalaman yang tiada tandingan.

Tentunya tempat penginapan yang tersenarai di atas bakal mengubati kerinduan anda kepada keindahan alam semulajadi, namun tidak mengetepikan faktor keselesaan. Tidak dapat dinafikan lagi, Negeri Selangor sememangnya mempunyai banyak tempat penginapan yang menarik. Tempah masuk sahaja ke tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas jika berpeluang satu hari nanti!

Di samping itu, adalah diingatkan, ianya adalah tanggungjawab kita semua untuk sentiasa berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa, menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, terutamanya ketika memasuki premis-premis di Negeri Selangor.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada waktu kelak atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran Youtube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemaskini. #ImagineNowExperienceSoon.

Isnin, 4 Oktober 2021

Hotel Review 2021 Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hotel Review 2021 Lexis Hibiscus Port Dickson | Edisi #HotelHunting kembali lagi! Sejak kerajaan dah umumkan sedikit kelonggaran dan Negeri Sembilan pun sudah mencapai ke tahap PPN Fasa 4, jadinya LeYa pun terpaksalah menyusun strategi dan perancangan yang tertunda. Yeay! Alhamdulillah. Dah boleh jalan-jalan walaupun dalam negeri jer... Jadi untuk kali ni LeYa memilih untuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson.

"Orang cakap musim-musim pandemik ni dari kau membazir tidur hotel mahal-mahal, baik gi bantu yang memerlukan." Kalau dengar cakap orang, memang tak kan ke mana lah kan. Lagipula, salah ke kalau nak spend time with cousin dan juga sebagai reward untuk diri sendiri. Rezeki tak pernah salah alamat. LeYa bersyukur, akhirnya dapat juga merealisasikan impian menginap di hotel lima bintang yang terkemuka di Port Dickson ni. Kiranya penginapan LeYa kat sini sebagai perjumpaan kecil bersama saudara-mara memandangkan kami dah jarang berjumpa asbab pandemik ni.

Tak sukar untuk mencari lokasi Lexis Hibiscus Port Dickson ni. Ikut sahaja papan tanda yang diarahkan dan korang akan tiba ke lokasi dengan selamat. LeYa pun tiba dan terus masuk ke ruang lobi untuk tujuan check-in bilik penginapan. 


Apa yang menarik LeYa boleh cakap tentang Lexis Hibiscus ni adalah susun atur biliknya berbentuk bunga raya, bunga kebangsaan negara kita. Sebab tu lah namanya pun sebagai Lexis Hibiscus. Kat sini, korang boleh pilih beberapa jenis penginapan seperti Premium Pool Villa (bahagian kelopak), Executive Pool Villa (bahagian daun) Sky Pool Villa (on-shore), Imperial Suites (bahagian Stamen) dan Presidential Suites yang terletak di bahagian stigma.

LeYa memilih untuk menginap di Premium Pool Villa. Biliknya agak luas dan memiliki dua katil bersaiz extra-large selain terdapat mini bar, kolam mandi dan bilik sauna.






Duduk rumah lama-lama pun boleh tepu otak. Jadi, memandangkan kerajaan dah beri sedikit kelonggaran ni, LeYa pun bermulalah aksi mencari hotel dengan tawaran promosi yang menarik. Nak rentas negeri tak dibenarkan, jadi kita bermalam je lah dekat kawasan sekitar Negeri Sembilan ni. Hehe... 


Korang jangan risau. Walaupun penginapan korang jauh dari bangunan utama, perkhimatan Buggy Car ada disediakan. So, memang meudahkan pergerakan korang lah kan.


Bila petang, banyak je aktiviti yang korang boleh lakukan kat sini. Antara kemudahan yang ada disediakan ialah Water J Park di mana korang boleh bermain gelongsor besar setinggi 8 meter. Selain itu, terdapat juga sukan air seperti jet ski, kayak, dan banana boat. Ada juga korang boleh bermain kereta yoyo, basikal, aktiviti memanah dan aktiviti indoor seperti Games Room, gimnasium, spa dan pusat permainan kanak-kanak. Buat peminat karaoke, bilik karaoke pun ada tau kat sini. Hee... Memang syok giler lah kalau korang dah menginap kat sini. Rasa penuh betul aktiviti harian korang kat situ.






Aha! Lagi satu. Kalau korang rasa lapar tetapi malas nak memandu keluar kan, bolehlah singgah di Hibiscus Walk kerana kat sini terdapat pilihan tempat makan seperti pool bar, bistro, restoran makanan Jepun dan Cina serta Roselle Coffee House yang mana sarapan pagi disediakan di sini. Memang terbaik lah LeYa boleh katakan.



Okay btw, LeYa amatlah berpuashati dengan percutian singkat LeYa kali ini bersama saudara mara di Lexis Hibiscus Port Dickson. Memang rasa tidak puas dengan hanya menginap satu malam sahaja. Banyak aktiviti yang LeYa pun ada terlepas untuk sertai. InsyaAllah, jika diberi peluang lagi nanti, LeYa akan kembali untuk menikmati semua aktiviti yang ada di sini. Jika korang sedang mencari percutian hujung minggu, Lexis Hibiscus Port Dickson bolehlah korang masukkan dalam senarai percutian korang!


Alamat
Batu 12, Jalan Pantai, Pasir Panjang,
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Telefon
06 - 660 2626

Website

Facebook

Instagram