Selasa, 30 Mac 2021

Raikan Semangat Kebersamaan Ramadan Ini Dengan Hidangan Makanan Di Hotel / Bawa Pulang Oleh Marriott Bonvoy Hotels & Resorts

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Ramadan tiba... Ramadan tiba... 

Wahhhh.... Kejap betul masa berlalu kan. Dah nak berpuasa balik. Di kesempatan Ramadan kali ini, LeYa harap dapat perbaiki lagi diri, kehidupan dan perbanyakkan amalan untuk hati rasa tenang, bersyukur dan berbahagia bersama Mr. Otomen Taro dan keluarga. InsyaAllah.

Sempena Ramadan yang bakal kunjung tiba, macam biasa Buffet Ramadan di segenap hotel-hotel di Malaysia dah memulakan episod pengembaraannya menularkan hidangan yang enak-enak. Jom ikuti selanjutnya di bawah.

Marriott Bonvoy Hotels and Resorts Malaysia meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan semangat kebersamaan dan silaturrahim. Untuk menitipkan peringatan kepada rakyat Malaysia supaya terus mengeratkan hubungan mereka bersama yang tersayang dan meraikan sajian-sajian yang menyelerakan, kumpulan hospitaliti tersebut bersama rangkaian hotel dan resort yang mengambil bahagian telah menyediakan variasi pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan menerusi pelbagai sajian masakan yang beraneka rasa. Bagi mematuhi norma baharu dan mengutamakan keselamatan para pengguna, rangkaian hotel dan resort Marriott Bonvoy juga memastikan hidangan-hidangan istimewa ini boleh dinikmati oleh semua menerusi pilihan sama ada makan di hotel, bawa pulang, mahupun secara penghantaran.

Jom ikuti hidangan istimewa Ramadan di rangkaian hotel dan resort sekitar tanah air:

Aloft Kuala Lumpur Sentral

Ramadan kali ini bakal memperkenalkan Jom Buka@Nook di restoran utama Aloft, Nook. Menjunjung masakan Malaysia, pasukan kulinari Aloft telah menyediakan bufet sajian mewah untuk seisi keluarga dan sahabat handai merasai sendiri keunggulan masakan warisan Malaysia. Disediakan oleh Chef Eksekutif Arfizan dan Ketua Jurumasak, Chef Rais bersama pasukan mereka, bufet tersebut menyajikan pelbagai hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti Kambing Bakar, Rendang Daging Sous-Vide, Sup Periuk, Bubur Lambuk, Sate, Rojak, Kerabu Jantung Pisang, Pajeri Nenas Manis, Nasi Briyani Johor, Asam Pedas Ikan Pari dan pelbagai lagi aneka masakan. Para pengunjung juga boleh menghilangkan rasa dahaga dengan pilihan aneka minuman termasuk Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma dan Air Jagung. Bufet tersebut ditawarkan pada harga RM148 seorang. Para pengunjung turut berpeluang untuk membawa pulang hidangan Aloft menerusi set hidangan bawa pulang Jom Buka.

Set hidangan bawa pulang Jom Buka mengandungi 10 jenis juadah dengan tiga pilihan santapan utama: Daging Masak Rendang, Kambing Bakar Bumbu atau Ayam Percik Kelantan. Antara pilihan hidangan sampingan yang pasti mahu dinikmati berulang kali ialah Roti Telur Johan, Bubur Lambuk Ayam, Tauhu Bergedil Ayam, Nasi Minyak dan Sagu Pandan Gula Melaka. Setiap set disertakan dengan minuman jus sejuk dan buah kurma, dijual pada harga RM188 - RM288 setiap set. Tersedia untuk bawa pulang dan menerusi penghantaran, tempahan perlu dibuat dalam tempoh 48 jam dan penghantaran adalah percuma untuk pelanggan yang tinggal dalam radius 10km dari Aloft.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi +603 2723 1154 atau emel ke kulal.b&f@marriott.com.

Element Kuala Lumpur

Sudah tentu kita akan merindui kampung halaman apabila menjelang bulan Ramadan. Membawakan “Desa Vibes” ke Trace Restaurant di tingkat 40 Element Kuala Lumpur, Chef Eksekutif Man dan pasukan beliau bakal melangkaui jangkaan semua menerusi seleksi terbaik kegemaran rakyat Malaysia! Sajian istimewa kali ini cukup dekat di hati Chef Man iaitu Nasi Dagang, sebuah sajian tempatan popular yang berasal dari Pantai Timur. Diperbuat daripada nasi pulut, santan dan dihidangkan bersama gulai ikan kembung, acar dan rasa sayang, sajian ini mengimbau kenangan manis Chef Man di kampung halaman bersama orang yang tersayang.

Bufet sajian yang pelbagai ini juga menyediakan sajian kepakaran utama Chef seperti aneka kerabu, Daging Salai Madu bersama nenas panggang, pelbagai jenis makanan bakar, Rendang Daging Minang, dan bermacam lagi. Bufet Desa Vibes ditawarkan pada harga RM128 (dewasa) dan RM64 (kanak-kanak). Bagi mereka yang lebih selesa untuk berbuka puasa di rumah, menu Desa Delivery juga boleh didapati sepanjang bulan Ramadan ini. 

Untuk hidangan bawa pulang, sila hubungi +603 2771 3351 untuk menempah pesanan anda. Untuk tempahan, sila emel TraceRB.Elementkl@elementhotels.com atau hubungi +603-2771 3388 / 3351

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown

Terokai “Bazar Selera” kala azan berkumandang pada waktu senja di Quan’s Kitchen, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown. Diilhamkan oleh kepelbagaian budaya dari negara China, Chef Eksekutif Gerald Chong akan mengetuai pengembaraan kulinari anda merentasi Laluan Sutera menerusi stesen Lan Zhou La Mien yang menyajikan mi tarik dengan sup tulang berserta kepingan ayam atau daging yang dihidangkan semasa panas. Hayati kelazatan Kambing Golek Jintan, sajian ikonik dari Xinjiang yang enak dimakan bersama Uzbek Plov. 


Nikmati juga kepelbagaian masakan kampung dan antarabangsa yang bakal menggamit suasana Bazar Ramadan yang tidak asing lagi. Kemeriahan kali ini menawarkan menu pembuka selera seperti Kerabu, Ulam dan Sup Berempah Tulang Rawan yang kaya dengan khasiat, santapan utama yang kekal menggiurkan sepanjang zaman; Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang Petai, Ayam Percik dan pelbagai lagi. Akhiri iftar anda dengan rasa manis Ais Kacang tradisional atau Ais Krim Goreng yang digoreng sempurna. Bufet ini ditawarkan pada harga RM158 seorang. Baucar tempahan awal boleh dibeli mulai sekarang hingga 2 April 2021 pada harga RM118 seorang. ‘”Bazar Selera” juga boleh didapati menerusi pesanan pengambilan sendiri dan penghantaran.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi +6012 507 3327 menerusi panggilan telefon atau WhatsApp, atau emel dining@fourpoints.com.

Four Points by Sheraton Puchong

Four Points by Sheraton Puchong mempersembahkan “Tradisi Warisan” dengan sajian juadah asli yang menyelerakan untuk anda, seisi keluarga dan sahabat handai sepanjang musim ini. Aneka bufet sajian ini turut tampil dengan air tangan istimewa Chef seperti Gulai Kawah, Sup Kambing, Lemang, dan semestinya Ketupat yang ikonik untuk dinikmati bersama Rendang dan kari. Apa yang lebih mewarnai pengalaman kulinari bersama “Tradisi Warisan” kali ini ialah gabungan rasa tempatan dan antarabangsa untuk pengalaman kulinari yang lebih luar biasa. Sajian bufet ini menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa menerusi variasi jenis masakan, daripada gerai tempura Jepun, Teppanyaki yang hangat memikat dan kaunter Pasta eksklusif yang mendatangkan sedikit sentuhan Barat. 

Bufet Tradisi Warisan boleh dinikmati pada harga RM145 (dewasa) dan RM72.50 (kanak-kanak berusia 4 - 12). Tempahan awal pula bernilai RM85 (dewasa) dan RM42.50 (kanak-kanak). Anda juga boleh membawa pulang hidangan istimewa kami seperti Briyani Kambing atau Ayam untuk makan malam.

Untuk tempahan meja, sila hubungi +603 5981 8855 atau emel eatery.puchong@fourpoints.com

Le Méridien Kuala Lumpur

Dalam rakyat Malaysia bersiap-sedia untuk menyambut kedatangan Ramadan, Le Méridien Kuala Lumpur kembali dengan Santapan Muhibbah 2.0 menerusi pilihan untuk makan di hotel, bawa pulang, dan penghantaran demi keselesaan dan kemudahan para pengunjung. Kembali atas permintaan ramai, bufet yang telah ditambah baik kali ini menawarkan sajian buka puasa yang unggul di salah satu restoran utama di hotel tersebut, Latest Recipe. Bagi meraikan bulan yang penuh barakah dalam norma baharu, Le Méridien Kuala Lumpur juga bakal menghidangkan sajian tersebut di meja para pengunjung. Untuk menguatkan lagi rasa dalam setiap masakan, Sous Chef Eksekutif, Chef Budiman juga memberikan sedikit nafas baharu kepada resipi-resipi lama beliau yang meliputi pelbagai jenis masakan dari seluruh negara ke dalam variasi santapan utama Melayu yang digubah khusus untuk dinikmati oleh para pengunjung. Pilih saja daripada pelbagai sajian hebat yang tersedia seperti Kari Tulang Rusuk Lembu Utara dengan minyak beraroma, Kambing Golek dengan Rempah Baharah dan sajian tradisional Lemang, Serunding and Ketupat. Sajian bufet yang kaya rasa ini akan ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak). Nikmati harga tempahan awal berharga RM128 (dewasa) bagi tempahan sepanjang 8-31 Mac. Hotel ini juga telah bekerjasama dengan ODDLE untuk membolehkan para pengunjung berbuka puasa menerusi set hidangan yang menyelerakan untuk bawa pulang dan juga penghantaran.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2267 7434 atau emel dining.lmkl@lemeridien.com 

Le Méridien Putrajaya

Le Méridien Putrajaya mengalu-alukan kehadiran para pengunjung ke Destinasi Rasa, di mana mereka boleh meneroka pelbagai rasa tempatan dan antarabangsa dengan tarikan utama tertumpu kepada sajian gerai juadah kegemaran rakyat Malaysia. Para pengunjung boleh menikmati sajian yang direka khas untuk bulan Ramadan di Latest Recipe di mana para chef telah mempamerkan sentuhan air tangan mereka untuk menyediakan Kambing Golek Arab, Burung Puyuh Penyet, Roti Sarang Burung dan semestinya hidangan istimewa kegemaran semua iaitu Daging Dendeng. Sajian harian istimewa juga bakal disediakan di lima stesen memasak secara langsung. Tambahan pula, para pengunjung juga boleh menikmati Ais Krim Durian Musang King kami sebagai pemanis mulut. Bufet ini ditawarkan pada harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak). Harga tawaran awal pula bernilai RM130 (dewasa) dan RM65 (kanak-kanak). 


Untuk tempahan, sila hubungi +603 8689 6888 atau emel dining.lmputrajaya@lemeridien.com

Sheraton Petaling Jaya Hotel

Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba dan bagi mengimarahkan aura Ramadan, Sheraton Petaling Jaya bakal menganjurkan sebuah Bazar Ramadan atas talian. Suasana hiruk-pikuk dan aroma sate serta mi goreng daripada bazar tersebut kini boleh diamati di platform-platform digital dan sedia untuk dihantar ke muka pintu rumah anda – mudah, selesa, dan selamat. Bertemakan ‘Ramadan Bazaar’, setiap set mengandungi empat (4) sajian utama (pembuka selera, santapan utama, sayur-sayuran, dan nasi) yang dipilih oleh para pembeli dan akan dilengkapkan dengan tiga (3) item tambahan: pencuci mulut, aneka sos, dan hidangan sampingan. Set tersebut akan dijual pada harga RM158 setiap satu untuk set dua (2) orang dan RM250 setiap satu untuk set lima (5) orang. Selain hidangan untuk bawa pulang, bufet tersebut juga akan disajikan di dua lokasi berbeza – Feast pada harga RM138 seorang dan Ballroom pada harga RM98 seorang.


Untuk tempahan dan pesanan, sila WhatsApp +6017 228 098, hubungi 03 7622 8958 atau emel Dining.SPJ@sheraton.com

The Westin Kuala Lumpur

Tahun ini, The Westin Kuala Lumpur menjemput anda untuk meraikan “Indahnya Ramadan!” di ruang makan kontemporari mereka, The Living Room. Sajian bufet yang mengasyikkan ini sedia untuk menjadikan bulan istimewa ini antara bulan-bulan yang paling memberikan kenangan manis buat anda dan yang tersayang. Dengan pasukan kulinari yang diketuai oleh Chef Eksekutif Halim Chek Lah, The Westin Kuala Lumpur akan membuatkan anda terpesona dengan stesen masakan secara langsung, di mana para pengunjung bakal menikmati masakan citarasa Malaysia yang asli. Bagi mengimbau kembali amalan tradisi menyambut bulan Ramadan, bufet tersebut juga akan menghidangkan ulam-ulaman di dalam sebuah sampan bersaiz sebenar dan para pengunjung akan berpeluang untuk mencipta Kerabu dengan adunan tersendiri menerusi seleksi sos pilihan. Dengan harga RM188 (dewasa) dan RM94 (kanak-kanak berusia 7-12, set menu Indahnya Ramadan! boleh juga bawa pulang dan dihantar terus ke muka pintu rumah anda.


Untuk tempahan, bawa pulang, dan penghantaran; sila hubungi Westin Dining di +603 2773 8495, WhatsApp +6012 305 1715, atau emel westindining@westin.com

Aloft Langkawi Pantai Tengah

Sempena musim perayaan ini, hotel yang paling mempesona di bumi Langkawi ini mempersembahkan “Nookilan Citarasa Kampung”, aneka masakan kampung yang tradisional dan asli termasuk hidangan istimewa seperti Kambing dan Ayam Golek, Bubur Lambuk, Asam Pedas, Gulai Udang, aneka kuih Melayu dan macam-macam lagi! Chef Asnan, Jurumasak Kedua Aloft Langkawi Pantai Tengah yang memiliki kepakaran dalam masakan Melayu telah mencipta sebuah menu secara teliti dan sarat dengan pelbagai juadah untuk dinikmati para pengunjung sepanjang Ramadan ini. Boleh didapati di Nook, bufet ini ditawarkan pada harga RM68 (dewasa), RM48 (warga emas) dan RM34 (kanak-kanak).


Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila hubungi +604 2723 1154 atau emel kulal.b&f@marriott.com

The St. Regis Langkawi

Kita semua tahu bahawa kurma adalah juadah yang wajib ada menjelang bulan Ramadan, dan pada tahun ini, The St. Regis Langkawi telah mencipta aneka sajian Melayu berunsurkan kurma yang boleh dinikmati bersama yang tersayang dalam keselesaan rumah anda. Diilhamkan oleh rasa manis semulajadi kurma yang sarat dengan nutrien, setiap ciptaan di dalam menu tersebut dihasilkan daripada kurma Safawi. Menu yang digubah khas ini sedia untuk menawarkan pengalaman kulinari yang hebat dan mengujakan kepada orang ramai! Bermula dengan harga RM30 bagi setiap sajian, menu berunsurkan kurma ini boleh dinikmati menerusi hidangan bawa pulang dan penghantaran. Sajian tersebut juga boleh dinikmati di restoran mereka yang terkemuka, L’Orangie. 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +604 960 6666 atau emel reservation.langkawi@stregis.com
Pesanan boleh dibuat menerusi GrabFood dan FoodPanda. Tertakluk kepada caj penghantaran. 

The Westin Langkawi Resort & Spa

Tidak boleh disangkal lagi bahawa masakan Melayu tradisional adalah sajian terbaik untuk dinikmati di bulan Ramadan. The Westin Langkawi menawarkan servis penghantaran bagi sajian kegemaran tempatan bertemakan Selera Kampung ke rumah anda. Orang ramai boleh mencipta sendiri kemeriahan sajian mereka dengan memilih hidangan kegemaran mereka daripada variasi sajian yang tersedia. Nikmati keindahan saat-saat berharga bersama yang tersayang sambil merasai sendiri pengalaman menjamu selera yang tersendiri. Bermula daripada harga RM95 dan ke atas, setiap set mengandungi empat hingga lima juadah daripada menu yang tersedia untuk dinikmati oleh enam orang, dan set itu juga dilengkapi dengan potongan buah-buahan, buah kurma dan minuman kordial secara percuma.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +604 960 8888 atau emel Westin.langkawi@westin.com
Pesanan juga boleh dibuat menerusi GrabFood dan FoodPanda Tertakluk kepada caj penghantaran. 

Courtyard by Marriott Penang

Kembali dengan seleksi hidangan baharu untuk makan di sini atau bawa pulang, Penang Kitchen oleh Courtyard by Marriott, Pulau Pinang memeriahkan lagi musim perayaan ini menerusi “The Dulang Lunch”; para pengunjung boleh menikmati masakan Melayu asli, terutamanya jika anda pencinta kari! Set “The Dulang Lunch” ditawarkan pada harga RM42 untuk dua orang. Penang Kitchen juga menawarkan Tea-Fin yang menggabungkan konsep ‘high tea’ dan ‘tiffin’ yang diilhamkan oleh budaya tempatan dan Nyonya di Pulau Pinang setiap hari daripada jam 2.30-5.30pm. Kudapan manis dan savori dihidangkan di dalam ‘tiffin’ setinggi tiga tingkat berserta seteko teh pada harga RM68 untuk dua orang. Sebagai tanda penghormatan buat hero-hero negara, The Buy 1 Get 1 Free Meals bagi pejuang barisan hadapan dan kakitangan awam juga akan tersedia daripada tengah hari sehingga jam 2.30pm pada setiap Selasa. 


Untuk tempahan, sila hubungi +604 297 2300 atau emel cy.pency@courtyard.com. Ahli Marriott Bonvoy bakal menikmati diskaun 10% selepas mendaftar, pendaftaran adalah secara percuma! 

Le Méridien Kota Kinabalu

Raikan semangat bersama-sama untuk “Kenangan Suasana Ramadan”. Bagi menghidupkan semula kegembiraan dan semangat bulan Ramadan, Le Méridien menawarkan ruang untuk seisi keluarga, sahabat-handai, dan juga organisasi-organisasi korporat untuk beramah mesra dan berbuka puasa bersama-sama. Barisan chef kami yang kreatif bakal mendatangkan sentuhan khas dan tampil dengan bufet sajian yang menampilkan sajian masakan di rumah kegemaran mereka yang diwarisi daripada keluarga masing-masing serta hidangan yang telah mereka pelajari dari pelbagai destinasi pekerjaan mereka sebelum ini. 


Bufet tersebut juga akan memperkenalkan hidangan-hidangan istimewa baharu, antaranya Istimewa Kambing Panggang, Rendang Tok, seleksi sajian Thai, Gulai Kandaq, Sup Gearbox, Bubur Lambuk, dan pelbagai lagi. Kenangan Suasana Ramadan dapat dinikmati pada harga RM128 (dewasa) dan RM58 (kanak-kanak). Para pengunjung juga boleh mendapatkan baucar tempahan awal berharga RM98 (dewasa). 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi +6088 322 238 atau layari Facebook http://www.facebook.com/lemeridienkotakinabalu atau Instagram http://www.instagram.com/lemeridienkotakinabalu

The Westin Desaru Coast Resort

Ramadan adalah peluang untuk saling memberi dan meraikan saat-saat berharga bersama seisi keluarga dan sahabat-handai. The Westin Desaru Coast Resort meraikan kedatangan Ramadan dengan “Selera Citarasa Johor” di Seasonal Tastes, restoran resort berkenaan di mana para pengunjung boleh menikmati pelbagai sajian istimewa negeri Johor yang menyelerakan. Para chef yang berpengalaman bakal menyediakan bufet sajian yang kaya dengan rasa dan nostalgia, antaranya Kambing Golek, Nasi Briyani, Sup Kambing Berempah, Ikan Bakar, dan pelbagai lagi. Bufet ini ditawarkan pada harga RM128 seorang. Para pengunjung juga boleh menikmati hidangan Selera Citarasa Johor Seasonal dalam keselesaan rumah masing-masing menerusi set hidangan bawa pulang bernilai RM60 untuk dua orang.  


Untuk tempahan, sila hubungi +607 838 3333 atau layari www.westindesaru.com untuk maklumat lanjut


Isnin, 29 Mac 2021

vivo ZEISS Flagship Professional Photography X60 Series Dijual Dengan Promosi Masa Terhad

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Vivo Malaysia X60 dan X60 Pro yang baru sahaja dilancarkan kini boleh didapati di vivo concept stores, vivo official E-store, lazada, shopee dan peniaga sah di seluruh negara termasuk kedai Senheng dan SenQ.

Bagi meraikan ketersediaan keunggulan fotografi profesional terbaru ini, vivo memanjangkan had masa promosi dari 27 Mac sehingga 11 April 2021

Menerusi promosi jualan pertama, korang boleh membeli siri Vivo X60 di vivo official E-store pada ansuran sifar hingga 12 bulan sementara pelanggan Senheng dan SenQ pula boleh memilih pembayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa faedah serta Easy Payment Plan (EPP).

 

Pengguna yang membeli Vivo X60 akan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM 458 termasuk screen crack protection untuk tahun pertama. Pengguna yang menyukai X60 Pro pula akan menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM 658 yang mana terdiri daripada premium luggage bagi dua tahun jaminan dan screen crack protection untuk tahun pertama. 

 

Selain itu, korang yang menjadi ahli PlusOne di kedai Senheng dan SenQ berpeluang menikmati satu tahun tambahan jaminan pada pembelian siri Vivo X60. X60 dan X60 Pro merupakan telefon pintar vivo pertama yang menampilkan teknologi sistem pencitraan yang direka bersama dengan pembuat lensa terkenal Jerman ZEISS bagi kualiti kamera yang bermutu tinggi. Ciri X60 Pro Gimbal Stabilization 2.0 yang menjanjikan video lebih stabil.

 

X60 dan X60 Pro didatangkan dengan harga masing-masing RM2,699 dan RM3,299 serta boleh didapati dalam dua warna premium dan bergaya; Shimmer Blue dan Midnight Black.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh kunjungi ke E-store rasmi vivo Malaysia atau kedai Senheng dan SenQ yang berdekatan.

Pautan pembelian di Lazada

vivo X60 series: http://bit.ly/vivoX60seriesLazada

Pauntan pembelian di Shopee

vivo X60 series: http://bit.ly/vivoX60seriesShopee

Pautan pembelian di Senheng

vivo X60: https://bit.ly/3d013f0; vivo X60 Pro: https://bit.ly/3vWW6MH

Pautan pembelian di senQ

vivo X60: https://bit.ly/3rgImZx; vivo X60 Pro: https://bit.ly/3lLVCUS

Ahad, 28 Mac 2021

Inspirasikan Pelbagai Cetusan Ilham Deko Rumah Anda Dengan Design Collection IDW Design & Build

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Inspirasikan Pelbagai Cetusan Ilham Deko Rumah Anda Dengan Design Collection IDW Design & Build | Sebagai pemilik rumah baru, antara impian yang ramai pemilik rumah inginkan adalah menukar kediaman sedia ada dari biasa-biasa kepada hiasan dalaman yang 'wow'. 

Dalam artikel kali ini, LeYa ingin berkongsi dengan korang semua tentang sebuah buku dekorasi yang boleh membantu korang dalam mentransformasikan kediaman korang tampak lebih elegan, moden dan mewah gitu. 

Kepakaran Deco yang ada dalam buku ini ia lengkap dengan drawing untuk setiap design. Memang LeYa dan suami a.k.a. Mr. Otomen Taro suka dengan rekaan dalaman dan terinspirasi dengan buku ni.

Cabaran Membina IDW

Dalam setiap pembinaan sesuatu rekaan, pasti ada cabaran dan halangannya. Jom kita tengok bagaimana pengasas mendepani cabaran dalam membina IDW.

Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berusia 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai EM1.7 juta. Pada usia 24 tahun, pasangan ini, Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.


Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. 

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi 'push factor' untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Fenomena Covid

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan 'total lock down' dan semua individu hanya duduk di rumah.

Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji semula kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. 

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan 'New Normal' mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenalpasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.


Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. 

Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.


Hasil deko dari IDW ni memang cukup memuaskan. LeYa memang teruja dan rasa keunikan yang ada setelah membelek naskhah buku ni. Memang menjadi sumber inspirasi dalam penataan setiap ruang yang ada di kediaman LeYa. 

Haa!! Kalau korang masih tercari-cari nak design rumah lebih-lebih lagi nak menjelang Raya ni, jom dapatkan promosi IDW sekarang!

DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA
RAYA PROMO RM397 ( HARGA ASAL : RM2897)

Website

Instagram


#bestinteriordesigninmalaysia #houseinteriordesigninmalaysia #interiordesigninmalaysia #interiordesigninselangor #interiordesigninshahalam #idwdesign&build #interiordesignkualalumpur #interiordesignfirminmalaysia #topinteriordesigninmalaysia #topinteriordesigninselangor #topinteriordesigninshahalam #homeinteriordesign #minimalisthousedesign #modernhouseinterior #bohoroomdecor #bohemiandecor #contemporaryinteriordesign #houseinteriordesigninselangor #aestheticbedroom #livingroomdesign #bedroominteriordesign #freeinteriordesign #Interiordesignbumiputra #outdoordecor #famousinteriordesigners #famousinteriordesignersinmalaysia #artdecointeriordesign #3droomdesign #decorationdesign #interiordesigncompanyinmalaysia #interiordesigncompanyinselangor #interiordesigncompanyinshahalam #interiordesignnearme

Selasa, 23 Mac 2021

RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Yang Terkesan Pandemik Dalam Edisi Khas Nak Ubah Hidup 2021

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kemunculan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah menjadi risiko perniagaan yang tidak dijangka kepada ramai usahawan. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan pandemik itu menyebabkan pemberhentian banyak sektor perniagaan.

Lanjutan itu, RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) ingin membantu orang ramai terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara, pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan membina bisnes yang berjaya.

Katanya lagi, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan juga lebih baik.

Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai.

Menerusi Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, RichWorks ingin membantu dan membimbing lebih ramai lagi terutama bangsa usahawan yang berdepan dengan cabaran dan kesusahan yang dihadapi ketika pandemik ini.

Oleh yang demikian, satu program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac secara PERCUMA yang mana ia telah bantu ubah malah menambah baik kehidupan orang ramai.

DAFTAR BINA BISNES BERJAYA - EDISI KHAS NAK UBAH HIDUP HARI INI SECARA PERCUMA!!!

"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.

"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.

Justeru, program ini merupakan platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk kembali memulakan langkah pertama serta terus keluar daripada situasi yang dihadapi sekarang.

Korang rasa nak ada kemahuan untuk hidup lebih baik?

Nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga?

Suri rumah nak jana pendapatan bantu keluarga?

Inilah masanya untuk korang mengorak langkah kejayaan dengan menghadirkan diri ke program ini.

"Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Edisi Khas Nak Ubah Hidup 2021 boleh layari laman web www.BinaBisnesBerjaya.com

Selasa, 9 Mac 2021

Aman Palestin Lancar "Kempen Ramadan Bersama" Sasar Kutipan RM15 Juta

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini, Aman Palestin sekali lagi mengambil inisiatif melancarkan "Kempen Ramadan Bersama Palestin, Syria dan Yaman". Kempen ini dilancarkan seiring dengan sambutan penubuhan Aman Palestin yang sudah mencapai usia 15 tahun pada tahun 2021 ini. 

Dalam satu majlis pelancarannya baru-baru ini, kempen Aman Palestin ini menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM15 juta bagi membantu rakyat di Palestin, Syria dan Yaman. Kempen ini sudah pun bermula pada 1 Rejab 1442H (13 Februari 2021) yang bakal memberi manfaat kepada seramai 250,000 orang sepanjang bulan Ramadhan itu nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut, Sesungguhnya Aman Palestin tidak akan berhenti dalam memberi perjuangan baik daripada aspek bantuan tenaga, masa mahupun wang ringgit bagi mengembalikan hak mereka sebagai negara yang merdeka.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, Aman Palestin juga akan terus memberikan komitmen untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat tempatan yang pada ketika ini dalam kesusahan berikutan pandemik COVID-19.

Katanya, Aman Palestin akan memberi bantuan secara khusus kepada golongan terjejas melalui Kelab Perwira Malaysia yang mana merupakan sebuah kelab yang bernaung di bawah Aman Palestin Berhad.

Sementara itu, Pengurus Besar Aman Palestin Berhad, Ustaz Muhd Farhan Mohd Fadhil berkata, pihaknya amat mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyumbang dan mendapatkan pahala melalui kempen Ramadan Bersama ini.

Kempen ini adalah antara yang terbesar yang dilaksanakan Aman Palestin. Menerusi dana yang dikumpulkan, sumbangan akan diberikan melalui enam program khusus iaitu Sahur dan Berbuka; Kotak Makanan; Program Imarah Ramadan; Hadiah Raya; Hadiah Ramadan dan Tabung Ramadan Kareem.

Kini tinggal 55 hari lagi untuk kita menyambut bulan Ramadan yang penuh suci. Apa kata, sama-samalah kita merebut peluang untuk meraih pahala dan memberi kepada yang memerlukan. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi pejabat cawangan Aman Palestin di seluruh negara atau layari laman sesawang di bawah:

www.amanpalestin.net

Khamis, 4 Mac 2021

Bisul Di Anggota Badan, Jangan Gatal Tangan Nak Picit Ya! Ambil Tahu Punca & Gejalanya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bisul tiada mata boleh terbentuk di mana-mana kawasan pada anggota badan, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jom ikuti sedikit kupasan di blog LeYa ini untuk ketahui punca dan simptom bisul yang terbentuk di tubuh badan.

 

Bisul tiada mata, apa tu?

Bisul merupakan benjolan yang amat pedih dan bernanah pada kulit. Punca bisul selalunya berlaku disebabkan jangkitan bakteria yang dikenali sebagai bakteria staphylococcal.

Bisul tiada mata pula adalah bisul yang tidak mempunyai titik mata berwarna putih di tengahnya. 

Kalau korang nak tahu, bisul juga mampu menjejaskan banyak bahagian badan seperti muka, leher, ketiak, punggung dan peha.

LeYa pasti korang pernah atau mungkin mempunyai lebih daripada satu bisul pada satu masa kerana kebiasaannya ia bukanlah serius kerana masih boleh dirawat. Terdapat beberapa faktor seseorang terkena bisul, antaranya:

  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan diri
  • Alahan
  • Ahli keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Kurang zat makanan
  • Pesakit diabetes
  • Berada di kawasan penempatan yang sesak seperti di institusi atau rumah kebajikan
Bisul di bahagian badan, ini puncanya!

1) Bisul tanpa mata di payudara

Sekiranya korang mengalami bisul, yang juga disebut furuncles, korang mungkin mengenali benjolan berwarna pink di payudara. Kebiasaannya, bisul adalah benjolan bengkak di bawah kulit.

Ia mungkin sedikit menyakitkan apabila disentuh atau saat bergeseran dengan pakaian atau coli.

Bisul tanpa mata juga biasanya akan membesar apabila nanah masuk ke dalam lesion.

Secara umumnya, ia boleh dirawat dengan mudah tetapi bisul payudara yang besar mungkin perlu dibedah oleh doktor.

Antara simptom bisul di payudara termasuk:
  • Benjolan kecil
  • Berwarna merah jambu
  • Tengahnya berwarna putih atau kuning
  • Mengeluarkan cecair jernih, putih atau kuning
2) Bisul di ketiak

Bisul di bawah lengan selalunya berlaku apabila folikel rambut dijangkiti. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor:
  • Berpeluh dengan berlebihan : Sekiranya korang berpeluh lebih daripada biasa kerana cuaca atau aktiviti fizikal, tetapi tidak membersihkan diri dengan betul, maka korang akan lebih mudah terdedah dengan jangkitan bakteria seperti bisul.
  • Mencukur : Ketiak korang adalah tempat di mana peluh dan kulit mati berkumpul. Jika korang kerap sangat mencukur ketiak, kemungkinan besar korang akan mendapat jangkitan bakteria. Semasa mencukur, secara tidak sengaja korang sebenarnya telah 'membuka' permukaan kulit lantas mengakibatkan bakteria masuk dengan mudah.
  • Kebersihan diri yang lemah : Apabila kawasan bawah lengan jarang dicuci, kulit mati boleh terbentuk dan menyumbangkan kepada pembentukan bisul atau jerawat.
  • Sistem imun yang lemah : Sekiranya korang mempunyai sistem imun yang lemah, tubuh kurang mampu melawan jangkitan bakteria. Bisul juga kerap terjadi pada penghidap diabetes mellitus, kanser, ekzema atau alahan.
3) Bisul tiada mata di paha

Paha, lebih-lebih lagi pada bahagian dalam adalah tempat yang biasa untuk bisul terbentuk kerana kawasan ini sering bergeseran dan berpeluh terutama dalam cuaca panas seperti di Malaysia.

Ini mendorong pertumbuhan bakteria di dalam folikel. Tetapi, beberapa keadaan menjadikan korang lebih mudah terdedah, sebagai contoh:

  • Menghidap ekzema atau psoriasis, kesan calar atau luka meningkatkan risiko dijangkiti
  • Sistem kekebalan tubuh yang terganggu membuatkan anda lebih cenderung mengalami jangkitan
  • Menghidap diabetes, mungkin menyukarkan badan pesakit untuk melawan jangkitan
  • Tinggal atau bekerja dengan individu yang mempunyai bisul juga boleh meningkatkan risiko terhadapnya
  • Mempunyai berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko anda mendapat bisul

4) Bisul pada faraj

Bisul faraj merupakan benjolan bernanah dan meradang yang terbentuk di bawah kulit faraj. Benjolan ini sering tumbuh di bahagian luar faraj, di sekitar kawasan kemaluan, malah di labia.

Sama seperti di anggota tubuh lain, bisul faraj terbentuk apabila folikel rambut terjejas lantas menyebabkan jangkitan.

Ia boleh bermula dengan benjolan kecil yang berwarna merah serta berkembang menjadi bengkak dan menyakitkan dalam masa beberapa hari dengan berisi nanah putih atau kuning.

Bisul, kebiasaannya tidak perlu dikhuatiri kerana sebilangan besarnya akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh 1 atau 2 minggu.

Pun begitu, bagi kes yang parah, khidmat dan rawatan daripada doktor mungkin diperlukan.

Apa pun, ingat ya, jangan sesekali memicit, mencucuk atau memotong bisul korang kerana ia hanya akan membuatkan bisul menjadi semakin parah!