Isnin, 21 September 2020

Jemputan Untuk Artis Berbakat: Tempa Nama Dengan Menghasilkan Karya Warisan Budaya Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas kembali lagi buat tahun yang ke-21 dan barisan artis baharu di Malaysia dijemput untuk meraikan kekayaan sejarah budaya negara melalui karya seni.

Pertandingan tahunan ini dianjurkan oleh Kumpulan Usaha Tegas, sebuah syarikat pelaburan milik ahli perniagaan terkemuka di Malaysia, Encik T. Ananda Krishnan. Kumpulan Usaha Tegas mempunyai kepentingan di dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi dalam beberapa industri termasuk telekomunikasi, media, hartanah serta minyak & gas.

Sejajar dengan sokongan Kumpulan Usaha Tegas terhadap bidang seni, pertandingan yang dianjurkan sejak tahun 2001 ini telah membantu ramai pelajar kreatif menelusuri kerjaya seni yang cemerlang, sekaligus mewarnai industri seni Malaysia melalui sumbangan bakat mereka.

Dengan tema utama tahun ini 'Warisan Malaysia', para peserta digalakkan untuk meraih inspirasi daripada warisan tidak ketara negara kita.

Pertandingan ini turut menyedari kesan pandemik COVID-19 terhadap negara kita, termasuklah kawalan pergerakan dan pembatasan interaksi orang ramai yang secara tidak langsung telah memberi peluang untuk kita lebih menghargai keindahan dalam kesederhanaan kehidupan seharian. Kesedaran ini telah mendorong pertandingan tahun ini untuk menyoroti aspek warisan yang mungkin sering dipandang remeh.

Warisan budaya tidak ketara merangkumi tradisi lisan, persembahan kesenian, amalan adat dan sosial serta bahan atau alat kebudayaan. Para peserta digalakkan untuk memberi olahan seni daripada lagenda, tarian rakyat, ritual dan kraftangan negara kita yang tiada tandingnya.

Bakat-bakat seni muda Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan merebut peluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah berjumlah sehingga RM82,000.

Pemenang tempat pertama untuk setiap kategori akan memenangi wang tunai berjumlah RM8,000, naib juara RM3,000, pemenang tempat ketiga RM2,000. Manakala dua pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang berjumlah RM500. Tidak kurang dari itu, semua pemenang akan turut memenangi sijil penghargaan dan baucer TGV Cinemas bernilai RM500 atau setaraf dengannya, berserta katalog pemenang.

Pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghantar penyertaan mereka sehingga 15 Oktober 2020. Peserta boleh menghantar seberapa banyak hasil seni yang ingin dipertandingkan. Karya yang dihasilkan perlulah terdiri daripada salah satu kategori berikut: minyak atau akrilik, cat air, arang, pensel atau dakwat, seni cetakan serta media campuran.

Para pelajar boleh mendaftarkan penyertaan di tiny.cc/UTH2020 atau menghubungi Jawatankuasa Usaha Tegas Heritage untuk maklumat lanjut seperti yang tertera:

Emel | utheritage@ut.com.my

No. Telefon | 03 - 2380 6688 (Ranjina/Faridah)

Instagram | @heritageartcompetition

Sabtu, 19 September 2020

6 Sebab Utama Kenapa Sunway Lagoon Jadi Destinasi Percutian Paling Best

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bila tiba saja hujung minggu, pasti ibu bapa mula pening nak bawa anak-anak bercuti. Jadi, apa kata kali ini anda bawa anak-anak anda setiap minggu ke Sunway Lagoon?

Kalau nak tahu, Sunway Lagoon ada kejutan menarik dari Pinky, puteri Gibbon yang akan berpindah ke rumah baru yang terletak di pulau buatan manusia yang juga dikenali sebagai "Upcycled Floating Island".

Menarik bukan? Kalau nak tahu lagi, Pinky the Gibbon ini bertangan putih dan berumur 15 tahun. Dan paling menarik, dia sangat bijak dan nakal. Gibbon ini turut dikenali sebagai lar gibbon (Hylobates lar), di mana ia merupakan spesies terancam dalam keluarga gibbon, Hylobatidae. Bulu gibbon mempunyai variasi dari warna hitam, coklat gelap dan perang. Tangan dan kaki gibbon berwarna putih serta mempunyai kolar berwarna putih. Gibbon mempunyai muka yang berwarna hitam.


Upcycled Floating Island itu juga sebenarnya diperbuat daripada sisa kitar semula lebih daripada 300 kilogram seperti kepingan Styrofoam, botol plastik & tong klorin yang dipromosikan oleh United Nation's global Sustainable Development Goals (SDGs). Bukan sahaja nampak cantik dan comel, tetapi Upcycled Floating Island buatan manusia ini mampu melindungi, memulihkan dan mempromosikan penggunaan ekosistem terestrial secara lestari.

Upcycled Floating Island merupakan hasil titik peluh daripada lapan orang dan pembinaan pulau ini mengambil masa selama 14 bulan. Dianggarkan kos pulau ini mencecah sehingga RM150,000.00. Antara keunikan yang terdapat di pulau ini adalah ia terapung di tengah tasik dan penjaga zoo akan menaiki bot untuk memastikan setiap keperluan di pulau dan Pinky terjaga.

Tidak hanya menawarkan promosi di Upcycled Floating Island, Sunway Lagoon juga merupakan hub atau one stop center kepada anda yang nak berseronok di kebanyakan aktiviti permainan kering dan air. 

1) Fish Feeding Experience di What the Fish?

Anda juga berpeluang memberi ikan makan di "What the Fish?" di tasik tersebut. Di tasik ini antara ikan air tawar yang boleh didapati adalah Ikan Merah Malaysia (Kelah Merah), Jawa Barb (Lampam Jawa), Rohu, Bala Shark (Ikan Hias Tutung), Ikan Sultan (Jelawat), Giant Gourami (Ikan Kaloi), Arapaima, Bighead Carp dan Tinfoil Barb (Lampam - ikan hias).

2) Pontoon Boat Tour

Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman di "Pontoon Boat Tour". Di sini anda akan dibawa mengelilingi tasik dan melihat Pinky the Gibbon dengan jarak yang lebih dekat. 


 

3) Mandi - Manda Di Setiap Aktiviti Air 

Dah puas bermain bersama Pinky the Gibbon yang bijak dan nakal, bagi ikan makan, apa kata bawa anak-anak dan keluarga untuk santai dan relaks dekat Surf Beach atau mana-mana aktiviti permainan air. Rugi dah masuk tak buat semua aktiviti best kat dalam!





4) Sunway Wildlife Park

Bukan itu sahaja. Anda juga boleh menikmati hari-hari cuti anda dengan mengunjungi Sunway Wildlife Park dan melihat petting zoo yang ada di sana.




5) Sunway Train Station 

Jangan risau yang tak larat nak berjalan kaki, lebih-lebih lagi ibu-ibu dan bapa kita yang dah berumur. Kat sini ada je disediakan Train untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain. Best kan!



Dah puas mandi-manda dan bermain permainan, senang untuk anda mencari hidangan makanan yang ada di dalam Taman Tema. Katakan saja apa yang anda inginkan. Jika tekak anda terasa nak menikmati makanan barat, terdapat banyak kiosk seperti Marry Brown, Burger King, Subway ada di dalam. 




Tak dilupakan juga kepada tarian ala-ala Red Indian  atau tarian mengikut tema yang Sunway Lagoon cipta di setiap musimnya, anda berpeluang menyaksikan tarian ini di dalam Sunway Lagoon Theme Park.


Best ke best? Anda tidak perlu pening-pening untuk fikir ke mana nak bawa keluarga atau anak-anak bercuti. Semuanya tersedia dan pilihan yang pelbagai di Sunway Lagoon. Yang berani dan semangat kental, boleh cuba aktiviti extreme seperti Bungy Jumping, Haunted House dan lain-lain.

Tiket bermula RM138 untuk dewasa dan RM113 untuk kanak-kanak dan warga emas. Jadi, apa tunggu lagi, kunjungi Sunway Lagoon Malaysia untuk melihat Pinky the Gibbon yang bijak! dan bermain di semua aktiviti yang ada di dalam Theme Park.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sunway Lagoon, anda boleh layari laman web di www.sunwaylagoon.com

Selasa, 15 September 2020

Tourism Selangor Giat Promosi Pelancongan Melalui Kejohanan Golf Kali Ke-2 Dengan Norma Baru

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini satu Kejohanan Golf Tourism Selangor kali ke-2 2020 telah berlangsung di Templer Park Country Club, Rawang pada hari Ahad, 13 September

Kejohanan 18 lubang itu menyambut ramai pemain golf dan pemain industri golf, pengurusan atasan di sektor swasta, pemain golf terkenal, penaja kejohanan, peminat golf dan rakan media sehingga wakil dari Syarikat Berkanun Kerajaan (GLC). Kejohanan ini membuka jalan untuk mengukuhkan hubungan yang sedia ada untuk masa akan datang di antara pemain golf bersama peserta-peserta yang bertanding dalam suasana penuh komprehensif dan menyeronokkan.

Kejohanan Golf Tourism Selangor ke-2 2020 ini disokong oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor), Landasan Lumayan, Central Spectrum (M) Sdn Bhd, OPG Global Sdn Bhd, WB Event and Management Sdn Bhd, Worldwide Holdings Berhad, Gamuda Land, Sweet Spot Digital (Malaysia) Sdn Bhd dan Roslan, Hazratul, Azman & Hisyam Peguambela & Peguamcara.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Encik Azrul Shah bin Mohamad dalam satu kenyataan berkongsi, “Tourism Selangor dengan bangga menjadi tuan rumah Kejohanan 18 lubang ini yang mana telah memasuki tahun kedua penubuhannya. Beliau sangat senang melihat bagaimana sokongan dan respons terhadap Kejohanan ini telah berkembang selama beberapa tahun”.

Selangor adalah rumah bagi Kelab Golf tertinggi di Malaysia, dengan 29 Kelab Golf di seluruh Negeri. Oleh itu, dari fakta ini sahaja, tidak dapat dinafikan, Selangor adalah hab golf terunggul di Malaysia,” tambah Encik Azrul Shah.

The Tournament’s first tee was executed at 8.00 a.m on Sunday, on which such tremendous support received by the star-list was in favour of the Tourism Promotion Agency despite the Tournament’s second inception was held post Covid-19.

Take 5! Fresh coconuts by Selangor Fruit Valley at hole-9 of the 18-hole Tournament

Oleh kerana Selangor dijangka menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Golf dan Kejohanan yang akan datang di negara ini selepas pandemik, adalah wajib bagi penganjur untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bermain golf dalam kebangkitan norma baru tidak semestinya menyeronokkan, tetapi ia juga harus menjadi tempat yang selamat. Salah satu Kejohanan terdekat dari acara Ahad adalah Selangor Golf Classic 2020 yang membuat kemunculannya pada 29 & 30 September 2020, di mana Tourism Selangor dengan bangga menjadi Title Sponsor.

Negeri Selangor melalui Tourism Selangor komited untuk meneroka peluang dan memanfaatkan lebih lanjut dalam sukan olahraga dan golf, kerana ia berperanan penting dalam memacu ekonomi negeri melalui pelancongan domestik. Segmentasi pelancongan ini tidak hanya menguntungkan pengusaha golf; penyedia runcit, penginapan, perhotelan dan pengangkutan juga akan mendapat kesan positif dari perjalanan tersebut. Buzz yang dihasilkan dari acara pelancongan golf akan menarik perhatian pelancong ke tempat-tempat pelancongan yang berdekatan seperti yang berdekatan dengan tempat Tournament di Rawang; Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Komanwel.

Tournament Champion, En Rosli Majid (far left) receives his winning trophy from Y.B. Dato' Nor Azmie Bin Diron, the Selangor State’s Financial Officer (middle) and Mr. Azrul Shah Mohamad, General Manager of Tourism Selangor (far right)
 
Chan Chee Seng (far left), the first runner-up for the 2nd Tourism Selangor Golf Tournament walked away with a trophy and an exclusive golf bag
 
Nik Areez Ariffin (far left), the Tournament’s second runner-up with his winning prizes

Pelancongan golf bertindak sebagai pemangkin untuk mewujudkan kemasukan pelancong sukan tempatan ke negeri ini. Dengan jumlah Kelab Golf tertinggi di negara ini, ini bukan usaha yang rumit untuk terus menembusi segmentasi pelancongan golf. Ia sejajar dengan Kempen Pelancongan Domestik Tourism Selangor, 'Pusing Selangor Dulu' yang semakin popular di kalangan pelancong domestik.

Penembusan pelancongan golf di Selangor meningkatkan taraf hidup penduduknya, membawa kepada peningkatan kemudahan sukan di seluruh negeri dan meningkatkan minat masyarakat terhadap golf menjadikan SELANGOR sebagai destinasi golf pilihan di Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tarikan pelancongan terkini dan terkini di Selangor, layari ke www.selangor.travel

Ahad, 13 September 2020

7 Tempat Menarik Di Perlis Yang Wajib Singgah Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cerita ceriti ceritu travel masuk lagi dalam Blog LeYa. Kali ni ke mana LeYa nak bawak korang semua? Jangan pandang sebelah mata guys pada negeri terkecil di Malaysia ni! Namanya, Perlis Indera Kayangan. Walaupun kecil, tapi sebenarnya banyak tarikan menarik yang boleh korang kunjungi bila ke sana. Tambahan lagi, ada tempat membeli-belah bebas cukai yang berdekatan dengan kawasan sempadan. Sangatlah rugi kalau tak singgah kan! Nak tahu apa yang menarik lagi, jemput baca sampai habis.

Actually, cerita travel LeYa dan keluarga ni beraksi seawal PM umumkan dah boleh merentas negeri hari tuh. Dek kesibukan LeYa yang berpanjangan entah apa, baru sekarang nak memulakan episod penceritaannya di blog. Kah! Okay... Tak yah nak membebel panjang sangat. Meh tengok lokasi-lokasi menarik yang sempat LeYa dan keluarga singgah ketika berada di sana.

1. Warung Tepi Sawah


LeYa mulakan dulu dengan warung yang dah trending dan viral ni iaitu Warung Tepi Sawah. Bak namanya sahaja kita dah tahu kan. Warung ni terletak bersebelahan dengan sawah yang mana korang boleh nikmati sarapan pagi sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dengan berlatar belakangkan suasana kampung yang jauh dari hiruk pikuk kotaraya. 

 

Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah pulut ayam, roti canai, nasi lemak serta "peknga" atau dikenali dengan nama lempeng kelapa yang dicicah bersama kari ikan. Errmmm... sedap...!!

Lokasi : Jalan Wang Ulu, Bintong, Perlis
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali Isnin
Hubungi : 011 - 10837769

2. Lyboy Corner

 

Satu lagi lokasi sarapan pagi yang enak dan boleh korang cuba iaitu Lyboy Corner. Kat sini korang kena cuba Roti Telur Gedik, Roti Telur Kecai dan Nasi Daging Bakar yang memang LeYa boleh katakan sangat sedap. Yummy!

Harganya pun berpatutan. Ini merupakan destinasi yang korang patut pergi bila berada di Perlis.


Lokasi : Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi : 7.00 pagi - 3.15 petang
Hubungi : 019 - 381 0882

3. Gua Kelam

 

Untuk kali yang ke berapa kali entah LeYa kunjungi Gua Kelam ini pun tidak terkira. Yang pasti, setiap kali datang ke Perlis, pasti akan tuju dan santai di sini. Haha... Gua Kelam ni merupakan salah satu gua yang unik di Malaysia dengan kepanjangan gua batu kapurnya 370 meter. Terdapat jambatan kayu yang berkeluasan 8 kaki dan satu-satunya jalan yang boleh dilalui untuk menikmati pemandangan di dalam gua. Korang boleh pelajari dan mendengar bunyi air yang menitis daripada stalaktit dan stalakmit sepanjang perjalanan korang.

 

Lokasi : Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 6.00 petang
Harga Tiket : Dewasa RM1.00 | Kanak-Kanak RM0.50

4. FF Harmoni Bee Farm


Kepada peminat madu lebah asli Perlis, inilah destinasi yang korang wajib singgah. FF Harmoni Bee Farm terletak di Jalan Sungai Batu Pahat dan terdapat bekalan madu lebah asli dari hutan. 

Di sini juga terdapat rawatan Apiterapi serta perkhidmatan perundingan dan latihan kepada yang berminat mengenai lebah madu. Jenis lebah madu yang diternak di sini adalah spesies daripada Apis Mellifera yang mana ia paling banyak digunakan dalam industri lebah madu. Jenis Apis Mellifera ini sangat produktif dan lebih jinak berbanding spesies lain. Dikatakan racun pada sengatnya amat sesuai untuk mengubati pelbagai penyakit.

 
 

Korang juga boleh sedut madu dari hub lebah madu yang disediakan. Pastinya ada kelainan pengalaman setelah singgah dan rasai madu lebah di sini. 


Lokasi : Jalan Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi : 9.00 pagi - 6.00 petang

5. Tasik Timah Tasoh


Tasik Timah Tasoh ini dah pun dikenali lebih-lebih lagi dalam penggambaran muzik video dan drama kerana keindahannya yang amat mengujakan. Di sekitar tasik ini terdapat dusun buah-buahan seperti durian, rambutan, durian belanda dan mangga. Korang boleh sahaja petik jika menginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.

Selain itu, buat kaki pancing jangan ketinggalan untuk memancing di tasik ini. Dikatakan terdapat pelbagai jenis ikan air tawar seperti Gelang Pam, Haruan, Ubi, Talapia dan Keli. Memang syok habiskan waktu di sini!

Lokasi : Tasik Timah Tasoh, 01000 Kangar, Perlis

6. Padang Besar


Yeah!!! Inilah syurga membeli-belah bagi rakyat Malaysia dan Thailand, lebih-lebih lagi kaum wanita yang sinonimnya suka bershopping. Kenapa ia dikatakan syurga membeli-belah? Ini kerana harganya yang murah. Ye lah kan dah bagitahu kat atas tadi, lokasinya berada betul-betul di tengah sempadan antara Malaysia-Thailand. Jadi, kesemua barang yang dijual adalah bebas cukai. 

Kalau korang yang belum pernah datang ke sini, LeYa memang sarankan korang untuk shopping puas-puas kat sini. Memang rambang mata nak masuk dari satu kedai ke kedai yang lain. Jangan terkejut, CCTV pun ada jual tau!

Lokasi : Padang Besar, Perlis

7. Aby Homestay 


Bagi korang yang inginkan tempat penginapan yang murah dan boleh memuatkan ahli yang ramai, inilah homestay yang korang patut menginap. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang korang boleh pilih mengikut bajet yang ada. 


Lokasi : Lot 1278, Batu 1/2, Jalan Santan, 01000 Kangar, Perlis
Hubungi : 017 - 470 8810 (Sharipah Anisah) / 013 - 430 6135 (Abu Bakar)


Dah puas berjalan, LeYa dan keluarga sempat juga bertemu sanak-saudara yang berada di sana. Kalau diikutkan LeYa memang tak kenal pun mereka ni. Tapi mujur Ibu Ayah ada memperkenalkan kami dengan saudara-mara arwah atuk di belah utara ni. Dapat jugalah berkenalan mengeratkan lagi silaturrahim.

Bersama Abang Fauzi dan Kak Tini, anak buah ibu.

Bersama PakTeh Man, sepupu Ibu. (PakTeh mirip wajah arwah atuk. Terubat juga rindu bila melihat wajah PakTeh)

Siapa kata negeri kecil, Perlis ini tak hebat? Dengan pemandangannya yang tenang dan menghijau, LeYa pasti ia adalah sebuah destinasi yang menyeronokkan untuk dilawati bersama keluarga. Lagi-lagi korang yang sibuk menikmati kehidupan di bandar, pastinya suasana desa seperti di Perlis ini dapat mengembalikan ketenangan fikiran. Paling best, kalau dah puas cuti-cuti di Perlis, boleh naik feri untuk ke Langkawi. Semoga perkongsian LeYa kali ini memberi korang rasa seronok untuk bercuti bersama keluarga di Perlis Indera Kayangan.