Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hahaha... Sekejap je kan Malaysia dah nak menyambut Hari Merdeka semula! So, sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal kunjung tiba ni, LeYa nak cakap kat korang semua yang McDonald's Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa 'Malaysianya' dengan memaparkan papan tanda Mekdi di restoran-restoran terpilih di seluruh negara.
Ia juga bersempena ulang tahun ke-38 McDonald's sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang. Papan tanda Mekdi yang merupakan panggilan tempatan untuk 'McD' yang juga singkatan dari 'McDonald's' telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya dan akan dipaparkan dengan jelas di 16 restoran terpilih di seluruh negara.
Apa yang lebih menarik LeYa nak bagitahu, kesemua 16 restoran itu dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri yang mana telahpun diberi peluang mengundi restoran McDonald's kegemaran mereka bagi memaparkan papan tanda Mekdi.
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald's Malaysia membawa sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD yang popular. Korang semua boleh nikmati Rendang Ayam sebagai pilihan hidangan sampingan tambahan bersama nasi lemak harum, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng berserta sambal pedas yang pasti memukau selera. Selain itu, korang juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe ataupun kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).
McDonald's juga turut menyuntik rasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanilla berkrim cair dan jeli Cendol. Pencuci mulut tempatan yang menarik seperti Pai Jagung dan ais krim berperisa Cendol juga turut dibawakan semula.
Menurut Hajjah Melati, McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia, baik daripada makanan yang disajikan sehinggalah kepada warga kerjanya dan juga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.
"Kita sedang melalui suasana baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik yang melanda ini telah menguji operasi perniagaan kami di pelbagai peringkat, dan kami berterima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sepanjang tempoh mencabar ini. Kami juga berbangga dengan kru kami yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat dipatuhi di semua restoran McDonald's di seluruh negara. Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung oleh masyarakat kita,” kata Hajjah Melati.
Konsep #KitaBoleh yang diterapkan oleh McD ini bermula pada bulan Mac sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025, McDonald's Malaysia juga menetapkan sasaran untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi.
McDonald's Malaysia yang amat mementingkan kesejahteraan masyarakat menggalakkan semua restorannya di seluruh negara untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangn makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.
Harga
RM16.99
Set Nasi Lemak McD + seketul Rendang Ayam + Teh Ais Limau
RM14.99
Set Nasi Lemak McD + Kepingan Spicy Chicken McDeluxe / Kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) + Teh Ais Limau