Isnin, 29 Jun 2020

Merentasi Tanjung Balau, Tanjung Sedili dan Tanjung Leman di Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila PM umumkan dah boleh merentas negeri, kesemua rakyat Malaysia rasa bersyukur kerana boleh menjalani aktiviti seperti biasa tetapi dengan norma baharu yang disarankan kerajaan. Alhamdulillah... di kesempatan itu, LeYa dan Mr. Otomen Taro mengambil peluang untuk menziarah emak di kampung di Melaka. 

Kemudian, panjang langkah kami ke Johor Bahru untuk bertemu anak-anak buah yang tidak dapat balik disebabkan ayahnya masih bekerja di Singapura. Jadinya, selaku adik, Otomen Taro dan emaknya mengambil rasa inisiatif menjenguk keadaan anak-anak buahnya di sana. 

 

Sampai di Johor Bahru dah lewat malam. Kami pun tidur dahulu. Keesokannya, usai sarapan pagi, kami bertolak ke Desaru untuk menikmati pemandangan cantik di sana. Maklumlah, dah lama tak jalan-jalan. Bila diberi peluang ni, kami pun menjelajah lah ke tempat menarik yang ada.

Nikmati Pemandangan Laut Di Tanjung Balau, Kota Tinggi

Cuaca cerah pagi itu diselangi tiupan angin menyambut kedatangan kami untuk menikmati pemandangan di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Perjalanan dari Pasir Gudang ke Tanjung Balau mengambil masa kira-kira 40 minit. 


Antara tarikan utama yang ada di pantai Tanjung Balau adalah formasi batuan akibat hakisan angin (wind-stress rock) yang boleh dilihat jelas ketika air surut. Ia dipercayai wujud sejak zaman Permo-karbon sekali gus lebih tua dari era Permian yang bermula sekitar 275 juta tahun silam.

Sebaik menghampirinya, selain kelihatan warna hitam seperti arang, jelas juga kelihatan strukturnya yang berlapis malah sekali pandang seperti tinggalan laluan lahar gunung berapi.


Singgah Santai Di Tanjung Sedili

Rancangan awal untuk meninjau Tanjung Balau diteruskan ke Tanjung Sedili. Kedamaian dan ketenangan ketika berada di situ menggamit langkah terus ke pantai seterusnya. Ditambah lagi langit biru bersatu dengan pesisir pantai landai mengungkap kedamaian untuk kami menikmatinya.


Tanjung Sedili merupakan sebuah kawasan di daerah Kota Tinggi, Johor. Ia terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40km dari Bandar Kota Tinggi. Kawasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil. 

Antara tarikan pantai yang boleh dilawati di situ adalah
  • Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay)
  • Pantai Temalah
  • Pantai Sedili Kecil
  • Pantai Jason Bay Beach Resort
  • Pantai Mutiara Motor Beach Resort
  • Pantai Sedili Country Resort



Menyusuri Tanjung Leman Beach Resort

Tanjung Leman Beach Resort adalah sebuah resort yang dibina di pantai Tanjung Leman, Mersing dan dikelilingi oleh keindahan alam. Resort ini mempunyai pantai berpasir putih lebih dari 2 batu ditambah dengan perairan jernih dan dikelilingi dengan pemandangan Pulau Tinggi, Pulau Besar dan Pulau Sibu yang membangkitkan lagi suasana tenang dan damai.


Antara tarikan semulajadinya adalah batu laut yang indah, buah-buahan hutan, hutan berbukit, kicauan burung dan kehadiran haiwan seperti Gibbons, tupai Kerawak dan Burung Kenyalang yang pasti dapat melengkapkan lagi destinasi percutian korang.



Sarapan Pagi Di Restoran Sasa, Bukit Dahlia

Keesokan harinya, LeYa dan Otomen Taro mencuba hidangan Johor di Restoran Sasa, Bukit Dahlia. Sambil-sambil tu bertemu dengan rakan blogger yang paling sentiasa positif dan pandai buat Pickupline. Siapa lagi kalau tak blogger hebat, @ceritamak atau Mak Suzlin. Sempatlah LeYa nikmati hidangan Lontong atau Masak Lodeh Johor tu. Memang terbaik! Recommended.


Tq my husband. Amekkan gambar dengan mak kawasan ni.. Hehe...

Done jalan-jalan ambil angin luar selepas PKP di kawasan Desaru dan Kota Tinggi. Next vacation tak tahu ke mana pula arah tuju LeYa dan Otomen akan pergi. Hehehe.... Nak tengok tempat-tempat menarik yang LeYa singgah di JB, boleh rujuk link di bawah:
  1. Keindahan masjid terbesar di Johor Bahru
  2. Tempat menarik Johor Bahru yang wajib singgah
  3. Berbuka Puasa Masakan India Di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa
  4. Apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bila bercuti di Lotus Desaru Beach Resort & Spa
  5. Homestay 2 tingkat di Bandar Dato Onn, JB
  6. Bermalam di SMS Private Stay, JB

Jadi, LeYa ucapkan selamat bercuti-cuti Malaysia ye untuk korang!

Sabtu, 27 Jun 2020

Hanya Shopping Dah Boleh Menang Emas Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang minat tak shopping? Rata-rata pasti semuanya suka kan. Ada yang kata dengan shopping ni lah buat hati happy dan tenang. Sebab masa membeli tu, tengok-tengok barang baru dan cantik-cantik, makanan sedap terus rasa teruja sangat nak memilikinya.

Korang nak tak kalau LeYa ajak korang bershopping dan menang hadiah EMAS PERCUMA. Ha! Emas percuma? Ya betul! Kalau nak tahu, jom teruskan bacaan.


Shopping Barang Dah Boleh Menang EMAS PERCUMA

Korang pernah dengar tentang CMASA.my? Ermmm... mesti ramai kata belum pernah dengar kan. Tapi, kalau LeYa sebut YaPEIM, rasanya semua dah tahu kan. YaPEIM adalah singkatan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Ia merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan menerajui pembangunan sosioekonomi secara inklusif dan berkesan bagi kesejahteraan ummah. 

Jadi, apa kaitan CMASA.my dengan YaPEIM? Jom LeYa terangkan serba sedikit pula tentang CMASA.my. CMASA.my adalah satu inisiatif pasaran atas talian (online) di bawah program baharu YaPEIM bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA). CMASA diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar-Rahnu yang benar-benar memanfaatkan Ar-Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan dan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga.


Tujuannya adalah memberi dan membuka peluang perniagaan secara atas talian kepada pelbagai pihak yang berminat dan usahawan-usahawan CMASA dengan menyediakan asas jaringan dan rantaian bekalan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Selain itu, ia juga menyediakan platform kepada masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang diyakini serta berkualiti.

Terdapat pelbagai produk korang boleh dapati di CMASA.my seperti makanan, fesyen, barangan bayi dan kanak-kanak, produk kecantikan dan kesihatan, peralatan rumah, peralatan haji & umrah dan banyak lagi.


Yang menariknya lagi, CMASA.my tengah mencari 6 pemenang bertuah untuk memenangi hadiah GOLD BAR PERCUMA. Korang yang jenis suka membeli-belah ni, bolehlah join contest Share dan Menang Gold Bar Percuma tu. Best ke Best! Kalau nak tahu syaratnya, boleh ikuti langkah-langkah mudah berikut: 

LANGKAH 1 :
Beli minimum 1 produk dari website e-commerce di https://cmasa.my/. Tak kisah produk apa sekalipun yang korang beli, korang layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini. 

LANGKAH 2 :
Jangan lupa untuk simpan resit pembelian online korang daripada website e-commerce CMASA.my tersebut, dan SILA PRIVATE MESSAGE di FB Page rasmi CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian korang sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 
Selepas korang dah settle dua langkah di atas, korang kenalah buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula 

"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" 

(sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting anda. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting anda untuk memudahkan kami menemui posting anda secara public.

 

BAGAIMANA CMASA.my MEMILIH PEMENANG?

CMASA.my akan memilih 6 orang yang mempunyai Like, Comment & Share paling tinggi dalam posting untuk dihadiahkan EMAS PERCUMA terus kepada korang!!

Selain daripada itu, jika korang tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang kerana mereka ada juga menyediakan 10 hadiah saguhati untuk korang!  Jumlah hadiah yang akan diberikan terus kepada korang semua adalah sebanyak 16 hadiah! 

Jadi, LeYa yakin korang yang sedang membaca posting ini adalah orang yang dicari untuk memenangi hadiah emas tersebut.

Tarikh tutup pencarian EMAS PERCUMA adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen di ruang komen bawah ataupun mesej terus ke FB Page CMASA.

Bestnya, semua produk-produk HALAL ada dijual di sini. So, apa tunggu lagi? Cepat pergi beli dan menangi hadiah menarik tu. Jangan tunggu lama-lama ye...Siapa cepat dia dapat.


Facebook CMASA

Website CMASA

Selasa, 23 Jun 2020

Trip.com Menghidupkan Semula Aktiviti Pelancongan Dengan "Travel On"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penyedia perkhidmatan pelancongan antarabangsa terkemuka, Trip.com Group telah memperkenalkan pelbagai inisiatif baru untuk menyegarkan kembali perjalanan ke destinasi pelancongan sebagai sebahagian daripada aktiviti pelancaran "Travel On" secara atas talian. Pelancaran di Trip.com Group yang disertai lebih daripada 70 wakil dari lebih 200 rakan industri pelancongan yang mana ia telah menarik penonton lebih daripada 1 juta penonton seluruh dunia. 


Dengan kawalan pandemik yang semakin baik, perjalanan ke destinasi pelancongan juga mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan di beberapa buah pasaran. Pelancaran ini menandakan permulaan baharu bagi Trip.com Group dalam menyatukan industri untuk menghidupkan semula perjalanan dengan pelbagai standard keselamatan baru serta jaminan fleksibiliti dan promosi.
“Cherished memories of our previous trips have given us strength throughout this difficult time, and now, as travel becomes possible again, we’re working with our partners to give users the confidence, inspiration and freedom to travel on,” said Trip.com Co-founder and Chairman James Liang. 
“At Trip.com, our commitment is to make every trip the perfect trip, and traveller safety is our number one priority,” said Trip.com Group CEO Jane Sun. “We’ve introduced these new measures to make sure that your next trip is as safe and enjoyable as ever.”

Trip.com juga bekerjasama dengan Google untuk melancarkan Laporan Tren Perjalanan (Travel Tren Report) yang membolehkan perjalanan jarak jauh didapati dengan cepat dan terkini. Selain itu, faktor keselamatan, fleksibiliti juga memainkan peranan penting dalam merancang perjalanan akan datang. Trip.com Group turut mengumumkan bahawa ia akan bertindak balas terhadap segala perubahan permintaan pengguna dengan mengetepikan tambahan yuran melalui jaminan "Flexibooking".

Bagi memberi insentif kepada para pelancong, Trip.com Group mengumumkan "Travel On Sale" di mana ia membolehkan pelanggan akses kepada potongan secara eksklusif sehingga 60% melalui tempahan awal dengan terdapat lebih daripada 30,000 hotel yang terletak pada lebih 180 negara.

Melalui promosi tersebut, penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian terkemuka itu memperkenalkan model pemasaran baru serta merancang untuk mengadakan satu siri siaran Live Streaming di destinasi seluruh dunia. Siri Live Streaming itu akan menawarkan lebih banyak potongan eksklusif untuk penonton yang mana sehingga kini telah mencapai lebih daripada USD 70 juta dalam penjualan.

Melalui bantuan kewangan pertama sebanyak USD 140 juta yang diberikan oleh rakan-rakan strategik, Trip.com Group sekali lagi memperkenalkan "Travel On Fund" di mana ia membantu rakan kongsi dari seluruh dunia untuk menyegarkan kembali industri perniagaan mereka.
“Travel is such an important force for good. It’s what brings us together, and breaks down barriers between us, and what the world needs most right now is the freedom to travel on safely,” said Trip.com Group CEO Jane Sun. “With the measures for safety and flexibility announced today, and these amazing deals and exciting new products on offer, that moment is now. There’s never been a better time to start planning that next trip, and to travel on.”

Sabtu, 13 Jun 2020

Cara Daftar & Tebus e-Wallet RM50 Aplikasi MySejahtera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia, pelbagai inisiatif kerajaan dibangunkan untuk memastikan penyakit ini dapat dikawal dan dihapuskan. Antaranya adalah aplikasi MySejahtera di mana ia merupakan satu usaha dalam membantu pengawasan penularan Covid-19 di negara ini. 

Selain itu, seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan bermurah hati untuk memberikan kredit e-wallet RM50 kepada sesiapa yang telah memuat turun aplikasi dan daftar MySejahtera. Jangan risau kepada yang belum daftar kerana anda boleh memuat turun dan daftar sekadar segera mulai sekarang. Siapa tak nak duit percuma kan? Hehehe...


Okay sebelum berceloteh lebih panjang jom tengok apa sebenarnya aplikasi MySejahtera ni?

Aplikasi MySejahtera ini dibangunkan oleh kerajaan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Aplikasi ini membolehkan penilaian kesihatan kendiri. Ia juga membolehkan KKM untuk mengambil tindakan dengan cepat, tepat dan berkesan bagi mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

Dengan hanya memuat turun aplikasi MySejahtera secara percuma, ianya dapat memberikan kemudahan bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan. Antara kemudahan yang disediakan dalam aplikasi ini adalah pengesanan hotspot kawasan Covid-19 dan lokasi fasiliti saringan yang terdekat. Turut disediakan juga nasihat kesihatan secara atas talian.


Cara Mendaftar Pengguna Aplikasi MySejahtera

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi buat kali pertama yang ada dikongsikan dalam laman web rasmi https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

  • Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
    • Klik sini untuk Android melalui Google Play
    • Klik sini untuk Apple iPhone melalui App Store
    • Klik sini untuk Huawei melalui AppGallery
  • Klik butang “Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu
  • Masukkan nombor telefon bimbit klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
  • OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel
  • Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel
  • Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan
  • Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
  • Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk

*Pengguna juga DIBENARKAN untuk mendaftarkan maklumat mengenai ahli keluarga atau individu lain yang tidak memiliki nombor telefon ataupun akses telefon pintar dengan memilih fungsi ‘Urus Tanggungan’


Bila Dapat Tebus e-Wallet RM50 tu?

Aha! Yang ni korang kenalah sabar ye! Sebab rakyat Malaysia ni bukan anda seorang sahaja. Ada ramai. Yang penting dah muat turun. InsyaAllah, mungkin selepas 15 Jun 2020 nanti diberikan secara berperingkat. Semoga info ini bermanfaat lah ye.


Kredit Photo Pilihan : Laman Web Rasmi MySejahtera

Jumaat, 12 Jun 2020

Sehari Di Selangor, Jom Ke Sepang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Memandangkan negara kita Malaysia sudah pun dibenarkan merentas negeri, apakata kita tenang-tenangkan fikiran dan rehatkan badan setelah duduk lama di rumah dengan menikmati pemandangan menarik di tempat lain. Tapi tidak perlu jauh-jauh. Jom, ikuti artikel di Blog LeYa ini.

Daerah Sepang yang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula berpesat di Bandar Baru Salak Tinggi. Kini, bukan sahaja ia menjadi laluan keluar dan masuk utama Negara dengan adanya dua buah lapangan terbang antarabangsa, KLIA dan KLIA2, daerah ini juga terkenal dengan Litar Antarabangsa Sepang yang telah menjadi tempat untuk mengadakan pelbagai acara sukan motor pada setiap tahun.

Di samping itu, daerah Sepang juga menempatkan pusat membeli-belah premium pertama di Selangor. Sepang giat menarik ramai pelancong dari seluruh dunia menjadikannya salah sebuah daerah yang wajib dikunjungi jika datang ke Selangor.

Jom ikuti Trip Itinerary Satu Hari Berada di Daerah Sepang


8.00 a.m. : Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
Pagi yang indah, jom mulakan hari dengan berpakaian sukan dan singgah di Taman Tasik Cyberjaya yang sangat terkenal itu. Di sini, anda akan dapati ada beberapa trek larian terbaik yang boleh dicuba dengan rakan-rakan. Tidak ketinggalan juga persekitaran yang menenangkan serta udara yang nyaman dan segar. Di taman hijau ini sudah pasti akan memberikan anda rasa nyaman untuk bersenam.


9.00 a.m. : Singgah di Restoran Adik Abang untuk sarapan pagi
Dah penat berjogging, apakata tambahkan kembali tenaga anda dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu Restoran Adik Abang! Di sini, anda akan disajikan dengan pelbagai makanan Malaysia yang enak di mana anda boleh memesan dari menu mereka. Wajib untuk mencuba Lontong, Nasi Lemak dan Roti Canai yang ada di kedai ini. 


10.00 a.m. : Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
Perut pun dah kekenyangan. Jom teruskan hari anda dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang memang terkenal itu. Di sini, anda akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini di mana anda boleh mengisi pengetahuan anda mengenai industri sukan permotoran! Lawatan ini merangkumi lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite perdana dan banyak lagi. Jangan lupa juga untuk mengunjungi Muzium Automobil ketika anda berada di sana.


12.00 p.m. : Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
Menjelang tengah hari, perut pun mula lapar kembali. Jangan lupa untuk singgah dan nikmati hidangan makanan di Restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung Salak Tinggi. Sekiranya anda sedang mencari masakan selera kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, anda boleh datang ke sini untuk mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka. 

Selain daripada kedua-dua menu itu, hidangan lain yang turut disajikan di sini juga patut dicuba!


1.00 p.m. : Ikuti Mangrove Tour
Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X menawarkan anda dengan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan! Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa anda berlayar ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah serta mendengar alunan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Anda juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang ditawarkan!


2.30 p.m. : Luangkan masa di Ladang Buah Naga Sepang
Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, pastikan juga anda berkunjung ke Ladang Buah Naga yang menakjubkan ini. Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh anda lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan jus buah naga yang diperah segar!


3.30 p.m. : Berbelanja di Mitsui Outlet Park
Luangkan hari anda di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang! Di sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding pusat membeli-belah yang lain. Anda pasti tidak ingin ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di Pusat Membeli-Belah premium ini!


5.00 p.m. : Minum petang di Book Barter Cafe
Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini sambil menikmati waktu minum petang anda! Ruang dalaman kafe ini menggayakan konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai, terutamanya para pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka. Bukan sahaja persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya akan menggiurkan anda juga! Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa anda berada di sana.


6:00 p.m. : Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
Setelah meluangkan masa anda di kafe, pastikan anda terokai Tamarind Square ini! Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, anda juga boleh menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness, Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh anda lawati pada setiap bulan. Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq yang akan diadakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.


7.00 p.m. : Makan malam di HM Sri Bagan Sepang 
Satu penutup yang terbaik untuk hari anda adalah dengan makan malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood anda agar lebih tenang. Disini, anda boleh memilih hidangan dari menu ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan! Semua menu di sini wajib anda cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Steam dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!

Aha! Sekiranya anda sudah sampai sejauh ini, ianya bermakna anda sudah membaca kesemua lokasi yang telah LeYa sertakan dalam jadual perjalanan ini. Cukuplah 10 tempat yang anda boleh lawati di Daerah Sepang dalam masa satu hari. Daerah Sepang ini sudah pasti akan membuat anda kagum kerana tarikannya yang luar biasa! 


Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Tourism Selangor di

Selasa, 9 Jun 2020

Tak Sabar Nak Berjemur Di Pantai Lepas PKP? Buat Wanita Hamil, Ini BAHAYA Yang Bakal Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setelah pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai kebenaran merentas negeri yang akan bermula pada 10 Jun 2020 iaitu esok, ramai rakyat Malaysia menarik nafas lega tanda kesyukuran kerana boleh pulang ke kampung bertemu Ibu Ayah, tidak dilupa juga yang sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga dan berehat menikmati pemandangan pantai yang indah. 


Kita tahu berkelah atau berjemur di pantai pastinya merupakan aktiviti kesukaan ramai. Namun, bagi wanita hamil, terdapat kesan bahaya yang perlu diketahui. Jom ikuti selanjutnya dalam Blog LeYa.

Bahaya Berjemur di Pantai

Hakikatnya, secara teknikal aktiviti berjemur di pantai adalah satu perkara yang tidak disarankan oleh pakar kepada semua individu, terutamanya wanita mengandung.

Hal ini kerana ia terdedah kepada sinar UV matahari, meletakkan diri kita kepada risiko penuaan pramatang dan juga melanoma malignan (kanser kulit). Beberapa kajian turut mengaitkan sinar UV dengan kekurangan asid folik.

Fungsi asid folik adalah untuk menghalang dan mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida dan ia sangat penting pada trimester pertama kehamilan. Bagi wanita mengandung, kulit akan menjadi sangat sensitif dan lebih mudah mengalami kepanasan serta chloasma - bintik gelap pada wajah semasa berbadan dua

Banyak kebimbangan menyamakan tabiat berjemur di pantai dengan kaedah memerangkan kulit. Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama semasa hamil boleh menyebabkan kegatalan, ruam panas atau masalah chloasma menjadi semakin teruk.

Menurut pakar daripada British Association of Dermatologies(BAD), Dr Sweta Rai menyatakan, tidak kira wanita mengandung mahupun mana-mana individu, aktiviti berjemur di pantai dengan berbaring di bawah sinaran matahari tidak digalakkan.

Malahan pakar penjagaan kulit semasa hamil juga tidak mengesyorkan aktiviti ini untuk dilakukan. Dr Sweta menjelaskan, dalam tempoh kehamilan, tahi lalat kita boleh berubah disebabkan pengaruh hormon. Jadi, semasa berjemur, kita akan mengalami keadaan yang dipanggil pendedahan cahaya matahari kronik rendah atau selaran matahari

Masalah selaran matahari yang dialami boleh menyebabkan penuaan pada kulit serta meningkatkan risiko untuk mengalami kanser kulit bukan melanoma walaupun dalam jumlah peratusan yang kecil.

Selain itu, ibu-ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami kemerosotan sistem imun, keadaan ini sekali gus memungkinkan ibu mendapat masalah berkaitan pendedahan cahaya matahari.


Adakah berjemur di pantai berbahaya untuk kandungan?

Pakar menjelaskan, tidak terdapat kajian yang dapat membuktikan mengenai perkara tersebut. Namun bagi Dr Sweta, saintis tidak mempunyai cara untuk mengetahui sama ada ia boleh memberikan kesan kepada bayi atau tidak.

Walaupun kebanyakan pakar berpendapat bahawa ia tidak mungkin berlaku, tetapi masih tiada bukti untuk mengesahkannya. Walau bagaimanapun, sebelum hamil, untuk melakukan aktiviti berjemur di pantai, anda akan berbaring menelentang. 

Posisi tidur seperti itu bagi wanita mengandung juga sebenarnya boleh menekan urat besar dalam perut yang dikenali sebagai inferior vena cava. Jika keadaan itu berlaku, ia boleh mengurangkan aliran darah pergi balik ke jantung dan juga bekalan darah ke rahim.

Oleh sebab itu, posisi tidur wanita yang berbadan dua disarankan untuk mengiring ke sisi kiri berbanding menelentang.

Tips melindungi kulit bagi wanita mengandung

Sudah tentunya kita tidak dapat menghindari diri daripada cahaya matahari 100% walaupun tidak berjemur di pantai, bukan?

Jadi, sekurang-kurangnya kita boleh mengurangkan kesan sampingan akibat terkena cahaya matahari dengan langkah-langkah seperti berikut:
  • Memakai pelindung matahari SPF 30 atau lebih tinggi
  • Memakai pelindung matahari setiap 2 jam
  • Duduk di tempat teduh dan elakkan daripada terkena sinaran matahari secara terus
  • Hindari sinaran matahari pada waktu kemuncak antara pukul 11 pagi hingga 3 petang
Kekal Terhidrat

Berada di bawah sinaran matahari untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan dehidrasi. Pastinya ia satu keadaan berbahaya buat wanita mengandung.

Air sangat penting bagi wanita yang sedang hamil kerana ia akan mengangkut nutrien dan vitamin untuk dibawa ke janin.

Dehidrasi juga boleh menyekat aliran darah ke rahim dan mengakibatkan gangguan kepada perkembangan bayi, sekali gus boleh menyebabkan kontraksi pramatang. 

Jika anda tidak pasti sama ada badan mendapat cukup cecair atau tidak, perhatikan warna air kencing. Air kencing normal sepatutnya berwarna kuning cair. Jika berwarna gelap, anda berisiko untuk mengalami dihidrasi dan perlu segera meminum air. Sekiranya anda berdepan kesukaran untuk minum air kosong, anda boleh mencampurkan sedikit perahan lemon dan minumnya dengan ketulan ais.


Nikmati cahaya matahari secara sederhana

Sama seperti perkara lain dalam hidup, yang perlu dinikmati secara bersederhana, begitu jugalah keadaannya dengan cahaya matahari. Tidak salah untuk kita menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, tetapi jangan secara berlebihan.

Kita masih boleh berkelah bersama keluarga atau bersantai di tepi kolam. Namun pastikan kita tahu menjaga aspek pengambilan cecair dan memakai pelindung matahari. 

Sumber : Hello Doktor

Isnin, 1 Jun 2020

Pantri Makanan #AyamWithYou Bantu Komuniti Seluruh Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita sedar negara kita sedang menghadapi krisis sukar akibat wabak Covid-19. Walaupun demikian, sikap dan semangat saling membantu, murah hati dan saling mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Sebagai contoh, di Seremban, Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan di Taman Tuanku Jaafar usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.


Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk boleh menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini, jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur dengan lebih banyak perancangan untuk membantu organisasi dan komuniti.


Anda ingin membantu? Sudah tentu boleh!

Apakata anda pergi melawat Pantri Makanan Ayam Brand yang telah ditempatkan di seluruh Malaysia!

Sekiranya anda memerlukan makanan, buka zip pantri makanan dan ambil apa yang anda perlukan sahaja. Anda juga boleh membantu dengan menyumbang barangan yang anda ada di pantri makanan dan tutup zip untuk orang seterusnya.

Barangan yang terdapat di pantri makanan adalah makanan. Walaubagaimanapun, anda juga boleh membantu dengan menyumbangkan minuman, barang-barang runcit dan keperluan asas lain.

Ayam Brand akan membantu mengisi semula pantri makanan dengan makanan dalam tin yang digemari ramai dan bekerjasama dengan organisasi-organisasi amal di setiap negeri untuk menjalankan pantri komuniti ini.


Berikut adalah senarai lokasi pantri makanan, Jom!:
  • Terengganu: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
  • Pahang: Baitul Husna Bukit Sekilau
  • Kelantan: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
  • Kedah: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
  • Penang: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
  • Perlis: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
  • Johor: Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
  • Negeri Sembilan: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
  • Perak: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
  • Sabah: Rumah Anak Kesayangan
  • Sarawak: Rumah Amal Nur Murni
  • Selangor: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
  • Kuala Lumpur: Anjung Singgah
Untuk maklumat lanjut, boleh layari

Marilah bersama-sama kita menolong antara satu sama lain!

AMBIL APA YANG ANDA PERLUKAN, TINGGALKAN APA YANG ANDA BOLEH