Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Bila PM umumkan dah boleh merentas negeri, kesemua rakyat Malaysia rasa bersyukur kerana boleh menjalani aktiviti seperti biasa tetapi dengan norma baharu yang disarankan kerajaan. Alhamdulillah... di kesempatan itu, LeYa dan Mr. Otomen Taro mengambil peluang untuk menziarah emak di kampung di Melaka.
Kemudian, panjang langkah kami ke Johor Bahru untuk bertemu anak-anak buah yang tidak dapat balik disebabkan ayahnya masih bekerja di Singapura. Jadinya, selaku adik, Otomen Taro dan emaknya mengambil rasa inisiatif menjenguk keadaan anak-anak buahnya di sana.
Sampai di Johor Bahru dah lewat malam. Kami pun tidur dahulu. Keesokannya, usai sarapan pagi, kami bertolak ke Desaru untuk menikmati pemandangan cantik di sana. Maklumlah, dah lama tak jalan-jalan. Bila diberi peluang ni, kami pun menjelajah lah ke tempat menarik yang ada.
Nikmati Pemandangan Laut Di Tanjung Balau, Kota Tinggi
Cuaca cerah pagi itu diselangi tiupan angin menyambut kedatangan kami untuk menikmati pemandangan di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Perjalanan dari Pasir Gudang ke Tanjung Balau mengambil masa kira-kira 40 minit.
Antara tarikan utama yang ada di pantai Tanjung Balau adalah formasi batuan akibat hakisan angin (wind-stress rock) yang boleh dilihat jelas ketika air surut. Ia dipercayai wujud sejak zaman Permo-karbon sekali gus lebih tua dari era Permian yang bermula sekitar 275 juta tahun silam.
Sebaik menghampirinya, selain kelihatan warna hitam seperti arang, jelas juga kelihatan strukturnya yang berlapis malah sekali pandang seperti tinggalan laluan lahar gunung berapi.
Singgah Santai Di Tanjung Sedili
Rancangan awal untuk meninjau Tanjung Balau diteruskan ke Tanjung Sedili. Kedamaian dan ketenangan ketika berada di situ menggamit langkah terus ke pantai seterusnya. Ditambah lagi langit biru bersatu dengan pesisir pantai landai mengungkap kedamaian untuk kami menikmatinya.
Tanjung Sedili merupakan sebuah kawasan di daerah Kota Tinggi, Johor. Ia terletak di muara Sungai Sedili di pinggir Laut China Selatan, kira-kira 40km dari Bandar Kota Tinggi. Kawasan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu Tanjung Sedili, Sedili Besar dan Sedili Kecil.
Antara tarikan pantai yang boleh dilawati di situ adalah
- Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay)
- Pantai Temalah
- Pantai Sedili Kecil
- Pantai Jason Bay Beach Resort
- Pantai Mutiara Motor Beach Resort
- Pantai Sedili Country Resort
Menyusuri Tanjung Leman Beach Resort
Tanjung Leman Beach Resort adalah sebuah resort yang dibina di pantai Tanjung Leman, Mersing dan dikelilingi oleh keindahan alam. Resort ini mempunyai pantai berpasir putih lebih dari 2 batu ditambah dengan perairan jernih dan dikelilingi dengan pemandangan Pulau Tinggi, Pulau Besar dan Pulau Sibu yang membangkitkan lagi suasana tenang dan damai.
Antara tarikan semulajadinya adalah batu laut yang indah, buah-buahan hutan, hutan berbukit, kicauan burung dan kehadiran haiwan seperti Gibbons, tupai Kerawak dan Burung Kenyalang yang pasti dapat melengkapkan lagi destinasi percutian korang.
Sarapan Pagi Di Restoran Sasa, Bukit Dahlia
Keesokan harinya, LeYa dan Otomen Taro mencuba hidangan Johor di Restoran Sasa, Bukit Dahlia. Sambil-sambil tu bertemu dengan rakan blogger yang paling sentiasa positif dan pandai buat Pickupline. Siapa lagi kalau tak blogger hebat, @ceritamak atau Mak Suzlin. Sempatlah LeYa nikmati hidangan Lontong atau Masak Lodeh Johor tu. Memang terbaik! Recommended.
Tq my husband. Amekkan gambar dengan mak kawasan ni.. Hehe...
Done jalan-jalan ambil angin luar selepas PKP di kawasan Desaru dan Kota Tinggi. Next vacation tak tahu ke mana pula arah tuju LeYa dan Otomen akan pergi. Hehehe.... Nak tengok tempat-tempat menarik yang LeYa singgah di JB, boleh rujuk link di bawah:
- Keindahan masjid terbesar di Johor Bahru
- Tempat menarik Johor Bahru yang wajib singgah
- Berbuka Puasa Masakan India Di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa
- Apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bila bercuti di Lotus Desaru Beach Resort & Spa
- Homestay 2 tingkat di Bandar Dato Onn, JB
- Bermalam di SMS Private Stay, JB
Jadi, LeYa ucapkan selamat bercuti-cuti Malaysia ye untuk korang!