Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Siapa kat sini yang tak suka makan ais krim? Rata-rata semuanya suka menikmati kesejukan dan keenakan ais krim lebih-lebih lagi kanak-kanak. Korang mungkin fikir kegilaan boba yang kecoh suatu ketika dulu dah semakin pudar di Malaysia. Namun, interprestasi semula minuman kegemaran ramai itu muncul kembali dengan jenama aiskrim ternama Malaysia, Wall's yang memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive - Wall's Special Edition Tealive Boba Ice Cream.
Keluaran terkini ini lebih dikenali dengan nama manjanya #WallBobalicious, Wall's Special Edition Tealive Boba Ice Cream merupakan gaya terbaharu peminat boba untuk menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk ais krim, tidak mengira tempat dan waktu! #WallBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu hasil dari minuman yang tidak asing lagi di Malaysia dengan harga yang berpatutan dengan rasa teh susunya yang kaya dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan.
#WallBobalicious ini merupakan pengalaman pertama jenama Wall's bersama kolaborasi Tealive, di samping memberikan rakyat Malaysia pengalaman baharu menikmati boba dalam bentuk sebatang ais krim. LeYa yakin korang akan teruja ketika menikmati keenakan ais krimnya. Dan, lebih syok lagi memberi semangat baru buat semua rakyat Malaysia dalam tempoh #DudukRumah ini dengan hanya menikmati kemanisan hidangan kegemaran #BobaJeLAH.
Apa korang tunggu lagi? Wall's Special Edition Tealive Boba Ice Cream kini hanya boleh didapati secara eksklusif secara pra-pesanan melalui atas talian dari 28 hingga 30 April 2020 di Tealive :
- https://tealivehq.beepit.com/ordering/ (KL, Bangsar, Mount Kiara, Damansara, PJ, Subang, Shah Alam)
- https://tealivehq2.beepit.com/ordering/ (Klang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya & the rest of Klang Valley)
#WallBobalicious akan dipasarkan di seluruh negara di kesemua pasar raya utama, pasar raya besar, kedai serbaneka dan juga cawangan Tealive terpilih dengan harga sebatang ais krim dijual pada harga RM2.20 - RM2.70.
Maklumat lanjut, boleh layari seperti tertera
İnteresting food 😊 thanks for your review 😊
BalasPadamWelcome
PadamBelanja Sis please hehehehe
BalasPadamOk boleh je. Tapi lepas pkp ye.. Hehe..
PadamWow dah ada aiskrim sekarang. Tealive ni memang sedap, tapi tak memang tak boleh mimum selalu. Manis dan tak elok untuk kesihatan.
BalasPadamaritu ada tgk psl eskrem tealive ni sbb ankdara suka sgt ngan tealive ..die suruh beli tp bc kwn beli katanya tk sedap..so beli air je la
BalasPadamWah menarik ni leya. Boleh cari nanti. Mesti sedap kan.
BalasPadamRabia belum rasa lagi
BalasPadamyeay mama dah rasa dah. sedap juga macam minum tealive boba juga
BalasPadam