Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Golongan berpendapatan rendah di Malaysia khususnya di Manjung, Perak berpeluang memiliki rumah idaman menerusi projek perumahan 'Rumah Mampu Milik' Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) oleh Taraf Nusantara Sdn Bhd. yang berharga RM250,000 ke bawah.
Miliki Rumah Idaman Di Bandar Baru Setia Awan Perdana
Sebelum melangkah lebih jauh lagi, apa kata LeYa perkenalkan dahulu sedikit latar belakang pemaju syarikat ini. Taraf Nusantara Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat pemaju di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan projek perumahan mampu milik, Bandar Baru Setia Awan Perdana dan LAGENDA Teluk Intan yang telah berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Jadi, apa yang korang inginkan untuk memiliki sesebuah kediaman?
Sudah pastinya kedudukan yang berdekatan dengan kemudahan asas menjadi pilihan penting kepada pembeli untuk selesa dan selamat. Menerusi perincian penerokaan LeYa bersama Taraf Nusantara, ia sangatlah sesuai dijadikan sebagai pelaburan pertama dalam memiliki rumah idaman pada masa akan datang. Dengan memiliki lokasi yang strategik yang hanya 4km jauhnya dari Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dan Bandar Setiawan/Manjung menjadikan ia sebuah lokasi yang memenuhi citarasa pembeli hari ini.
Pilihan Rumah Mampu Milik Buat Anda
Pembangunan Bandar Baru Setia Awan Perdana dijangka menjadi nadi baharu di daerah Manjung/Sitiawan yang mempunyai ciri-ciri pembangunan terancang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial. Kawasan BBSAP ini bereluasan kira-kira 1.012 ekar dan mengambil masa 90 minit ke Kuala Lumpur apabila Lebuhraya Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.
Ciri-ciri lain yang membuatkan ia adalah unik dan menjadi perhatian pembeli rumah ialah dari aspek kemudahan yang terdapat di sekeliling kawasan perumahan tersebut seperti:
- Kolam renang bertaraf Olimpik
- Lapangan Golf
- Taman permainan kanak-kanak
- Dewan badminton
- Gelanggang futsal
- Padang bola
- Sekolah
- Masjid dan Surau
- Laluan jogging dan basikal
- Taman hijau
Apa yang buat LeYa tertarik dengan kawasan perumahan ini adalah ia merupakan laluan penghubung yang boleh diakses oleh pelancong dari luar negeri Perak ke kawasan pelancongan popular seperti Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Memadailah dengan saranan dan hasrat kerajaan negeri untu membangunkan daerah Manjung sebagai pusat pelancongan dan maritim negeri Perak.
Sebagai satu kumpulan hartanah yang besar, Taraf Nusantara dapat menyampaikan platform hartanah dengan lebih holistik melalui perkembangan Fasa 1 hingga Fasa 5.
YBhg. Datuk Misbun Sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana
Bukan itu sahaja! Taraf Nusantara Sdn Bhd juga melantik lagenda badminton negara, YBhg. Datuk Misbun sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana atas usaha dan sumbangan beliau dalam melonjakkan nama Malaysia di persada dunia. Malah YBhg. Datuk Misbun juga telah melahirkan seorang lagi jaguh dunia yang turut mengikuti jejak langkah beliau dalam sukan badminton iaitu YBhg. Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul pingat dalam Sukan Olimpik.
Menerusi Datuk Misbun juga, beliau berhasrat untuk menjadikan Manjung/Sitiawan sebagai pusat latihan badminton bagi golongan remaja di negeri Perak dalam usaha untuk mencari jaguh dunia baharu yang akan terus mengharumkan nama Malaysia.
Lebih menarik lagi, Datuk Misbun turut menyokong dengan memiliki sebuah rumah kediaman di BBSAP sebagai rumah persinggahan beliau jika ada latihan dan perlawanan badminton. Keluasan rumah Datuk Misbun merupakan Rumah Teres Fasa 1 yang mungkin boleh dijadikan rujukan kepada pembeli sebelum memiliki rumah idaman masing-masing. Di kesempatan ini, LeYa sempat berkongsi susunan atur dan dekorasi rumah milik Datuk Misbun. Memang sangat cantik dan moden style.
Ruang Tamu
Master Bedroom
Bilik Tidur 2
Bilik Tidur 3
Dining Room
Ruang Dapur
Memiliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi LeYa cukup selesa dan berpuashati untuk memilikinya. Selain itu, Datuk Misbun juga telah menyusun rancangan bagi tahun ini untuk penganjuran bengkel badminton dan perlawanan badminton kategori remaja bawah 21 tahun untuk mencungkil bakat baru anak tempatan dalam acara sukan ini.
Tawaran Menarik Menanti Pembeli
Terdapat kira-kira 10,500 unit rumah lot yang terdiri daripada model Semi-D dan Teres. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM135,000 untuk unit rumah teres manakala unit rumah Semi-D dijual pada harga bermula RM188,000.
Pembeli juga bakal memiliki rumah yang kompetitif dengan kualiti senibina rumah yang tinggi. Rata-rata juga pembeli rumah BBSAP terdiri daripada 70% bangsa Melayu, kakitangan awam dan pasangan yang baru berkahwin yang membeli rumah buat kali pertama.
Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik di Bandar Baru Setia Awan Perdana, boleh layari
Facebook
atau hubungi wakil jualan
013 – 615 9722 | En. Muhammad Hafiz
019 – 646 3722 | En. Farid Omar
019 – 210 8722 | Mr. Darshan Gill
Nak dapatkan cerita mengenai rumah idaman lagi? Jom klik!
- Iringan Bayu - Bermain Pinwheels Dalam Suasana Yang Mendamaikan
- Tengah Merancang Nak Beli Rumah? Milikinya di Iringan Bayu, Seremban
- DK Impian Damansara West - Rumah Idaman dan Pelaburan Terbaik Untuk Dimiliki
- PKNS Tawar Rebat Sehingga RM1 Juta
- #DatumHomesforAll Kukuhkan Komuniti Orang Asli Dengan Lancarkan Datum Tap
perak rumah kbnykan mmg bnyk hrga mpu milik kan..
BalasPadamyaya pon ingt nak beli rumah kat sana...kalau dlm selangor ni xde la..kan huhu..
cantik rumah. eh perabot n kelengkapan dlm rumh tu semua mmg ada ke?hehehe
kalau memang sedia ada kan bagus...xperlu pening fikir nak beli perabot smua..yg dlm gmbr tu cntik pon cntik...heeee ^,^
Ade jugak disediakan siap fully furnished kalau nak.. Boleh berhubung semula dengan developer
PadamCantik rumah dia kalau Qiss suka fully furnished sebab malas nak fikir deko. Terua masuk rumah je
BalasPadamBetul-betul.. Senang kan. Masuk dah siap ada barang.. Tapi ada juga sesetengah yang nak pilihan barangan sendiri.. Citarasa orang kan lain-lain
PadamCantiknyaaa.
BalasPadamroadtax malaysia
insurance kereta terbaik
windscreen insurance
malaysia roadtax
Cantik dan berpatutan
Padamalhamdulillah, boleh meringankan beban mereka yang perlukan rumah sebab harganya yang berpatutan...
BalasPadamBetul-betul... Kalau orang luar dari Perak yang nak memilikinya pun dialukan. Manalah tahu ada yang nak kan
Padam