Rabu, 11 Mac 2020

Buffet Ramadhan 'Hidangan Warisan' Di Hotel Tenera, Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap tahun pasti ramai ternanti-nanti hidangan bufet Ramadhan yang ditawarkan oleh mana-mana restoran atau hotel. Ya! LeYa pasti korang ternanti cerita LeYa untuk bufet Ramadhan tahun ini. So, nak dipendekkan cerita moh LeYa bawa korang ke satu lokasi berbuka puasa yang sedap lagi menarik di Bangi.


Rasai 'Hidangan Warisan' Selera Kampung Di Hotel Tenera

Hotel Tenera merupakan hotel milikan penuh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad yang berkonsepkan 'mesra Muslim'. Menjelang Ramadhan kali ini, Hotel Tenera sudah bersedia dengan kepelbagaian menu bufet Ramadhan 2020 yang akan bermula pada 25 April sehingga 22 Mei 2020.

Macam tahun-tahun lepas, menu bufet Ramadhan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang superb sedap, keadaannya yang sangat selesa dan harga yang berpatutan.


Bertemakan 'Hidangan Warisan', bufet kali ini menyajikan masakan kampung serta turut dihiburkan dengan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang malar segar. Hidangan warisan Melayu pastinya kita tahu adalah makanan harian kita dan semestinya disukai ramai. Masakan tradisional ini juga sekali gus membuatkan kita rasa seperti berada di desa yang sedang berbuka puasa bersama keluarga dan sanak-saudara.

Apa Yang Istimewa Ada Di Sini?

Pengunjung yang berpeluang untuk berbuka di sini bolehlah menikmati suasana berbuka seperti di bazar-bazar Ramadhan kerana terdapat lebih 50 buah gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai. Antaranya adalah Rendang Ayam Daun Maman, Gulai Darat Ayam Kampung, Gulai Tunjang, Gulai Tongkol Pecah Telur, Siput Sedut Masak Lemak Batang Keladi, Kambing Gulai Kawah Lebar, Itik Salai Jando Pulang, Kari Kepala Ikan Salmon, Kambing Kabsah Tenera, Lidah Bakar Mulut Senget, Ikan Bakar Besau-Besau Sumbat Kelapa Parut, Laksa Sarang Udang, Ulam-Ulam Sambal Gesek dan banyak lagi.





  
Ulam-Ulam Sambal Gesek dan Aneka Ikan Masin Goreng

Selain itu, terdapat juga 200 menu hidangan bertemakan warisan Melayu hasil dari air tangan Chef Eksekutif Hotel Tenera yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul yang turut menyediakan Ayam Hot Peri-Peri 'Yaribaaa', Seafood Goreng "KAVA", Mak Top Mi Sup Utaro / Gear Box, Pasta Pasti 'World', Lok Lok Budak Gemuk, Bubur Lambuk Persiaran Kemajuan, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning, Sambal Ibu Saodah, Tahu Bakar Udang Geragau, Cucok Udang Bas Stand, pilihan terbaik Asam Pedas Pasti Terliur, Ayam Percik Kelate, Ikan Pisang Asam Rebus Batang Keladi, Sate Tiga Cucuk Je, aneka Mi Goreng, aneka Roti, Murtabak Roti Arab, Goreng-Goreng Mak Tom, Wadei Brickfield Road, Abe Keropok dan sebagainya.








Malahan pengunjung juga boleh merasai masakan Cina yang turut disediakan secara 'Live' Dim Sum Aliff Baa Ta yang disajikan bersama Sos Hoisin dan pedas, Chee Chong Fun.




Oppsss.... Ada lagi tau korang! Kepada penggemar manisan atau dessert macam LeYa, harus mencuba pelbagai aneka pencuci mulut seperti Bingka Sawit, Kuih Serabai, Peneram Che Omar, Cendol Sawit Gula Anau, Tepung Pelita, Kuih Lapis, Seri Muka, Talam Keladi, Bubur Manis Rambang Mata, Talam Jagung, Bakar Bijan, pelbagai perisa aiskrim premium dari Baskin Robin, pelbagai jenis kek dan banyak lagi.

Bagi melengkapi hidangan yang ada, sudah tentunya aneka buah-buah potong dan pelbagai jenis jeruk buah turut disediakan,





Ya Allah! Bestnya kan bila tengok hidangan yang disediakan. Rasa mewah sangat makanan dengan kita di Malaysia ni. Macam-macam ada! Okay, jom kita tengok harga yang ditawarkan untuk bufet Ramadhan 2020 kali ini di Hotel Tenera.

Early Bird = RM78 nett
Tawaran istimewa ini bermula pada 1 Februari hingga 31 Mac 2020

Selepas tempoh 'Early Bird', pengunjung boleh nikmati dengan kadar harga yang berbaloi iaitu
RM108 nett Dewasa
Rm48 nett Kanak-Kanak (11 tahun dan ke bawah)


Bukan itu sahaja, pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat untuk para pengunjung menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Tempat parkir juga adalah percuma. Sepanjang bulan Ramadhan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk hidangan di waktu sahur. Hotel Tenera mempunyai 502 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk berkonsepkan muslimah.


Sebarang tempahan untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan atau mahu mengadakan majlis sepanjang bulan Ramadhan, boleh hubungi

Talian Telefon
03 - 8929 9600

WhatsApp
019 - 3854 796 / 019 - 3206 796 / 019 - 3592 796

Facebook

Instagram

Tempahan juga boleh dibuat secara atas talian dengan memuat turut aplikasi ekslusif Hotel Tenera.

6 ulasan:

  1. Semua nampak sedap dan menyelerakan..kalau ada ke sana boleh laa minta anak belanja hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... Anak ada kerja/study area sini ke? Boleh dah tu mintak anak belanja ibunya.. Hehe..

      Padam
  2. Memang nampak sedap semua...rugi tak pergi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpe2.. Nanti bulan Ramadhan ade lagi.. jom3x..

      Padam
  3. agak berpatutan harga buffet ni...tapi jauh nauu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Xpe.. Manalah tau nak berjalan-jalan ke sana nanti kan3x..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com