Selasa, 31 Mac 2020

Duduk Rumah, Layan Drama Korea Wanna Taste

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Last layan drama Korea ni masa sebelum kahwin. Kira-kira enam tahun yang lalu lah kan. Hahahaha.... Lama kan LeYa dah tak layan K Drama bagai ni. Jadi, kenapa tetiba cakap pasal drama korea ni? Semenjak cuti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, LeYa dah tak tahu nak buat apa lagi, semua kerja rumah, kerja-kerja online dah pun disiapkan. So, LeYa pun saja-saja lah pergi masuk website viu.com

Guess what? LeYa terlayan satu drama Korea berjudul Wanna Taste yang dibintangi Shim Yo Young bergenre sebuah kekeluargaan. 


Sinopsis Wanna Taste?

Mengisahkan tentang Kang Hae Jin (Shim Yi Young) yang berusia 36 tahun dan memutuskan untuk berkahwin dengan pemuda Lee Jin Sang (Soe Ha Joon) yang berbeza enam tahun dengannya. Hae Jin seorang wanita yang kuat dan bekerja keras sebagai tulang belakang keluarga dan mengelolakan restoran milik ayah mertuanya. Namun, keluarga yang dibinanya bersama Jin Sang retak kerana suaminya berlaku curang dengan rakannya, Jung Joo Ri (Han Ga Rim).

Joo Ri merupakan seorang anak orang kaya dan mampu memikat hati Jin Sang. Meskipun Jin Sang berjaya menutupi aktiviti curangnya, namun akhirnya Hae Jin tahu dan mahu mereka bercerai. Di saat hubungan dengan suami renggang, muncul Oh Dae Goo (Seo Do Young) seorang penulis naskhah drama TV. 


Drama Wanna Taste ini sebenarnya dah ditayangkan pada 12 November 2019 sehingga April 2020. Kiranya LeYa tak terlewat lah kan menontonnya walaupun baru di episod permulaan. Heee... Drama ini mempunyai 120 episod yang berdurasi 30 minit setiap episod. 


Ok lah... LeYa nak layan dulu lah drama ni. Sekali dah terlayan drama Korea ni, taknak stop pulak. Hahaha.... Bertabahlah ye Mr. Otomen Taro.


Korang #StayAtHome tau. Jangan degil. Kalau bosan tu, jom layan movie dekat aplikasi viu.com ni. Memang pasti korang tak akan kebosanan lagi dah. Tup...Tup... dah habis PKP nanti. #KitaJagaKita

Isnin, 30 Mac 2020

Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita sedar dan tahu hari ini di Malaysia, lebih daripada 2,000 kes dan 35 kematian telah dicatatkan sehingga tarikh 29 Mac 2020 akibat wabak COVID-19. Angka ini mungkin akan meningkat sekiranya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berdegil dan tidak mahu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, penularan virus korona ini juga boleh menjadi berleluasa sekiranya orang ramai masih percaya akan pelbagai mitos mengarut mengenai wabak COVID-19 yang tersebar di Internet kini! Terbaharu, tular satu mitos di media sosial dan media massa yang mengatakan minum air suam boleh bunuh virus COVID-19 dalam tubuh badan kita. Adakah ia berkesan atau mengarut?


Minum air panas boleh bunuh virus COVID-19?

Baru-baru ini telah timbul satu isu di mana pengambilan air suam sangat penting membunuh virus korona baharu di dalam tubuh badan kita. Kepercayaan ini mungkin timbul daripada satu pesanan bergambar yang viral di Twitter. 

Dalam pesanan itu dikatakan bahawa kita boleh melakukan diagnosis sendiri di rumah dengan cara menahan nafas selama 10 saat, Jika berjaya melakukannya tanpa kesukaran, itu bermakna kita tidak dijangkiti wabak COVID-19 ini.

Selain itu, ia turut mengatakan kita perlu memastikan mulut dan tekak kita sentiasa berada dalam keadaan basah. Oleh itu, disarankan untuk minum air suam sekali setiap 15 minit. Alasannya mudah, virus ini dapat "dicuci" dan akan jatuh ke dalam perut. Seterusnya, virus dipercayai boleh "dibunuh" dengan kehadiran asid hiklorik yang terhasil secara semula jadi di dalam perut.

Korang boleh cuba hayati perkongsian mesej bergambar di bawah ini:


Ia adalah satu mitos yang sangat mengarut!

Mitos ini telah mendapat perhatian dari pakar perubatan tanah air kita, Dr Amalina Bakri yang berpangkalan di UK yang telah merungkai setiap mitos perubatan yang timbul. 

Menurut beliau, ia bukanlah satu rekomendasi pakar perubatan dan tidak ada bukti di sebalik kenyataan ini. Selain itu, beliau turut berpesan agar kita semua hanya mengikuti pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahaja.

Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di kaca televisyen nasional, tips ini adalah mitos semata-mata. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan etika batuk dan bersin, duduk rumah serta amalkan jarak sosial 1 meter,” jelas beliau lagi.


Kemudian, Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang pakar puan turut menafikan dengan sekeras-kerasnya akan keberkesanan mitos minum air suam ini mampu membunuh virus COVID-19.

Menurut beliau, tiada bukti yang mengatakan jika menelan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuhnya. Ini kerana ia berada di dalam sel kerongkong dan hidup di dalam sel. Jadi, bagaimana pula ia boleh bergerak ke tempat lain melalui air suam?

Sebaliknya, beliau menyarankan agar mereka yang mengesyaki dirinya terjangkiti virus ini untuk segera mendapatkan rawatan doktor serta mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan ia menjangkiti individu lain.

Jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19!


Selain dari minum air suam, kita juga turut dihebahkan dengan mitos di mana air beralkohol yjuga boleh membunuh virus korona baharu sperti dilaporkan di Iran.

Menurut pakar perubatan tempatan, Dr Lee Boon Chye, tiada pengambilan cecair sama ada air suam, alkohol atau lain-lain yang boleh dijadikan cara berkesan untuk merawat atau mencegah virus COVID-19.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya basuh tangan, elakkan daripada menyentuh muka, duduk di rumah dan guna topeng muka jika berada di tempat awam selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah sepanjang tempoh ini.

Dalam erti kata yang lebih mudah, orang awam diminta untuk jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19 dan membuat usul periksa dengan pakar terlebih dahulu.

Apa yang lebih penting adalah kita perlu sama-sama melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini dengan kekal berada di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Akhir kata, bersamalah kita menjayakan aspirasi kerajaan untuk membendung penularan virus korona baharu ini dengan #stayathome.

Sumber | HelloDoktor

Ahad, 29 Mac 2020

Resepi Roti Sangkaya Versi #DapurPanasLeYa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suatu ketika dahulu, siapa pernah menyangka menu yang nenek moyang kita nikmati ni menjadi makanan viral hari ini. Roti Sangkaya ala Boat Noodle ini menjadi kegemaran ramai dan pilihan utama jika bertandang ke sana. Roti kukus yang dicicah bersama sangkaya yang lemak berkrim memang membuatkan seleera kita bertambah-tambah.

Okay... Sebenarnya ia tidaklah susah mana untuk membuatnya. Rata-ratanya, bahan-bahan yang dihasilkan ada di rumah saja dan tidak perlu menggunakan banyak bahan lain. Yang pasti sedap dan boleh disimpan dan makan banyak kali. Jom ikuti perkongsian resepi dari LeYa kali ini.


Bahan-bahan yang diperlukan:-

6 helai daun pandan (dikisar bersama 1 cawan air dan tapiskan untuk mengambil airnya sahaja)

1 biji telur

3/4 santan kotak 

2 sudu besar gula

1 sudu besar tepung jagung

Sedikit garam

Sedikit pewarna hijau (sebab kau ingat dia akan hijau... memang tak lah kan..)

Cara-caranya:
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati. 
  2. Kemudian, panaskan di atas dapur dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau sehingga mendidih.
  3. Kena kacau selalu untuk sangkaya tidak berketul-ketul.
  4. Bila dah siap, hidangkan bersama roti yang telah dikukus. Tips: Makan panas-panas memang sedap. Kalau ada lebihan Sangkaya tu boleh disimpan dan digunakan untuk hidangan di hari lain.

Khamis, 26 Mac 2020

Mengapa Sedikit Kes Positif COVID-19 Dalam Kalangan Kanak-Kanak? Ini Sebabnya!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jumlah kes wabak virus korona baharu (COVID-19) di seluruh dunia sudah pun melebihi 100,000 individu manakala jumlah kematian pula sudah mencecah angka 4,000. Kebanyakannya melibatkan golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Tahukah anda bahawa golongan kanak-kanak hanya merangkumi kurang 1% daripada jumlah keseluruhan mereka yang telah disahkan positif?

Tiada satu pun kanak-kanak yang berusia di bawah 9 tahun dilaporkan mati akibat virus ini di China.


Perkara ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akademik, bahkan kerisauan terhadap potensi mereka untuk menyebarkannya kepada individu lain tanpa pengetahuan mereka.

Di sini, terdapat dua teori yang menerangkan sebab dan kenapa peningkatan jumlah kes dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak. Jom! Teruskan membaca.

Risiko kematian pesakit COVID meningkat mengikut usia


Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) di China, dalam kalangan 44,672 pesakit, hanya 416 merupakan kes COVID pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan ke bawah.

Ini menunjukkan jumlah tersebut merangkumi 0.9% daripada jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan positif. Memandangkan COVID 19 mempunyai tempoh pengeraman di antara 2 hingga 14 hari, sukar untuk kita tentukan jika kanak-kanak yang terdedah mempunyai jangkitan tersebut atau tidak.


Dalam situasi ini, penyebaran virus boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa disedari oleh pembawa virus. 

Bagi individu berusia di antara 10 hingga 19 tahun, kes kematian COVID pada kanak-kanak hanya melibatkan seorang daripada 549 kes yang didiagnosis.

Seperti jangkitan lain, kadar kematian bagi mereka yang dijangkiti meningkat mengikut usia individu.

Mereka yang berusia 40 tahun ke bawah mempunyai kadar kematian kurang daripada 2%.

Apabila kita beralih kepada populasi yang berusia di antara 60 hingga 79 tahun, risiko kematian meningkat secara mendadak kepada 30%. 

Konsepnya mudah sahaja. 

Semakin lemah sistem pertahanan badan seseorang itu, semakin berisikolah mereka untuk mendapat jangkitan serius wabak virus korona baharu. 

Persoalannya, mengapa COVID pada kanak-kanak sukar berlaku walaupun mereka mempunyai sistem imun yang lemah?

Mengapa mudah sangat jumlah kes positif dalam kalangan orang dewasa meningkat?

Terdapat dua teori yang diusulkan oleh ahli akademik berkenaan dengan sebab kepada peningkatan jumlah orang dewasa yang mendapat jangkitan tersebut.

Teori #1 – Sistem imuniti semula jadi vs sistem imuniti penyesuaian


Sistem imuniti badan, secara mudahnya, boleh dibahagikan kepada dua. 

Sistem imuniti semula jadi (innate immunity) menggunakan sel darah putih bagi membanteras kemasukan bakteria atau virus asing ke dalam badan. Jika dibandingkan dengan sistem imuniti penyesuaian, ia dianggap sebagai satu sistem yang kurang efektif untuk melawan mikroorganisma berbahaya. 
Sistem imuniti penyesuaian (adaptive immunity) merupakan sistem pertahanan badan yang dicipta berdasarkan pendedahan terhadap agen berbahaya. Sebagai contoh, kemasukan virus ke dalam badan buat kali pertama menyebabkan terhasilnya antibodi spesifik kepada virus yang menyebabkan permasalahan tersebut. Jika badan diserang oleh virus yang sama buat kali kedua, antibodi akan bertindak dengan pantas.
Apabila usia seseorang itu meningkat, sistem imuniti penyesuaian mereka lebih efisien berbanding dengan sistem imuniti semula jadi.

Ini berbeza dengan golongan kanak-kanak yang lebih bergantung kepada sistem imuniti semula jadi untuk membasmi kuman.

Mekanisme bagi kedua-dua sistem ini agak berbeza. Oleh sebab COVID 19 merupakan virus baharu, penghasilan antibodi baharu akan mengambil masa yang agak lama.


Bagi golongan kanak-kanak pula, hampir kesemua virus dianggap sebagai virus baharu.

Sistem imuniti semula jadi akan bertindak ke atas semua jenis jangkitan dengan menghantar sel darah putih sebagai agen pembasmi kuman utama. 

Kesannya, kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan.

Teori #2 – Pembawa COVID dalam diam


Oleh sebab kanak-kanak jarang mendapat jangkitan, mereka boleh menjadi perumah kepada virus korona sebelum menular kepada individu lain.


Lebih parah lagi jika kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang simptom.

Ibu bapa tidak akan membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya tiada tanda yang menunjukkan mereka dijangkiti.

Ini menjadikan mereka penyebar virus utama kepada orang dewasa terutamanya golongan berisiko tinggi.

Ini termasuklah orang tua, penghidap penyakit kronik dan mereka yang mengalami masalah sistem imun badan lemah.

Menurut Dr Malik Peiris, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari Universiti Hong Kong, kanak-kanak masih boleh mempunyai jangkitan tersebut.

Namun mereka tidak sakit atau mengalami simptom berkaitan dengan jangkitan itu.

Oleh sebab perkara ini masih lagi baru, kajian lanjut perlu dijalankan bagi membuktikan keberkesanan kedua-dua teori yang dikemukakan.

Kesimpulan

Kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat jangkitan. Namun, mereka mampu menyebarkannya kepada individu lain sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

Terapkan amalan mencuci tangan secara kerap dalam kalangan anak-anak anda dan pastikan mereka mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya disyaki mengalami jangkitan.

Sumber | HelloDoktor

#STAYATHOME

Isnin, 23 Mac 2020

Datuk Misbun Sidek Wujudkan Modul Kejurulatihan Badminton Untuk Membentuk Jaguh Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lagenda Badminton Negara, YBhg. Datuk Misbun Sidek ketika ditemui dalam Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung anjuran Bandar Baru Setia Awan Perdana, sebuah perbandaran mampu milik yang didirikan oleh Taraf Nusantara Sdn Bhd menyatakan hasrat untuk melahirkan lebih ramai lagi bintang sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei. Beliau juga mahu Malaysia mencari formula khusus supaya atlet badminton negara terus menempa nama di persada antarabangsa.

Datuk Misbun merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Melalui program pembangunan dan kejohanan badminton itu, Datuk Misbun yang juga baru dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah merangka satu siri modul latihan khas yang boleh digunapakai oleh semua jurulatih termasuk memberi latihan yang selaras kepada pasukan jurulatih negara.

Menurut beliau lagi, "Sudah tiba masanya untuk Malaysia mencari satu formula yang mana semua jurulatih badminton menggunakan modul latihan yang sama sehingga mampu melahirkan bintang dunia."

Ketika ditemui lagi, "Saya sudah menyediakan satu siri modul latihan yang telah diguna pakai selama ini hingga mampu melahirkan jaguh seperti Datuk Lee Chong Wei dan pemain lain yang mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya.

Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Perasmian Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Antara lagak peserta ketika bermain di Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Datuk Misbun berkata lagi, "Saya tidak akan berada di sini selama-lamanya, tetapi modul yang saya sediakan ini boleh digunakan oleh jurulatih lain. Walaupun sampai masa saya tiada lagi, sekurang-kurangnya sumbangan saya ini boleh terus memastikan sukan badminton negara terus mendapat perhatian peminat sukan global."

Dalam pada itu, Dewan Badminton Misbun Sidek yang serba moden terletak di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sri Manjung diyakini dapat menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan individu berbakat selepas disiapkan sepenuhnya pada tahun depan.

Datuk Misbun bersama para peserta Kejohanan Badminton Remaja Terbuka Manjung

Sebagai individu yang mengawal badminton negara, Datuk Misbun amat menghargai inisiatif pemaju menggunakan namanya untuk dewan badminton dan berharap boleh memberikan sumbangan tenaga dan ilmu kepada anak-anak muda di bandar itu melalui latihan dan juga klinik badminton.

Pemain cilik yang dipilih untuk Latihan di bawah Nusa Mahsuri

Keputusan itu membolehkan Malaysia terus menghantar pemain negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa supaya kedudukan negara kekal di tangga tertinggi melalui Datuk Lee Chong Wei, Rashid Sidek dan Roslin Hashim.

Justeru, beliau percaya dengan penganjuran kejohanan badminton terutama Kejohanan Terbuka Manjung ini merupakan program pencarian bakat yang sedang digilap dan akan dilaksanakan khususnya di daerah itu bakal mewarnai industri sukan badminton negara.


Ini merupakan pasukan negara pada masa hadapan. Inisiatif murni BBSAP dalam membina Dewan Badminton Misbun Sidek yang mempunyai enam gelanggang itu berpotensi menggilap bakat pemain pelapis sekaligus boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

Terima kasih diucapkan pada BBSAPMedia dan IntelectAsia yang telah membawa LeYa untuk bersama merebut peluang bertemu Lagenda Badminton Negara, YBhg. Datuk Misbun Sidek. Diharapkan agar Datuk Misbun terus mengorak langkah memajukan lagi industri badminton dengan lebih cemerlang.

Artikel Lain Mengenai BBSAPMedia:


Ahad, 22 Mac 2020

Taraf Nusantara Tawar Rumah Idaman Untuk Dimiliki di BBSAP, Manjung, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Golongan berpendapatan rendah di Malaysia khususnya di Manjung, Perak berpeluang memiliki rumah idaman menerusi projek perumahan 'Rumah Mampu Milik' Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) oleh Taraf Nusantara Sdn Bhd. yang berharga RM250,000 ke bawah.


Miliki Rumah Idaman Di Bandar Baru Setia Awan Perdana

Sebelum melangkah lebih jauh lagi, apa kata LeYa perkenalkan dahulu sedikit latar belakang pemaju syarikat ini. Taraf Nusantara Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat pemaju di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan projek perumahan mampu milik, Bandar Baru Setia Awan Perdana dan LAGENDA Teluk Intan yang telah berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Jadi, apa yang korang inginkan untuk memiliki sesebuah kediaman?

Sudah pastinya kedudukan yang berdekatan dengan kemudahan asas menjadi pilihan penting kepada pembeli untuk selesa dan selamat. Menerusi perincian penerokaan LeYa bersama Taraf Nusantara, ia sangatlah sesuai dijadikan sebagai pelaburan pertama dalam memiliki rumah idaman pada masa akan datang. Dengan memiliki lokasi yang strategik yang hanya 4km jauhnya dari Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dan Bandar Setiawan/Manjung menjadikan ia sebuah lokasi yang memenuhi citarasa pembeli hari ini.



Pilihan Rumah Mampu Milik Buat Anda

Pembangunan Bandar Baru Setia Awan Perdana dijangka menjadi nadi baharu di daerah Manjung/Sitiawan yang mempunyai ciri-ciri pembangunan terancang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial. Kawasan BBSAP ini bereluasan kira-kira 1.012 ekar dan mengambil masa 90 minit ke Kuala Lumpur apabila Lebuhraya Pantai Barat (WCE) siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2022.


Ciri-ciri lain yang membuatkan ia adalah unik dan menjadi perhatian pembeli rumah ialah dari aspek kemudahan yang terdapat di sekeliling kawasan perumahan tersebut seperti:
  • Kolam renang bertaraf Olimpik
  • Lapangan Golf
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Dewan badminton
  • Gelanggang futsal
  • Padang bola
  • Sekolah
  • Masjid dan Surau
  • Laluan jogging dan basikal
  • Taman hijau


Apa yang buat LeYa tertarik dengan kawasan perumahan ini adalah ia merupakan laluan penghubung yang boleh diakses oleh pelancong dari luar negeri Perak ke kawasan pelancongan popular seperti Pulau Pangkor dan Teluk Batik. Memadailah dengan saranan dan hasrat kerajaan negeri untu membangunkan daerah Manjung sebagai pusat pelancongan dan maritim negeri Perak.



Sebagai satu kumpulan hartanah yang besar, Taraf Nusantara dapat menyampaikan platform hartanah dengan lebih holistik melalui perkembangan Fasa 1 hingga Fasa 5. 


YBhg. Datuk Misbun Sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana

Bukan itu sahaja! Taraf Nusantara Sdn Bhd juga melantik lagenda badminton negara, YBhg. Datuk Misbun sidek sebagai Duta Bandar Baru Setia Awan Perdana atas usaha dan sumbangan beliau dalam melonjakkan nama Malaysia di persada dunia. Malah YBhg. Datuk Misbun juga telah melahirkan seorang lagi jaguh dunia yang turut mengikuti jejak langkah beliau dalam sukan badminton iaitu YBhg. Datuk Lee Chong Wei yang berjaya merangkul pingat dalam Sukan Olimpik.

Menerusi Datuk Misbun juga, beliau berhasrat untuk menjadikan Manjung/Sitiawan sebagai pusat latihan badminton bagi golongan remaja di negeri Perak dalam usaha untuk mencari jaguh dunia baharu yang akan terus mengharumkan nama Malaysia.


Lebih menarik lagi, Datuk Misbun turut menyokong dengan memiliki sebuah rumah kediaman di BBSAP sebagai rumah persinggahan beliau jika ada latihan dan perlawanan badminton. Keluasan rumah Datuk Misbun merupakan Rumah Teres Fasa 1 yang mungkin boleh dijadikan rujukan kepada pembeli sebelum memiliki rumah idaman masing-masing. Di kesempatan ini, LeYa sempat berkongsi susunan atur dan dekorasi rumah milik Datuk Misbun. Memang sangat cantik dan moden style.

Ruang Tamu

Master Bedroom

Bilik Tidur 2

Bilik Tidur 3

Dining Room

Ruang Dapur

Memiliki 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi LeYa cukup selesa dan berpuashati untuk memilikinya. Selain itu, Datuk Misbun juga telah menyusun rancangan bagi tahun ini untuk penganjuran bengkel badminton dan perlawanan badminton kategori remaja bawah 21 tahun untuk mencungkil bakat baru anak tempatan dalam acara sukan ini.


Tawaran Menarik Menanti Pembeli

Terdapat kira-kira 10,500 unit rumah lot yang terdiri daripada model Semi-D dan Teres. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM135,000 untuk unit rumah teres manakala unit rumah Semi-D dijual pada harga bermula RM188,000.

Pembeli juga bakal memiliki rumah yang kompetitif dengan kualiti senibina rumah yang tinggi. Rata-rata juga pembeli rumah BBSAP terdiri daripada 70% bangsa Melayu, kakitangan awam dan pasangan yang baru berkahwin yang membeli rumah buat kali pertama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Mampu Milik di Bandar Baru Setia Awan Perdana, boleh layari

Facebook

atau hubungi wakil jualan

013 – 615 9722 | En. Muhammad Hafiz
019 – 646 3722 | En. Farid Omar
019 – 210 8722 | Mr. Darshan Gill


Nak dapatkan cerita mengenai rumah idaman lagi? Jom klik!
  1. Iringan Bayu - Bermain Pinwheels Dalam Suasana Yang Mendamaikan
  2. Tengah Merancang Nak Beli Rumah? Milikinya di Iringan Bayu, Seremban
  3. DK Impian Damansara West - Rumah Idaman dan Pelaburan Terbaik Untuk Dimiliki
  4. PKNS Tawar Rebat Sehingga RM1 Juta
  5. #DatumHomesforAll Kukuhkan Komuniti Orang Asli Dengan Lancarkan Datum Tap


Selasa, 17 Mac 2020

Travelog Perak | Tempat Menarik Di Manjung Yang Boleh Dikunjungi Bersama Keluarga

Assalaualaikum dan Salam Sejahtera...

Satu bentuk keindahan yang memukau jiwa bila dapat menikmati makanan laut yang segar yang korang boleh dapati di Bandar Sitiawan dan daerah Manjung. Manjung merupakan salah satu daerah yang popular dalam kalangan pelancong. Tarikan utama daerah ini lebih tertumpu kepada aktiviti pantai. Manjung juga merupakan pintu masuk utama ke Pulau Pangkor melalui Jeti Lumut dan Jeti Marina Island. Jadi, apa kata jom ikut LeYa melihat-lihat tempat menarik yang ada di sana.


1) Menginap di Ritz Garden Hotel, Manjung

Terletak bersebelahan dengan Billion Supermarket, Seri Manjung, Ritz Garden Hotel merupakan hotel bertaraf 3 bintang yang sangat selesa dan lengkap dengan fasiliti seperti cafe, gymnasium, bilik karaoke, perkhidmatan urut, akses W-Fi percuma dan juga berdekatan dengan pusat membeli-belah.

 

Biliknya juga mempunyai TV LCD dengan saluran satelit, peti keselamatan peribadi, cerek elektrik dan bar mini. Bilik mandi peribadi yang menawarkan kemudahan pancuran mandian, peralatan mandian dan pengering rambut. Pada kaunter penerimaan tetamu 24 jam, korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan kemudahan mesyuarat, simpanan bagasi dan perkhidmatan cucian kering. Tempat parkir kereta juga adalah percuma.

 
 

Alamat
5260 & 5261, Jalan Lumut
32040 Seri Manjung, Perak

Telefon
05 - 688 8811

2) Big Whale Cafe

Jika korang mencari tempat makan sambil menikmati suasana santai cukup romantik, Big Whale Cafe pastinya menjadi pilihan anda. Kafe yang sesuai hangout bersama rakan-rakan mahupun keluarga menyajikan makanan tempatan bahkan western food dan Korean & Japan Food di sini. Antara makanan pilihan yang terkenal dan dah LeYa serta kawan-kawan cuba adalah Korean Stir Fried Chicken Rice, Black Pepper Mushroom Chicken, Japanese Omu Curry Rice dan minuman Blue Whale Lemonade yang menyegarkan.


Layanan yang diberikan juga sangat curlasss dan LeYa sukakannya. LeYa memang recommend korang yang berdekatan untuk datang dan rasai keenakan makanan di kafe ini. Memang rasa nak lepak lama-lama je kat situ! Dekorasi kedai dia cantik sangat!


Alamat
No 255 & 256, Jalan PPMP 3/4,
Pusat Perniagaan, Manjung Point Seksyen 2,
32040 Seri Manjung, Perak

Telefon
05 - 612 4701

Waktu Operasi
Isnin - Khamis : 12pm - 10pm
Jumaat - Ahad : 11am - 11pm

3) Makan Malam Di Horizon Garden Manjung

Tiba waktu malamnya. LeYa dan kawan-kawan dah mula rasa perut berkeroncong. Jadi, ke mana kami tuju. Kami dibawa ke sebuah Restoran Horizon Garden, Manjung. Restorannya kelihatan selesa dan berhawa dingin. Menu-menu yang dihidangkan juga sangat banyak. So, dengan perut yang dah menyanyi lagu "Dance Monkey", kami pun tanpa banyak bicara makan sehingga kekenyangan.


Yang bestnya lagi masa tu kami makan malam bersama lagenda badminton Malaysia iaitu Datuk Misbun Sidek. Nah! LeYa payung gambar wefie bersama Datuk dan juga suamiku, Otomen Taro. Hehehe....


Alamat
No. 7, Persiaran PM 3/2,
Pusat Bandar Syeksen 3,
32040 Seri Manjung, Perak

Telefon
05 - 688 8799

Waktu Operasi
Isnin hingga Ahad
 12.00pm - 3.30pm , 6.00pm - 11.00pm

4) Jeti Marina Island

Kalau dulu LeYa ke Pulau Pangkor melalui jeti Lumut, tetapi pada kali ini LeYa melalui Jeti Marina Island. Perjalanan dari jeti Marina Island lebih cepat iaitu kira-kira 10 minit masa perjalanan. Tahukah anda, Marina Island ini sebenarnya adalah salah satu pulau buatan manusia di Malaysia yang dibina di pantai Teluk Muruh. Ia juga meliputi kawasan seluas 316.9 ekar. 

Lokasi Jeti Marina Island ini bagi LeYa lebih selesa, jimat masa dan paling penting port bergambarnya sangat Instagrammable. Jom tengok gambar-gambar LeYa dan rakan-rakan di bawah ketika berada di Jeti Marina Island.

  

Harga Tiket Feri Ke Pulau Pangkor

Untuk kali ini, LeYa dan rakan-rakan mengambil tiket perjalanan dua hala. Cara ini lebih senang dan menjimatkan masa. Tak perlu nak beratur panjang untuk pulang dari Pulau Pangkor nanti.

Harga tiket mungkin berubah dari masa ke semasa. (Harga di bawah adalah perjalanan sehala)

Dewasa : RM7.00
Kanak-Kanak : RM2.50

5) Pulau Pangkor

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar di Malaysia dan terletak kira-kira 90km barat daya dari Ipoh. Kebanyakan penduduk di pulau ini adalah nelayan. Terdapat tiga pantai utama iaitu Emerald Bay, Coral Beach dan Royal Bay.


Pulau Pangkor sangat terkenal dengan pantainya yang cantik dan air lautnya yang bersih. Para pengunjung yang datang sangat suka melakukan aktiviti seperti snorkelling, berkayak, memancing dan berkelah. Tidak dilupakan juga pulau ini mempunyai tarikan bersejarah seperti Kota Belanda, batu bersurat Pangkor, Replika Tembok Besar China, Pantai Puteri Dewi dan kilang memproses ikan bilis.

LeYa berkesempatan menyaksikan panorama indah di waktu senja di Pantai Bogak bersama suami tersayang dan juga rakan-rakan sambil menikmati minuman sejuk di gerai tepi jalan. Eh, Tiber!





6) Kota Belanda

Kota Belanda atau Dutch Fort merupakan sebuah kubu di Pulau Pangkor. Ia berbentuk seperti runtuhan bangunan atau kubu lama. Ia merupakan sisa-sisa peninggalan Belanda dalam usaha mengawal perdagangan di semenanjung Melayu. 

Kubu itu kemudiannya dibina semula oleh Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 1973 dan diwartakan sebagai monumen kuno dan tapak bersejarah. Di sekitar kawasannya juga terdapat kedai-kedai cenderahati untuk pengunjung yang datang. 

 
 

7) Coral Bay Resort Pangkor 

LeYa dan Otomen Taro serta rakan-rakan menginap satu malam di Coral Bay Resort Pangkor yang terletak kira-kira 10 minit dari Bandar Pangkor. Resort ini dikatakan sangat popular dengan menyediakan pakej yang selesa dengan harga mampu milik. Bahkan di kiri dan kanan ruang lobi terdapat kedai Duty Free yang pastinya kaum wanita akan suka di situ. 


Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di sini. Antaranya adalah kolam renang, gymnasium, bilik mesyuarat, taman permainan kanak-kanak, ruang Internet di lobi dan sebagainya.



Alamat
Jalan Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor, Perak

Telefon
05 - 685 5111

8) Fu Lin Kong Temple

Okay.. Ini bukanlah tempat baru guys! Tokong Fu Lin Kong ini terletak di kaki Bukit Pangkor dan berdekatan dengan Kampung Sungai Pinang Besar. Tokong Fu Lin Kong adalah Tokong Taois, agama yang mengikuti ajaran falsafah tersohor Cina, Lao Tze

Kat dalam dia memang sangat cantik dan menarik guys! Ada taman kecil lengkap dengan kolam di sekitar kawasan tokong. Yang paling best, korang tak perlu pergi jauh-jauh dah. Kat sini pun boleh rasai pengalaman di Mini Tembok Besar China. Awesome sangat guys!


Alamat
32300, Pangkor Island, Perak

9) Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Teluk Ketapang

Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu tentang Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang ni. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang terletak di Pantai Teluk Ketapang. Pantainya sangat cantik dan tiada pembinaan resort di sini kerana sebagai pemuliharaan tempat konservasi penyu. Kawasan ini lebih sunyi, tenang dan sangat cantik secara semulajadi.


Terdapat dua jenis spesies penyu iaitu Penyu Agar dan Penyu Karak. Purata dalam satu kali penyu-penyu ini menetas adalah sebanyak 165 biji dan 90% daripadanya berjaya dilepaskan semula ke laut. Bagi memulihara khazanah laut ini, pemilik, En Rasli Ibrahim mengambil langkah paling wajar dengan membina pusat ini. Antara tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung adalah melihat sendiri tapak atau laluan penyu ketika naik ke darat, sentuh dan bagi makan penyu, kenali info-info menarik tentang penyu dan melawat tapak penetasan penyu.




Harga Tiket Masuk
Dewasa : RM5
Kanak-Kanak : RM3

Alamat
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang,
Pulau Pangkor, Perak

Telefon
017 - 5915 137 (En. Rasli Ibrahim)

Okay...cukuplah apa yang LeYa dapat kongsikan daripada beberapa tempat menarik di Manjung, Perak. LeYa memang recommend tempat-tempat menarik yang ada ini untuk korang semua lawati. Semua destinasi ini sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga.