Biliknya juga mempunyai TV LCD dengan saluran satelit, peti keselamatan peribadi, cerek elektrik dan bar mini. Bilik mandi peribadi yang menawarkan kemudahan pancuran mandian, peralatan mandian dan pengering rambut. Pada kaunter penerimaan tetamu 24 jam, korang juga boleh mendapatkan perkhidmatan kemudahan mesyuarat, simpanan bagasi dan perkhidmatan cucian kering. Tempat parkir kereta juga adalah percuma.
05 - 688 8811
2) Big Whale Cafe
Jika korang mencari tempat makan sambil menikmati suasana santai cukup romantik, Big Whale Cafe pastinya menjadi pilihan anda. Kafe yang sesuai hangout bersama rakan-rakan mahupun keluarga menyajikan makanan tempatan bahkan western food dan Korean & Japan Food di sini. Antara makanan pilihan yang terkenal dan dah LeYa serta kawan-kawan cuba adalah Korean Stir Fried Chicken Rice, Black Pepper Mushroom Chicken, Japanese Omu Curry Rice dan minuman Blue Whale Lemonade yang menyegarkan.
Layanan yang diberikan juga sangat curlasss dan LeYa sukakannya. LeYa memang recommend korang yang berdekatan untuk datang dan rasai keenakan makanan di kafe ini. Memang rasa nak lepak lama-lama je kat situ! Dekorasi kedai dia cantik sangat!
Alamat
No 255 & 256, Jalan PPMP 3/4,
Pusat Perniagaan, Manjung Point Seksyen 2,
32040 Seri Manjung, Perak
Telefon
05 - 612 4701
Waktu Operasi
Isnin - Khamis : 12pm - 10pm
Jumaat - Ahad : 11am - 11pm
3) Makan Malam Di Horizon Garden Manjung
Tiba waktu malamnya. LeYa dan kawan-kawan dah mula rasa perut berkeroncong. Jadi, ke mana kami tuju. Kami dibawa ke sebuah Restoran Horizon Garden, Manjung. Restorannya kelihatan selesa dan berhawa dingin. Menu-menu yang dihidangkan juga sangat banyak. So, dengan perut yang dah menyanyi lagu "Dance Monkey", kami pun tanpa banyak bicara makan sehingga kekenyangan.
Yang
bestnya lagi masa tu kami makan malam bersama
lagenda badminton Malaysia iaitu
Datuk Misbun Sidek. Nah! LeYa payung gambar
wefie bersama Datuk dan juga suamiku,
Otomen Taro.
Hehehe....
Alamat
No. 7, Persiaran PM 3/2,
Pusat Bandar Syeksen 3,
32040 Seri Manjung, Perak
Telefon
05 - 688 8799
Waktu Operasi
Isnin hingga Ahad
12.00pm - 3.30pm , 6.00pm - 11.00pm
4) Jeti Marina Island
Kalau dulu LeYa ke Pulau Pangkor melalui jeti Lumut, tetapi pada kali ini LeYa melalui Jeti Marina Island. Perjalanan dari jeti Marina Island lebih cepat iaitu kira-kira 10 minit masa perjalanan. Tahukah anda, Marina Island ini sebenarnya adalah salah satu pulau buatan manusia di Malaysia yang dibina di pantai Teluk Muruh. Ia juga meliputi kawasan seluas 316.9 ekar.
Lokasi Jeti Marina Island ini bagi LeYa lebih selesa, jimat masa dan paling penting port bergambarnya sangat Instagrammable. Jom tengok gambar-gambar LeYa dan rakan-rakan di bawah ketika berada di Jeti Marina Island.
Harga Tiket Feri Ke Pulau Pangkor
Untuk kali ini, LeYa dan rakan-rakan mengambil tiket perjalanan dua hala. Cara ini lebih senang dan menjimatkan masa. Tak perlu nak beratur panjang untuk pulang dari Pulau Pangkor nanti.
Harga tiket mungkin berubah dari masa ke semasa. (Harga di bawah adalah perjalanan sehala)
Dewasa : RM7.00
Kanak-Kanak : RM2.50
5) Pulau Pangkor
Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar di Malaysia dan terletak kira-kira 90km barat daya dari Ipoh. Kebanyakan penduduk di pulau ini adalah nelayan. Terdapat tiga pantai utama iaitu Emerald Bay, Coral Beach dan Royal Bay.
Pulau Pangkor sangat terkenal dengan pantainya yang cantik dan air lautnya yang bersih. Para pengunjung yang datang sangat suka melakukan aktiviti seperti snorkelling, berkayak, memancing dan berkelah. Tidak dilupakan juga pulau ini mempunyai tarikan bersejarah seperti Kota Belanda, batu bersurat Pangkor, Replika Tembok Besar China, Pantai Puteri Dewi dan kilang memproses ikan bilis.
LeYa berkesempatan menyaksikan panorama indah di waktu senja di Pantai Bogak bersama suami tersayang dan juga rakan-rakan sambil menikmati minuman sejuk di gerai tepi jalan. Eh, Tiber!
6) Kota Belanda
Kota Belanda atau Dutch Fort merupakan sebuah kubu di Pulau Pangkor. Ia berbentuk seperti runtuhan bangunan atau kubu lama. Ia merupakan sisa-sisa peninggalan Belanda dalam usaha mengawal perdagangan di semenanjung Melayu.
Kubu itu kemudiannya dibina semula oleh Jabatan Muzium Malaysia pada tahun 1973 dan diwartakan sebagai monumen kuno dan tapak bersejarah. Di sekitar kawasannya juga terdapat kedai-kedai cenderahati untuk pengunjung yang datang.
7) Coral Bay Resort Pangkor
LeYa dan Otomen Taro serta rakan-rakan menginap satu malam di Coral Bay Resort Pangkor yang terletak kira-kira 10 minit dari Bandar Pangkor. Resort ini dikatakan sangat popular dengan menyediakan pakej yang selesa dengan harga mampu milik. Bahkan di kiri dan kanan ruang lobi terdapat kedai Duty Free yang pastinya kaum wanita akan suka di situ.
Terdapat pelbagai kemudahan yang ada di sini. Antaranya adalah kolam renang, gymnasium, bilik mesyuarat, taman permainan kanak-kanak, ruang Internet di lobi dan sebagainya.
Alamat
Jalan Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor, Perak
Telefon
05 - 685 5111
8) Fu Lin Kong Temple
Okay.. Ini bukanlah tempat baru guys! Tokong Fu Lin Kong ini terletak di kaki Bukit Pangkor dan berdekatan dengan Kampung Sungai Pinang Besar. Tokong Fu Lin Kong adalah Tokong Taois, agama yang mengikuti ajaran falsafah tersohor Cina, Lao Tze.
Kat dalam dia memang sangat cantik dan menarik guys! Ada taman kecil lengkap dengan kolam di sekitar kawasan tokong. Yang paling best, korang tak perlu pergi jauh-jauh dah. Kat sini pun boleh rasai pengalaman di Mini Tembok Besar China. Awesome sangat guys!
Alamat
32300, Pangkor Island, Perak
9) Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Teluk Ketapang
Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu tentang Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang ni. Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang terletak di Pantai Teluk Ketapang. Pantainya sangat cantik dan tiada pembinaan resort di sini kerana sebagai pemuliharaan tempat konservasi penyu. Kawasan ini lebih sunyi, tenang dan sangat cantik secara semulajadi.
Terdapat dua jenis spesies penyu iaitu Penyu Agar dan Penyu Karak. Purata dalam satu kali penyu-penyu ini menetas adalah sebanyak 165 biji dan 90% daripadanya berjaya dilepaskan semula ke laut. Bagi memulihara khazanah laut ini, pemilik, En Rasli Ibrahim mengambil langkah paling wajar dengan membina pusat ini. Antara tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung adalah melihat sendiri tapak atau laluan penyu ketika naik ke darat, sentuh dan bagi makan penyu, kenali info-info menarik tentang penyu dan melawat tapak penetasan penyu.
Harga Tiket Masuk
Dewasa : RM5
Kanak-Kanak : RM3
Alamat
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang,
Pulau Pangkor, Perak
Telefon
017 - 5915 137 (En. Rasli Ibrahim)
Okay...cukuplah apa yang LeYa dapat kongsikan daripada beberapa tempat menarik di Manjung, Perak. LeYa memang recommend tempat-tempat menarik yang ada ini untuk korang semua lawati. Semua destinasi ini sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga.