Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Di hari Jumaat yang indah ini, LeYa terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang mungkin ramai dah tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu. Sebelum tu, jom berkenalan dahulu dengan Abdul Rahman bin Auf. Siapa Abdul Rahman bin Auf ni? Beliau merupakan seorang ikon usahawan yang juga merangkap tokoh jutawan Islam.
Rahsia Kejayaan Abdul Rahman bin Auf dalam Perniagaan
Abdul Rahman yang merupakan ahli perniagaan terkaya pada zaman Rasulullah SAW pernah ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan ke pasar. Kekayaan yang ada padanya tidak melalaikannya, bahkan semakin mendekatkan dirinya dengan pemilik segala kekayaan, Allah SWT yang Maha Kaya.
Dalam satu peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan lebih daripada RM25 juta yang mana nilai dermanya ketika itu sama dengan 200 dinar, 500 ekor kuda atau 1,500 ekor unta.
Apakah rahsia kekayaan dan kejayaan perniagaan beliau?
Jika ada yang bertanya rahsianya, beliau menjawab, "Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah."
Difahamkan lagi, Abdul Rahman bin Auf bermula dengan apa yang ada di tangan. Produk jualan pertama beliau adalah keju dan minyak. Oleh yang demikian, apa yang ada di tangan itulah yang membawa beliau berhijrah ke Madinah. Beliau memulakan perniagaan dan memecahkan monopoli perniagaan Yahudi serta menjadi jutawan terkaya di Madinah.
Syarat Berniaga Menjadi Ibadah & Rezeki Diberkati
Memang seronok kan bila kita tengok seseorang tu berniaga dan dapat untung yang lumayan. Apatah lagi kita. Rasa macam gembira sangat setelah lama berusaha untuk mendapatkannya. Tapi dalam kita bergembira berniaga dan dapat keuntungan tu, kenalah ingat juga. Kalau korang nak rasa pendapatan dan keuntungan yang berpanjangan, kenalah pastikan dilaksanakan dengan betul dan berkat.
Cuba jadikan berniaga itu sebagai ibadah. Ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT, InsyaAllah, rezeki yang kita perolehi akan berganda di samping pahala juga kita akan dapat. Jom tengok syarat-syarat nak berniaga sebagai ibadah dan diberkati:
1. Niat Kena Betul
Korang nak capai apa dalam bisnes korang? Untuk keluarga? Untuk cari rezeki yang halal? Bantu orang ramai? Niatkan apa yang korang inginkan bila berniaga dan sentiasa ingat kerja yang kita lakukan ini kerana Allah SWT.
2. Bersyukur walaupun dapat untung sedikit
Jangan ambil mudah soal keuntungan dari pembeli serta soal halal haram dalam perniagaan. Dalam bisnes, kita harus bijak mengira kos supaya keuntungan dapat menampung kos penghantaran dan lain-lain. Dari segi halal haramnya pula, elakkan unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.
3. Jangan seksa pelanggan / Jangan Tipu Pelanggan
Jangan sesekali melambatkan penjualan barangan kepada pelanggan yang menginginkannya. Cuba percepatkan urusan jual beli dan layanan pelanggan. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan datang untuk kali kedua dan seterusnya.
4. Yakin dengan rezeki Allah. Tidak Meninggalkan Ibadah Asas
Rahsia penting Abdul Rahman bin 'Auf yang harus peniaga Islam ketahui, pada setiap malam yang sepi waktu dinihari, beliau akan bermunajat kepada Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaannya. Apa kata kita manusia biasa ini? Jom, perbanyakkan melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah demi mendapatkan Allah sebagai penolong dan pemimpin.
5. Usaha secara berterusan
Orang beriman dan bertakwa yang kaya, mereka senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang dikerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyak. Yang penting usaha dan terus berusaha.
6. Tidak tamak dan mementingkan diri
Apabila kita dah memperolehi apa yang kita capai, jangan bersikap tamak dan menikmatinya secara bersendirian. Akan tetapi, nikmatinyalah bersama keluarga dan kaum kerabat serta saudara-mara dan masyarakat seluruhnya.
Baju Melayu Anaqi (Slim Fit) Exlusive Harga Murah Untuk Raya 2020
Harga jualnya memang murah dan baju pun baru. Terdapat 19 warna pilihan yang sangat-sangat eksklusif dan pastinya dapat memikat hati ramai jejaka tampan.
Apa Yang Menariknya Dengan Baju Melayu Anaqi Exclusive
Apa Yang Menariknya Dengan Baju Melayu Anaqi Exclusive
- Material SUPER PEARL SKIN GRED A+
- Material sejuk dan tahan lasak.
- Tidak mudah renyuk dan mudah digosok
- Potongan baju Melayu klasik
- Terdapat 3 pocket; 1 bahagian atas pocket di sebelah kiri dan 2 pocket di bahagian bawah.
- Seluar bergetah, ada zip ditengah dan pocket seluar kiri dan kanan.
- Terdapat dalam saiz S, M, L, XL dan XXL (Bagi saiz XXL, tambahan harga RM10.00)
Harga Baju Melayu Anaqi Exclusive (Slim Fit)
Bagi Kanak-Kanak:
16-18 RM 55
20-22 RM 60
24-26 RM 70
28-30 RM 80
32-34 RM 90
36-38 RM 100
Bagi Dewasa, baju Melayu Anaqi Exclusive berharga RM110 untuk Semenanjung Malaysia dan RM115 untuk Sabah/Sarawak.
Kelebihan kain sangat lembut dan tidak mudah renyuk serta tidak panas. Alhamdulillah... Ramai pelanggan yang sudah memuji jahitan yang sangat kemas dan sedap dipakai.
Cara Nak Buat Tempahan Baju Melayu Anaqi
Bagaimana nak dapatkan baju melayu tu?
Mudah je.
Tempahan atau pembelian boleh dibuat dengan menghantar WhatsApp (www.wasap.my/60176321680/BajuMelayuAnaqi) dengan butiran-butiran seperti berikut:
- Tarikh
- Nama
- Alamat
- No Telefon
- Nama Baju/Barang
- No Kod (Jika Ada)
- Warna Baju
- Saiz Baju
Ha? Senang je kan! Guna whatsapp atau telegram je pun dah boleh. Tak payah susah-susah dan pening kepala. Teknologi kan dah semakin canggih.
Nak cari lagi stok atau baju lain? Boleh terus layari laman facebook dan instagram di bawah.
Facebook
Instagram
Thanks for your sharing 😊
BalasPadamWelcome
PadamTerbaek 👍
BalasPadamSharing is caring.. Hehe..
Padamjom kita pakat meniaga n mencontohi sahabat Rasulullah ini.
BalasPadamBetul3x.. Dan juga contohi sikap dan caranya berniaga
Padamwaalaikumussalam. terima kasih sharing. kak dapat ilmu baru harini ^_^
BalasPadamSama-sama
PadamIkon peniaga yg patut menjadi contoh pelajaran dan ikutan buat kita semua. Terima kasih atas perkongsian ini Leya :)
BalasPadamAlhamdulillah... Terima kasih sudi singgah blog buruk leya
PadamThanks kak kerana sudi berkongsi
BalasPadamWelcome
Padam