Rabu, 5 Februari 2020

Perbezaan Novel Coronavirus Dan SARS Coronavirus Yang Anda Perlu Tahu!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni LeYa nak kongsikan berkaitan satu informasi yang sedang hangat diperkatakan. Wabak pneumonia yang kecoh berlaku di Wuhan, China baru-baru ini telah disahkan puncanya. Ia disebabkan oleh sejenis virus baharu yang digelar sebagai novel Coronavirus atau 2019 n-Cov. Rasanya ramai yang dah tahu dan mula panik dengan kes mengejut satu dunia ini. Malaysia turut tidak terkecuali apabila ada rakyat Malaysia yang sudah dijangkiti virus ini.

Pada peringkat awal, pakar menganggap coronavirus jenis baharu ini memiliki ciri yang hampir sama dengan sindrom pernafasan akut teruk atau SARS coronavirus. Walau bagaimanapun, setelah diteliti dengan lebih lanjut, kedua-dua virus ini sebenarnya memiliki beberapa perbezaan! Ingin ketahui apakah perbezaannya? Jom, baca sehingga habis.


1. Lokasi asal kemunculan virus

Novel coronavirus (2019 n-Cov) mula menyerang ratusan penduduk yang menetap di Wuhan, China pada akhir tahun 2019.

Simptom-simptom yang muncul seakan sama dan menyerupai simptom peneumonia iaitu kesesakan nafas, demam dan juga batuk.

Menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sehingga 28 Januari 2020, terdapat lebih daripada 4,000 kes individu yang dijangkiti dengan virus ini, Ia dikesan di beberapa negara seperti:
  • China
  • Jepun
  • Korea Selatan
  • Thailand
  • Singapura
  • Amerika Syarikat
  • Malaysia
Daripada angka tersebut, 106 orang individu yang dijangkiti telah meninggal dunia. Kesemua korban yang meninggal dunia akibat virus ini berasal dari China. Manakala bagi SARS, ia pertama kali berlaku pada penghujung tahun 2002 di wilayah Guangdong, China.

Hampir sama dengan kes 2019 n-Cov ini, dunia bertindak agak lambat setelah berlakunya penyebaran SARS coronovirus. Kerajaan China lambat bertindak memaklumkan informasi berkenaan virus ini sebelum akhirnya melaporkan wabak SARS kepada WHO dengan jumlah hampir 305 individu yang telah dijangkiti dan 5 daripadanya telah meninggal dunia!

Pada tahun 2004, wabak SARS coronavirus mulai berkurang dan menghilang secara perlahan-lahan. Kerajaan dari negara-negara yang telah dijangkiti dengan wabak ini saling bertukar informasi perubatan bagi mengendali dan membanteras penularannya dengan lebih berkesan.


2. Penyebaran Virus

Kedua-dua novel coronavirus dan SARS coronovirus mempunyai ciri yang sama iaitu ia berasal daripada haiwan.

Novel coronavirus merebak dipercayai daripada ular, manakala SARS coronavirus pula merebak dari sejenis musang di bahagian selatan China. Namun persamaannya, kedua-duanya tersebar dalam kalangan manusia!

Setakat ini, novel coronavirus dilaporkan sudah mampu berjangkit antara manusia dengan lebih cepat. Buktinya, lebih 4,000 individu telah dijangkiti dengan virus ini, walaupun mereka tidak bersentuhan secara langsung dengan haiwan atau ikan di bandar Wuhan, China.

Akan tetapi, Center for Disease Control atau CDC menyatakan, mereka masih tidak pasti berkenaan proses penularannya sama ada ia sama dengan SARS ataupun tidak.

Untuk SARS coronoavirus, proses penyebarannya telah dipastikan melalui air liur yang terkeluar ketika penghidap batuk atau bersin. SARS coronavirus juga dapat merebak melalui permukaan atau benda yang telah disentuh oleh penghidap SARS Atau yang telah dicemari dengan air liur mereka.


3. Peningkatan Risiko

Simptom novel coronavirus adalah lebih ringan berbanding daripada SARS. Menurut Bahagian Kesihatan Australia, simptom-simptom bagi novel coronavirus ini hampir menyerupai masalah pernafasan seperti:
  • Demam
  • Batuk
  • Sesak nafas
  • Kadar pernafasan yang lebih cepat
  • Sakit tekak
  • Selesema atau hidung berhingus
Selain itu, risiko kematian akibat novel coronavirus juga masih dianggap rendah berbanding SARS coronavirus. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh sekali-kali meremehkan serangan virus ini. Langkah berwaspada perlulah sentiasa dipertingkatkan.

Untuk SARS pula, simptom-simptom yang berlaku adalah hampir serupa, Untuk simptom pada peringkat awal, penghidap SARS biasanya akan mengalami demam dengan suhu badan lebih daripada 38 darjah celcius. Kemudiannya, beberapa simptom lain akan muncul. Contohnya:
  • Batuk
  • Kesejukan sehingga menggigil
  • Flu
  • Sesak nafas
  • Sakit kepala
  • Cirit-birit

Walaupun SARS dianggap lebih bahaya jika dibandingkan dengan 2019 n-Cov kerana wabak SARS telah mengakibatkan lebih banyak kematian, namun, informasi mengenai novel coronavirus adalah masih sedikit. Maka, ia masih tidak boleh dipandang remeh. 

Sumber Rujukan | Hello Doktor , Google Images

12 ulasan:

  1. Semoga kita semua dijauhi..penyakit bawaan orang asing ini. Allah uji mereka..kita kena tabah taat padaNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminnn.. Moga dijauhkan sejauh-jauhnya. Sama-sama jugalah menjaga kesihatan dari dijangkiti

      Padam
  2. Korkutucu bir virüs umarım tedavisi bulunur...

    BalasPadam
  3. thank you so much for sharing

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat ^_^

    BalasPadam
  5. baru2 ni da ada pulak warga Canada yang menghidap coronavirus ni, kes pertama bukan warga China..

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh ye ke kes pertama bukan warga China? kene check balik..

      Padam
  6. Hati2 di mana juga nak pergi..moga kita dijauhi virus ini

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com