Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Seringkali kita merasakan hidup kita ini gagal, tak pernah berjaya, akibatnya kita sering murung diri, rasa down, rasa diri tidak berguna, rendah diri dan macam-macam lagi reaksi negatif yang tampil dalam kotak fikiran kita. Jadi, bila kita nak rasa detik kejayaan dalam hidup tu?
Sebenarnya, kita tidak perlu pun untuk memikirkan hal negatif seperti itu. Sebab, terlalu banyak pilihan untuk kita berjaya di dunia ini.
Orang kata, seseorang itu berjaya apabila dia mempunyai harta atau berjawatan tinggi atau juga dikenali ramai (popular). Namun, ramai diluar sana yang sudah berjaya dan nampak biasa-biasa sahaja. LeYa pasti semua orang ingin mengecapi kejayaan dalam kehidupan mereka. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang tidak ingin berjaya.
Persoalannya, apakah yang menggelarkan diri kita ini seorang manusia yang berjaya? Sempatkah di tahun 2020 ini kita mengejar dan mengecapi kejayaan yang sama seperti orang lain yang dah capai?
Sekali lagi, LeYa berpeluang menanam semangat positif dalam diri bersama mentor yang tidak asing lagi iaitu Dr Azizan Osman dalam Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 yang membuka mata dan minda LeYa dalam meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui perniagaan yang berjaya dan menguntungkan.
Cabar Diri Dan Tingkatkan Potensi Diri Dalam Program Nak Ubah Hidup 2020
Program yang berlangsung selama 3 hari di Setia City Convention Centre (SCCC) dibanjiri seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
Mengenang kembali perjalanan Dr Azizan Osman selama 12 tahun (2008 - 2020) dalam penganjuran program ini bertujuan untuk melihat lebih ramai orang tahu dan faham bahawa dengan berniaga dapat membantu meningkatkan tahap pendapatan. Namun, ada juga yang memulakan bisnes tanpa ilmu yang betul dan tiada hala tuju sebenar.
Akibat dari itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Kehadiran Dr Azizan Osman bersama pasukannya, RichWorks International telah menyedarkan orang ramai dalam membangunkan perniagaan dengan ilmu di dada.
Ketika itulah, ribuan usahawan lahir dari bimbingannya dengan berjaya mendapatkan hasil jualan diluar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri seperti Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.
Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!
Seterusnya, Siti Noor Sabrina, Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.
Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.
Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.
Apabila kita sudah berjaya, kita mampu melakukan lebih banyak perkara kepada orang lain. Kejayaan selalu datang berserta tanggungjawab. Orang yang berjaya selalunya adalah orang yang bertanggungjawab. Mereka berusaha dan bertanggungjawab mencapai kejayaan mereka untuk dimiliki. Jadi, kita perlu menjadi seseorang yang berjaya supaya kita dapat menjalankan tanggungjawab untuk membantu orang lain dalam apa jua pertolongan yang dipinta.
Apa yang kita perlukan untuk berjaya?
Ramai orang inginkan kejayaan. Bila kita melihat orang lain berjaya, kita juga ingin berjaya sama seperti mereka. Tapi, sedarkah kita walaupun dah berusaha sedaya upaya tetap jua tidak mampu berjaya seperti mereka. Kemudian, mulalah kata-kata negatif muncul dalam kotak fikiran kita. Jadi, dalam Nak Ubah Hidup (NUH) 2020, visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan yang berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai.
RichWorks juga berjaya melahirkan 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE. Antara topik dan pengisian program adalah:
- Pengurusan Bisnes
- Pemasaran
- Jualan
- Pematuhan Undang-Undang
- Perakauanan & Percukaian
- Operasi
- Kepimpinan
- Pembangunan Diri
- Pelaburan
Titanium RichWorks
Merupakan Program High Net Worth Coaching atau Program "Mentoring Membership" setahun untuk membimbing bisnes melangkah dengan lebih cepat dan berkesan dengan menunjukkan cara jalan dan kaedah terkini untuk mengembangkan bisnes. Antara kriteria pemilihan untuk program mentoring ini adalah bisnes yang telah mencecah jualan bulanan RM100,000 sebulan.
Dr Azizan Osman telah memberi bimbingan kepada lebih 700 usahawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa dan jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan ini mencecah lebih RM800 juta setiap tahun.
Antara perniagaan yang berkembang luar biasa menerusi program ini dengan bimbingan Dr Azizan Osman termasuk Nurraysa Beauty, Das Abdul Global (DAG), Momentum Internet, Noir, Hasnuri, Sabella, Mamasab, Sambal Che Nor, Jamumall, Eskayvie, Rempah Mak Siti, Unlimited Dreams Sdn Bhd dan banyak lagi
SPIRE RichWorks
SPIRE pula merupakan Program "Mentoring Membership" setahun yang membantu usahawan yang berniaga dengan jualan minima RM30,000 sebulan untuk terus tambah ilmu dari segi Sales & Marketing, Compliance, Operations dan Leadership. Program ini juga membantu bisnes usahawan untuk berada di landasan yang betul dalam membaik pulih sistem bisnes supaya mereka lebih cepat berkembang.
Misi dalam SPIRE juga adalah untuk mengubah cara usahawan dan syarikat membina bisnes dengan menawarkan pembelajaran melalui bimbingan secara online dan untuk usahawan menyusun jadual secara efektif dengan menonton ilmu terkini “At anywhere & At anytime.”
Kita sudah lama berada di tahap yang sama. Apa kata, aturkan langkah dan mulakan perjalanan kita untuk mecapai kejayaan. Jangan mudah berputus asa. Redah dan lawan semua halangan yang ada di hadapan. Yang paling penting berDOA kepada Allah SWT untuk apa yang kita nak. Jumpa anda di puncak kejayaan seterusnya di Program Nak Ubah Hidup akan datang!
Best la kak leya dapat join.
BalasPadamAlhamdulillah.rezeki bersama dengan orang-orang hebat
Padamrezeki join program macam ni.. topap energy dan ilmu =)
BalasPadamBetul sis.. Kita as manusia ni kadang banyak fikiran negatifnya. Tu yang bila join kelas² macam ni aura positif tu lebih, naikkan balik energy
Padambanyak orang sebut2 pasal event ni....
BalasPadamYe uncle. Memang best sangat
PadamBest.. Goodluck :)
BalasPadamYe wak.. Memang best. Thank you
Padamperghhh grand giler ekk program ni...jom ubah hidup ke arah lebih baik!
BalasPadamBetul tu.. Berubah ke arah berfikiran positif
PadamBest lah leya dpt join mesti banyak ilmu dapat
BalasPadamAlhamdulillah... Memang syok dan banyak ilmu kita timba.
PadamUntungnya join. Tak berkesempatan lagi.
BalasPadamcararenew roadtax
renew roadtax kereta
renew car insurance