Isnin, 24 Februari 2020

Bermalam Di SMS Private Stay Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kalau korang ikut kisah LeYa dalam media sosial Facebook dan Instagram, pasti korang perasan mengenai percutian pendek LeYa awal bulan Februari lalu ke Johor Bahru bersama keluarga. Ketika buat carian di Google dan baca blog rakan-rakan lain, dapatlah ada beberapa orang rakan suggest untuk menginap di Apartment ni. LeYa dan keluarga pun memilih untuk menginap di SMS Private Stay yang berdekatan dengan Danga Bay.


Bermalam di SMS Private Stay Johor Bahru

Okay... Sebenarnya bermalam di hotel ni disebabkan plan Ayah yang nak ke majlis perkahwinan anak kawannya di JB. Memang jenuh juga la bertanya dan mencari hotel-hotel yang kosong sebab kebanyakannya pada hujung minggu tu dah penuh. Fikir punya fikir, alhamdulillah rakan blogger, Sis Lin suggestkan penginapan ni. Thanks Sis Lin! So, pada pagi Jumaat tu dalam jam 11.00 pagi macam tu, kami bertolak dan terus ke sana. Lebih kurang 3 jam lebih juga sampai di Bandar Johor Bahru, terus check-in dan rehat-rehatkan diri.


Bilik yang LeYa inap merupakan Studio Room yang terletak di tingkat 17. Bilik dia sangat ok dan luas. Siap boleh bentang toto lagi untuk anak buah yang suka tidur bawah. Fasiliti dalam bilik pun terbaik dan lengkap. Ada TV, ruang dapur (ada peti sejuk, microwave, periuk, dapur gas), mini bar, seterika dan papannya, hair dryer, mesin basuh, toileteries, almari, sofa bed dan side table. In fact, semuanya lengkap seperti berada di rumah. Sejadah dan telekung pun ada disediakan.

(Baca juga pengalaman menginap di Tune Hotel Danga Bay)



 

Bagi tandas pula, LeYa sangat puas hati sebab selesa, luas dan bersih. Kalau stay lama, bolehlah gunakan mesin basuh yang ada tu kan. Tak payah berpenat lelah mencari kedai dobi dan menunggu lama dek orang ramai datang. Tapi, mujurlah LeYa stay semalam je di situ. Jadinya, baju pun tak banyak dan tak dapatlah rasmikan penggunaan mesin basuh tu. Hehehe...


Keesokannya, sebelum ke majlis perkahwinan, kami pergi breakfast dahulu. Lepas breakfast terus check out dan terus berangkat ke dewan. Tapi sebelum tu sempatlah juga bergambar di kawasan Danga Bay, tarikan pelancong bila ke Johor Bahru. 


(Penginapan lain di Homestay Bandar Dato Onn Johor Bahru)


Keseluruhannya, bagi LeYa sangatlah seronok dan best dapat stay semalam di sini bersama keluarga. Lokasinya strategik, bilik yang luas dan selesa. Memang sangat puashati. So, LeYa mungkin akan repeat lagi untuk stay kat sini akan datang.

Untuk korang yang nak datang dan rasai pengalaman bermalam di SMS Private Stay, Johor Bahru, boleh rujuk maklumat tertera di bawah:

Alamat
Jalan Skudai Bertingkat, 82000 Johor Bahru, Johor

Telefon
019 - 607 0909

Website

5 ulasan:

  1. Akhirnyaa..alhamdulilah Leya puashati...tapi memang Sis rekemen sangat tempat ni, sebab bukan dalam rumah je serba serbi ada, malah kat luar pun semua ada kann...
    Next time stay amik yang ada 2 bilik tu, lagi best!! tapi kena booking awal, sebab selalu full aja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah.. Memang cepat penuh.. Kena book awal. TQ sislin

      Padam
  2. Tahun lepas nak pegi sini tapi cancel hujan lebat 😂😂 sbar jela. Hope tahun ni boleh pegi

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. Mana tahu lepas baby dah besar sikit. Boleh la jalan-jalan kan

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com