Selasa, 28 Januari 2020

Sensasi Korea Seoul SedapChikin Di Kenny Rogers ROASTERS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kenny Rogers ROASTERS (KRR) kembali lagi dengan ucapan "Annyeonghaseyo!" melalui kempen terbaru Chikin Craze yang diinspirasikan dari Korea menerusi Seoul SedapChikin yang pasti akan membangkitkan selera buat peminat K-Food.


Nikmati rasa authentic ayam goreng gaya Korea yang dibawa khas dari Seoul dengan pilihan rasa Sweet Chilli bersama Soy Garlic yang dihiasi dengan topped with nutty dan crunchy sesame seeds. Anda juga boleh memilih menu utama Seoul SedapChikin dari pelbagai pilihan seperti berikut:
  1. Seoul SedapChikin Soup Meal @ RM 27.80 – 2 pieces of Seoul SedapChikin (with a choice of sweet chilli, soy garlic OR mixed flavour) + Seoul Sedap Garlic Rice + Kenny’s Mushroom and Chicken Soup + 1 piece of Kenny’s Home-made Muffin
  2. Seoul SedapChikin Meal @ RM 21.80 – 2 pieces of Seoul SedapChikin (with a choice of sweet chilli, soy garlic OR mixed flavour) + Seoul Sedap Garlic Rice OR Golden Wedges Classic
  3. Seoul SedapChikin Family Feast @ RM 98.80 – 6 pieces of Seoul SedapChikin (with a choice of sweet chilli, soy garlic OR mixed flavour) + 2 a la carte side dishes + 4 pieces of Kenny’s Home-made Muffin + 1 bottle of 1.5 litre Coca-Cola Rasa Asli
  4. Seoul SedapChikin (3 pieces) @ RM 24.80 with a choice of sweet chilli OR soy garlic flavours
  5. Seoul SedapChikin (6 pieces) @ RM 46.80 with a choice of sweet chilli, soy garlic OR mixed flavours 
  6. Seoul Sedap Garlic Rice @ RM 8.50

Untuk menambahkan lagi keenakan berganda-ganda, apa kata anda padankan dengan makanan glass ofOrenji Splash yang berharga RM8.80 dengan pembelian mana-mana Seoul SedapChikin bersama minuman Sparkling Lemonade and soft candied orange bits yang menyegarkan!
“As the popular K-wave is continually taking Asia by storm, and more prominently in our home ground in Malaysia, KRR as a brand has kept up with the trend to diversify our food offerings. This is our go at introducing yet another refreshing meal campaign by serving an authentic Korean-style fried chicken meal experience to fellow Malaysians. On top of that, we are rewarding our loyal guests through a very special ‘Seoul in Love Contest’ to stand a chance to win a trip to Seoul, Korea!” said Kennie Thong, Senior Marketing Manager of Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd..





Selain itu, KRR juga akan memberi penghargaan kepada dua pasangan bertuah dengan bercuti ke Seoul, Korea melalui "Seoul in Love Contest". Pengunjung yang mengimpikan percutian ke Seoul boleh cepat-cepat menyertai contest ini dengan hanya perlu mengimbas kod QR pada paparan Chikin Craze di setiap restoran KRR atau platform media sosial dan juga laman web KRR. Kemudian, anda dikehendaki menjawab dua soalan mudah dan selesaikan slogan sebelum menghantar tugasan tersebut melalui Google Form bermula 20 Januari 2020 - 12 April 2020.

Antara hadiah yang bakal pengunjung bawa balik adalah berupa hadiah utama, percutian 5H4M untuk 2 orang ke Seoul manakala hadiah kedua pula juga percutian 4H3M untuk 2 orang ke Seoul, termasuk tiket penerbangan, penginapan hotel dan kredit Klook. Pemenang untuk hadiah 12 undian akan memenangi KRR kad prabayar bernilai RM100 setiap satu.

Bagi mengalu-alukan dekad baru ini, KRR turut memperkenalkan Kad Baru KRR iaitu 'Blossom' yang memaparkan budaya Malaysia dengan meriah melalui motif dan warna yang diinspirasikan oleh Batik. Pada Januari 2020, pengunjung yang mengaktifkan atau menambah RM100 ke dalam Kad KRR akan menikmati hidangan Nasi Lemak Solo Kenny secara percuma. Manakala, pengaktifan kad sebanyak RM50 pula akan menikmati e-baucer Beli 1 Percuma 1 Quarter Meal yang juga termasuk Kenny's Quarter Meal dan Kenny's Mushroom & Chicken Soup.


Maklumat lanjut mengenai Kenny Rogers ROASTERS

Telefon
03 - 2119 9888

Website

Facebook

Selasa, 21 Januari 2020

Tahukah Anda Sarapan Pagi Adalah Makanan Yang Paling Penting Setiap Hari?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Mungkin ada sesetengah daripada kita yang kurang gemar bersarapan pagi atas pelbagai faktor seperti tidak mempunyai banyak waktu, keluar rumah pada awal pagi dan mungkin juga malas atau tidak berselera. Apapun alasan yang anda berikan, sarapan pagi tetap menjadi hidangan yang paling penting dalam satu hari tersebut. Jika anda 'skip' waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah 'skip' satu manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut. Tahukah anda, mengapa sarapan pagi amat penting?

Mengapa sarapan pagi sangat penting untuk saya?
Sarapan pagi sebenarnya memberikan banyak manfaat pada tubuh anda. Pertama sekali, sarapan pagi memulakan metabolisme anda yang membantu tubuh badan membakar lebih banyak kalori pada hari tersebut. Apabila anda mengambil sarapan, anda sebenarnya memberitahu tubuh badan anda bahawa terdapat beberapa kalori yang akan diambil lagi pada hari itu. Apabila anda tidak bersarapan, tubuh anda mendapat mesej bahawa ia perlu menyimpan berbanding membakar kalori yang akan diambil kemudian.
Menurut Dr. Christy C. Tangney, pakar pemakanan klinikal di Rush University Medical Center, kajian telah menunjukkan bahawa walaupun individu yang tidak mengambil sarapan dan hanya mengambil sedikit kalori pada hari tersebut, mereka lebih cenderung untuk memiliki indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi. 
Sarapan memberikan perkadaran yang signifikan bagi pengambilan jumlah nutrien harian. Ia juga memberikan anda nutrien penting seperti folat, zat besi, vitamin B dan serat. Vitamin-vitamin penting, mineral dan nutrien-nutrien lain hanya boleh diperoleh daripada sumber pemakanan sahaja. Oleh itu, walaupun tubuh badan anda masih boleh mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk keesokan hari, anda masih perlu menambahkan jumlah vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh.
Glukosa Tubuh
Glukosa adalah sumber tenaga bagi tubuh badan. Ia dipecahkan atau diuraikan dan diserap daripada karbohidrat yang anda makan. Pada waktu pagi, apabila anda tidak mendapat bekalan makanan selama beberapa jam selepas bangun daripada tidur, simpanan glikogen anda telah berkurangan. Glikogen adalah glukosa yang telah disimpan dalam tisu otot dan hati, yang mana akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tempoh semalaman untuk memastikan tahap gula darah anda kekal stabil.
Apabila kesemua tenaga daripada simpanan glikogen telah digunakan, tubuh badan anda akan mula menguraikan asid lemak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Tanpa karbohidrat, asid lemak hanyak teroksida sebahagian sahaja yang boleh menyebabkan tahap tenaga yang berkurangan. Melalui pengambilan sarapan pagi, ia dapat mengembalikan simpanan glikogen dan meningkatkan tahap tenaga dan juga metabolisme anda.
Kanak-kanak Sangat Memerlukan Sarapan Pagi
Antara sebab mengapa kanak-kanak memerlukan sarapan pagi adalah kerana tubuh mereka sedang mengalami tumbesaran dan mereka memerlukan nutrien yang mencukupi untuk membantu mereka membesar. Kanak-kanak yang tidak bersarapan pagi mempunyai kesukaran untuk memberikan fokus atau penumpuan terhadap pembelajaran mereka. Selain itu, mereka akan mudah letih dan juga mengganggu mood mereka. Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan ujian yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan.
Kanak-kanak yang tidak bersarapan juga lebih cenderung untuk memakan makanan ringan lalu menyebabkan mereka mempunyai berat badan yang berlebihan. Sekiranya anak-anak anda tidak mahu bersarapan di rumah, bekalkan mereka dengan makanan atau snek yang boleh mereka makan dalam perjalanan ke sekolah atau semasa waktu rehat. Ini untuk mengelakkan mereka daripada mengambil snek yang tidak sihat semasa berada di sekolah.
Kelebihan Jika Anda Mengambil Sarapan Pagi
Pelbagai kajian telah menunjukkan manfaat jika anda memulakan hari anda dengan pengambilan sarapan pagi, antaranya ialah:
  • Mempunyai nilai indeks jisim badan atau BMI yang rendah
  • Pengambilan lemak yang lebih sedikit sepanjang hari
  • Memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Mempunyai pengambilan kalsium harian yang lebih tinggi
  • Mempunyai pengambilan serat harian yang lebih tinggi
  • Mempunyai prestasi yang lebih baik seperti memori dan penumpuan bagi kanak-kanak sekolah
Menurut Dr. Christy, sekiranya anda memulakan hari anda dengan pemakanan yang sihat dan memuaskan pada waktu sarapan pagi, anda cenderung untuk kurang mengambil makanan yang kurang sihat sepanjang hari yang mana sering dilakukan jika kita berada dalam keadaan lapar.
Kekurangan Jika Anda Tidak Mengambil Sarapan Pagi
Selain itu, banyak kajian juga telah menunjukkan beberapa kekurangan yang akan berlaku jika anda ‘skip’ sarapan pagi anda. Antaranya ialah:
  • Lebih cenderung untuk memiliki berat badan yang berlebihan
  • Kurang cenderung untuk memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Lebih cenderung untuk mengambil snek yang tidak sihat
  • Mengurangkan prestasi mental. Sarapan pagi membantu dalam pembelajaran kerana ia memberi kesan dalam penumpuan
  • Sarapan pagi yang tinggi serat membantu mengurangkan keletihan
Apakah Pilihan Makanan Sarapan Pagi Yang Terbaik Untuk Saya?

Walaupun anda sering bersarapan pagi, ini tidak bermakna bahawa anda boleh memakan apa sahaja mengikut selera anda. Anda juga perlu menitik beratkan jenis makanan yang diambil semasa sarapan pagi. Berikut adalah antara cadangan jenis makanan yang boleh anda amalkan sebagai makanan pertama untuk setiap hari anda:
  • Bijirin tinggi serat bersama dengan potongan buah-buahan, susu rendah lemak atau air kacang soya
  • Protein shake rendah lemak bersama-sama buah-buahan segar
  • Bubur seperti bubur nasi atau bubur oat
  • Roti bakar tinggi serat bersama-sama sapuan mentega kacang
  • Yogurt atau segelas susu
  • Jika anda terbiasa dengan makanan ruji harian anda seperti nasi goreng, pastikan anda memasaknya dengan mengurangkan garam, minyak dan tambahkan banyak sayuran
Kesimpulannya, sesibuk manapun anda sama ada di rumah atau di tempat kerja, ingatlah untuk sentiasa mengambil sarapan pagi. Anda tidak semestinya perlu memasak pada waktu pagi hanya disebabkan untuk bersarapan. Anda boleh membeli makanan dalam perjalanan anda ke pejabat. Anda juga boleh ke kedai-kedai yang beroperasi 24 jam seperti 7 Eleven atau myNews untuk mendapatkan hidangan sarapan pagi anda. Kedai-kedai tersebut menyediakan pilihan makanan yang pelbagai seperti sandwic, mi goreng, nasi lemak dan juga kopi. Oleh itu, tiada alasan lagi untuk anda mengatakan bahawa anda terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersarapan. Ingatlah, anda berpotensi untuk memiliki berat badan yang berlebihan jika anda sentiasa meninggalkan sarapan pagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: helloDOKTOR

Isnin, 20 Januari 2020

Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan Oleh Faridil Atras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rata-rata hari ini lambakan hotel, chalet dan homestay kian berleluasa. Namun, seperti yang sedia maklum, pengurusan homestay tidak akan memungkinkan kita untuk berada di sana sepanjang masa terutamanya bagi korang yang bekerja sepenuh masa dan homestay korang pula jauh dari tempat tinggal. Jadi, rasa-rasanya apa yang patut korang lakukan? Ikuti selanjutnya dalam artikel ini tentang Pengurusan Homestay yang betul jika nak berjaya dan jadi jutawan Homestay.


Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan

Menguruskan Homestay ini memang ada banyak cabarannya. Cabaran yang paling besar adalah untuk mendapatkan pelanggan dan memastikan homestay kita sentiasa penuh dan mendapat tempahan.

Pasti korang perasan kan ada sesetengah pengusaha homestay selalu sahaja tak menang tangan kerana berjaya mendapat tempahan penuh setiap minggu, bulan dan pada masa yang sama ada juga pengusaha yang sukar mendapatkan penyewa walaupun hanya untuk satu malam.

Jadi, apa kata jom luangkan sedikit masa untuk perkongsian dari Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan yang akan LeYa tulis ini.



Siapa Jutawan Homestay Ni?

Sebelum tu, meh LeYa perkenalkan serba ringkas penulis Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan ni. Penulis panduan ini adalah Tuan Faridil Atras yang merupakan pemilik kepada rangkaian homestay Fardain Place yang telah beliau mulakan sejak tahun 2014. 

Dalam masa 4 tahun, beliau menguruskan bisnes homestay, beliau telah berjaya mengembangkan rangkaian homestay yang bermula dari 1 buah kepada 8 buah homestay di seluruh Malaysia. Kebanyakan pelanggan yang menetap di homestay beliau bukanlah sekadar rakyat Malaysia, malah ada yang datang dari Perancis, Korea, Mesir, Jepun, China, US dan banyak lagi.

Nah!! Ni LeYa kongsikan beberapa keping gambar homestay beliau.
Jutawan Homestay - Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan!

Kepada korang yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana Tuan Farid menguruskan homestaynya yang banyak dengan gaya seorang jutawan, bolehlah baca ebook pertama beliau ini yang secara keseluruhannya mengandungi 27 Bab dan jumlah mukasurat sebanyak 115 mukasurat.

Antara isi kandungan panduan ini adalah beliau pecahkan kepada 6 bahagian seperti:
1. Bahagian Pemilihan & Pemilikan Homestay
2. Bahagian Mempersiapkan Homestay
3. Bahagian Pemasaran Homestay
4. Bahagian Pelanggan Check-in
5. Bahagian Pelanggan Check-out
6. Bahagian Mengembangkan Bisnes Homestay

Dalam panduan ini, Tuan Farid akan menjawab segala persoalan, antaranya:

1. Macam mana boleh dapat pelanggan bertubi-tubi?
2. Macam mana nak buat iklan?
3. Sesuai ke rumah saya untuk buat homestay?
4. Macam mana nak hias homestay agar nampak cantik dan eksklusif?
5. Perlu ke sediakan tuala dan sabun di homestay?
6. Macam mana nak elak pelanggan curi atau rosakkan barang?

Nak tahu lagi mengenai isi kandungan panduan ini? Boleh terus ke Panduan Urus Homestay Gaya Jutawan!

Dan, korang juga bakal menerima Bonus PERCUMA menerusi laman web tersebut.

Jumaat, 17 Januari 2020

Khasiat Buah Mulberry

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Khasiat Buah Mulberry - Orang kata berbudi kepada tanah inilah hasilnya. Ye! Korang pasti kenal dan tahu dengan buah Mulberry kan? Pagi tadi LeYa petik Buah Mulberry ni kat pokok yang ditanam ibu. Kat rumah ni adalah dua batang pokok Mulberry. Memang puas makan dan buat jus. Sedap! Dalam asyik makan tu, banyak juga khasiat dari Buah Mulberry ni. Bukan itu sahaja, daunnya juga ada khasiat dan boleh dimakan tau. Huhu... Baru tahu. Ingatkan boleh makan buah dia je. Hehehe... Jom kita intai sikit apa khasiatnya!


Khasiat Buah Mulberry

Buah Mulberry ni merupakan sejenis tanaman yang memerlukan sinar matahari sehingga membolehkan ia tumbuh lebih daripada 100m dari permukaan laut. 

Merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China dan dikenali nama botaninya, Morus Alba, pokok Mulberry yang ditanam di negara China adalah Mulberry Putih.

Pokok Buah Mulberry menghasilkan buah berwarna hitam dan merah yang banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika.

Antara khasiatnya ialah:
  1. Buah Mulberry kaya dengan vitamin C, Kalsium, zat besi, riboflavin, kalium dan magnesium.
  2. Merupakan buah yang tinggi antioksidan dan sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
  3. Buah Mulberry juga sangat sedap jika dibuat jem.
  4. Bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit, malah buah Mulberry boleh merawat anemia, masalah buah pinggang, keletihan dan dikatakan bagus dalam merawat masalah rambut beruban.
  5. Buah Mulberry juga dikatakan baik untuk mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tidak boleh kencing serta mereka yang menghadapi masalah sembelit dan juga yang menghidap migrain.
  6. Sesuai juga dijadikan sebagai masker dalam perawatan wajah untuk kulit lebih cerah dan licin.
  7. Buah Mulberry juga bagus untuk mereka yang menghadapi masalah pencernaan, mengurangkan masalah gastrik dan membaiki selera makan. Malah boleh juga membantu masalah kembung perut dan sembelit.
  8. Buah Mulberry boleh juga digantikan sebagai kismis atau buah prune kering.
  9. Buah Mulberry sangat baik untuk wanita khususnya wanita lepas bersalin. Ia mampu menambahkan darah, mengurangkan anemia, menambah tenaga dan mengurangkan keletihan. Mulberry juga membantu mengurangkan kebas tangan dan kaki sekaligus membantu ibu tidur lebih nyenyak.
  10. Resceratol Antioksidan yang terdapat dalam buah Mulberry ini merupakan antioksidan yang sangat baik dalam kesihatan jantung.
  11. Di Asia, buah Mulberry dijadikan antara rawatan bagi penyakit cacing pita, arthritis, insomnia dan penyakit kulit seperti kurap.
  12. Anthocyanin sejenis antioksidan yang kuat dan jarang-jarang terdapat pada buah lain. Ia mampu memperkuatkan tubuh dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap di wajah. Sebab itulah buah Mulberry sering terlihat banyak dalam pelbagai produk kecantikan dan pencerahan.
  13. Antioksidan yang ada juga mampu mencegah penyakit kanser, diabetes, penyakit saraf serta membantu melambatkan penuaan dan sebagainya.
  14. Mereka yang sering memakai kanta lekap dan menghadapi masalah mata kering digalakkan untuk menikmati buah Mulberry kerana dikatakan sangat baik untuk kesihatan mata.

Khasiat Buah Mulberry memang sangat banyak. Jika ada sebarang alahan, perlulah terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi nilai tambah kepada semua untuk berbudi kepada tanah. 

Kalau korang nak tahu Khasiat Pokok dan Daun Buah Mulberry, LeYa kongsikan link sahabat LeYa yang sangat banyak dan rajin berkongsi tips. Jom baca di blog beliau!


Gambar ihsan Mr. Google

Okay, LeYa nak berhenti minum Jus Mulberry dulu ye. Tata Titi Tutu...Hehehe...

Khamis, 16 Januari 2020

Warna-Warna Suara Tema Di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kini tiba lagi anugerah yang paling berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke-34 akan bersiaran secara langsung pada 9 Februari 2020 di Axiata Arena, Bukit Jalil jam 9.00 malam.


Menampilkan hos-hos hebat iaitu Sherry Al Hadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari yang akan menggegarkan pentas AJL34 pada malam itu. Buat peminat tegar AJL34 yang ingin dapatkan tiket, dah boleh buat pembelian melalui laman web, https://myticket.asia/.


12 finalis yang akan bertanding di pentas AJL34 tidak sabar menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing. So... jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket yang sudah pun dijual pada 9 Januari lalu di https://myticket.asia/

Ikuti berita penuh di Portal Propa Rangers


Selasa, 14 Januari 2020

Tempat Makan Malam Terbaik Sempena Tahun Baru Cina Sekitar Bandaraya China

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pastinya malam Tahun Baru Cina merupakan tarikh yang amat penting bagi keluarga dan rakan-rakan yang meraikannya untuk meluangkan masa bersama-sama menikmati hidangan makan malam.

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan baik korang dengan tempat makan pilihan yang berada di bandaraya terbaik untuk menikmati perayaan Tahun Baru Cina 2020 ini.


1) Authentic Chinese Flavours dengan Modern Twist di Shanghai

Saat korang tersesat di celah-celah lorong antara muzium dan galeri di Shanghai, apa kata untuk merasai pengalaman di The Middle House, salah sebuah hotel yang paling berprestij di Shanghai. Cuba untuk nikmati Sui Tang Li - a shining star on the Shanghai food map dan rasai keselesaan tempatnya serta pengalaman kulinari Cina yang asli dengan sentuhan kontemporari. Restoran ini juga menawarkan kepada tetamu dengan 8 atau 10 menu untuk keluarga dan orang tersayang. Antara menunya adalah Dao Ting Noodle and Shrimp Roll in Hairy Crab Sauce, the decadent Preserved Crab cooked in 10Y Rice Wine, and served with Preserved Tomato, Plum Smoothie and Pan-Fried Hokkaido Scallop, as well as the tender and flavourful Steamed Baby Chicken with Abalone, Dried Scallop and Mushroom.

Boiled Almond Cream Soup, Steamed Chinese Glutinous Rice

Braised Crab Meat Soup, Fresh Tomato & Potato, Deep-Fried Shrimps Spring 

Dao Ting Noodle and Shrimp Roll, Hairy Crab Sauce

Jelly Fish, Italian Black Vinegar 

Preserved Crab, 10Y Rice Wine, Preserved Tomato, Plum Smoothie, Pan-Fried Hokkaido Scallops, Caviar

Sautéed Black Tiger Prawn, Chili Sauce, Steamed Cigar Bun

Steamed Baby Chicken, Abalone, Dried Scallop, Mushroom

Steamed Langoustine & Egg, Cuttlefish Sausage

Steamed Marble Goby Fish, Japanese Tofu Pudding, Green Pepper Sauce

2. Healthy and Guilt-free Vegan Hotpot di Chengdu

Bandaraya Gastronomi pertama Unesco, Chengdu juga menjadi pilihan kepada pelancong yang menggemari hiburan malam yang meriah dan persembahan opera tradisional. Dengan menikmati suasana nyaman dan mendamaikan, MIXUN Teahouse yang terletak di The Temple House menawarkan pengalaman Hotpot Vegan yang disempurnakan sebagai sebuah ode budaya hotpot di Chengdu. Para pengunjung boleh merasai pengalaman dengan berjemur di dalam suasana yang penuh keharmonian dan kekayaan di Chengdu sambil menikmati MIXUN Vegetarian Hot Pot Set for Two yang mana ia termasuk sembilan bahan, dua sos dan sup pilihan. Para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dengan merasai Mixun Spicy Hot Pot yang menampilkan pemakanan sihat dan lazat di dalam periuk panas Sichuan. Selain itu, korang juga boleh menikmati teh Truffle dan Sup Pu'er Teh yang diadun bersama Teh, sweet Lily, Pumpkin dan Rice.

  
5 Sauces & MI XUN Spicy Hot Pot

 
Black Truffle and Pu'er Tea Pot & Lily, Pumpkin and Rice Pot

Lily, Pumpkin and Rice Pot

3. Colourful Cultural Traditions & Decadent Dishes di Hong Kong

Dikenali sebagai 'City of Life', Hong Kong mempunyai budaya dan sejarahnya tersendiri. Bersempena Tahun Baru Cina ini, apa kata korang rasai suasana malam yang hangat di kafe besar Upper House - Café Grey Deluxe. Mulakan dengan menikmati hidangan Kumquat Marinated Kingfish with Cucumber and Rice Crackers diikuti dengan hidangan utama Wagyu Beef Cheek with Dong Gwai Bouillon, Lotus Seeds and Wolfberries yang sangat juicy isinya dengan menggabungkan bahan-bahan asas dari Cina.

Kumquat Marinated Kingfish

Sepanjang Tahun Baru Cina ini, Cafe Gray Bar menyajikan Firecracker and Fortune - dua koktel asli dalam warna merah dan keemasan melambangkan perayaan Tahun Baru Cina. Sweet and tangy, Firecracker memberi rasa kejutan saat korang menyisip masuk ke mulut dengan dihiasi gula-gula Pop. Diperbuat dengan sirap bir buatan sendiri, koktel dengan floral dan malty notes.

Cocktail 2020 - Fortune and Firecracker

Crab Bisque

White Chocolate Chantilly

Pada hari keempat Tahun Baru Cina, The Upper House akan menjadi tuan rumah untuk Tarian Singa bagi meraikan Tahun Tikus yang pertama dari 12 zodiak yang membawa kemakmuran, kedamaian dan nasib baik.

The Upper House_Studio 70 Harbour View

Chinese New Year Lion Dance

Jadi, mana satu pilihan korang? Raikannya bersama keluarga dan rakan-rakan dengan penuh kemeriahan dan kedamaian. Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada yang menganutinya.

Isnin, 13 Januari 2020

Kemas Bilik Tidur Mengimbas Memori Dengan Koleksi Barangan Antik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesetengah orang mungkin beranggapan mengumpul barang lama atau antik tidak membawa sebarang keuntungan. Namun, ternyata ia berbeza kepada pencinta barangan antik. Duk sibuk mengemas bilik tidur tempoh hari, LeYa menemukan dengan sesuatu yang lama, vintage atau klasik ketika sewaktu dulu. 


1) Duit Kertas dan Syiling Lama Dari Pelbagai Negara

Ini merupakan koleksi yang masih dikumpul bersama suami LeYa iaitu Mr. Otomen Taro. Minat yang sama terhadap duit-duit lama ni menghasilkan beberapa album duit sebagai simpanan. Ramai juga Money Collector yang berurusan untuk menjual-beli duit-duit lama kami ni. Tetapi tidak terlintas lagi untuk menjualkannya kerana ini lah satu-satunya yang rare dan disayangi. Hehehe...


2) Telefon Bimbit Dari Pelbagai Generasi

Ikutkan sebenarnya ada je lagi koleksi telefon ni. Namun, tidak tahu atau tidak ingat di mana LeYa letak, jadi inilah yang dapat diselamatkan. Hahaha... Telefon pertama LeYa masa tu ialah Nokia 3310 sewaktu mendapat panggilan PLKN Siri 2/2005. Ibu dan Ayah membelikan Nokia 3310 sebagai kemudahan untuk menghubungi mereka. Bagaimanapun, Nokia 3310 pertama LeYa tidak tahu di mana letak duduknya. Adeh! Sedih pulak bila yang pertama dah tiada.


3) Kamera

Ini lagi satu! Seawal usia muda lagi dah menunjukkan betapa LeYa amat meminati bidang fotografi dan suka mengambil gambar. Sebagai anak tunggal perempuan, Ayah dan Ibu menghadiahi LeYa set kamera sebagai minat kepada fotografi. Alhamdulillah... syukur kerana dikurniakan Ibu dan Ayah penyayang.


4) Koleksi Buku Edisi Pertama

Bagi pencinta buku, korang pasti menyukai koleksi-koleksi buku edisi pertama yang LeYa ada ni. Kira-kira, sebelum adanya Blog LeYa ni, memang dah minat membaca sejak dulu lagi.

Novel klasik edisi pertama ni dikatakan sangat bernilai sehingga boleh mencecah ribuan ringgit!


5) Keychain dan Fridgemagnet

Selain membaca dan mengambil gambar, kategori mengumpul keychain dan fridgemagnet adalah yang selalu dijadikan koleksi ketika melancong ke tempat orang. Dan, menurut Mr. Otomen Taro, koleksi keychain dan fridgemagnet LeYa dah mencecah 1,000 koleksi. Hehehe...


6) Kad Jemputan Kahwin Kawan

Pada mulanya ia dikumpulkan sebagai menyimpan alamat rumah kawan-kawan. Lama kelamaan tidak disangka sama sekali menjadi banyak dan rare apabila kawan-kawan sendiri meminta semula gambar kenangan kad masing-masing. Untuk aksi ini, LeYa dah stop setelah melangsungkan perkahwinan bersama Mr. Otomen Taro 6 tahun yang lalu. 


Dalam banyak-banyak koleksi, LeYa paling suka duit-duit lama. Namun, tetap juga yang lain itu istimewa dan antik bagi LeYa. Bak kata orang "Tiada yang lama, tiadalah yang baru.

So, macam mana? Ada tak barang-barang yang LeYa sebutkan tu ada dalam koleksi simpanan korang jugak? Kalau ada, sama-samalah kita menyimpannya dengan baik dan berkongsi pengetahuan sesama rakan yang mempunyai minat sama.

Isnin, 6 Januari 2020

Raikan Makan Malam Dengan Kenny Rogers ROASTERS Eating Day (RED)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aha! Menarik sempena Tahun Baru kali ini, korang berpeluang menikmati makan malam dengan Kenny Rogers ROASTERS Eating Day (RED) pada 8 Januari 2020.

Raikan Makan Malam Dengan Kenny Rogers ROASTERS Eating Day (RED) 

Kenny Rogers ROASTERS Eating Day (RED) ini memberikan inspirasi kepada orang ramai yang ingin memulakan gaya hidup yang sihat sepanjang kehidupan hari-hari mereka melalui pemakanan yang sihat.

Jadi, korang boleh dapatkan set hidangan ini dengan pergi ke mana-mana restoran KRR & KRR Express di seluruh negara pada hari istimewa ini dengan memakai pakaian, kasut atau aksesori berwarna MERAH untuk meraikan RED 2020

Korang juga boleh menikmati tawaran BELI SATU PERCUMA SATU Kenny's Chicken Meal yang turut dihidangkan dengan pilihan seperti ¼ Rotusserie-Roasted Chicken, 2 keping Ayam Goreng atau Garlic Butter Chicken yang juga disajikan dengan 3 hidangan sampingan dan 1 keping Golden Vanilla Muffin.


Selain itu, korang turut berpeluang mendapatkan Angpow Edisi Terhad KRR dengan baucer RM10 selepas pembelian makanan RED 2020.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang di bawah:

Website

Facebook