Selasa, 31 Disember 2019

Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies - Sambutan hari lahir bukanlah bertujuan mengikut pengaruh Barat, tetapi sebagai suatu peringatan tentang bertambahnya tanggungjawab seisi keluarga terhadap segala urusan duniawi dan ukhrawi. Di samping ucapan selamat dan doa, setiap dari keluarga mahupun rakan-rakan pasti mengambil kesempatan yang ada untuk berkumpul bersama meraikan aktiviti yang dirancang itu bagi mendekatkan lagi silaturrahim. 

Begitu juga yang LeYa hadiri bersempena ulang tahun kelahiran Madam Ell, pengasas Olathee Luslimlabeb yang disambut penuh gembira oleh rakan-rakan dan keluarganya di The Glass Suite BoraOmbak, Putrajaya. Lokasi yang cukup strategik dan cantik berhadapan dengan Tasik Putrajaya telah menemukan LeYa dengan beberapa rakan dalam majlis itu. Di samping itu, turut diadakan juga pelancaran Olathee LUSLIMLABEB Herbal Tea for Mommies untuk membantu golongan ibu menyusu kurus dengan cantik dan sihat.


Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies

Dalam kemeriahan majlis itu, Madam Ell dan suami ada menyatakan yang LUSLIMLABEB For Mommies merupakan kesinambungan daripada LUSLIMLABEB Morning Boost & Evening Doze off. Namun, kedua-dua tea itu mempunyai kandungan dan jenis herba yang tidak sesuai untuk ibu menyusu. Oleh itu, permintaan yang tinggi dari ibu-ibu menyusu telah menghasilkan LUSLIMLABEB For Mommies




LUSLIMLABEB For Mommies dibuat khusus untuk membantu ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan selamat. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari 7 jenis herba asli yang mempunyai fungsi untuk menurunkan berat badan tetapi masih selamat untuk digunakan pada ibu yang menyusu. Setiap herba yang digunakan adalah mesra 'BF mom'.


Dalam majlis itu juga, para tetamu dihiburkan dengan persembahan silap mata oleh Ameerul Hazeeq, The Magician yang sedang meningkat naik namanya hari ini. Siapa yang tidak kenal kan? Kemudian, turut diserikan lagi dengan nyanyian yang cukup merdu dari suami Madam Ell sendiri sebagai kejutan sempena hari lahirnya. Memang sangat meriah dan romantik sangat rasa melihat kemesraan pasangan suami isteri ini.




Detik yang ditunggu pun tiba. Acara memotong kek dari Madam Ell ditemani suaminya cukup menghangatkan lagi majlis pada petang itu. Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah kepada 3 tetamu bertuah melalui pertandingan di Instagram.




Untuk maklumat lanjut mengenai produk Olathee LUSLIMLABEB, boleh layari seperti yang tertera

Website

Facebook

Instagram


LeYa sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Madam Ell dan TAHNIAH buat OLATHEE LUSLIMLABEB kerana berjaya memberi yang terbaik kepada semua wanita untuk kekal cantik dan kurus seperti yang diimpikan.


Sabtu, 28 Disember 2019

The Shore Oceanarium Melaka - Destinasi Percutian Menarik Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

The Shore Oceanarium Melaka - Destinasi Percutian Menarik Bersama Keluarga | Balik kampung di Melaka dan hari ketiga dah tak tahu nak buat apa, so LeYa dan Otomen Taro mengajak ahli keluarga untuk jalan-jalan Bandaraya Melaka. Asalnya nak jalan-jalan sahaja. Namun, memandangkan tengah musim cuti sekolah dan penuh dengan rakyat jelata, terjadilah episod kaki melangkah masuk ke destinasi percutian yang tengah viral sekarang ni iaitu The Shore Oceanarium. Ada yang dah pernah masuk tak? 

Okay...LeYa first time nak masuk ni dengan family. Teruja jugak nak tengok apa yang menarik kat dalam tu kan. So...jom ikuti cerita di Blog LeYa ini.


The Shore Oceanarium Melaka - Destinasi Percutian Menarik Bersama Keluarga

The Shore Oceanarium terletak di dalam The Shore Shopping Complex. Ianya merupakan satu tempat tarikan yang kian popular di Melaka dan juga hasil kerjasama antara Jabatan Perikanan Melaka. Kalau korang nak tahu, kat dalam aquarium besar ni, korang boleh lihat pelbagai spesies hidupan laut serta dapat juga mengenali nama-nama saintifik dan habitat haiwan tersebut. Memang sangat menarik dan terpesona LeYa kat dalam tu. Mana taknya tak sedar hampir 1 jam lebih jugak LeYa dan keluarga kat dalam tu.


Jadi, buat para ibu bapa yang masih tercari-cari destinasi terbaik hujung minggu ni atau tahun 2020 yang bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia, LeYa sangat syorkan untuk korang datang dan melawat ke The Shore Oceanarium Melaka ni. Sebab kat sini bukan sahaja menyeronokkan untuk anak-anak, malah dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada mereka tentang hidupan laut. Dan, yang menariknya lagi, kini The Shore Oceanarium ada dua fasa. Fasa 2 yang merupakan VRAR menempatkan permainan interaktif kanak-kanak berasaskan hidupan laut. Memang menyeronokkan!

Kawasan Interactive Touch Pool yang membolehkan kita sentuh ikan-ikan di kolam

Mula-mula korang masuk, korang akan dibawa ke Interactive Touch Pool, yang mana korang boleh sentuh ikan-ikan yang berada di sini seperti tapak sulaiman, anak ikan yu, ikan pari dan lain-lain. Kemain seronok lah tengok anak-anak buah Otomen Taro bermain dengan ikan-ikan tu. 

Anak-anak ikan berenang-renang ke tepian...Hehehe...

Selain dari Interactive Touch PoolThe Shore Oceanarium juga ada menawarkan aktiviti-aktiviti menarik yang lain seperti  Magic Aquarium, Jungle Quest, Ocean Journey, Ocean Theatre, Shark Quest, Sea Shells Museum, River Story, Dangerous Marine Species yang mana ia mendedahkan jenis-jenis hidupan laut yang merbahaya, Living Fossil, Fun Freakish yang membolehkan korang memberi makan kepada ikan-ikan di dalam kolam dan Kampung Penyu

Finding Nemo...

Lagi aksi ngeri Otomen Taro dibaham Shark

Si Kecil Ikhwan hairan dengan Mak Ucunya masuk dalam air.. Hehehe...

Oh ya! Sebelum terlupa semasa pendaftaran masuk, korang akan dibekalkan dengan cermin mata 3D. Jadi, kat dalam ni korang boleh melihat tempat-tempat interaktif 3D menggunakan cermin mata tersebut. Memang nampak real sangat bila korang pakai cermin mata 3D tu tau. Rasa syok sangat tonton filem 3D dengan cermin mata 3D tu.

Beberapa jenis keluarga siput yang LeYa sendiri tak ingat nama-namanya

Cerita di sebalik ikan-ikan di River Story

Dua beradik yang tak ingat nak balik dah...

Yang ni pun nak jugak...

Kemudian, kami ke Fasa 2 di mana terdapat permainan interaktif VRAR. Kat sini LeYa, Otomen Taro dan keluarga dapat menyaksikan live seperti berada di atas kapal selam melihat sehingga ke dasar lautan menggunakan set VR atau Virtual Reality. Memang best sangat. Rasa gegaran ketika duduk di kerusi tu betul-betul macam kat dalam laut dan dilanggar ikan paus yang besar. Lagi yang menarik kat Fasa 2 ni, korang sekali lagi dapat tonton mini filem 3D dan kebanyakannya lebih tertumpu permainan untuk kanak-kanak.

Tonton VR dengan penuh seronok di sini

Bagi korang yang nak datang ke sini, boleh terus menuju ke The Shore Shopping Complex dan The Shore Oceanarium ini terletak di tingkat dua. Waktu operasi bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 9.00 malam. Harga tiket ditawarkan seperti di bawah:


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi The Shore Oceanarium, boleh layari seperti yang tertera

Website

Jom terbang dengan LeYa... Eh! Hehehe...

Jom Saksikan Cerita Kami Teroka The Shore Oceanarium di LF Channel

Jumaat, 27 Disember 2019

Tampil Bergaya Dengan Kurung Moden Felycia Exclusive Di Tahun Baru 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tampil Bergaya Dengan Kurung Moden Felycia Exclusive - Okay guys! Lama LeYa tak kongsi dengan korang penampilan dengan kurung moden yang semakin berleluasa ni kan. LeYa sendiri tak terikut trend personaliti dan penampilan yang mewarnai dunia fesyen hari ini.


Tampil Bergaya Dengan Kurung Moden Felycia Exclusive

Tahun Baru 2020 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Wanita bekerjaya pastinya memerlukan baju kurung yang tidak perlu gosok (ironless) untuk memudahkan waktu pagi mereka tanpa perlu kelam-kabut menyiapkan kerja-kerja rumah sebelum ke tempat kerja.

Sebagai wanita bekerjaya, penampilan dan kecantikan sangat dititikberatkan untuk lebih berkeyakinan dan tampil elegan di hadapan orang ramai.

Menggunakan namanya sebagai Kurung Moden Felycia Exclusive, koleksi baju kurung ini sentiasa mendapat perhatian golongan wanita yang mahu tampil cantik dan bergaya kerana tidak perlu gosok, tidak berkedut, kain sejuk bila dipakai, jenis kain Sutera Dobby dan Nursing Friendly yang memudahkan untuk mengambil wudhuk bagi wanita muslimah.


Terdapat lima pilihan warna yang gorgeous buat golongan wanita untuk memilikinya. Selain itu, rekaan kurung moden ini bermotifkan Songket Tenun Exclusive dan Cutting kain berbentuk kain Duyung yang tidak ketat dan sangat selesa dipakai. Mempunyai saiz dari S sehingga XXL, Kurung Moden Felycia Exclusive mendapat tempat di hati peminatnya. Paling tak sangka sekali, warna baju tidak akan luntur apabila dibasuh.

Maka, tidak hairanlah golongan wanita bekerjaya sering mendapatkannya dan sanggup mengumpul duit untuk membeli Kurung Moden Felycia Exclusive ini.


Korang boleh memilih dari jenis warna kesukaan korang. Yang menariknya korang akan menerima FREE BROOCH EXCLUSIVE HF bernilai RM49 dengan pembelian dua pasang ke atas Kurung Moden Felycia Exclusive. Malah, koleksi ini eksklusif dijual di LF Outlets dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau butik.

Tawaran Brooch ini terhad kepada yang terawal sahaja. Jadi, jangan tunggu lama sebab dikhuatiri akan kehabisan stok nanti. Apatah lagi nak menjelang Tahun Baru 2020 ni, pasti ramai yang nak pakai baju baru yang cantik-cantik kan.

Jom tengok koleksi yang ada. Gayakan penampilan ke tempat kerja korang dengan Kurung Moden Felycia Exclusive berharga RM110 untuk Semenanjung Malaysia dan RM115 untuk Sabah/Sarawak.

Maklumat lanjut mengenai pesanan atau tempahan Kurung Moden Felycia Exclusive, boleh buat melalui

WhatsApp
+6 017 632 1680

Instagram

Selasa, 24 Disember 2019

Promosi Kenny Rogers ROASTERS' Epic Roast Bersempena Hari Krismas dan Tahun Baru 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada tak kat sini yang suka makan Ayam Kenny Rogers?

WoW!!! Ramai sangat ni. Tak terkira LeYa dibuatnya. Kalau korang nak tahu, bersempena dengan perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2020, Kenny Rogers ROASTERS '(KRR) ada bawakan menu edisi terhad yang direka khas juga untuk musim cuti sekolah ini. So, bolehlah korang bawa rakan-rakan atau keluarga makan ayam ni. Lebih-lebih lagi dengan adanya promosi hebat sempena cuti sekolah ni kan. Jom tengok apa yang menarik lagi di bawah!

The Whole Chicken yang dipanggang dengan penuh kesempurnaan bersama sos perap BBQ Itali yang turut didatangi dengan Roasted Mix Veggies, Herbs Roasted Potatoes dan 3 jenis Kenny's Signature Graviesto serta Smoked BBQ dan Black Pepper yang melengkapi lagi hidangan set ini.

Menurut Kenny Thong, Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, "Throughout the year we look to diversify KRR’s food offerings for a meaningful meal experience as food is the binding force that unite Malaysians! With that in mind, we have particularly crafted the Epic Roast menu for families and friends to sit back, unwind and welcome the holiday season, fuss-free.We believe that the Epic Roast meal is set to warm and win over our guests’ hearts. It is as simple as that, our aim is to provide good food on the table for our guests to share wonderful moments with those who matter".


Hidangan The Epic Roast ini boleh didapati di kesemua restoran KRR yang terpilih mulai hari ini sehingga 5 Januari 2020 dengan harga RM98.00 setiap hidangan. Hidangan ini juga tertakluk untuk Take Away Only dan para pengunjung dikehendaki menempah pesanan 3 hari lebih awal sebelum mengambilnya.

Maklumat lanjut mengenai promosi Kenny Rogers ROASTERS' Epic Roast, boleh hubungi atau layari

Telefon
03 - 2119 9888

Website

Facebook

Isnin, 23 Disember 2019

Travelog Perak | Syoknya Bercuti dan Kenali Sejarah di Ipoh, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Travelog Perak - Syoknya Bercuti dan Kenali Sejarah di Ipoh, Perak | Lama sangat rasanya Blog LeYa ni sepi dari cerita-cerita menarik kan. Kalau tak silap, last entry pada 18 Disember. Kira-kira seminggu juga berehat. Hehehe... So, kali ni jom LeYa bawa korang bercuti dan mengenali beberapa tempat sejarah di Perak.


Baru-baru ni, LeYa dan Otomen Taro sempat singgah dan jelajah beberapa tempat sejarah menarik di Perak. Mungkin ada ramai yang dah pergi, tapi LeYa nak juga beritahu kepada yang belum tahu dan sedang tercari-cari tempat menarik nak bawa keluarga. Memandangkan sekarang LeYa dan Otomen Taro dah bermastautin di Port Dickson, jadinya jarak perjalanan ke Perak mengambil masa kurang lebih 4 jam. 


1. Muzium Perak, Taiping

Kami tiba malam dan destinasi pertama yang kami singgah adalah Muzium Perak dan Zoo & Night Safari di Taiping. Pengalaman pertama masuk muzium di waktu malam. Suasana berbeza sedikit ketika waktu siang. Agak suram tetapi masih dapat belajar sejarah-sejarah yang ada di situ.


Muzium Perak di Taiping ini merupakan muzium pertama dan tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low, Residen British keempat (1877-1889). Di sini, LeYa dapat tahu tentang sejarah semulajadi terutamanya bidang Etnografi, Zoologi, Botani dan Geologi.

Alamat
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi
9.00 pagi - 6.00 petang

Harga Tiket
Malaysia (Dewasa = RM2 & Kanak-Kanak = RM1) 
Bukan Malaysia (Dewasa = RM5 & Kanak-Kanak = RM2) 

2. Zoo Taiping & Night Safari

Lepas puas berada di Muzium Perak, kami bergegas pula ke Zoo Taiping & Night Safari. Terletak di Bukit Larut, Taiping, zoo ini ditubuhkan pada tahun 1961 dan merupakan zoo tertua di Malaysia. Ia meliputi 34 hektar dan mempamerkan 1,300 haiwan seperti spesies amfibia, mamalia dan reptilia. 


Pada malam itu, LeYa, Otomen Taro dan rakan-rakan lain menaiki Tram untuk melihat suasana malam di Night Safari. Memang syok wooo dapat rasakan angin malam di tempat orang. Sambil-sambil tu dapat tengok haiwan-haiwan yang aktif di waktu malam.





Alamat
Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi
8.00 pagi - 11.00 malam

Harga Tiket

Dewasa (RM)
Kanak-kanak (RM)
Tiket Zoo
16
8
Tiket Zoo (untuk orang Taiping/Selama/Bagan Serai)
8
4
Night Safari
20
10
Tambang Trem
Percuma
Percuma

Website

3. Menginap di Hotel Seri Malaysia, Ipoh

Hari dah larut malam. Mata pun dah mula mengantuk. Kami bertolak ke Ipoh untuk bermalam di Hotel Seri Malaysia. 


Masa LeYa sampai di hotel jam dah menunjukkan pukul 1pagi lebih juga. Walaupun lobinya tidak terlalu besar tetapi cukup selesa dan kemas untuk tetamu beristirehat seketika sambil menunggu bilik tidur ready untuk dimasuk.


Di Hotel Seri Malaysia ni hanya ada 3 tingkat. Dan, bilik LeYa berada di tingkat 2. Tidak ada lif sebab rendah, jadi kami menaiki tangga menuju ke bilik. Usai Otomen Taro touch kad bilik yang diberi, kami pun masuk ke dalam bilik penginapan. 

Kalau nak tahu masa daftar masuk, korang akan dapat kad bilik dan kupon sarapan pagi. Selain itu, kemudahan lain yang korang boleh gunakan adalah seperti kolam renang, bilik seminar dan lain-lain. Best kan?

Kali ni, LeYa dan Otomen Taro diberikan bilik penginapan jenis Twin Bedrooms yang menempat dua katil single. Bilik yang cukup selesa dan kemas serta boleh juga memuatkan 2 orang anak kecil. 

Masuk-masuk je, korang akan nampak bilik mandi di sebelah kiri dan ruang televisyen beserta meja kerja dan cermin solek. Di tepinya pula diletakkan dua buah kerusi untuk korang santai di dalam bilik. Maklumat hotel dan borang maklumbalas juga turut disediakan di atas meja dengan kelengkapan pembuat kopi dan teh serta air meneral di situ.



Berdekatan dengan lobi tadi, terletaknya juga Kafe Rasa Sayang yang cukup versatyle dan menarik untuk pengunjung menikmati hidangan dengan penuh berselera. Di bahagian luar pula terdapat dua buah kolam renang yang mana menempatkan untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi, kanak-kanak lebih selamat mandi di kolam yang disediakan berbanding di tempat dalam.


Alamat
Lot 10406, Jalan Sturrock, Off Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak

Website

4. Teroka Bandar Ipoh dengan Perak Hop-On Hop-Off Bus (HOHO)

Tak lengkaplah kan kalau dah datang Ipoh, tak jalan-jalan bandarnya. Jadi, LeYa sempat pusing-pusing Bandar Ipoh dengan menaiki Bas Perak Hop-On Hop-Off. Memang teruja dan seronok sekali dapat menikmati pemandangan dari atas bas walaupun panas terik mentari. Gambar-gambar dari atas kesemuanya cantik dan terbaik!



Antara lokasi yang dibawa jelajah ialah:

👉Ipoh Heritage Trail
👉Concubine Lane
👉Kong Heng Artisan Square
👉Ho Yan Hor
👉Ipoh Mural Art




Harga Tiket

Malaysia
Bukan Malaysia
Dewasa
RM20
RM55
Kanak-kanak (2-12 tahun)
RM10
RM20
Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM10
RM20

5. Melawat Kellie's Castle di Batu Gajah

Sebelum pulang, kami singgah dan melawat tempat tinggalan sejarah di Batu Gajah iaitu Kellie's Castle. Kellie's Castle (yang juga dikenali sebagai Kellie's Folly) merupakan sebuah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak.

Rumah yang belum siap ini telah dibina oleh seorang peladang Scotland bernama William Kellie-Smith. Kononnya rumah ini ingin dijadikan hadiah kepada isterinya atau juga rumah untuk anaknya. Ia tidak dapat disiapkan kerana William meninggal ketika dalam perjalanan membawa pulang anak perempuannya ke Scotland. Kellie's Castle terletak di sebelah Sungai Raya yang mana ia merupakan sebuah sungai kecil menghala ke Sungai Kinta.


Landskap dan bangunan lama ini cukup cantik bila disemadikan dalam gambar. Jadi, tidak hairan ramai yang datang dan berpusu-pusu mengambil gambar di bangunan sejarah ini. Kalau tak percaya? Jom LeYa tunjukkan beberapa keping gambar di sana. Hehehe...

 




Cantik kan? So... korang pun boleh dapatkan moment terindah dekat atas sini bersama yang tersayang.

Alamat
31000 Batu Gajah, Perak

Waktu Operasi
Isnin – Khamis (9.00 pagi – 5.30 petang)
Jumaat – Ahad (9.00 pagi – 6.00 petang)

Harga Tiket
RM5 sahaja


Kalau nak diceritakan dalam ni, memang banyak je tempat-tempat menarik di Perak. Tapi cukupkah LeYa ceritakan dulu tempat-tempat sejarah yang menarik yang korang boleh belajar dalam masa yang  sama bercuti bawa anak-anak dan keluarga. Kalau korang rasa bermanfaat dan suka dengan artikel ni, bolehlah dikongsi agar lebih ramai tahu.