Sabtu, 14 Disember 2019

Duit MC Boleh Claim Dari PERKESO - Jom Ikuti Cara Tuntutannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

DUIT MC BOLEH CLAIM DARI PERKESO - JOM IKUTI CARA TUNTUTANNYA | Ada yang baru tahu ker tentang ni? Actually LeYa pun baru tahu ni. Itupun dapat tahu dari kawan LeYa.

Jika sebelum ni kita selalu perasan atau nampak perkataan PERKESO atau SOCSO ni kat dalam slip gaji kita tiap bulan kan? Di usia korang 60 tahun ke bawah, gaji korang mesti akan dimasukkan sedikit ke PERKESO ni di bawah Skim Bencana Pekerjaan (Employment Injury Scheme -EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme). Bagi yang berusia 60 tahun dan ke atas pula akan hanya masuk ke Skim Keilatan sahaja.

Seperti yang korang sedia maklum, PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan untuk para pekerja jika ada mengalami kecederaan atau kecemasan. Tapi tahu tak korang yang sebenarnya korang boleh claim duit MC dengan PERKESO ni? Jom LeYa jelaskan beberapa situasi yang membolehkan korang untuk claim.

Photo: Carian Google

1. Boleh claim bil rawatan jika berlaku KEMALANGAN

Setiap pagi, korang akan bersiap untuk ke tempat kerja. Tidak semena-mena ada satu hari tu, korang mengalami kemalangan. Disebabkan itu, mungkin korang patah tangan atau kena masuk besi. Segala bil rawatan perlu dijelaskan. Jadi, di sinilah PERKESO boleh membantu korang meringankan beban!

Dengan adanya Skim Bencana Pekerjaan, korang layak untuk claim bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan yang menimpa korang ketika:
  • dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah
  • dalam perjalanan untuk berjumpa client atau menghantar barang 
  • dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat lunch break (waktu rehat yang dibenarkan)
Yang pasti, ia perlu diikuti dengan syarat rawatan yang korang dapatkan tu adalah dari klinik panel yang berdaftar atau klinik/hospital kerajaan. Tapi disebabkan skim ni kena claim, korang kena bayar dulu dan isi borang Bayaran Ganti Belanja (BGB) untuk dapatkan bantuan ini.

Korang juga boleh dapatkan Faedah Hilang Upaya Sementara masa korang tengah cuti sakit atau MC. Kalau kecederaan korang menyebabkan sehingga tak mampu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari, korang akan dibayar sebanyak 80% dari gaji harian pada hari-hari cuti sakit itu. Tapi, bayaran ini akan jadi tak sah kalau korang gatal-gatal nak masuk kerja pada hari-hari cuti korang tu.

Uittt!! Korang kena ingat juga yang ini ye! Setakat demam ker, cirit-birit atau pening lalat tak bolehlah nak claim PERKESO taw! Korang kena pastikan dulu penyakit yang korang dapat tu disebabkan oleh kerja korang. Sebagai contoh, korang diserang penyakit Asthma disebabkan korang sedang bekerja di kilang dan terdedah dengan debu bahaya atau bahan kimia. 

PERKESO juga ada menyediakan program Return to Work (RTW) yang membantu korang memulihkan fungsi anggota badan supaya boleh kembali bekerja dengan cepat.

2. Boleh Dapat Duit Bantuan Kalau Tiba-tiba Korang DIBERHENTIKAN

Okay... Kita tahu hari ini ada beberapa syarikat atau majikan mula mengurangkan pekerja mereka. Kebiasaannya ini terjadi disebabkan mereka mengalami kerugian atau ingin menukar polisi perniagaan. Kalau korang menerima nasib yang sama, korang jangan risau kerana Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), PERKESO boleh bantu korang.

Dalam pada korang mencari kerja baru, korang boleh dapat bantuan kewangan sebanyak RM600 dalam masa 3 bulan pertama korang menganggur. 

Syarat untuk dapat bantuan SIP ini adalah:
i. Korang kena membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas korang diberhentikan serta menepati syarat Loss of Employment (LOE) iaitu
  • Korang dipilih untuk memohon VSS/MSS (Skim Pemisahan Sukarela)
  • Korang ditindas majikan (pembuangan kerja konstruktif)
  • Korang diberhentikan sebab pertindihan pekerja
  • Majikan bankrap
  • Syarikat ditutup disebabkan bencana alam
  • Terpaksa berhenti kerana diganggu secara seksual atau diugut di tempat kerja
  • Korang berhenti sebab korang di arah buat perkara di luar skop kerja yang membahayakan keselamatan
ii. Korang kena penuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC) iaitu korang sudah mencarum kepada SIP dengan bilangan bulan minimum pada tempoh masa yang ditetapkan.

Photo: Carian Google

3. Waris akan terima duit SEUMUR HIDUP kalau korang meninggal dunia

Jangan main-main jika bercakap tentang topik yang berkait rapat dengan kematian kerana ia adalah perkara sensitif untuk dibincangkan. 

Jadi, jika korang terlibat dengan perkara yang tidak diingini dan meninggal dunia, waris boleh mendapatkan bantuan maksimum RM2,000 dari PERKESO untuk urusan mayat korang bagi meringankan beban keluarga.

Jika ada tanggungan seperti suami/isteri, anak, adik-beradik atau ibubapa, mereka boleh mendapatkan Faedah Orang Tanggungan dengan kadar 90% daripada gaji harian korang tertakluk kepada kadar minimum RM30 sehari sehingga maksimum RM118.50 sehari.


Jangan Sia-Siakan Manfaat Ini!

LeYa yakin korang tahu dan sedar perkataan SOCSO di atas slip gaji korang setiap bulan kan? Tapi tak semua pun yang tahu akan manfaat duit yang ditolak itu. So, diharapkan artikel ini dapat membantu korang untuk claim apa yang patut dengan PERKESO dan gunakanlah dengan sebaiknya. Lagipun, semuanya dari gaji korang juga kan? 

Jika ada majikan korang tak bagi apa-apa bayaran, korang kena cakap sikit dengan HR tentang denda yang boleh dikenakan sehingga RM5,000 atau tindakan lain di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kerana PERKESO merupakan kebajikan pekerja. So, jangan buat main-main dan jangan dipersia-siakan!

Untuk ketahui maklumat dengan lebih terperinci, korang boleh layari laman sesawanga www.iperkeso.my. Kalau ada info yang LeYa beri ni salah, mohon komen atau email untuk diperbetulkan ye.

Sumber: LoanStreet

10 ulasan:

  1. Terima kasih di atas perkongsian ini 😄

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/12/8-tanda-penipuan-poket-sendiri.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Terima kasih juga singgah blog buruk LeYa ni

      Padam
  2. Perkongsian yang bagus. Mimi pun baru tahu rupanya boleh claim duit MC lepas baca entry leya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh la tuntut apa yang boleh ye. Tapi jangan claim sebab demam pulak..

      Padam
  3. perkongsian yang ohsem.. Ramai yang tak tahu pasal ini..
    Sha pun baru tahu.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..sebab leya pun baru tahu..tu yang cepat-cepat kongsikan

      Padam
  4. thnk you for sharing the info

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com