Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Travelog Perak - Syoknya Bercuti dan Kenali Sejarah di Ipoh, Perak | Lama sangat rasanya Blog LeYa ni sepi dari cerita-cerita menarik kan. Kalau tak silap, last entry pada 18 Disember. Kira-kira seminggu juga berehat. Hehehe... So, kali ni jom LeYa bawa korang bercuti dan mengenali beberapa tempat sejarah di Perak.
Baru-baru ni, LeYa dan Otomen Taro sempat singgah dan jelajah beberapa tempat sejarah menarik di Perak. Mungkin ada ramai yang dah pergi, tapi LeYa nak juga beritahu kepada yang belum tahu dan sedang tercari-cari tempat menarik nak bawa keluarga. Memandangkan sekarang LeYa dan Otomen Taro dah bermastautin di Port Dickson, jadinya jarak perjalanan ke Perak mengambil masa kurang lebih 4 jam.
1. Muzium Perak, Taiping
Kami tiba malam dan destinasi pertama yang kami singgah adalah Muzium Perak dan Zoo & Night Safari di Taiping. Pengalaman pertama masuk muzium di waktu malam. Suasana berbeza sedikit ketika waktu siang. Agak suram tetapi masih dapat belajar sejarah-sejarah yang ada di situ.
Muzium Perak di Taiping ini merupakan muzium pertama dan tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low, Residen British keempat (1877-1889). Di sini, LeYa dapat tahu tentang sejarah semulajadi terutamanya bidang Etnografi, Zoologi, Botani dan Geologi.
Alamat
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi
9.00 pagi - 6.00 petang
Harga Tiket
Malaysia (Dewasa = RM2 & Kanak-Kanak = RM1)
Bukan Malaysia (Dewasa = RM5 & Kanak-Kanak = RM2)
2. Zoo Taiping & Night Safari
Lepas puas berada di Muzium Perak, kami bergegas pula ke Zoo Taiping & Night Safari. Terletak di Bukit Larut, Taiping, zoo ini ditubuhkan pada tahun 1961 dan merupakan zoo tertua di Malaysia. Ia meliputi 34 hektar dan mempamerkan 1,300 haiwan seperti spesies amfibia, mamalia dan reptilia.
Pada malam itu, LeYa, Otomen Taro dan rakan-rakan lain menaiki Tram untuk melihat suasana malam di Night Safari. Memang syok wooo dapat rasakan angin malam di tempat orang. Sambil-sambil tu dapat tengok haiwan-haiwan yang aktif di waktu malam.
Alamat
Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi
8.00 pagi - 11.00 malam
Harga Tiket
|
Dewasa (RM)
|
Kanak-kanak (RM)
|
Tiket Zoo
|
16
|
8
|
Tiket Zoo (untuk orang Taiping/Selama/Bagan Serai)
|
8
|
4
|
Night Safari
|
20
|
10
|
Tambang Trem
|
Percuma
|
Percuma
|
Website
3. Menginap di Hotel Seri Malaysia, Ipoh
Hari dah larut malam. Mata pun dah mula mengantuk. Kami bertolak ke Ipoh untuk bermalam di Hotel Seri Malaysia.
Masa LeYa sampai di hotel jam dah menunjukkan pukul 1pagi lebih juga. Walaupun lobinya tidak terlalu besar tetapi cukup selesa dan kemas untuk tetamu beristirehat seketika sambil menunggu bilik tidur ready untuk dimasuk.
Di Hotel Seri Malaysia ni hanya ada 3 tingkat. Dan, bilik LeYa berada di tingkat 2. Tidak ada lif sebab rendah, jadi kami menaiki tangga menuju ke bilik. Usai Otomen Taro touch kad bilik yang diberi, kami pun masuk ke dalam bilik penginapan.
Kalau nak tahu masa daftar masuk, korang akan dapat kad bilik dan kupon sarapan pagi. Selain itu, kemudahan lain yang korang boleh gunakan adalah seperti kolam renang, bilik seminar dan lain-lain. Best kan?
Kali ni, LeYa dan Otomen Taro diberikan bilik penginapan jenis Twin Bedrooms yang menempat dua katil single. Bilik yang cukup selesa dan kemas serta boleh juga memuatkan 2 orang anak kecil.
Masuk-masuk je, korang akan nampak bilik mandi di sebelah kiri dan ruang televisyen beserta meja kerja dan cermin solek. Di tepinya pula diletakkan dua buah kerusi untuk korang santai di dalam bilik. Maklumat hotel dan borang maklumbalas juga turut disediakan di atas meja dengan kelengkapan pembuat kopi dan teh serta air meneral di situ.
Berdekatan dengan lobi tadi, terletaknya juga Kafe Rasa Sayang yang cukup versatyle dan menarik untuk pengunjung menikmati hidangan dengan penuh berselera. Di bahagian luar pula terdapat dua buah kolam renang yang mana menempatkan untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi, kanak-kanak lebih selamat mandi di kolam yang disediakan berbanding di tempat dalam.
Alamat
Lot 10406, Jalan Sturrock, Off Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak
Website
4. Teroka Bandar Ipoh dengan Perak Hop-On Hop-Off Bus (HOHO)
Tak lengkaplah kan kalau dah datang Ipoh, tak jalan-jalan bandarnya. Jadi, LeYa sempat pusing-pusing Bandar Ipoh dengan menaiki Bas Perak Hop-On Hop-Off. Memang teruja dan seronok sekali dapat menikmati pemandangan dari atas bas walaupun panas terik mentari. Gambar-gambar dari atas kesemuanya cantik dan terbaik!
Antara lokasi yang dibawa jelajah ialah:
👉Ipoh Heritage Trail
👉Concubine Lane
👉Kong Heng Artisan Square
👉Ho Yan Hor
👉Ipoh Mural Art
Harga Tiket
|
Malaysia
|
Bukan Malaysia
|
Dewasa
|
RM20
|
RM55
|
Kanak-kanak (2-12 tahun)
|
RM10
|
RM20
|
Warga Emas (60 tahun ke atas)
|
RM10
|
RM20
|
5. Melawat Kellie's Castle di Batu Gajah
Sebelum pulang, kami singgah dan melawat tempat tinggalan sejarah di Batu Gajah iaitu Kellie's Castle. Kellie's Castle (yang juga dikenali sebagai Kellie's Folly) merupakan sebuah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak.
Rumah yang belum siap ini telah dibina oleh seorang peladang Scotland bernama William Kellie-Smith. Kononnya rumah ini ingin dijadikan hadiah kepada isterinya atau juga rumah untuk anaknya. Ia tidak dapat disiapkan kerana William meninggal ketika dalam perjalanan membawa pulang anak perempuannya ke Scotland. Kellie's Castle terletak di sebelah Sungai Raya yang mana ia merupakan sebuah sungai kecil menghala ke Sungai Kinta.
Landskap dan bangunan lama ini cukup cantik bila disemadikan dalam gambar. Jadi, tidak hairan ramai yang datang dan berpusu-pusu mengambil gambar di bangunan sejarah ini. Kalau tak percaya? Jom LeYa tunjukkan beberapa keping gambar di sana. Hehehe...
Cantik kan? So... korang pun boleh dapatkan moment terindah dekat atas sini bersama yang tersayang.
Alamat
31000 Batu Gajah, Perak
Waktu Operasi
Isnin – Khamis (9.00 pagi – 5.30 petang)
Jumaat – Ahad (9.00 pagi – 6.00 petang)
Harga Tiket
RM5 sahaja
Kalau nak diceritakan dalam ni, memang banyak je tempat-tempat menarik di Perak. Tapi cukupkah LeYa ceritakan dulu tempat-tempat sejarah yang menarik yang korang boleh belajar dalam masa yang sama bercuti bawa anak-anak dan keluarga. Kalau korang rasa bermanfaat dan suka dengan artikel ni, bolehlah dikongsi agar lebih ramai tahu.