Isnin, 11 November 2019

Travelog Sabah | Singgah Makan Di Tempat Paling Best dan Shopping Di Sandakan Central Market

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ni LeYa muncul lagi untuk Episod terakhir Travelog ke Sabah. Sakan betul kan LeYa jalan-jalan. Pantang ada tempat menarik, semuanya nak di perginya. Hahaha... Okay.. jom LeYa bawa korang tempat best yang boleh korang singgah bila berada di Sandakan.


Makan Malam Di Sandokan Seafood Restaurant

Setelah selesai ke Sepilok Orangutan Rehabilitation dan lokasi berdekatannya, kami bersiap siaga untuk menikmati hidangan makan malam terakhir di Sabah. Ini merupakan malam kemuncak kami sebelum bergerak pulang ke tanah air masing-masing.

Dalam pada itu juga, sesi ucapan dan penyampaian hadiah dilaksanakan kepada pemenang contest sepanjang trip kami 5 hari 4 malam meneroka Sabah. Tahniah LeYa ucapkan buat Illy Ariffin, Abg Rudy dan Max Lim.


Mengenai Sandokan Seafood Restaurant

Restoran Makanan Laut Sandokan ini merupakan lokasi baharu kepada pencinta masakan ini dan sememangnya sangat terkenal di Sandakan. Ia telah dibuka pada tahun 2018 dan terletak di Taman Pak Tak Jalan Airport Batu 7.

Walaupun baru dibuka, Sandokan telah menerima kunjungan pelanggan yang ramai dan juga kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan kerjanya ke daerah itu.


Mungkin bukan rezeki kami malam itu untuk menikmati hidangan makanan laut. Namun, hidangan yang dihidangkan juga tidak kurang hebatnya. Sangat sedap dan sehingga kini terasa-rasa di tekak. Yang penting, kesemua pinggan licin. Ahahaha... Hebat betul masing-masing makan kan.


Kepada pengunjung dari Sandakan sendiri dan juga pengunjung luar yang nak datang ke Sandokan, sangat-sangat dialukan sebab makanannya memang enak dan harga pun berpatutan.

Alamat
No 197, Lot 3, Taman Pak Tak, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
10.00 pagi - 10.00 malam

Hubungi
089 - 667 177

Facebook


Hi Tea di San Da Gen Kopitiam dan Bergambar Sakan di Balin Rooftop Bistro

Keesokan harinya, sebelum ke Lapangan Terbang Sandakan, kami menikmati Hi Tea di San Da Gen Kopitiam dan meninggalkan kenangan dengan bergambar di panorama terindah Sandakan di Balin Rooftop Bistro.

Memang puas bergambar di atas melihat pemandangan Bandar Sandakan yang cantik dan cukup padat dengan penduduknya. LeYa memang boleh katakan lokasi ni sangat Instagrammable untuk korang taw.


 

Alamat
Balin Roofgarden Bistro & Bar
Nak Hote, Jalan Pelabuhan Lama, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
9.00pagi - 12.00 pagi (Isnin - Ahad)

Hubungi
089 - 272 988

Usai bergambar, kami turun ke bawah untuk menikmati sedikit makanan ala Hi Tea di San Da Gen Kopitiam. Sekali lagi LeYa dijamu dengan UFO Cheese Tart dan roti ala muffin. Memang sedap dan kenyang.



Alamat
Lebuh Dua, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
8.00pagi - 5.00petang (Isnin - Ahad)

Hubungi
089 - 238 988

Facebook

Dapatkan Buah Tangan Dari Sandakan Central Market

Sebelum berangkat pulang, LeYa dan rakan-rakan jalan-jalan ke Sandakan Central Market untuk melihat-lihat apa yang ada dan boleh dibawa sebagai cenderahati kepada keluarga mahupun rakan-rakan yang berada di Semenanjung.


Sandakan Central Market ni terletak di Pusat Bandar Sandakan. Selain menjual sayur-sayuran, ayam, daging dan produk-produk kering seperti ikan bilis. ikan masin dan udang kering, pasar ini juga bersambung dengan pasar menjual hasil laut. Semuanya memang segar-segar kerana jeti nelayan berdekatan dengan pasar.


Bukan itu sahaja. Di sini juga terdapat jualan pakaian, aksesori wanita, kosmetik, kasut dan juga hiasan rumah. Memang banyak pilihan dan harga pun boleh ditawarkan sehingga puas hati. Medan selera pun ada disediakan bagi mereka yang nak menikmati makanan tradisi Sabah.

Alamat
Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan. 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
3.00pagi - 6.00petang

 

Dan kami pun menaiki Malaysia Airlines untuk pulang ke KLIA seterusnya ke pangkuan keluarga masing-masing. Percutian ini sungguh bermakna dan seronok buat LeYa kerana dapat berkenalan dengan kenalan baru dan mengeratkan lebih lagi hubungan dengan mereka ketika 5 hari bersama. Semoga hubungan ini kekal hingga bila-bila.

Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ahahaha... Acah makan jer tuh... Padahal taubat takut sakit gigi lagi time tuh... Kihkihkih

      Padam
  2. SAKAN BERJALAN ERK..NEXT TIME JANGAN LUPA AJAK AKAK TAU...LAMA X BERJALAN DAH NI..LAAA APESAL DEPA X HIDNAGKAN SEAFOOD?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay... Jom ke mana? Eh! Hehehe..
      Aah...entah lah.. takpe next time pergi boleh try rasa seafood dia

      Padam
  3. Much thanks to you for exceptionally usefull data..Using the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pictaram right now!

    BalasPadam
  4. sy nda pernah pergi sandakan lagi walaupun asal Sabah juga haha

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com