Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Rata-rata hari ini semua tahu dan memiliki permainan video di komputer mahupun telefon pintar dalam kalangan generasi muda. Memang dah menjadi trending dan cukup popular mereka memainkan permainan video ini bersama rakan-rakan mereka. Jadi, baru-baru ini, LeYa berkesempatan meraikan satu majlis pelancaran di antara Bad Lab dan Watsons Malaysia yang bergabung tenaga menganjurkan pertandingan gaming atau esukan yang diberi nama The BAD Duel di Vanity Atrium, Sunway Velocity, KL.
Ini merupakan signifikasi kerjasama di antara kedua-dua jenama besar, jenama penjagaan diri dan jenama kesihatan & kecantikan yang pertama mengangkat segmen sukan yang dinamik ini di Malaysia. Bad Lab dan Watsons Malaysia ingin menjadi pemangkin kepada pembangunan industri esukan seiring perkembangan pesat ekonomi digital dunia.
Pada majlis pelancaran tersebut, pertandingan The BAD Duel bakal menyaksikan peserta-peserta yang dikenali ramai di arena gaming dari seluruh Asia untuk merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.
Dalam pertandingan ini, ia dibahagikan kepada dua fasa di mana para peserta terlebih dahulu dikehendaki untuk mendaftar secara atas talian dan bermain permainan video yang telah dipilih oleh pihak penganjur untuk melayakkan diri ke pusingan kedua. Para peserta yang cemerlang, justeru layak ke pusingan kedua akan dijemput untuk menghadiri acara 'on-ground' yang bakal berlangsung di Sunway Velocity bagi pusingan Separuh Akhir dan Akhir. Permainan yang telah dipilih adalah Tekken 7 dan Dota 2, yang mana kedua-duanya mempunyai keunikan dan kesukaran tersendiri namun sangat popular di kalangan gamers.
Selain itu, pertandingan The BAD Duel akan bersiaran secara langsung di skrin besar lokasi pertandingan diiringi dengan komentari terkini daripada pengulas esukan yang telahpun dipilih. Ini pasti menarik perhatian ramai pengunjung untuk melawat tapak pertandingan dan juga menggalakkan pemain-pemain baru berinteraksi serta berbincang tentang esukan di kalangan umum terutamanya golongan sasaran.
Mr. Lum Chong Heng,Pengarah Komersil Bad Lab
Menurut Mr. Lum Chong Heng, Pengarah Komersil jenama Bad Lab, "Bilangan penggiat dan peminat esukan di Asia Tenggara bakal meningkat dua kali ganda ke 19.8 juta tahun ini berbanding 9.5 juta pada tahun 2016 menjadikan rantau ini sebagai kawasan dengan peningkatan tertinggi bagi pasaran gaming. Di Asia-Pasifik sahaja terdapat audiens seramai lebih 98.9 juta dan kebanyakannya adalah dari Asia Tenggara. Di penghujung tahun 2019, boleh dikatakan bahawa jumlah audiens ini akan meningkat melebihi 31.9 juta. Statistik juga menunjukkan lebih 62 peratus dari keseluruhan jumlah audiens adalah dari lingkungan umur 16 ke 45".
Mr. Mohd Farouq, Pengarah eSport Malaysia
Turut bersetuju dengan kenyataan Lum, Caryn Loh, Pengarah Pemasaran bagi jenama Watsons Malaysia yang mengatakan "Kerjasama ini sangat penting serta bermakna bagi kami. Dengan penganjuran The BAD Duel bersama Bad Lab, Watsons adalah jenama kesihatan dan kecantikan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil langkah berani dengan melabur untuk pembangunan segmen esukan di negara ini. Ketika ini, kita sedang menyaksikan kemajuan industri esukan dan gaming dan juga status pemain-pemain yang bergiat di dalam bidang ini turut meningkat daripada amatur kepada semi-profesional dan juga profesional. Ini merupakan situasi yang menggalakkan untuk turut menyumbang Malaysia sebagai salah satu kuasa dalam arena esukan di Asia".
Menariknya lagi, buat pertama kalinya dalam sejarah esukan telah diiktiraf sebaga acara sukan berpingat di Sukan SEA ke-30 yang bakal diadakan di Filipina tidak lama lagi. Seiring dengan perkembangan ini, Bad Lab dan Watsons ingin bekerjasama dan berkolaborasi dengan jenama-jenama relevan lain untuk pembangunan industri gaming ini agar dapat pergi lebih jauh lagi. Pertandingan The BAD Duel telah direka dan dianjurkan sebagai pengenalan bagi acara-acara yang lebih menarik di masa akan datang.
Maklumat lanjut boleh layari
Website
wow..gamers hebat hebat semua ni. Bagus juga penganjur buat untuk gamer sejati.takdelah orang kata main game buang masa gitu kan.
BalasPadamBetul tuh.. LeYa pun teruja tengok mereka ni bermain dengan bersungguh...
PadamGood artcile, but it would be better if in future you can share more about this subject. Keep posting. This is the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!
BalasPadamThank you
PadamThanks leya for good sharing untuk khususnya peminat game ni.
BalasPadamkita pulak yang teruja tengok
Yeah! Pastinya kaki game memang suka kan..
Padam