Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini, seperti yang kita tahu dunia semakin berubah maju mengikut trending gaya hidup dan persediaan kemahiran pekerjaan yang diperlukan dalam mendepani cabaran akan datang.
Atas aspirasi itu, LeYa telah menyertai satu majlis "Earn while you Learn" - Program Penajaan Industri (ISP) ke Skim Perantisan Kemahiran bagi merubah masa depan lebih berkemahiran Malaysia yang dilancarkan oleh AIMSMET GLOBAL dengan kerjasama Institut Pengurusan Perdagangan (ICM), United Kingdom.
Meningkatkan Kemahiran Golongan Muda Mendepani Cabaran Masa Depan
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan akan menekankan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) di bawah Visi Kemakmuran Bersama dalam usaha meningkatkan peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat menerusi kecekapan skill kemahiran. Tun Dr Mahathir ada menyebut lagi TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran pekerja dan latihan itu harus dibuat terlebih dahulu.
Visi Kemakmuran yang dikongsi akan merangkumi Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13, yang meliputi 10 tahun bermula tahun 2021 sehingga 2031. Oleh itu, pelancaran ISP untuk Skim Perantisan Kemahiran bersama AIMSMET LIFESTYLE SERVICE sebagai perintis adalah program yang tepat pada masanya selaras kempen kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia dan meningkatkan kecekapan mahir di kalangan belia untuk bergerak ke arah ekonomi digital.
Menyedari keperluan kerjaya dan tuntutan industri, program ini telah dikelolakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Satu lawatan rasmi ke pejabat Menteri telah dibuat oleh Pengerusi Kumpulan AIMSMET, Profesor Dato' Dr Jayles Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Komersial, Encik Adair Ford dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Gaya Hidup AIMSMET, Cik Alice Hoang untuk memeterai perjanjian menerusi tandatangan plak oleh Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif ICM,UK.
Hasil dorongan itu telah membuka peluang kepada golongan muda untuk menyertai program ini dalam meningkatkan skill kemahiran pekerjaan di masa akan datang. Matlamat program ini adalah untuk menarik golongan muda Malaysia tanpa mengira pengalaman mereka, ke dalam alam pekerjaan dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian di bawah program ICM.
Berdasarkan kajian Jawatankuasa Pemantauan Kemahiran Kritikal (CSC), dua pekerjaan yang berada di tahap kritikal kini mempunyai kekurangan tenaga kerja adalah pekerjaan dalam bidang perkhidmatan dan jualan. Antara sebabnya ialah kurang fasih berbahasa Inggeris, kurang kemahiran komunikasi, kurang skill serta kemahiran perkhidmatan pelanggan dan kurang dari segi keupayaan pembahagian tugas. Oleh itu, sektor runcit terutamanya dalam bidang penyediaan makanan memerlukan penyelesaian segera untuk melatih rakyat Malaysia ke arah mendepani masa hadapan.
Sejak pengenalan awal Program Penajaan Industri pada September 2017 dengan ACT Hubs Sdn Bhd pada tahun 2018, AIMSMET mempunyai lebih daripada 30 industri daripada bidang penyediaan Makanan & Minuman hingga ke bidang Ekonomi Digital kepada Perkhidmatan Pelanggan seperti Syarikat Kopi Starbucks, McDonald's (Gerbang Alaf Restoran), MarryBrown, Only World Group (OWG), Watsons dan banyak lagi. Mereka juga telah menaja lebih daripada 80 pelajar lepasan sekolah dan graduan dalam program ICM.
Melalui pergerakan ini, kemahiran, minat dan sumbangan setiap individu akan memacu pembangunan modal insan di setiap organisasi ke arah penguasaan kemahiran maju dan pembelajaran sepanjang hayat.
Bersempena dengan pelancaran "Earn while you Learn" - Program Penajaan Industri, satu perbincangan ahli panel diadakan mengenai topik, "Peralihan Paradigma dalam Pendidikan & Latihan - Model Perintis Mahir". Seramai 200 pelajar universiti, pendidik dan mereka yang bergiat aktif dalam industri hadir bagi memperoleh pengetahuan dan pandangan industri. Ia merupakan pengalaman dan perkongsian ilmu terbaik dari ahli panel yang dijemput hadir iaitu Dato' Sri Michael Kang, Presiden SME Malaysia, Datuk Dr Chef Wan, Chef Selebriti, Datin Winnie Loo, Pengasas A Cut Above, Dr Janson Ang, Pengasas The Giving Bank Organization dan Encik Adair Ford, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Komersil, UK.
Menurut Prof. Dato' Dr Jayles Yeoh, Pengerusi AIMSMET Group, Tujuan Program Penajaan Industri ini adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan dan mempercepatkan proses pengeluaran pekerja yang berpengetahuan dalam sektor swasta. AIMSMET bercita-cita tinggi untuk merevolusikan pemikiran akademik dengan memperkenalkan pendidikan kehidupan sebenar.
Dengan sokongan berterusan daripada pihak kerajaan dan swasta, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam menyediakan Pekerja Pengetahuan Berkualiti Tinggi untuk pelbagai industri dapat direalisasikan.
Bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, modal insan Malaysia perlu dibangunkan dengan program seperti AIMSMET: Program Penajaan Industri untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Selaras dengan semangat kemakmuran bersama dalam Belanjawan 2020, Malaysia mampu mencapai kemajuan besar dalam pembangunan modal insan serta mencapai matlamat sebagai negara kompetitif pada skala global.
Harapan semoga program ini dapat dilihat dengan perkembangan positif terutama dari sektor ekonomi agar dapat menyediakan pekerja pengetahuan mahir untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini.
inshaAllah semoga program ni dapat berikan impak positif :)
BalasPadamInsyaAllah... Betul la tu kan.
Padam