Selasa, 26 November 2019

Travelog Terengganu | 6 Tempat Menarik Di Setiu Yang Ramai Tak Tahu!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu lagi dalam episod LeYa bercuti ke Terengganu. Seperti yang korang sedia tahu, Terengganu cukup terkenal dengan keindahan pulau dan kehalusan pasir pantainya. Bukan itu sahaja, penduduknya yang mesra, makanannya yang enak, kecantikan tempatnya menyebabkan ramai yang datang ke sini setiap tahun.


Tempat-Tempat Menarik Di Setiu Wetland

Rata-rata yang datang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berehat di pulau, tasik dan pantai sekitar Terengganu. Namun, korang tahu tak selain tempat-tempat itu, terdapat lagi tempat warisan sejarah, seni binaan lama, peranginan yang korang boleh terokai dan bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan bagi meluaskan pengalaman dan keseronokan ketika bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan.


Sedikit fakta mengenai Setiu Wetland ini ialah:
  • Ia berkeluasan 23,000 hektar
  • Merupakan sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu (gabungan lembangan tanah lembap di Setiu-Chalok-Bari-Merang)
  • Merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.
  • Terdapat 161 spesis burung, 49 spesis rama-rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau, 29 spesis mamalia.
  • Setiu Wetland atau Tanah Bencah Setiu bukan sahaja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna yang digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.
Jadi, jom LeYa bawa korang ke tempat-tempat pelancongan menarik yang boleh korang kunjungi ketika berada di Setiu Wetland.

1. Bermalam Di Peladang Setiu Agro Resort

Bagi korang yang meminati sukan extreme seperti Water Rafting, Water Confident, Flying Fox, Berkayak dan banyak lagi, apa kata korang bermalam di sini dan rasai pengalaman berada di hutan, bukit dan sudah pasti pemandangannya cukup indah. Korang juga boleh melakukan aktiviti Night Walk di sebelah malam di hutan yang berhampiran dengan melihat kehidupan hutan yang aktif di waktu malam.

 

Alamat
Lot 3912, Guntong, 22040, Setiu

Hubungi
019 - 919 2240

2. Mencari Lokan dan Kepah Di Pengkalan Gelap, Setiu Wetland

Aktiviti mencari lokan dan kepah merupakan satu aktiviti menarik yang popular di Setiu. Kebiasaannya, pelancong dari dalam mahupun luar negara akan dibawa untuk merasai pengalaman mencari lokan di paya bakau dan kepah di muara sungai.


Aktiviti mencari lokan di paya bakau ini bukanlah kali pertama LeYa pernah lakukan. Apabila pulang ke kampung halaman Otomen di Kg Tedong Pantai, Melaka, LeYa teruja untuk merasai detik-detik masuk paya bakau di situ dan merasai pengalaman mencari lokan, siput dan banyak lagi hidupan laut. Jadi, berbekalkan pengalaman itu LeYa seronok mencarinya bersama rakan-rakan di Setiu. Dan, korang akan dibawa pula menyelam ke dalam sungai untuk mencari kepah yang berada di bawah pasir laut. Aktiviti yang sangat menyeronokkan untuk korang cuba!


 

Selain itu, korang juga boleh singgah ke Sangkar Ikan di Laguna, Pengkalan Gelap. Terdapat banyak spesis ikan yang korang dapat lihat di sini.

Memang gerun pada awalnya melihat sekumpulan ikan yang banyak datang menyerbu makanan yang diberi penternak, namun perasaan itu bertukar menjadi seronok apabila dapat memegang ikan yang besar itu. Malah dek keterujaan itu, ada yang terkena gigitan ikan. Jadi, hati-hati ye korang!

 

3. Singgah dan Melihat Koleksi Botol di Galeri Rumah Botol

Satu lagi tarikan unik yang korang boleh singgah bila berada di Setiu ialah Galeri Rumah Botol yang terletak di Kampung Baru Penarik. Kisahnya bermula dengan niat tidak mahu pelancong cedera terpijak apabila berjalan atau bermain di sepanjang kawasan pantai tumpuan orang ramai dan pernah dianggap gila gara-gara gemar mengutip botol terpakai. Namun akhirnya, usaha yang dilakukan warga emas ini yang dikenali dengan nama Pak Ali mendatangkan manfaat kepada masyarakat apabila berjaya menyediakan galeri rumah botol dengan mengumpul lebih 4,000 koleksi botol hanyut yang dikutip sendiri di tepi pantai, dibeli daripada kanak-kanak serta pemberian orang ramai yang mengetahui minatnya.


Tengku Mohd Ali atau dikenali dengan nama Pak Ali / Tokki mula berminat mengumpul botol kerana ukiran dan bentuknya yang berbeza sekitar tahun 2005. Kini, koleksi botol yang dimilikinya datang dari seluruh dunia termasuk Korea, Mexico, Perancis dan banyak lagi.


Sejak galeri rumah botol ini dibuka, beliau menerima ramai kunjungan daripada pelajar sekolah mahupun pelancong tempatan dan luar negara tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kalau korang nak tahu lagi tentang keunikan-keunikan pada botol ini, jangan lupa singgah ke Galeri Rumah Botol.


Alamat
Jln Penarik - Mangkuk, Kampung Penarik, 21010 Kuala Terengganu, Terengganu

4. Menginap di Terrapuri Heritage Villa

Reka bentuk binaan villa penginapan ini pasti memukau sesiapa yang datang dan melihatnya. Ia diilhamkan daripada senibina istana Terengganu pada abad ke-17, villa ini menghadap Setiu Wetlands dan Laut Cina Selatan serta berkonsepkan gaya klasik dan tradisional yang cukup unik. 

Menariknya lagi, villa ini dibangunkan dengan kayu sepenuhnya tanpa menggunakan sebarang paku.





Alamat
Kg Mangkuk, Penarik, Setiu, Permaisuri, Merang

Hubungi
09 - 624 5020

5. Makan Malam Di Ikan Bakar Rohani, Pantai Penarik

Menikmati keenakan masakan Terengganu perkara wajib perlu dicuba ketika datang ke sini. Makanannya yang unik seperti Sata, Otak-otak, Keropok Lekor, pasti memberikan satu rasa keenakan buat pelancong yang datang.


Namun, mungkin makanan-makanan di atas yang dinyatakan itu sebagai kudap-kudapan sahaja. Setelah penat berjalan dan menggunakan banyak tenaga, sudah tentu menginginkan yang lebih banyak. Jadi, jom  ke Ikan Bakar Rohani yang cukup popular di sini. Ketika LeYa dan rakan-rakan tiba, hidangan yang disediakan cukup menyelerakan. Antaranya ialah Udang Celup Tepung, Sotong Celup Tepung, Ikan Celup Tepung, Daging Masak Merah, Tomyam, Telur dan Sayur Kailan Goreng Ikan Masin. Memang cukup lengkap dan sedap!


Alamat
Ikan Bakar Rohani, Pantai Penarik, Terengganu

6. Melihat Hasil Kraf Di Pusat Kraf Komuniti

Seni yang dipamerkan di sini cukup mengagumkan. Jika korang lalu di sekitar Kampung Beris Tok Ku, apa kata untuk singgah dan melihat hasil kraftangan yang dibuat mereka dengan menggunakan pokok kercut. Anyaman yang ada seperti beg, bakul, tikar dan sebagainya yang sangatlah cantik dan unik.


Kalau betul ketibaan korang di situ, korang akan diajar bagaimana proses menghasilkan seni kraftangan pokok kercut dari awal sehingga proses merendam dan menjemur daun kercut tersebut. Memang unik dan seronok dapat belajar!

Jadi, jangan lupa untuk membeli sedikit hasil kraf ini sebagai tanda menyokong komuniti di sini.

Alamat
Pusat Kraf Komuniti, Kampung Beris Tok Ku, Setiu


Sememangnya Terengganu kaya dengan tempat yang menarik dan unik. Rugi rasanya jika korang tidak mengambil peluang meneroka tempat-tempat ini. Selamat Bercuti!

Baca juga episod sebelumnya di sini!


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip bersempena Terengganu Homestay, Food & Culture Festival and Festival Setiu Wetland 2019 yang berlangsung  selama 5 hari 4 malam (24 - 28 Oktober 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama MOTAC Terengganu dan Tourism Malaysia Wilayah Timur.

20 ulasan:

  1. Terima kasih perkongsian.Bila-bila ke Terengganu boleh la singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama... Ye..ye.. Singgah-singgah la ke tempat menarik yang ada di Setiu ye

      Padam
  2. What a nice Photos 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome and thanks for coming and reading my blog..hee..

      Padam
  3. Bagus entry ni, jrg jumpa org tulis pasal Setiu. Lepas ni kalau ke Setiu boleh cari info Kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooo...yeke? Tapi LeYa pun masa pergi baru tahu ada tempat best jugak kat sana..hehe...

      Padam
  4. Adik ipar akak orang Setiu, biasa klu ke Ganu, mmg hanya ke KT je, Setiu ni tempat lalu, masa dia kahwin jer kami singgah dan tahulah ada Agro Resort kat situ. Tempat2 lain tu menarik jugak ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Sari.. Lepas ni dah boleh lah jalan-jalan dan bermalam kat sini ye.. Hehehe..

      Padam
  5. memang boleh buat jalan2 cari makan cuti2 malaysia lah kat terengganu camni ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah... Jalan-jalan cuti-cuti Malaysia lah kite.. Jom!

      Padam
  6. Oooo... rumah botol! Ada keluar majalah 3 tu kan?

    BalasPadam
  7. Seronoknya tengok Leya jalan jalan. Perkongsian yg cukup menarik. Tahniah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Rezeki yg Allah berikan ni..kita kongsikan maklumat untuk orang ramai

      Padam
  8. good sharing Leya...en suami dh cover Setiu tapi akak hanya kat KT jer...nanti boleh ler kot kami sekeluarga ke sini nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah kak.. Memang best lagi-lagi kat Terrapuri tu

      Padam
  9. This is awesome! I can see that you had a good time. I am sure that you have got a lot of experience then. Thank you for sharing these photos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. OMG! I'm shy. It is simple experience from me. Thanks so much for visiting my blog

      Padam
  10. There is a lot of historical heritage, old fashioned art, a resort you can explore and a variety of activities to do to enhance the experience.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah! It is very interesting and amazing to explore

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com