Khamis, 10 Oktober 2019

Travelog Sabah | Tempat Makan Menarik Di Sandakan Yang Wajib Disinggah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa sahaja kat sini yang tak pernah dengar tentang salah satu bandar kedua terbesar di Sabah ini. Sandakan cukup terkenal sebagai sebuah bandar hijau dan pusat pelancongan utama di Sabah. Antara tarikan menarik yang ada ialah Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre, Puh Ji Shih Temple, Agnes Keith House, Sandakan Heritage Museum, St, Micheal Church, Sandakan Memorial Park, Borneo Sunbear Conversation Centre dan banyak lagi. 

Jika korang bercadang untuk datang ke Sandakan dan tercari-cari tempat makan menarik, jom LeYa bawa korang tempat yang best di sekitar Bandar Sandakan iaitu Restoran Makanan Laut Pasir Putih dan English Tea House & Restaurant.


Restoran Makanan Laut Pasir Putih Baru

LeYa pasti ramai di kalangan korang yang gemarkan makanan laut? Restoran ini wajib korang singgah untuk nikmati hidangan makanan laut yang segar dan sedap. Restoran Pasir Putih cukup popular di Sandakan dan ramai pelanggan sudah memenuhi ruang restoran ini. 


Antara tarikan menu yang popular di sini yang LeYa dah cuba ialah Steamed Sabahan Garoupa atau Kerapu Stim Sandakan, Lobster Noodle, Steamed Chicken with Garlic, Salt Baked Crab, Steamed Prawn, Sotong masak kicap dan vegetable soup. Jom tengok menu-menu nya!

Steamed Sabahan Garoupa atau Kerapu Stim Sandakan

Steamed Chicken with Garlic

Steamed Prawn

Salt Baked Crab

Sotong masak kicap

Lobster Noodle

Jadi, kalau korang nak datang dan singgah makan kat sini, memang LeYa recommend sesangat sebab sedap dan puashati. Lagi pula, korang dapat lihat laut di sebelah restoran ni sambil menikmati hidangan di depan mata.

Restoran Makanan Laut Pasir Putih

Mile 2 1/2, Jalan Batu Sapi, 
P.O. Box No. 2251,
90725 Sandakan,
Sabah.

English Tea House & Restaurant

Okay! Korang teringin nak menukar citarasa sarapan pagi dengan menu masakan Barat? LeYa pasti korang akan suka dan teruja dengan restoran ni. Ia cukup elegan dan wajib korang kunjungi. Dari hiasan dalamannya sahaja kita dah tahu apa menu yang akan dihidangkan. 



Sambil menikmati sarapan pagi yang enak, korang boleh juga menikmati pemandangan di sekitar restoran yang menghijau dan sangat cantik. Memang LeYa suka dengan suasana macam ni!


English Tea House & Restaurant

2002, Jalan Istana,
90000 Sandakan, Sabah.

Korang terasa lapar saat menghabiskan bacaan di sini? Dah tahu kat mana korang nak pergi bila berada di Sandakan nanti? LeYa pasti kedua-dua restoran ini mampu memuaskan perut dan hati korang. Selamat menjamu selera guys!


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

26 ulasan:

  1. Terus terliur nengok lobster dan ketam tu adeiii sedapnyaaa....
    Rindu Sabah bah!!

    BalasPadam
  2. Wah, teringin nak pergi. Harap satu hari nanti ada rezeki ke sana

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Sangat sedap. Nanti datang Sabah, boleh singgah ye

      Padam
  4. Kalau bab makan seafood mmg Liez fav sgt.. dulu g sabah mkn jugak dekat seafood restaurant jugak tapi xigt kat mn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seafood pastilah sedap kan.. Hehe..

      Padam
    2. Duh beneran bikin ñgiler makanannya. Semoga bisa berkunjung ke sini, aamiin. Salam kenal kakak

      Padam
    3. Iya dong... beneran sekali... Makanannya sedap-sedap banget

      Padam
  5. Sandakan mmg terkenal dgn seafood.. kalau ke sana tak mkn mmg rugi lah kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye betul tu.. Jadi bila berkesempatan ke sana tu memang wajib singgah laa..hee..

      Padam
  6. masih belum tercapai hasrat nak melawat sandakan
    makanan tu, semua sedap2 semua faberet

    BalasPadam
  7. Sedapnya Leya tengok Steamed prawn tuu.. 😍 😍

    BalasPadam
  8. haiyaaa...hujan2 ni nampak makanan..terus rasa lapar giler hehe

    BalasPadam
  9. Bestnye lia jalan sana. Mcm2 pengalaman dapat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Betul la tu Ena... Memang seronok bila dapat berjalan tempat orang ni

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com