Khamis, 17 Oktober 2019

Travelog Sabah | Menjejaki Warisan Sejarah Di Sandakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita dah tengok Tempat Makan Menarik di Sandakan. Seperti yang korang tahu, Sandakan ni memang tidak boleh dinafikan lagi setiap tahun menerima kunjungan ramai pelancong dek kerana ingin menyaksikan keunikan yang ada di situ. Keunikan alam semulajadinya dan kedudukan geografinya yang dekat dengan Indonesia dan Filipina turut mempengaruhi adat dan budaya masyarakat di situ. Jadi, kalau korang nak tahu tempat menarik di Sandakan, jom LeYa bawa korang bersama-sama Jejak Warisan Sandakan atau Sandakan Heritage Trail. Ia termasuk Masjid Jamek, William B. Pryer Monument, Rumah Agnes Keith dan English Tea House, Gereja St. Michael dan All Angels, Puu Jih Shih Buddhist Temple, Tangga Seribu (Stairs with Hundred Steps), Kuil Sam Sing Kung (Tiga Orang Suci) dan Kuil Dewi Mercy serta Sandakan Memorial Park.


1. Masjid Jamek

Masjid Jamek atau Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri merupakan masjid tertua di Sabah berikutan usianya yang sudah lebih 130 tahun dan dibina sekitar tahun 1880-an. Ia masih teguh dan terus aktif menjalankan pelbagai aktiviti ibadah dan dakwah dalam kalangan masyarakat. Lokasinya terletak di lereng bukit Jalan Lebuh 6, Bandar Sandakan, masjid ini disenaraikan bangunan bersejarah di daerah itu.

Sumber Photo: Google

Masjid ini juga masih mengekalkan reka bentuk asal iaitu mimbar dan empat tiang seri di bahagian dalam ruang solat.

Alamat
Lebuh Empat, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah.

Waktu Operasi
24 Jam

Harga Tiket
Percuma

2. William B. Pryer Monument

William B. Pryer merupakan orang penting dalam merintis pembangunan awal di Bandar Sandakan. Beliau telah menyediakan pelbagai asas pentadbiran. Tugu peringatan ini terletak di MPS Square sebagai memperingati tampuk pemerintahan William B. Pryer (1845-1899) yang telah mengasas Sandakan pada tahun 1879 untuk British North Borneo Development Corporation.


Alamat
Sandakan Municipal Council, Lebuh Empat, Sandakan, Sabah, 90000

Waktu Operasi
24 Jam

Harga Tiket
Percuma

3. Puu Jih Shih Buddhist Temple

Terletak di puncak bukit di atas Tanah Merah di selatan Bandar Sandakan, tokong Buddha Puu Jih Shih ini dapat menyaksikan pemandangan cantik Teluk Sandakan yang tiada tandingannya. Dibina pada tahun 1987 dengan kos US$2 juta, tokong ini menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke sini.



Memang sangat cantik taw korang pemandangan kat sini. First time masuk dalam temple tu LeYa dapat lihat banyak sangat benda-benda pelik dan antik yang tak pernah pun LeYa tengok sebelum ni. So far memang sangat menarik!


Alamat
90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
24 Jam

Harga Tiket
Percuma

4. Agnes Keith House

Kalau korang nak tahu, Rumah Agnes Keith ni direkabentuk mengikut Rumah Melayu dan dimiliki oleh penulis Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith. Agnes menetap di sini bersama suaminya, Harry Keith pada tahun 1930 lagi.




Alamat
Agnes Keith House , Jalan Istana, 90709 Sandakan, Sabah.

Telefon
089– 221140

Waktu Operasi
9 pagi – 5 petang (Isnin – Ahad).

Harga Tiket
RM2 (Warganegara Malaysia).
RM15 (Warganegara asing).
Percuma (Warganegara Malaysia) Pelajar dengan uniform, orang kurang upaya, warga emas, pemandu teksi.

5. English Tea House & Restaurant

English Tea House ni pula ialah sebuah restoran berkonsepkan Inggeris yang cukup terkenal di Sandakan. Ia terletak bersebelahan dengan Rumah Agnes Keith. Di sini korang akan disajikan dengan pemandangan hijau yang cukup cantik dan tenang serta dihidang dengan makanan-makanan Barat yang enak. (Boleh rujuk gambar di artikel Tempat Makan Menarik di Sandakan).


Selain itu, ia juga sangat sesuai dijadikan lokasi Photo Wedding atau majlis perkahwinan kerana lokasinya yang cukup romantik dan indah.

Alamat
2002, Jalan Istana, 90000 Sandakan, Sabah.

Waktu Operasi
10 pagi – 9 malam (Isnin – Ahad).

6. Gereja St. Michael dan All Angels

Gereja St. Michael dan All Angels ini merupakan gereja granit yang telah dibina pada tahun 1897. Ia juga masih kukuh sebelum Perang Dunia Kedua. Gereja ini diiktiraf tapak warisan dunia sejak tahun 2005.



Alamat
51, Jalan Puncak, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
3 pagi – 3.30 petang (Isnin-Sabtu)

Harga Tiket
RM10 Dewasa (Warganegara Malaysia)
RM30 (Warganegara asing)
Kanak-kanak percuma

7. Tangga Seribu (Stairs with Hundred Steps)

Lokasi ini dikenali Tangga Seribu dalam Bahasa Melayu atau Stairs with Hundred Steps dalam English. Ia terletak berdekatan dengan William B. Pryer Monument. Maklumatnya tidak rasmi, namun dipercayai masyarakat Cina yang pernah mendiami dan melalui tangga seribu ini untuk membawa hasil tani mereka ke bandar.

Sumber Photo: Sunah Sakura

Alamat
Sandakan Municipal Council, Lebuh Empat, Sandakan, Sabah, 90000

Waktu Operasi
24 Jam

Harga Tiket
Percuma

8. Kuil Sam Sing Kung (Tiga Orang Suci) 

Merupakan tokong Cina di Sandakan dan dibina pada tahun 1887. Ia merupakan kuil tertua dan ketiga di Sandakan selepas Dewi Mercy dan Tam Kung.

Di dalamnya terdapat koleksi 100 puisi yang telah dicetak sebelum ini. Bell berbentuk gangsa didermakan oleh Kapitan Cina pertama Sandakan yang dikenali sebagai Fung Ming Shan. Ming Shan terus dilantik untuk mengurus dan menyelia komuniti Cina di bandar itu.

Sumber Photo: Google

Alamat
Singapore Road, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
8 pagi – 8 malam

Harga Tiket
Percuma

9. Sandakan Heritage Museum / Wisma Warisan

Muzium Warisan ini tidaklah terlalu besar. Korang boleh habiskan jelajah lebih kurang dalam 15 minit sahaja. Di dalamnya korang boleh menyaksikan pameran visual dan pelbagai artifak yang mana kesemuanya menerangkan sejarah dan kebudayaan masyarakat setempat. Muzium ini terletak di tingkat pertama bekas bangunan pentadbiran British Administration.


 

Potret pemimpin tempatan dan pemandangan awal bandar dipamerkan di ruang utama dengan pameran yang menarik perhatian iaitu  mural dinding besar Sandakan pada tahun 1935 di ruang depan muzium. Muzium Safari Martin and Osa Johnson di Chanute, Kansas dari Amerika Syarikat mempunyai hubungan dengan muzium ini dengan salinan digital fotograf Johnson berkaitan Borneo Utara dikembalikan kepada muzium dan pihak berkuasa Muzium Sabah.


Alamat
Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
9 pagi – 5 petang

Harga Tiket
Percuma

10. Sandakan Memorial Park

Pada tahun 1945, Sandakan Memorial Park atau Taman Peringatan Sandakan pernah  menjadi saksi kekejaman tentera Jepun di mana mereka menjadikan sebahagian daripada askar Australia dan British sebagai tawanan perang untuk membina lapangan terbang Sandakan. Peristiwa ini juga dikenali sebagai Kawat Maut Sandakan. Sandakan Memorial Park dibina untuk memperingati 2400 tentera Australia dan British yang terkorban dalam kem POW antara tahun 1942-1943. 



Korang juga boleh melawat sebuah muzium kecil di dalam taman ini untuk mengetahui lebih banyak sejarah Sandakan. Memang best belajar sejarah yang ada dalam negara kita ni taw! LeYa sangat teruja.



Alamat
Sandakan Memorial Park, Mile 8, Jalan Labuk Utara, Taman Rimba, 90702 Sandakan, Sabah

Waktu Operasi
8 pagi – 6 petang (Isnin-Ahad)

Harga Tiket
Percuma

Ini sahaja yang dapat LeYa kongsikan untuk coretan tempat menarik di Sandakan yang korang boleh kunjungi. Kalau korang berminat untuk turut serta dalam Free Walking Tour khas untuk Sandakan Heritage Trail, boleh hubungi pihak Borneo Sandakan Tours.

Free Walking Tour
Rabu & Jumaat sahaja
10 pagi - 12 tengah hari
Mohon tempah 24 jam sebelum tour
Maksimum 15 pax
WhatsApp: +6016 520 5754


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

23 ulasan:

  1. belum pernah sampai sini lagi .. thank you for sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama wak... Ada rezeki nanti boleh pergi kan

      Padam
  2. masa dok sabah dulu x sempat jelajah seluruh Sandakan.

    BalasPadam
  3. ya Allah. bestnya. setakat ni kami belum diberikan rezeki nak ke sabah sarawak. harap inshaAllah diberikan ruang oleh Allah Taala nak ke sana. aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Aamiinnn... One day, you will go there

      Padam
  4. Banyak juga tempat sejarah di sandakan ni. sesekali berjalan tambah ilmu sejarah sikit

    BalasPadam
  5. banyaknya tempat menarik di sandakan ni rupanya kan. boleh lah ke sini akan datang.

    BalasPadam
  6. Bestnyaaaa . . Boleh la plan next trip ke sini .

    BalasPadam
  7. seronoknya .. tak pernah sampai ke sini lagi

    BalasPadam
  8. Bila agaknya kantung nak cukup buat melawat Sandakan ni sebab banyak tempat menarik di sana. Thanks for sharing

    BalasPadam
  9. Bagaimana dengan sejarah pembangunan jalanraya, jambatan khususnya dari kelolaan PWD sekitar tahun 1920 - 30an? Siapa yang bertanggungjawab keatas semua kerja tersebut.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com