Isnin, 30 September 2019

Travelog Sabah | Bermalam Di Hutan Tabin Wildlife Resort Sungguh Mengujakan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bermalam di dalam hutan nun jauh di Borneo memberi satu pengalaman bermakna buat LeYa. Memang dahulu pernah juga bermalam di hutan ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berdekatan dengan rumah. Tetapi, kali ini berbeza sekali kerana memberikan pengalaman baru buat LeYa bermalam di sebuah resort yang terletak jauh di tengah-tengah hutan di Lahad Datu, Sabah.


Tabin Wildlife Resort (TWR) ini merupakan sebuah resort yang berkeluasan 122,539 hektar dan sejauh 45km dari Pekan Lahad Datu. Kira-kira kalau korang dari Lapangan Terbang Tawau ambil masa 3 jam lebih juga. Mana taknya, jalan yang jauh berliku dan apabila tiba di laluan masuk ke Tabin pula memakan masa lebih kurang 1 jam kerana jalan yang dilalui itu tidak bertar, berbatu kerikil dan sedikit tanah merah. Ia benar-benar mencabar dan kenderaan yang membawa LeYa dan rakan-rakan terpaksa bergerak perlahan.

Setibanya LeYa di situ, TWR tidak sombong menghadirkan buat pencinta alam menikmati keasyikan keindahan resortnya. LeYa memang terpana dengan kehijauan dan kedamaian di sini. Sebelum berceloteh lebih panjang, jom kita baca dulu info penting mengenai Tabin Wildlife Resort ni.


Tabin Wildlife Resort

Tabin Wildlife Resort terletak di KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah. Resort ini merupakan lokasi penginapan mewah dan eksklusif di dalam hutan hujan tropika yang luas. Ia menggabungkan campuran Borneo mistik, tradisional dan perkhidmatan peribadi. Korang akan terpesona melihat dan merasai pelbagai aktiviti menarik di situ.

Tabin Wildlife Resort memiliki 10 unit lodge di River Lodge dan 10 unit di Hill Lodge. LeYa diberi penginapan di bahagian River Lodge. Keluasan bilik penginapan di River Lodge berkeluasan 17.5 kaki X 17.5 kaki. Setiap pondok hutan dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, katil bersih, penyaman udara dan balkoni peribadi yang menghadap Sungai Lipad di mana korang boleh berehat dan mendapatkan rasa sebenar keindahan alam sekitarnya. Tidak dilupakan juga ada menyediakan lampu suluh buat pengunjung yang ingin bawa sewaktu Night Safari nanti. Boleh memuatkan 2-3 pax setiap lodge.



Kemudahan Yang Disediakan

  • Memiliki 20 unit lodges yang luas dan berhawa dingin serta menempatkan setiap bilik dengan beranda peribadi dan pancuran mandian air panas dan katil yang bersih dan selesa.
  • Terdapat Sunbird Cafe yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan yang lazat dan mampu menampung kapasiti 80 orang tetamu.
  • Trogon Hall untuk kemudahan mesyuarat dan juga Kedai Souvenir Hornbill.
  • Animal hides and watch towers.
  • Bekalan elektrik disediakan dari Generators.
  • Tabin Wildlife Resort dibuka sepanjang tahun.
  • Iklim di kawasan Tabin adalah tipikal hutan hujan, panas dan lembap. Kebiasaannya berlaku dari bulan Disember hingga Januari.

Tabin Wildlife Reserve

Merupakan Rizab Hidupan Liar terbesar di Malaysia dan terletak di bahagian timur Sabah. Ia terdiri daripada kawasan seluas 300,000 ekar di tengah Semenanjung Dent, utara-timur Bandar Lahad Datu, selatan dari bahagian bawah Sungai Segama dan utara Silabukan Rizab Hutan.

Ditubuhkan pada tahun 1984, Tabin Wildlife Reserve ini memiliki sebilangan besar haiwan yang mendiaminya dan sebahagiannya sudah terancam. Tiga mamalia terbesar Sabah, iaitu Borneo Pygmy Elephant, Rhinoceros Sumatera dan Tembadau kesemuanya dijumpai dalam sembilan spesies primata hadir, serta tiga spesies kucing yang semuanya berada dalam senarai hidupan liar yang dilindungi. Selain itu, daripada spesies burung, 4 keluarga yang mewakili lebih daripada 300 spesies telah direkodkan. Tabin Wildlife Reserve disenaraikan sebagai Kawasan Burung yang Penting (IBA: MY027).

Salah satu daripada puncak Tabin adalah gunung berapi lumpur yang kaya dan aktif, menarik kunjungan kebanyakan hidupan liar untuk pengambilan mineral mereka dan menyajikan platform yang sesuai untuk pemerhatian hidupan liar dan memerhati burung.


Melawat Tabin Visitor Centre

Lokasi pertama yang LeYa dan rakan-rakan dibawa sebelum ke tempat lebih mencabar dan menarik. Tapi, nak dijadikan cerita sebenarnya selepas membersihkan diri, LeYa berbaring seketika di katil yang empuk tu dan tertidur sehingga tidak terduga yang mereka sudahpun pergi ke Tabin Visitor Centre tu. Hahaha...


Apa yang ada di dalam Tabin Visitor Centre?

Ia merupakan pusat maklumat tentang Tabin Wildlife sebelum kita pergi lebih jauh lagi untuk meneroka hutan hujan ni. Kiranya mereka bagitahu LeYa it's ok je kalau terlepas. Kah! Penat hampir 3 jam dalam flight dan jalan-jalan berliku nak sampai tu lah yang duk elok LeYa lena.

Usai dari itu, terus ke Sunbird Cafe menonton tayangan video berkenaan hidupan liar di Tabin dan menikmati hidangan makan malam yang disediakan.


Sunbird Cafe

Sunbird Cafe adalah "happening place" di mana tetamu bertukar pengalaman ketika merentasi hutan sambil menikmati makanan yang dihidangkan. Chef yang berpengalaman memahami akan setiap tetamu menyediakan hidangan yang sempurna dan lazat.

Korang juga boleh menikmati secawan kopi Sabah yang menyegarkan sambil merasai suasana pemandangan hutan dan sungai yang berdekatan dan menyaksikan aktiviti-aktiviti serangga, rama-rama, burung, mamalia kecil dan segelintir monyet yang nakal serta kadang-kadang terdapat juga gajah yang lalu berdekatan dengan kafe ini.


Night Safari

Bila malam menjelma, inilah antara aktiviti yang ditunggu pengunjung. Berjalan malam menyaksikan pemandangan langit yang cerah dan jelas untuk melihat hidupan-hidupan liar yang ada dan aktif di waktu malam. LeYa dan rakan-rakan dibawa dengan menaiki kenderaan terbuka bagi melihat jelas hidupan liar di waktu malam sambil menikmati pemandangan malam di hutan. Satu pengalaman yang menyeronokkan tatkala dapat merasai alam semulajadi di Tabin.

Tapi awas ye! Hati-hati dengan setiap haiwan malam yang aktif ni kerana pastinya korang sendiri tidak menyedari kehadiran mereka sehingga diberitahu Tour Guide.


Lipad Mud Volcano

Saat yang paling dinantikan tiba. Keesokan paginya, LeYa dan rakan-rakan excited bersiap dan bersarapan pagi sebelum bertolak ke tempat tarikan yang paling best sekali.


Inilah dia satu lagi tarikan yang LeYa tak mungkin lupakan ketika berada di sini. Tabin memiliki gunung berapi lumpur (mud volcanoes) yang kaya dengan mineral dan salt springs sebagai hadiah alam semulajadi yang terbaik. Dek kerana memiliki kekayaan garam mineral itu, kawasan ini sering menjadi kunjungan hidupan liar dan burung-burung yang terdapat dalam trek haiwan di sini. Bagi yang suka dengan aktiviti alam, boleh mencuba kesan lumpur gunung berapi ini dan dikatakan boleh menghaluskan kulit. Ternyata benar bila LeYa setepek letak kat muka macam pakai Mask gitu. Hahaha... Rasa sejuk dan lembut je kulit pipi aiiii taw!


Dalam perjalanan ke Lipad Mud Volcano, korang boleh juga memerhati keadaan hutan dan hidupan liar yang hadir. Tidak cukup itu! Nak masuk bermain lumpur gunung berapi tu, korang akan merentasi jalan hutan kira-kira 700m dan sekali lagi korang akan melihat flora dan fauna yang berada di situ. LeYa sendiri pertama kali diberitahu Tour Guide mengenai Tahi Cacing yang dikumpulkan sebesar tapak tangan itu. (Gambar ke-3 yang dipegang Tour Guide)



Banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh lakukan ketika bermalam di hutan Tabin ini. Yang pasti ia menyeronokkan dan memberi pengalaman yang bermakna sekali. Maklumat lanjut boleh didapati di bawah:


Tabin Wildlife Resort

Lokasi
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu. Sabah, Malaysia.

Telefon
+60 88 267266

Fax
+60 88 258266

Website

Email

Facebook


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Terima kasih juga kepada photographer di kalangan rakan-rakan LeYa iaitu Sis Lin, Abg Rudy, Zayani Zulkiffli, Johan Arif & Illy Ariffin yang dah berkongsi banyak gambar menarik untuk blog buruk LeYa ni. Love you all.


Nantikan lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang LeYa kunjungi di Next Episode. Stay tuned!

Isnin, 9 September 2019

Resepi Ikan Kembung Masak Taucu Pujaan Hati Mr. Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama juga Blog LeYa ni tak berkongsi resepi dan pengalaman memasak di #DapurPanasLeYa. Actually bukan tak masak. Memang hari-hari masak. Dan gambar-gambar masakan LeYa hanya upload di Laman Facebook sahaja. Tak berkesempatan langsung untuk berkongsi di ruangan blog ini. Bila diberi peluang ni, memang tak tunggu dah. Terus laju ingin berkongsi dengan para pembaca semua. Jom!


Resepi Ikan Kembung Masak Taucu

Menu Ikan Masak Taucu ni memang favourite Incik Suami iaitu Mr. Otomen Taro. Kalau boleh nak hari-hari katanya. Tapi tak kan lah tak bertukar menu kan. Muak pulak LeYa nanti lauk sama jer.. Hehehe....

Bahan-Bahan:
Ikan kembung - goreng garam kunyit
Cili padi / Cili Merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
Air asam jawa
2 sudu besar taucu
Minyak untuk menumis
Garam (secukup rasa)

Cara-Caranya:
1. Dipersilakan lah menggoreng ikan tu dulu ye.
2. Kemudian, tumis baha-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia hingga kekuningan.
3. Masukkan cili padi, taucu dan air asam jawa.
4. Masukkan lah ikan goreng tadi dan perasakan dengan sedikit garam. (Rasa dulu taw sebab taucu dah masin sebenarnya). Biarkan ia seketika dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA (^_^)

Refleksi Diri Dalam Program Nak Ubah Hidup Dr Azizan Osman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pernah tak korang rasa nak buat perubahan hidup?

Ada tak korang rasa macam tak berlaku apa-apa perubahan dalam hidup korang sekarang?

Tanggal 30 Ogos lalu, LeYa belajar betapa pentingnya refleksi dalam memperbaharui kehidupan. Jika kita di tempat biasa kita, mungkin kita tidak sedar dan tidak dapat mengenali diri, tujuan hidup dan paling penting mengubah aspek kehidupan yang pastinya memerlukan satu pembaharuan.

Bukan mudah ye untuk meneliti diri secara jujur dan ikhlas. Ia memerlukan kelengkapan persiapan diri yang benar-benar inginkan perubahan dan mengakui segala kesilapan dan kelemahan diri.


Program Nak Ubah Hidup 2019 Bersama Dr Azizan Osman

Selama 3 hari telah berlangsung Program Nak Ubah Hidup anjuran Richworks International Sdn Bhd di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam, Selangor. Dalam 3 hari ini, lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri SCCC dari pagi hingga ke malam. Yang menariknya tentang program ini adalah ia dapat membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. 


Bercakap mengenai RichWorks International, selama 11 tahun dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang dapat kita lihat, semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu halatuju sebenar untuk berniaga. 


Akibat dari kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Atas desakan ramai pihak, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu kepada lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.



Menariknya pada kegagalan beliau dalam bisnes membawa beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang dan pada saat itulah beliau berjanji jika beliau berjaya, beliau ingin membantu seramainya anak bangsa dalam ilmu perniagaan yang beliau dapat dari mentor-mentor di luar negara.

Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu. 


Hari ini (30 Ogos - 1 September 2019), kehadiran peserta telah mencecah lebih dari 12,000 hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan pada 4 bulan lalu. Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama membantu usahawan tempatan membina bisnes sehingga berjaya. Antara bukti kejayaan usahawan yang telah meraih jualan jutaan ringgit setahun ialah Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan banyak lagi.

Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang gegak gempita di dewan SCCC, Setia Alam. 

Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah. 


Apakah Proses Pembaharuan Diri Dalam Nak Ubah Hidup & Berjaya?

Amat penting ilmu Nak Ubah Hidup ini untuk memperbaharui dan refleksi diri. Apa yang menariknya lagi, 'merdeka' dan 'hijrah' adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana peserta-peserta yang hadir menginginkan matlamat untuk memerdekan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi serta mahu berhijrah dari keadaan hidup yang lebih berganda hebatnya.

Lebih seronok dan manisnya dalam program ini adalah ia turut dihadiri selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Afiq Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi.


Biarpun refleksi dan pembaharuan adalah proses yang rumit, namun sebahagian besar kejayaan ramai usahawan hari ini adalah kerana mereka melalui proses tersebut secara berterusan.


Korang terlepas? Dan menginginkan untuk menjadi sebahagian dari peserta Program Nak Ubah Hidup 2020? Inilah masanya! Sertai dengan mengklik pautan di bawah untuk menjadi yang terawal dalam NUH2020. Jom!



Khamis, 5 September 2019

Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman, Perunding Kewangan Terkemuka Menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Islam sendiri mendidik umatnya untuk menjadi pemimpin yang kental dan berdaya saing. Hari ini, di Malaysia, telah banyak kita lihat orang-orang kaya dalam kalangan Islam yang pasti terselit rasa kagum dan bangga bagaimana mereka-mereka ini bermula dari bawah hingga berjaya. Petang tadi, LeYa dan rakan-rakan Bloggers berkesempatan ke Pameran dan Persidangan Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuala Lumpur Convention Centre. Persidangan ini telah pun memasuki edisi ke-9 penganjurannya pada tahun ini.


Oh Ya! Acara ini juga berlangsung selama 3 hari bermula 4 hingga 6 September 2019. Pameran dan persidangan ini telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global.


Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman, Perunding Kewangan Terkemuka Menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Apabila terdengar mengenai Financial Genius Group (FGG), pasti ramai sudah mengetahui siapakah pengasas kepada salah satu syarikat perancang kewangan yang dikenali di Malaysia, iaitu Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman. Beliau merupakan salah seorang jutawan yang juga telah menerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dalam satu persidangan Forum Meja Bulat yang mengangkat tema "Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity" sebagai salah satu usaha mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa.


Latar Belakang Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman

Beliau dikenali sebagai pemilik termuda kereta mewah jenama Jaguar dan pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan terkini ialah Anugerah The Jewels of Muslim World 2019. Kisah kejayaan beliau pernah dipaparkan dalam Berita Mingguan, Dewan Masyarakat, Majalah Kosmo, Majalah Remaja, Berita Harian, Maskulin, Harian Metro, rancangan Idola, Bara Gemilang, The Breakfast Show dan lain-lain lagi media massa dan elektronik.

Beliau berasal dari Pulau Pinang dan memiliki pendidikan tertinggi dalam bidang Diploma Sains Aktuari UiTM. 

 

Dalam Pameran dan Persidangan Muslim World Biz, Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21st Century Leaders" di hadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Beliau turut berkongsi pengalaman dan tips penting untuk membentuk pemimpin Abad ke-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.



Financial Genius Group (FGG) di bawah pimpinan Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang untuk memperkenalkan organisasi kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia.


Maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang di bawah

Website

Facebook

Instagram


V Ultimate Wellness Berhad Melancarkan My Thai Premier Di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebenarnya kan, bukanlah kali pertama LeYa menjejakkan kaki di Pusat Kesihatan dan Kecantikan Spa ni. Acap kali jugalah merealisasikan impian nak kelihatan cantik di hadapan suami tercinta dengan membuat rawatan spa yang disediakan. Jadi, baru-baru ini LeYa ada singgah ke satu pelancaran outlet utama My Thai Premier yang terletak di Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur.


Jom Kenali Apa Itu My Thai 

My Thai Premier merupakan Pusat Kesihatan dan Kecantikan (My Thai Health and Wellness Centre) dan juga anak syarikat V Ultimate Wellness Berhad yang menawarkan perkhidmatan kecantikan terkemuka negara dengan melancarkan My Thai Premier, outlet baharu di mana ia menaikkan khidmat pelanggan yang lebih efisyen dan bijaksana. Terdapat 3 jenis model yang berbeza pada outlet yang ditawarkan. Kesemua outlet yang terdapat di My Thai menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama tetapi My Thai Express agak sedikit kecil dan hanya menawarkan perkhidmatan kepada tetamu yang tidak mempunyai masa terhad.

My Thai juga memenangi pelbagai anugerah yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan terapeutik yang luar biasa. Dengan memiliki 8 cawangan di seluruh Lembah Klang dan 30 lagi kedai yang akan dibuka selama 18 bulan akan datang, My Thai merupakan salah satu daripada Wellness Brands yang paling pesat berkembangdi negara ini.


Selain itu, kerjasama dengan Dr Nano Premier turut dilancarkan dengan penyediaan teknologi terkini kepada My Thai Premier. V Ultimate Wellness Berhad meletakkan sasaran pertumbuhan perniagaan RM36 juta pada tahun ini melalui pembukaan kedai perkhidmatan terapi baharunya, My Thai Premier di Cititel Mid Valley itu.


My Thai Premier merupakan tempat utama yang luas dengan memiliki kawasan VIP dan VIP Lounge  yang menggabungkan perkhidmatan estetik terbaik kepada pelanggan yang hadir. My Thai Premier memiliki ruang yang mewah dan memberikan rasa ketenangan ketika menjalani rawatan di sini. Pusat kecantikan ini mempunyai pancuran mandi yang moden dan bersih serta selamat, Wi-Fi percuma dan sentuhan reka bentuk yang diinspirasikan dari negara Thailand.

Terdapat pelbagai terapi penyembuhan yang inovatif dan tradisional ditawarkan untuk kedua-dua kaki dan seluruh anggota tubuh badan. Para tetamu yang datang boleh membuat pilihan secara Ala Carte atau melalui siri My Thai Royal, yang mana ia merupakan pilihan khusus untuk memenuhi keperluan tetamu yang berbeza.




Kenali Dr Nano Labcel

Turut berkolaborasi sama, Dr Nano Labcel yang merupakan perintis global dalam sains professional penjagaan kulit akan mempamerkan teknologi perumusan tercanggih yang ada pada produk dan rawatan penjagaan kulit anti-penuaan di My Thai Premier. Ia termasuklah V Non-invasive Deep Face Lift yang memberikan rawatan pelangsingan wajah terbaik.

MY Thai Premier dan Dr Nano Premier bersedia menawarkan suite perkhidmatan yang tiada tandingan kepada semua pelanggan di Malaysia untuk mencuba rawatan baru dan inovatif serta terapi yang menenangkan.

 

Pakej Korporat My Thai

Pakej Korporat My Thai membolehkan pelanggan membuat ganjaran tersendiri dengan program insentif secara individu serta ia menawarkan tempat yang unik dan mudah diingati bagi menghiburkan pelanggan yang hadir.

VIP Lounge
  • Private & peaceful
  • Luxuriously furnished
  • Beautifully decorated with Thai artefacts
  • Audio Visual Equipment
  • Food & Beverage buffet
    Private Treatment Rooms
    • Private treatment & therapy rooms for intimate groups
    • Min of 2 guests & Max of 8 guests per visit

      My Thai Outlets
      • My Thai Premier, Cititel, Mid Valley, Kuala Lumpur
      • My Thai OUG, Jalan Klang Lama
      • My Thai Tengkat Tung Seng, Bukit Bintang
      • My Thai Express - 2 Outlet - The Mines Shopping Mall (New & Old Wing)

      Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang yang tertera

      Website

      Facebook