Ahad, 4 Ogos 2019

Royal Floria Putrajaya 2019 Lebih Meriah Dengan Tema "Mother of All Gardens"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alahai bestnya kan. Dikelilingi bunga-bungaan dan taman yang cantik dan indah. Lagi pula ditemani dengan insan-insan tersayang. Pasti lebih seronok kan? Kalau korang nak tahu setiap tahun Royal Floria Putrajaya (RFP) mengadakan penganjurannya. Tidak kurang juga untuk tahun ini.

Perbadanan Putrajaya (PPj) telah pun mengumumkan penganjuran Royal Floria Putrajaya (RFP) 2019 di Majlis Pra-Pelancaran Royal Floria Putrajaya bertempat di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya dan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.


Kalau korang nak tahu, tahun ni lagi menarik tau. RFP 2019 yang dah pun memasuki edisi ke-11 ni dah bertukar lokasi dan akan diadakan di Taman Botani, Presint 1 Putrajaya bermula pada 31 Ogos hingga 8 September 2019 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. RFP 2019 bertemakan "Mother Of All Gardens" dan festival pada tahun ini akan mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai bunga tema festival.


RFP 2019 ni diadakan bagi memperkukuhkan dan menjenamakan imej Putrajaya sebagai "Bandaraya Berbunga" dan seterusnya mengembangkan sektor pelancongan serta membuka lebih banyak lagi peluang perniagaan terutama dalam industri hortikultur dan florikultur.



Selain itu, RFP 2019 bakal mempamerkan 1 juta kuntum bunga-bungaan dari pelbagai spektrum warna termasuk lebih 500 variasi spesis orkid , lebih 100 koleksi bonsai, 79 pameran taman dengan pelbagai tema dan reka bentuk. Pameran landskap dan florikultur juga turut diadakan buat pengunjung untuk merasai dan berpeluang menyertai lebih 100 aktiviti harian berunsur edutainment, bengkel dan demonstrasi perkebunan antaranya FLORIA Fun Run, Aerobicthon bertemakan Glow In The Dark, Floral Fashion Show, Garden Talk, gubahan bunga, masakan DiRaja, persembahan artis jemputan dan banyak lagi.

Pendek kata, memang sangat seronok nanti korang dengan aktiviti-aktiviti menarik di RFP 2019. Kalau korang nak tahu lagi, terdapat 5 buah negara yang menyertai festival ini iaitu Singapura, Thailand, Korea, Taiwan, Indonesia dan dianggarkan seramai 500 ribu pengunjung akan datang sepanjang 9 hari festival.


Wahhh... Yang bestnya tahun ni bayaran tiket masuk ke RFP 2019 sangatlah murah. Bolehlah bawa semua ahli keluarga atau kawan-kawan datang beramai-ramai ke sini. 

Warganegara Malaysia
Dewasa RM5
OKU, Kanak-Kanak & Warga Emas RM3

Warganegara Asing
Dewasa RM10
OKU, Kanak-Kanak & Warga Emas RM6

Maklumat pembelian tiket, korang boleh dapatkan secara atas talian di https://ticket.smart.putrajaya.my atau terus melalui aplikasi Putrajaya Mobile.

 

Floria Fun Run (FFR) 2019 Kembali Lagi di Putrajaya

5KM Floria Fun Run #FFR akan diadakan pada 7 September 2019 bersempena RFP 2019 kali ini. FFR 2019 merupakan projek perkongsian pintar antara Perbadan Putrajaya dan Mutiara Kids Project (MKP) dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan.

MKP merupakan penganjur FFR 2019 yang akan menyokong projek kanak-kanak kanser dan penyelamat Little Warriors (WIRA) dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang.


Jadi, kepada yang berminat boleh turut serta dan mendaftarkan diri di


atau


atau


6 ulasan:

  1. Bestnya.. untuk kesekian kalinya xdapat pergi juga 😭😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa... Kenapantak dapat pergi? Kalau tak boleh jumpa CikTie.. Huhuhu...

      Padam
  2. berminatttt tapi tu lah jauh dan kekangan masa. hmmm xde rezeki

    BalasPadam
  3. Rugi kita tak join soft launch hari tu.. xpernah smp lagi floria putrajays.. bila lah dpt g sana...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com