Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
LeYa nak ucapkan tahniah kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Institut Perangkaan Malaysia (ISM) dalam penganjuran aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menanam pokok bersempena Kongres Statistik Dunia ISI ke-62 (ISI WSC) 2019 di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam aktiviti ini datang dari delegasi tempatan dan antarabangsa Kongres Statistik Dunia ISI ke-62 (ISI WSC) 2019.
Hargai Alam Sekitar, Jom Menanam Pokok Dalam Suasana Tenang Di FRIM, Kepong
Majlis Latihan Penanaman Pokok CSR ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan ke-62 ISI World Statistics Congress 2019 di FRIM, Kepong pada 17 Ogos 2019. Untuk pengetahuan korang juga, ISI WSC 2019 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 18 hingga 23 Ogos 2019. Kongres ini akan menyaksikan perhimpunan komuniti statistik dari seluruh dunia untuk membincangkan pembangunan, cabaran dan inovasi dalam bidang yang berkaitan dengan sains statistik. Kongres ini yang juga sangat berprestij akan meletakkan Malaysia di pusat perhatian dan akan mendorong peranan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan sains statistik.
Antara objektif utama aktiviti menanam pokok ini adalah untuk membendung segala kerosakan alam sekitar dan juga sebagai menyokong kempen Green Malaysia dengan mengimbangi sebahagian daripada jejak karbon yang disebabkan oleh perkembangan yang pesat hari ini. Sejumlah 40 anak pokok yang terdiri daripada spesies flora hutan asli Malaysia ditanam bagi memperingati acara ini.
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai dalam kehidupan kita. Kebanyakan manusia sangat-sangat memerlukan sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan nyaman. Oleh itu, tidak salah kiranya sesekali kita meluangkan masa untuk bersama-sama menjalankan aktiviti sihat menanam pokok ini sambil merasai kenyamanan udara segar dari bumi hijau ini.
Jadi, dengan menjalankan aktiviti seperti ini, pastinya ia akan menyumbang kepada kesedaran umum tentang betapa pentingnya pemulihan dan pemuliharaan hutan yang merupakan aset negara tidak ternilai.
Jadi, dengan adanya aktiviti ini, apa kata ajar dan didik anak-anak kita sedari kecil dengan kelebihan bercucuk tanam atau berkebun. Menanam juga mendidik mereka lebih berani bermain dengan persekitaran jika terdapat serangga atau ulat serta persekitaran kotor. Ia adalah aktiviti yang bagus untuk merangsang minda dan cara pemikiran anak-anak dalam menangani sesuatu masalah.
Tambahan pula, ia merupakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 5P untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik dan lebih mampan kepada semua. Aktiviti ini menangani cabaran global yang berkaitan dengan kemakmuran, perkongsian, keamanan, planet dan orang ramai.
Jadi, aktiviti menanam merupakan satu platform pendidikan yang bagus kepada semua. Dari situlah disiplin diri dipupuk dalam menjaga alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari
Website
Facebook
Good post 😊 nature is life,life is gift 😊 thanks for your sharing 😊
BalasPadamThank you too for visiting my blog.
Padami'd love to join this kind of events lagi.
BalasPadamKan... Feeling calm and better lepas tengok kehijauan alam sekitar
PadamThis is a very good cause to preserve our earth's valuable asset and educational value to the kids. Terasa macam KL ni dah kurang pokok2 hijau. Semua konkrit je.
BalasPadamKan... Sama-sama lah jaga alam sekitar kita
Padambest nyaaaa... nk jg join program mcm ni!!!!
BalasPadamNext time kalau ada, boleh join sis
PadamSeronok. Ai suka aktiviti nature macam ni.
BalasPadamKan... LeYa pun suka
PadamLama tak masuk frim walau dekat. Dulu setiap tahun masuk. Rasa tenang je bila berada dlm tu.
BalasPadamMemang best masuk sini Kak Ana.. LeYa first time rasa seronok je
PadamBestlah aktiviti dia. Qiss dah lama nak pergi FRIM ni tapi belum berkesempatan lagi lah.
BalasPadamBest3x... Suasana tenang.. Badan sihat. Ni pun LeYa first time sampaiðŸ¤
PadamWow! I am so impressed. So many people have gathered. It is very good that there are people who care about our environment.
BalasPadamYes... Me so calm and better
Padam