Selasa, 27 Ogos 2019

Raikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa sempat menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-20 Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM).

Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Kalau korang nak tahu, Rumah Ronald McDonald ini ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) dan hampir 1,300 keluarga pesakit pediatrik dari seluruh negara telah menginap di sini. Senang cerita, RRM ini merupakan rumah penginapan dalam hospital yang pertama di rantau ASEAN untuk membantu meringankan beban keluarga pesakit pediatrik yang perlu jalani rawatan di HCTM-UKM.

Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Sedikit Pengenalan Mengenai Rumah Ronald McDonald (RRM) di HCTM-UKM

Okay... Meh LeYa cerita sikit tentang pembinaan rumah ni. RRM di HCTM-UKM ketika awal pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM2 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat. Dimaklumkan sehingga kini, rumah ini telah melalui penaiktarafan dan penambahbaikan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2014, juga hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin melalui tabung sumbangan RMHC Malaysia di semua restoran McDonald's seluruh negara.

Mengimbau detik kenangan ketika merasmikan rumah ini, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri Malaysia amat berbangga melihat komitmen berterusan yang ditunjukkan  oleh RMHC Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga-keluarga pesakit pediatrik di sini untuk berada dekat dengan anak-anak mereka yang menjalani rawatan. 

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Melalui ucapan Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, "Konsep unik 'home away from home' rumah ini merupakan usaha murni RMHC Malaysia bagi membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pemulihan anak mereka. Kami juga berharap agar melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan negeri dan mana-mana penyedia perkhidmatan kesihatan khususnya hospital-hospital yang berkepadatan tinggi, kami boleh memperluaskan lagi program ini untuk dimanfaatkan oleh keluarga pesakit di seluruh Malaysia."

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Tambahan lagi, kerjasama antara pihak RMHC Malaysia dengan pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan dan individu-individu telah sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada keluarga pesakit dan pesakit sendiri yang menggunakan kemudahan di rumah ini. Selain wang tunai, pihak RMHC Malaysia menerima pelbagai sumbangan berupa bahan makanan kering dan basah, keperluan harian dan lain-lain.

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini sudahpun menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia memberi tumpuan kepada 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, 'Gift of Smile' dan Pek Kembali ke Sekolah. Kesemua program ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Fakta Ringkas Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM
  • Bayaran penginapan: RM5 untuk satu malam
  • Bilangan bilik tidur: 19 (boleh memuatkan 19 keluarga pada satu-satu masa)
  • Bilangan katil: 57 katil
  • Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirehat, surau, dapur, bilik dobi, bilik dan taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer
  • Aktiviti menarik yang dijalankan: Hari keluarga, kelas masakan sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan-sambutan perayaan
Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM
Pembukaan RRM Kedua di HUSM, Kubang Kerian

RMHC Malaysia juga telah merasmikan pembukaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian bagi meringankan beban keluarga pesakit kanak-kanak di Kelantan dan kawasan Pantai Timur.


Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Ronald McDonald Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM-UKM), Kuala Lumpur, boleh hubungi di talian

03 - 9173 5994

atau yang ingin memberi sedikit sumbangan wang tunai atau menjadi sukarelawan, boleh hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian

03 - 7843 3388

Alamat
Ronald McDonald House, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000, Cheras

Website
www.rmhc-malaysia.my


Syukur kehadrat Ilahi dan didoakan semoga akan ada lebih banyak lagi Rumah Ronald McDonald di seluruh negara bagi membantu lebih ramai keluarga dan pesakit yang kurang berkemampuan. Aaminn.

Isnin, 26 Ogos 2019

MBO Cinemas dan Me Books Asia Lancar Buku Cerita Bertemakan Adiwira

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai semua. Semoga korang sihat walafiat hendaknya hari ini. LeYa terlalu sibuk untuk menyumbang idea di blog milik LeYa ni sehinggakan tiada hati untuk menulis. Demi menyahut panggilan manusia seperti korang yang kehausan maklumat dan pengetahuan, LeYa gagahkan jua menulis apa yang tersurat di lembaran Blog LeYa ini.

Untuk kali ini, LeYa akan berkongsi serba sedikit koleksi cerita kanak-kanak dari Me Books Asia yang menjadikan pengalaman penceritaan lebih menarik dengan disertakan buku audio interaktif yang mempunyai grafik sangat menarik dan boleh didapati dalam aplikasi Me Books Plus. Para IbuBapa pasti teruja ingin menghadiahi anak-anak dengan koleksi lengkap dari Me Books Asia ini. 


MBO Cinemas dan Me Books Asia Lancar Buku Cerita Bertemakan Adiwira

Untuk pengetahuan korang lagi, koleksi cerita kanak-kanak dari Me Books Asia ini telah berganding tenaga bersama MBO Cinemas untuk menyampaikan mesej bahawa setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan, kehandalannya yang tersendiri dan mereka juga memiliki sifat-sifat seorang adiwira. Kolaborasi antara MBO Cinemas dan Me Books Asia dalam menerbitkan siri buku cerita ini turut berupaya mengeratkan lagi hubungan keluarga dan menggalakkan masa kualiti antara ibu bapa dan anak-anak. Pada masa yang sama, ia turut memberi penekanan terhadap keajaiban sesuatu penceritaan yang tidak hanya terhad kepada lembaran buku melalui penyediaan kemudahan mesra kanak-kanak di Kecil Halls MBO Cinemas.

Penerbitan buku cerita ini bertujuan memupuk nilai-nilai penting dalam diri kanak-kanak di samping penyediaan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Kecil Halls MBO Cinemas


Menjadi pawagam pertama di Malaysia yang mempunyai panggung khas untuk kanak-kanak yang turut dilengkapi dengan kawasan permainan dan tempat duduk berbaring untuk keluarga yang selesa, sememangnya ia memberi peluang kepada Me Books Asia untuk terus melangkaui konsep pawagam konvensional. MBO Cinemas juga terus berusaha untuk menggalakkan keluarga di Malaysia agar memupuk nilai murni bersama. Buku cerita ini dikarang khusus untuk kanak-kanak dan dilengkapi dengan audio dalam aplikasi Me Books Plus. Ia juga disampaikan oleh artis suara latar profesional dengan memberi penekanan terhadap sebutan dan intonasi terbaik bagi merangsang daya imaginasi dan pertuturan kanak-kanak.  


Hasil daripada jualan buku pertama "Unleash The Superhero In You" akan disumbangkan kepada Yayasan Pendidikan Little Yellow Flower yang akan memberi manfaat kepada kanak-kanak kurang bernasib baik yang tidak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Kerjasama ini juga turut menyumbangkan 1,000 naskhah buku cerita yang berkenaan kepada perpustakaan di lima buah negeri sempena kempen #MalaysiaMembaca yang dilancarkan oleh kerajaan menerusi rancangan Dekad Membaca Kebangsaan. Perpustakaan yang terlibat adalah Perpustakaan Negara Malaysia serta empat lagi di Selangor, Perak, Johor dan Sarawak.



Selebriti antarabangsa yang juga seorang ibu penyayang, Sinje Lee bersama-sama dengan personaliti masyarakat penyayang berpengaruh seperti Sarah Tan, Racheal Kwacz, Jay Jamalina dan Kristie Chan, masing-masing telah tampil untuk menyumbangkan suara mereka yang lunak sebagai tukang cerita di dalam buku audio tersebut. Buku cerita ini boleh didapati dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin.



"Unleash The Superhero In You" adalah sebuah cerita yang mengisahkan tentang watak Alison dan bagaimana sesuatu perkara itu tidak mencerminkan keadaan yang sebenar. Sepanjang kehidupannya, dia cuba melakukan perubahan besar dengan membantu orang di sekelilingnya. Sebagaimana yang kadang-kadang terjadi dalam kalangan ahli keluarga dan teman-teman, ianya lebih mudah untuk melihat dan mengkritik sahaja, tidak membabitkan diri dan tidak peduli terhadap nasib orang lain. Tidak sekadar mengharapkan sesuatu keajaiban, kita perlu membenarkan orang seperti Alison untuk menjadi sumber inspirasi bagi menyerlahkan adiwira di dalam diri kita demi membina dunia yang lebih baik. Kisah ini ditulis dengan niat untuk memberi inspirasi dan memupuk nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.

Untuk pembelian buku cerita, boleh kunjungi

Me Books Store

Maklumat Lanjut


Mengenai Me Books Asia
Me Books Asia ialah sebuah aplikasi penceritaan yang telah memenangi anugerah dan menawarkan lebih 400 buku audio daripada penerbit buku kanak-kanak terbaik di seluruh dunia serta cerita tempatan yang disuarakan dan dilukis oleh karyawan Asia di bawah sayap Me Books Creations miliknya. Buku audionya yang diterbitkan menerusi aplikasi Me Books Plus dinikmati lebih 2 juta pengguna di seluruh dunia dan dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukannya di rantau Asean berbekalkan misinya untuk memudahkan semua orang mendapat akses dan mampu memiliki bahan bacaan berkualiti. Me Books Asia adalah hasil kerjasama antara para pendidik, doktor, ahli psikologi dan ibu bapa yang mahu menghubungkan antara pendidikan dan teknologi. Maklumat lanjut mengenai Me Books Asia, boleh kunjungi https://www.mebooks.asia.

Mengenai MBO Cinemas
MBO Cinemas telah semakin berkembang sebagai jenama terkemuka dalam industri pawagam sejak ia mula dibuka kepada rakyat Malaysia pada 2005. Kini, ia merupakan salah satu daripada tiga francais pawagam terbesar di negara ini. Baru-baru ini, ia telah dianugerahkan dengan Anugerah Gangsa oleh Anugerah Jenama Putra 2018 bagi kategori Hiburan dan Anugerah Syarikat Terbaik CSR Malaysia 2019 bagi kategori Hiburan. MBO sentiasa bergerak maju menerusi rancangannya untuk mengembangkan 26 lokasi, berusaha menjadikan pawagam pilihan utama rakyat Malaysia dengan menawarkan pengalaman hiburan berkualiti yang disampaikan oleh kumpulan pencinta filem yang ramah dan profesional. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.mbocinemas.com.

Khamis, 22 Ogos 2019

McDonald's Malaysia Raikan Identiti Sebagai Syarikat Malaysia Melalui Citarasa Tempatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Aku merenung ke luar jendela. Memerhati kanak-kanak riang sedang bermain dengan gembiranya. Seronok tengok mereka tidak perlu memikirkan banyak perkara."

Aku terus melangkah lesu ke meja komputer. Beberapa helaian gambar dalam memori laptop diselak untuk dipilih sebagai gambar terbaik dalam Blog Kesayangan Milikku. Satu keluhan berat dilepaskan tatkala memikirkan terlalu banyak kerja-kerja yang belum disiapkan. 

***********************************

Teeetttttt..... Apahal tetiba seketul LeYa ni berjiwang pulak. Hahaha... Lain maciamm teruk betul dia punya intro... Kah..Kah...Kah...


McDonald's Malaysia Raikan Identiti Sebagai Syarikat Malaysia Melalui Citarasa Tempatan

Berbalik kepada situasi dan hakikat sebenar. Baru-baru ini LeYa berkesempatan meraikan sambutan kemerdekaan ke-62 dengan meraikan 37 tahun McDonald's Malaysia di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, lokasi pertama yang dibuka pada tahun 1982. Kalau korang nak tahu, korang dah boleh panggil dengan panggilan "Mekdi" yang sering kita sebut-sebut tu sebab dah diiktiraf dan jelas terpampang di papan tanda restoran McDonald's Bukit Bintang.

Dek keprihatinan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong pembangunan jenama McDonald's, jadinya panggilan mesra Mekdi diberikan agar ia lebih mesra dan mengeratkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia.


Yang menariknya lagi, dalam kita meraikan Bulan Kebangsaan ni, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan hidangan kegemaran tempatan rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak McD dengan versinya tersendiri. Hidangan nasi lemak itu disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng berserta sambal yang pedas lagi enak. Tambahan pula, korang boleh juga menambah selera dengan Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau. Memang menggiurkan LeYa bila teringat saat menyuapkan sesudu demi sesudu ke mulut. Auuummmmm.... Yummy!


Bukan itu sahaja. Selain menu utamanya, turut diperkenalkan juga menu mengikut citarasa Malaysia seperti Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Citarasa tempatan ini turut diberi kombinasi yang sungguh menyelerakan dengan menu pencuci mulut seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol.

 

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap, 24 jam sehari. Harga bagi setiap hidangan adalah

Set Nasi Lemak McD + Milo Ais (Sarapan Pagi) = RM5.99
Set Nasi Lemak McD + 1 Keping Ayam Goreng McD + Teh Ais Limau = RM12.99
Set Nasi Lemak McD + 2 Keping Ayam Goreng McD + Teh Ais Limau = RM15.99



McDonald's Malaysia - Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir kesemua perniagaan McD Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan yang bermula daripada menunya, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal. Antaranya seperti:

Penggunaan bahan-bahan tempatan
80% daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran dan sos cili kegemaran rakyat tempatan turut dihasilkan dan diperolehi dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia
McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia dan syarikat itu sangat komited menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjanya di setiap peringkat.


Pemegang francais 100% warga Malaysia
McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan adalah warga Malaysia yang mengendalikan lebih 30 restoran di seluruh Malaysia.

Aktiviti akar umbi setempat
Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal kebajikan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.


Inisiatif amal kanak-kanak Malaysia
Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program 'Kembali ke Sekolah' yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.


Menyedari populariti Nasi Lemak dalam kalangan rakyat Malaysia, McDonald's Malaysia juga telah memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September). Jadi, jom lah kita sama-sama memartabatkan hidangan tradisi Nasi Lemak ni sebagai menu kebangsaan!

Sebarang maklumat, boleh layari http://chng.it/LDfjGDJsQs


Untuk maklumat mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, boleh layari



Ahad, 18 Ogos 2019

Hargai Alam Sekitar, Jom Menanam Pokok Dalam Suasana Tenang Di FRIM, Kepong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

LeYa nak ucapkan tahniah kepada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Institut Perangkaan Malaysia (ISM) dalam penganjuran aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menanam pokok bersempena Kongres Statistik Dunia ISI ke-62 (ISI WSC) 2019 di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam aktiviti ini datang dari delegasi tempatan dan antarabangsa Kongres Statistik Dunia ISI ke-62 (ISI WSC) 2019.


Hargai Alam Sekitar, Jom Menanam Pokok Dalam Suasana Tenang Di FRIM, Kepong

Majlis Latihan Penanaman Pokok CSR ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan ke-62 ISI World Statistics Congress 2019 di FRIM, Kepong pada 17 Ogos 2019. Untuk pengetahuan korang juga, ISI WSC 2019 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 18 hingga 23 Ogos 2019. Kongres ini akan menyaksikan perhimpunan komuniti statistik dari seluruh dunia untuk membincangkan pembangunan, cabaran dan inovasi dalam bidang yang berkaitan dengan sains statistik. Kongres ini yang juga sangat berprestij akan meletakkan Malaysia di pusat perhatian dan akan mendorong peranan Malaysia dalam meningkatkan pembangunan sains statistik.



Antara objektif utama aktiviti menanam pokok ini adalah untuk membendung segala kerosakan alam sekitar dan juga sebagai menyokong kempen Green Malaysia dengan mengimbangi sebahagian daripada jejak karbon yang disebabkan oleh perkembangan yang pesat hari ini. Sejumlah 40 anak pokok yang terdiri daripada spesies flora hutan asli Malaysia ditanam bagi memperingati acara ini.


Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai dalam kehidupan kita. Kebanyakan manusia sangat-sangat memerlukan sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan nyaman. Oleh itu, tidak salah kiranya sesekali kita meluangkan masa untuk bersama-sama menjalankan aktiviti sihat menanam pokok ini sambil merasai kenyamanan udara segar dari bumi hijau ini.

Jadi, dengan menjalankan aktiviti seperti ini, pastinya ia akan menyumbang kepada kesedaran umum tentang betapa pentingnya pemulihan dan pemuliharaan hutan yang merupakan aset negara tidak ternilai.




Jadi, dengan adanya aktiviti ini, apa kata ajar dan didik anak-anak kita sedari kecil dengan kelebihan bercucuk tanam atau berkebun. Menanam juga mendidik mereka lebih berani bermain dengan persekitaran jika terdapat serangga atau ulat serta persekitaran kotor. Ia adalah aktiviti yang bagus untuk merangsang minda dan cara pemikiran anak-anak dalam menangani sesuatu masalah.

Tambahan pula, ia merupakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 5P untuk mencapai masa hadapan yang lebih baik dan lebih mampan kepada semua. Aktiviti ini menangani cabaran global yang berkaitan dengan kemakmuran, perkongsian, keamanan, planet dan orang ramai.


Jadi, aktiviti menanam merupakan satu platform pendidikan yang bagus kepada semua. Dari situlah disiplin diri dipupuk dalam menjaga alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari

Website

Facebook

Khamis, 15 Ogos 2019

'Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel '

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haiii semua... Selamat Pagi Khamis kepada semua pembaca Blog LeYa. Pagi ni LeYa terasa nak join satu GiveAway yang dah lama LeYa tak buat dulu-dulu kan. Okay... Jom!


Actually, LeYa pun baru sahaja kenal Blog MadamCaramel atau lebih dikenali dengan 'MC' ni. By the way, seronok juga baca cerita-cerita di Blog MC. Best sangat blogwalking kat blog beliau. So, jom la semua sama-sama kita meriahkan semua aktiviti blogging dengan blogwalking ke blog kawan-kawan yang dulu sangat syok kita lakukan.

Kalau korang nak join GA ni pun tak susah. Follow je setiap syarat yang disertakan. Nak join? Klik Di Sini atau pada banner di atas.

Semoga ukhuwah kita semua kekal dan selamat bersegmen ye. Tata titi tutu.

Rabu, 14 Ogos 2019

Lepak Santai di Penang Road Famous Teochew Chendul, The Mines, Seri Kembangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay... Lama dah LeYa nak up story ni. Tapi asyik tak berkesempatan je kan. Hehehe... Hari tu LeYa dengan rakan LeYa, Tasya ada lah pergi jalan-jalan dekat The Mines, Seri Kembangan, Sajalah outing dengan kawan-kawan yang dah lama tak berme-time bersama. Dah penat jalan-jalan, cuci mata, terasa perut minta diisi. Kebetulan, LeYa terpandanglah satu restoran ni dan terus ajak Tasya makan-makan dan lepak santai di Penang Road Famous Teochew Chendul di tingkat 1.


Lepak Santai di Penang Road Famous Teochew Chendul, The Mines, Seri Kembangan

Actually, memang banyak jer tempat makan area sini. Tempat makan kat sini pun semua selesa dan berhawa dingin. Tapi LeYa tertarik untuk try dan rasa makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, The Mines ni. Lepak lama-lama, borak-borak dengan Tasya pun takde hal sebab selesa dan sejuk je kan. But, kalau time crowded kena lah fikirkan untuk orang lain yang datang nak makan jugak. Hehehe... Yang menariknya pilihan makanan kat sini sudah tentulah makanan tempatan yang asli dan enak. Restoran Teochew Chendul ni memang sangat terkenal di Pulau Pinang. Tapi, memandangkan LeYa berada di Kuala Lumpur dan tak tahu bila nak ke Penang tuh, jadinya baiklah singgah dan makan dekat The Mines, Seri Kembangan ni jer. Tak silap LeYa ada beberapa outlet juga berada di sekitar KL ni. So, korang tak perlu risau okay! Jom tengok apa kitorang makan.


Menu 1: Penang Mee Hoon Soup RM10.90


Ni merupakan makanan yang di pesan Tasya. Katanya teringin sangat nak makan sup-sup. Korang boleh try makan mee sup ni dekat sini. Memang sangat sedap.

Menu 2: Penang Curry Mee RM10.90


Okay... LeYa memilih untuk rasa makanan berkuah dan panas juga. Nak diambil sup, pilihan dah dibuat Tasya. So, LeYa pun decide rasa Penang Curry Mee ni. Kuah dia rasa pekat dan ada pedas. Memang sedap dan rasa panas jer masuk ke tekak LeYa yang kering ni. Tapi, masa tu baru nak sembuh sakit, jadinya LeYa tak dapat nak habiskan makan dek rasa mual sebab terlalu banyak. Mungkin nak repeat makan lagi lah dengan Mr. Otomen Taro pulak.


By the way, LeYa memang sukalah makan di Penang Road Famous Teochew Chendul, The Mines ni. Rasa setiap makanannya sangat sedap dan kena dengan selera LeYa. Next time, memang nak ajak Mr. Otomen Taro dating makan-makan kat sini lah. 

Isnin, 12 Ogos 2019

Menstrual Cup, Rangkaian Pembersihan Wanita Selepas Tampon dan Pads

Assalamualaikum dan Saslam Sejahtera...

Hari tu LeYa ada lah intai-intai Google tentang "Menstrual Cup" atau Cawan Haid sebagai pengganti kepada pad yang kita sedang gunakan ni. Jom! Kita tengok apa sebenarnya "Menstrual Cup" ni.


"Menstrual Cup" atau Cawan Haid adalah satu alat kebersihan feminin untuk wanita yang dimasukkan ke dalam faraj ketika haid. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan cecair haid dan mencegah kebocoran dari terkena pakaian. Cawan haid biasanya dibuat daripada silikon gred perubatan yang fleksibel dan berbentuk seperti loceng dengan stem. Stem digunakan untuk penyisipan dan penyingkiran. Setiap 4-12 jam (bergantung kepada jumlah aliran), cawan dikeluarkan, dikosongkan, dibilas dan dimasukkan semula. Setelah selesai digunakan, cawan perlu direbus selama sekurang-kurangnya 5 minit dan disimpan untuk kegunaan pada bulan berikutnya.

Tidak seperti tampon atau pad, cawan ini mengumpul cecair haid daripada menyerapnya. Satu cawan boleh digunakan semula sehingga lima tahun atau lebih. Ini sebenarnya menjadikan ia kos jangka panjang lebih rendah daripada tampon ataupun pad walaupun kos permulaannya adalah sangat tinggi. Cawan haid ini juga dikatakan lebih praktikal dan mesra alam kerana penggunaannya yang dapat mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan daripada kitaran haid serta tidak ada sisa harian dan jumlah bungkusan yang dibuang juga berkurangan.

Kebanyakan jenama cawan haid ini dijual tanpa warna dan lut sinar. Namun, ada juga beberapa jenama yang menawarkan cawan berwarna seperti merah jambu atau ungu.

Cawan haid adalah pilihan selamat untuk menjaga kebersihan.

Sumber Google

Cara Penggunaannya
  1. Lipat dan picitkan cawan haid dan kemudian dimasukkan ke dalam vagina. Kebiasaannya ia akan terungkap secara automatik dan terus melekat ke dinding faraj. Namun, ada sesetengah kes yang mana pengguna perlu memutar cawan atau membengkokkan otot faraj untuk memastikan cawan dibuka sepenuhnya. Sekiranya dimasukkan dengan betul, cawan tidak akan bocor atau menyebabkan ketidakselesaan. Sebagai perbezaan dengan tampon, cawan haid ini terus diletakkan lebih rendah pada saluran vagina. Stem perlu sepenuhnya di dalam vagina. Terdapat pelbagai teknik melipat untuk dimasukkan seperti lipatan biasa, lipatan c dan juga lipatan tebal.
  2. Sekiranya memerlukan pelinciran, ia harus berasaskan air.
  3. Selepas 4-12 jam penggunaan (bergantung kepada jumlah aliran), cawan dikeluarkan dengan mencapai stemnya untuk mencari dasarnya. Tidak digalakkan menarik stemnya untuk mengeluarkan cawan kerana boleh membuat sedutan. 
  4. Selepas dikosongkan, cawan itu hendaklah dibilas dan dimasukkan semula. Ia boleh dibasuh dengan menggunakan sabun yang lembut atau disterilkan dalam air mendidih selama beberapa minit pada akhir kitaran. 

Kelebihan
  • Apabila menggunakan cawan haid, cairan haid dikumpulkan selepas ia mengalir dari serviks dan dipegang dalam bentuk cecair. Dengan tampon, cecair diserap dan diselenggarakan dalam bentuk semi-koagulasi terhadap serviks.
  • Cawan haid mengumpul cecair haid di dalam faraj dan biasanya tidak bocor (jika dikosongkan cukup kerap dan dimasukkan dengan betul). Sesetengah wanita mengalami kebocoran kerana penggunaan atau saiz cawan yang tidak betul. Sebagai contoh, cawan haid mungkin bocor jika ia tidak dimasukkan dengan betul dan tidak terbuka sepenuhnya dan mengelak dinding vagina.
Sumber Google

Jenis

Cawan haid umummya berbentuk loceng dengan beberapa pengecualian. Kebanyakan jenama menggunakan silikon gred perubatan sebagai bahan untuk cawan haid walaupun elastomer lateks dan termoplastic sebagai pilihan. Cawan haid yang dibuat daripada silikon biasanya direka untuk bertahan selama 1 hingga 5 tahun.

Majoriti jenama cawan haid di pasaran menjual cawan yang boleh digunakan dan bukannya cawan pakai buang.

Sumber Google

Actually, LeYa pun masih takut-takut untuk menggunakannya. Macam ngilu je rasa. Ada ker pembaca Blog LeYa ni yang dah try guna Menstrual Cup ni sebagai pengganti kepada teknologi dulu iaitu pad?? Jom kongsikan pengalaman korang kat ruangan komen di bawah ye.