Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Aiskrim sememangnya merupakan favourite LeYa. Jadinya, lepak santai hujung minggu hari tu LeYa dan Otomen Taro jalan-jalan lah food hunting di kawasan sekitar tempat tinggal kami di Seri Kembangan. Dengan terkejut dan bangganya LeYa nak bagitahu yang LeYa dah jumpa satu port lepak yang best kat situ. Port baru ni memang selesa dan selamat. Port yang dimaksudkan adalah MyKori Dessert Cafe yang terletak di Equine Park, Seri Kembangan. Lokasinya pun sangatlah strategik.
MyKori Dessert Cafe - Equine Park ni sebenarnya merupakan sebuah cafe yang berkonsepkan cafe tradisional Jepun dan menu-menu yang dihidangkan disebut Kakigori atau lebih dikenali dengan pencuci mulut. Pelbagai jenis pencuci mulut dari Jepun korang boleh dapatkan di sini. MyKori Dessert Cafe - Equine Park ni baru sahaja sebulan bertapak di kawasan ini. Pada awalnya pun LeYa ingat cafe ni biasa-biasa je. Tapi rupanya ia lebih kepada konsep cafe ala hipster yang menjadi trend hari ini dan sangat selesa buat pengunjung untuk menikmati desserts dan lepak bersama keluarga atau kawan-kawan.
Masuk jer kat dalam MyKori Dessert Cafe - Equine Park, Seri Kembangan yang berada di tingkat satu ni, memang agak teruja dengan susunan meja yang kemas dan teratur. Ia agak selesa dan menarik untuk lepak lebih lama bersama yang tersayang.
Duduk dan baca menu yang diberikan pun dah buat LeYa terliur. Mana taknya dessert kan favourite LeYa dan mulalah tak tentu arah bilamana tengok gambar-gambar pada menu yang cantik. Macam nak order semua je gamaknya. Hehehe... Mujurlah Encik Suami, Otomen Taro ada untuk memulihkan keadaan LeYa yang gila dessert ni. Antara dessert yang kami order ialah:
- HoneyDew Kakigori RM26.00
- Boru RM14.00
- Chocoreo RM12.00
Best Japan Dessert in Kuala Lumpur
Aha! Seperti yang LeYa cakap tadi. Bila dah favourite tu pasti akan menikmatinya dengan penuh rasa hingga ke titik terakhir. Dan LeYa mengatakan YES untuk hidangan dessert ini kepada semua untuk turut merasainya. Portion aiskrim satu mangkuk tu pun boleh dimakan untuk 2-3 orang. Memang berbaloi sangat. Hidangan kami pesan ni pula boleh dimakan dalam 5-6 orang. Memang kembung perut kami berdua menikmati aiskrim yang sejuk dan sedap ni.
HoneyDew Kakigori RM26.00
Chocoreo RM12.00
Boru RM14.00
Bukan itu sahaja. Mesti korang dah tahu kan. Dengan zaman teknologi canggih ni, semua perkara kita nak umumkan. Lebih-lebih lagi kepada kaki Instagram. MyKori Dessert Cafe - Equine Park ni ada menyediakan ruang bergambar berkonsepkan hipster. Memang cantik! LeYa pun terjebak spam gambar banyak-banyak kat situ. Hahaha...
Secara keseluruhannya LeYa sangat berpuashati dapat lepak dan makan aiskrim kat sini. Memang rugi tau kalau korang belum datang dan rasai kenikmatan aiskrim Jepun ni. Kalau korang nak singgah, boleh lihat maklumat yang tertera di bawah:
Alamat
No 1-1, Jalan Equine 1A,
Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor
Waktu Operasi
Isnin - Ahad (1.00pm - 11.00pm)
Facebook
Instagram
These dessert very interesting 😊 in a Turkey "lokma" did You see it? Very smilar looks...
BalasPadamNot sure. Later I'll check ya
Padamtempatnya berkesan modern ya
BalasPadamYe betul tu.. Berkonsep moden dan sangat cantik
PadamSedapppnya Rabia x g lg
BalasPadamCepat pergi taw area Terengganu sana..
Padammmg best aiskrim ni...hari tu balik Kedah akak dah makan tapi kat KL ni belum lagi la sbb tunggu geng
BalasPadamOk next... Jom makan sama-sama.. Hehehe..
PadamTeringin sgt nak g mkn dekat mykori.. tp encik suami dh jaga makan so susah nak g mkn situ.. tp maybe nak bwk mak ayah liez pergi
BalasPadamYeah.. Lagi bagus la.gi makan bawa MakAyah kan..
Padamterliurnya tengok bingsu tuu..
BalasPadamBingsu Korea... Ni kakigori dari Jepun... Hehehe... Tapi lebih kurang je lah kan... Jom singgah dan rasai kelazatan MyKori Dessert
PadamSedapnya tengok tapi Qiss kalau makan ais ngilu sikit kat gigi. Gigi sensitif. Portion dia macam banyak. Kalau nak gi makan kena bawak kawan ni
BalasPadamAah.. Sangat byk.. Memang kena bawak ramai-ramai.. Baru best. Nak pergi nanti ajak LeYa ye.. Hehe..
Padam