Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Lama sudah LeYa tak bersiaran di laman blog ni. Almaklumlah setelah hampir dua bulan laptop sakit, LeYa terpaksa mengurangkan aktiviti blogging disebabkan tiada arah tujuan untuk menulis dengan tenang bersama laptop kesayangan ini.
Okay... Jom LeYa nak kongsikan pada korang semua tentang dua buah penginapan yang korang boleh inap bila datang ke Kuala Lumpur. Ianya mungkin bukanlah satu percutian mewah namun, korang akan rasai keselesaan ketika bermalam di sini dengan segala kemudahan awam dan pusat membeli-belah yang berdekatan. Pendek kata, korang boleh jalan kaki jer mencari tempat-tempat makan menarik di sekitar Kuala Lumpur ni. Jom!
Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang kita tahu sangat pesat membangun. Sudah tentu terdapat juga banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati sekitar Kuala Lumpur ni. Pusat membeli-belah terkenal dan makanan yang sering menjadi tarikan seluruh dunia juga korang boleh dapati di sini. Memang rugi lah kalau melancong ke Malaysia, tak melawat ibu negara Kuala Lumpur ni. Bak kata orang ramai, tak lengkap lah kalau tak melawat Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang tersergam indah tu.
Bila dah sampai ke KL, pasti korang tercari-cari hotel bajet yang berbaloi dan berdekatan dengan segala kemudahan awam. Dah penat-penat meronda Bandaraya Kuala Lumpur, pasti nak berehat dan santai di dalam bilik. So, apa kata kalau korang try penginapan di Lotus Hotel Masjid Jamek dan Lotus Hotel Medan Tuanku.
Lotus Hotel Masjid Jamek
Lotus Hotel Masjid Jamek terletak betul-betul di tengah kotaraya dan sangat strategik lokasinya. Korang akan rasa seronok dan mudah ketika menginap di sini. Apa yang bestnya?
- Hotel ini berdekatan dengan LRT Masjid Jamek. Jadi, korang bolehlah nak berjalan-jalan sekitar KL dengan menaiki LRT di sini.
- Selain itu, korang pasti seronok bila dapat bershopping di KLCC, Times Square, Sogo dan lain-lain. Pengangkutan awam lain pun banyak seperti Rapid Bus, Bus Go KL City Bus (Free Tambang), Teksi dan Grab.
- Sepanjang penginapan korang di Lotus Hotel Masjid Jamek ni, korang bolehlah menikmati pemandangan dan berjalan kaki di laluan Masjid India hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk shopping murah-murah dan berbaloi.
- Nak ke Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Petaling Street pun dekat. Pendek kata, korang boleh buat semua aktiviti ni dengan hanya berjalan kaki sahaja.
- Tempat-tempat makan menarik pun banyak dan mudah didapati.
Dah tahu segala kemudahan dekat, jom LeYa bawa korang untuk mengintai bilik-bilik penginapan yang terdapat di Lotus Hotel Masjid Jamek.
Ada beberapa jenis bilik penginapan yang korang boleh pilih ketika menginap di sini. Antaranya adalah seperti
Standard Single - RMRM150 per night
Superior Single - RM170
Standard Double (no window) - RM200
Superor Double - RM270
Deluxe Double - RM250.00
Sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh layari maklumat tertera:
Website
Alamat
Lotus Family Hotel
Masjid India
45, Jalan Melayu, City Centre
50100 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon
03 - 26921881
Lotus Hotel Medan Tuanku
Risau Lotus Hotel Masjid Jamek penuh, jom LeYa bawa korang untuk menginap di Lotus Hotel Medan Tuanku pula. Lokasinya terletak di pusat beli-belah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit, bangunan MARA, Pertama Kompleks, SOGO, Mydin dan JAKEL. Fuuhhhh.... betul-betul menguji iman wanita LeYa ni. Semuanya berdekatan dengan shopping mall. Best sangat ni kalau dapat cuci mata kat setiap Mall tuh kan. Hehehe... Nasiblah Encik Otomen Taro nanti. Kena follow je Puan Isterinya bershopping.
Kat sini juga korang jangan khuatir. Sebab masih terdapat pengangkutan awam, stesen LRT, Bas, Teksi dan Grab. Sangatlah senang dan selesa dengan segalanya ada di sini. Jalan-jalan cari makan pun mudah. Jom kita tengok sikit bilik penginapan yang ada di Lotus Hotel Medan Tuanku pula.
Jenis bilik penginapan di sini juga lebih kurang sama dengan Lotus Hotel Masjid Jamek. Antara yang korang boleh dapatkan mengikut bajet korang adalah
Single Room - RM105
Twin Room - RM140
Double Room - RM140
Deluxe Double Room - RM160
Triple Room - RM180
Family Room - RM220
Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh layari maklumat tertera di bawah:
Website
Alamat
Lotus Family Hotel
Medan Tuanku
2, Lorong Medan Tuanku 1, Chow Kit
50300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon
03 - 26941881
Aha! Selain tuh korang juga boleh rasai makanan India yang terbaik di Restoran Lotus. Nak lebih terliur, bolehlah tengok di Channel makan LeYa dan Otomen Taro ni.
Boleh tahan gak harga bilik dia erk..
BalasPadamAah... Tak murah tak mahal sangat..hee..😁😁
Padamboleh tahan harganya, but boleh cuba, sebab kalau sabtu rajin tdo semata nak jalan2 sogo or jakel
BalasPadamMemang sangat boleh lah tuh... Hehe..
PadamEh ok lah harga bilik dia sebab terletak dekat tgh bandar kan. Lokasi dia strategik tu.
BalasPadamYe betul tuh... Tak perlu nak jauh-jauh... Semua ada berdekatan di sini je
Padamboleh tahan lah harga dia tu... kalau rezeki boleh cuba try heheh
BalasPadamInsyaAllah ada rezeki nanti boleh singgah ye
Padamcantik dan kemas hotelnya
BalasPadamYup.. Not bad juga... Memang orang luar negara pun suka stay sini
PadamPErnah carikan hotel ini kt mmber masa dia dtg KL dulu. . Mmg selesa hotel ni
BalasPadamOh Yeke? Baguslah... Hehe.. Memang selesa sangat. Orang putih pun ada yang repeat dua tiga kali stay sini
Padam