Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Penjagaan kesihatan amatlah penting untuk diri kita. Menurut laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD) merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Ini kerana ia memberikan gambaran yang menakutkan tentang kesan penyakit ini terhadap mortaliti manusia seluruh dunia.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan pada bulan September tahun lalu, NCD merupakan punca utama kematian di seluruh dunia dan penyebab kepada 41 juta daripada kematian dunia yang berjumlah 57 juta pada 2016. Antara penyakit yang dikenalpasti sebagai penyebab kepada NCD adalah penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit pernafasan kronik dan diabetes.
Menurut Ho Swee Lin, pengurus besar Cambert (M) Sdn Bhd, NCD dikenali sebagai penyakit zaman moden dan sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan gaya hidup dan tabiat kita sendiri. Keadaan dikatakan lebih teruk di Malaysia di mana mendapati kematian akibat penyakit kardiovaskular menyumbang 35% daripada jumlah kematian di negara ini, lebih tinggi daripada purata global sebanyak 31%.
Selain itu, S.L. Ho juga berpendapat persekitaran kompetitif yang wujud pada hari ini memaksa semua orang bekerja keras dan menggunakan banyak masa demi menangani persaingan hidup. Jadi, orang ramai terpaksa menjalani tabiat pemakanan dan gaya hidup yang memungkinkan penyebab keradangan kronik dalam tubuh badan mereka.
Oleh yang demikian, inisiatif untuk lebih sihat, S.L. Ho telah melaksanakan pelbagai makanan kesihatan popular ke setiap farmasi runcit seluruh negara bagi memperkenalkan suplemen kesihatan Theracurmin yang mempunyai rumusan curcumin yang terbukti secara inovatif dan klinikal menggunakan ekstrak Curcuma Longa atau lebih dikenali dengan kunyit.
Kajian juga menunjukkan yang Curcumin boleh mematikan aktiviti keradangan utama dalam badan dengan menghalang kompleks protein yang dikenali sebagai NF-kB atau faktor nuklear kappla-light-chain-enhancer sel B diaktifkan yang dipercayai memainkan peranan utama dalam pelbagai penyakit kronik seperti artritis, penyakit kardiovaskular, kanser, sindrom metabolik, Alzheimer serta keadaan degeneratif yang lain.
Dengan menambah suplemen kunyit ke dalam diet harian, tidak semua produk curcumin atau kunyit yang ada di pasaran mampu memberi manfaat yang diingini kerana kunyit bentuk aslinya tidak larut dalam air dan mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah yang mencukupi untuk sel dan tisu badan serta mempunyai tahap penyerapan yang sangat rendah.
Theracurmin ini berkesan kerana ia dihasilkan melalui proses yang dipatenkan menggunakan teknologi Nano-zarah Jepun yang memanfaatkan sistem granulasi dan penggantungan ultra-halus untuk menukar serbuk kunyit kepada zarah sub-mikron yang digelar curcumin Nano-zarah.
Proses yang digunakan ini membolehkan curcumin diserap dan disimpan selama 24 jam dalam badan dan membolehkan tubuh badan mendapat perlindungan segera dan lebih lama daripada keradangan.
Theracurmin telah diuji juga secar klinikal dengan meluas dan terbukti memberi banyak manfaat yang dapat meningkatkan kesihatan seseorang terhadap penyakit berkaitan dengan gaya hidup.
Selain itu, pengambilan curcumin juga mampu meningkatkan fungsi otak dan menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan otak melalui peningkatan tahap faktor neurotropik yang berasal dari otak atau protein BDNF, yang meningkatkan neuron baharu dalam otak.
Dalam satu penyelidikan klinikal juga menunjukkan Theracurmin boleh meningkatkan fungsi dinding saluran darah yang membolehkan tubuh manusia mengawal tekanan darah dengan lebih baik dan menghalang pembekuan yang menyebabkan penurunan 65% dalam risiko serangan jantung.
Suplemen kesihatan Theracurmin ini boleh didapati di semua peruncit dan farmasi terkemuka seluruh negara dan makanan tambahan ini disediakan dalam bentuk kapsul yang setiap satunya mengandungi 100 gram curcumin iaitu bersamaan 4 sudu besar penuh serbuk kunyit.
Jadi, jom amalkan gaya hidup yang sihat dengan produk Curcumin!
Good post 😊 thanks for your sharing 😊😊
BalasPadamWelcome dear
Padamterbaek. good info :)
BalasPadamTerima kasih
PadamKunyit memang bagus dan terkenal khasiatnya di serata dunia..
BalasPadamBetul3x tu Kak SA. Kunyit memang sangat berkhasiat dan sering diamalkan oleh nenek moyang kita dulu-dulu
Padamnice share.. salam ramadhan..
BalasPadamThank you... Salam Ramadhan too
Padamselamat ada dalam bentuk kapsul. kalau minum mcm tu, kak ana rasa kak ana tak mampu telan nanti.hehe
BalasPadamUntuk perempuan je ke, Lelaki boleh consume tak?
BalasPadam