Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini LeYa berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan di Royal Chulan Damansara, Petaling Jaya. Dalam pelancaran ini, ia bertujuan memperkenalkan seterusnya melancarkan Produk Kad Prabayar Edisi Eksklusif Rozita Che Wan kepada peminat di samping mencari usahawan yang berminat untuk menceburkan diri menjadi pengedar kepada kad sim ini.
Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan merupakan kad prabayar yang ditawarkan khusus buat peminatnya di seluruh negara menggunakan jenama MyPrepaid. Kad Prabayar ini juga merupakan hasil kerjasama Rozita Che Wan sebagai Brand Partner kepada My International Mobile Sdn Bhd.
Kad ini hanya bernilai RM10 dan tersedia kredit percuma bernilai RM5 untuk panggilan, SMS dan Data serta mempunyai liputan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Kad Prabayar ini dikeluarkan kerana menghargai jasa peminatnya dengan menawarkan pelan caj panggilan yang super jimat, menawarkan peluang kepada peminat untuk menjadi usahawan dan membina hubungan baik dengan semua peminat.
Kelebihan Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan
Kalau korang nak tahu lagi, dengan memiliki kad prabayar ini, korang diberi beberapa kelebihan yang pasti menyeronokkan. Antaranya ialah:
- Pelan Harga super jimat yang memberikan 3x ganda lebih masa berbual berbanding dengan kad lain di pasaran.
- Caj panggilan adalah 12.5 sen dengan blok 30 saat, 10 sen untuk SMS dan 10 sen/MB untuk data Pay As You Use.
- Setiap tambahnilai akan menerima KREDIT PERCUMA secara berganda.
- Setiap RM10 tambahnilai akan digandakan secara percuma oleh syarikat. Ini menjadikan jumlah kredit keseluruhan yang mereka terima adalah sebanyak RM20. Nilai maksima tambah nilai adalah RM50. Sebagai contoh seperti berikut:
- Tambahnilai RM10, Terima tambahan kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM20
- Tambahnilai RM20, Terima tambahan kredit RM20 menjadikan keseluruhan kredit RM40
- Tambahnilai RM30, Terima tambahan kredit RM30 menjadikan keseluruhan kredit RM60
- Tambahnilai RM40, Terima tambahan kredit RM40 menjadikan keseluruhan kredit RM80
- Tambahnilai RM50, Terima tambahan kredit RM50 menjadikan keseluruhan kredit RM100
- Pelan Data Internet TANPA HAD AKSES dan HAD KELAJUAN.
- Perlindungan Takaful kemalangan peribadi percuma kepada setiap pengguna.
- Menerima mataganjaran bagi setiap tambahnilai yang dibuat dan boleh ditebus untuk pelbagai baucer barangan di seluruh negara.
Program Usahawan Kad SIM Glamor Edisi Eksklusif Rozita Che Wan
Ini yang lagi menarik! Korang yang memang berminat nak berniaga tu bolehlah ambil peluang ni dengan sekadar segera. Sebab ia sangatlah terhad. Hanya terbuka kepada 500 pendaftar terawal sahaja dan pendaftaran mula dibuka pada 29 April 2019 sehingga 11 Mei 2019.
Bagi korang yang berminat nak menjadi agen, perlulah bayar sebanyak RM3,888 dan perlu membuat bayaran penuh pada 11 Mei 2019 dalam satu majlis dan seterusnya akan ditempatkan dalam program pembangunan usahawan pada hari yang sama. Agen yang mendaftar akan diberi tools pemasaran.
Apa yang Usahawan terima dengan nilai RM3,888
- 30 unit Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan
- Akses VIP kepada sistem Vendor MyPrepaid bernilai RM4,890 yang membolehkan usahawan melakukan perkara seperti mengaktifkan SIM, menjual tambahnilai MyPrepaid, menjual tambahnilai jenama lain prabayar di Malaysia, menjual tambahnilai jenama lain prabayar di 130 negara di dunia dan mendaftarkan agen lain.
- Layak menerima Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi Percuma bernilai RM20,000 dan tambahan skim pengurusan jenazah bernilai RM2,000.
- Tools pemasaran seperti buku, Brochure, Bunting dan buku Menu bernilai RM400.
- Wallet Tambahnilai berbilai RM100
- 1x Baucer diskaun 20% bagi jenama barangan byRCW
- 1x Tiket majlis berbuka puasa bersama Rozita Che Wan bernilai RM250 pada 19 May 2019.
- 1x Tiket cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM100,000.
Cara Mendaftar Menjadi Usahawan
Ok... tibalah masa yang korang nanti-nantikan. Cara bagaimana untuk menjadi usahawan Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan? Mudah sahaja! Korang yang berminat boleh layari laman web www.myprepaid.com.my bermula dari 29 April 2019 sehingga 10 Mei 2019.
Selain itu, korang juga boleh hubungi di talian:
My International Mobile Sdn Bhd
Aras 1, B1-1-1 Gaya Commercial Center
Jalan Taman Pusat Bandar Melawati
53300 Kuala Lumpur.
Telefon | +603 - 4101 2648
WhatsApp | +6011 3890 2561
Email | info@myprepaid.com.my
Facebook | https://www.facebook.com/MyprepaidHQ/
Instagram | https://www.instagram.com/myprepaid.official/
Website | www.myprepaid.com.my
wahhh bestnya, bila tambah nilai dapat amaun berganda! Memang makin sayang lah fans Che Ta lepas ni
BalasPadamFarhana Jafri
Betul3x... Lebih menjimatkan..
PadamGlamor gitu kan?best dpt jumpa Che Ta yg memang cantik sgt, kad sim dia pun byk keistinewaannya.
BalasPadamBetul tuh. Bukan setakat cantik je tapi sempoi bak hang... Hehe..
Padamperghh sekali ganda nilai dia top up kan tu. berbaloi sgt tu leya.
BalasPadamBetul3x... Memang berbaloi
Padam