Khamis, 9 Mei 2019

Nak Cantik & Sihat Di Hari Raya? Singgah dan Rawat Diri Di The Beauty Expert Academy Spa, Cheras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kebelakangan ni LeYa sangat sibuk dengan kerja-kerja yang dijadualkan oleh aktiviti-aktiviti blogging yang dilakukan. Ke sana sini pergi tidak kira attend events, travel dan tidur lewat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Jadi, bila dah penat bekerja tu, haruslah ambil masa satu hari untuk manjakan diri dengan rawatan spa. Kali ini, LeYa nak bawa korang semua dengan satu spa yang sangat terbaik perkhidmatannya dan harganya juga berbaloi-baloi jika korang mendapatkan khidmat di sini. Ok, Jom!


Bila cakap pasal urut-mengurut ni, kalau dahulu LeYa sangatlah malu dan takut jika badan ni nak diurut orang. Tapi, bila dah terjebak ni, memang feeling segar sangat badan lepas dimanja-manjakan dengan urutan. Habis segala angin dalam badan dikeluarkan. Oh! Tenangnya dunia saat itu. Hehehe...


Jom, LeYa kongsikan sedikit pengalaman ketika berurut di salah sebuah pusat urut terkemuka, The Beauty Expert Academy Spa, Alam Damai, Cheras yang boleh dikatakan bertemakan konsep Bali. Tujuan LeYa berkongsi ni adalah memberi peringatan kepada golongan wanita di luar sana untuk memberi penjagaan tubuh badan kita agar sihat dan segar sepanjang masa. Maklumlah, lebih-lebih lagi wanita bekerjaya macam LeYa ni kan. Isnin hingga Jumaat bekerja. Balik kerja dah nak siapkan urusan suami dan rumahtangga. Setiap malam sebelum tidur, pasti diminta suami untuk mengurut badan. Jadi, memang tersangatlah penat seharian kita tak rehat kan. Rutin harian yang memenatkan inilah membawa LeYa untuk merehatkan badan di rawatan spa ini.

Korang kalau nak cari lokasi spa ni, tak perlu risau pun. Sebab dengan teknologi yang semakin canggih sekarang, korang guna je aplikasi Google Maps atau Waze, sampailah nanti korang ke sini. Awal pagi juga LeYa sampai untuk temujanji dengan Therapist yang akan melayani LeYa sepanjang hari ni. Jom, LeYa bawa masuk ke dalam spa!


Melangkah sahaja kaki menaiki anak tangga menuju ke spa ini, dan masuk sahaja ke dalam, korang akan didendangkan dengan alunan lagu-lagu yang menenangkan seperti berada di Spa Bali. So, LeYa dijemput duduk dan diberi minuman herba sebelum memulakan rawatan. 


Tengok sahaja laluan nak ke bilik-bilik rawatan yang disediakan. Pemandangannya memang cantik kan. Pengalaman berurut sambil menikmati alunan lagu yang menenangkan memang benar-benar rasa berehat seperti di kawasan pantai di Bali. 

Oh Ya! Untuk pakej urutan di sini, ada banyak juga pilihan untuk korang cuba. Tapi hari tu LeYa memilih untuk rawatan Full Body Massage. Dah dikatakan tadi badan dah mula lenguh-lenguh dan sakit, jadi sebab itulah memilih rawatan ini berbanding lain. Di sini, terdapat 2 tukang urut yang sangat pakar mengurut semua pelanggan yang datang. Korang memang akan puas hati.

The Beauty Expert Academy Spa ni adalah spa muslimah. Jadi, selalunya kalau suami nak buat rawatan perlulah ada peneman isteri untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham nanti. Tapi, bagi LeYa sebaiknyalah kaum lelaki, carilah tukang urut lelaki juga. Lebih selesa bukan?



Selesai minum minuman herba, LeYa dibawa ke dalam sebuah bilik yang dilengkapi steam bath, katil spa dan di sebelah kiri terdapat ruang tangas. Untuk kali ini, LeYa tak memilih untuk pakej mandian tersebut. Jadi, yang LeYa akan gunakan hanyalah di bahagian katil dan ruang tangas. Sebelum tu, LeYa diminta menukar pakaian dan baring di atas katil yang disediakan. Lampu akan dipadamkan dan yang LeYa hanya dengar adalah alunan muzik yang begitu mendamaikan. Memanglah rasa macam berada di Bali lagaknya. Hehe...
Pengalaman urutan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit juga. Bermula dengan urutan di bahagian kaki sehingga membawa ke seluruh anggota badan. Memang terasa jugalah sakit ketika diurut tuh tapi badan yang lenguh-lenguh tadi rasa ringan dan segar sangat. Berjalan kaki selepas urutan pun rasa sedap jer.

Ketika sessi tangas, memang LeYa dapat rasakan satu kelainan di sini. Setelah didudukkan di kerusi dengan mengangkangkan sedikit peha, Therapist itu akan meletakkan periuk herba yang panas di bahagian bawah kangkang kita. Saat tu LeYa dah rasa bahang di bawah dah. Ada lagi menarik tau! LeYa ditutup dengan kelambu untuk merasakan lebih hangat lagi ketika menjalani rawatan. 

Fuuuhhhhh... Segala kekotoran keluar dan badan mula berpeluh-peluh seperti berada dalam larian 30 minit. Dah rasa badan semakin ringan dah time tu. Hilang segala lelemak di badan pulak rasanyaHehehe... Badan rasa sangat segar dan selesa sekali. Tapi yang paling tak boleh dilupakan masa tu, LeYa ada terasa nak pitam juga bila peluh keluar dengan sangat banyak macam buat rawatan sauna. Sangatlah best bila kali ini sesi tangas berjaya membuatkan LeYa segar dan sihat walaupun terpaksa berhenti awal kerana sedikit masalah pada diri LeYa yang rasanya ia terjadi disebabkan badan terlalu penat. Apa-apa pun LeYa rasakan ia adalah spa paling best di Cheras.


Selesai rawatan yang LeYa cuba hari tu, LeYa mempersiapkan diri dengan memakai semula pakaian LeYa tadi. Dan, LeYa dibawa ke ruang hadapan semula untuk merehatkan badan dengan minuman herba untuk kali kedua. Dek insiden pitam tadi, LeYa diberi makanan roti oleh Owner. Kenyang perut, LeYa berbual lah seketika dengan beliau. 
Sementara menunggu Owner bersiap untuk sessi bergambar dengan LeYa yang kaki Instagrammable sangat ni, LeYa usha-usha lah jugak apa yang ada kat situ. Wah! Korang boleh dapatkan juga produk kecantikan wajah dari spa ini sendiri dan koleksi tudung dan makeup yang dijual di sini. Memang best sangat!



Di The Beauty Expert Academy Spa, Cheras ni, korang boleh juga dapatkan rawatan lain. Antara yang tengah trend sekarang adalah rawatan Sulam Bedak. Selain itu, ada juga rawatan lain yang korang boleh cuba seperti:
  • Facial Resdung
  • Facial Oxygen
  • Facial Lifting
  • Facial LED
  • Facial Diamond
  • Facial Sulam Bedak
  • Full Body Massage
  • Combo Massage
  • Rawatan Selepas Bersalin (Posnatal Package)
  • Body Treatment
  • Bridal Spa Package
Dan banyak lagi rawatan yang dingini oleh wanita-wanita di luar sana dalam penjagaan badan yang lebih sihat dan segar.



Alasan LeYa dalam memilih rawatan di The Beauty Expert Academy Spa ini rasanya korang sendiri tahu kan. Sudah tentulah dengan kemudahan yang lengkap dan selesa ditambah lagi dengan therapist yang pakar dan terlatih. Lepas tu lagi, spa muslimah yang membuatkan LeYa menjaga batas-batas aurat dan lebih selesa tidak ada lelaki luar. Eh! Semuanya ok sangatlah. Korang patut cuba. Dari segi harga pun berbaloi dengan servis yang disediakan. So... Korang tunggu apa lagi? Nak raya ni mesti korang nak cantik-cantik kan? Jom sihatkan dan cantikkan diri korang dengan rawatan spa terbaik di Cheras ini. Yang paling korang kena cuba rawatan hot masa kini, rawatan sulam bedak yang ada di spa ini. Jom!



Untuk keterangan lanjut dan harga setiap pakej rawatan yang disediakan, boleh kunjungi laman sesawang yang diberikan:

Instagram

Facebook

Alamat
No 14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras, Selangor

Waktu Rawatan
Isnin - Jumaat : 10.30 am - 7.30 pm
Sabtu & Ahad : 10.00 am - 6.00 pm

Untuk sebarang pertanyaan whatsapp, boleh sahaja ke

30 ulasan:

  1. Amboi leya patot la makin meletup top top. Ini rahsia nya. Mcm best je spa no. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Cantik-cantik utk Raya.. Wajib singgah spa..hehe

      Padam
  2. Kalau dtg sini mst rasa nk dtg lagi kan.. best.. memang teringin nak buat treatment lain pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... LeYa nak try buat yang sulam bedak tu pulak nanti

      Padam
  3. Wah.. nampak cantik dan selesa lah spa ni.. mana tak orang ramai nak datang sini.. tengok semua tempat pun macam syok je membelai diri.. nak buat treatment macam-macam mesti sampai terlena jadinya kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dah terlena pun time die urut badan kita tuh..hehe.. Sedap h segar lepas dah bangun

      Padam
  4. Cantik sangat decoration Beauty Expert Academy ni! Baru tengok gambar dah jatuh cinta apa lagi kalau pergi sana. Banyak juga rawatan lain disediakan dekat sana. Berbaloi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Cantik dan kemas je.. Itulah.. LeYa pun nantu nak try buat yg lain tu jugak. Lagi² yang sulam bedak tu

      Padam
  5. dekat nak raya ni mmg wajib la pegi buat facial kan? kat sana nanti mereka akan buat kulit jadi flawles berserta urut dan nasihat ttg penjagaan kulit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Wanita dan kecantikan kan tak dapat dipisahkan.. Lagi-lagi nak raya.. Haruslah cantik..

      Padam
  6. Deco dia sangat cantik. Kalau sekali datang mesti nak datang lagi. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x.. Ni ingat memang nak dtg minggu depan ni

      Padam
  7. Oh konsep dia spa muslimah ya.. Baguslah.. Xdelah kaum wanita segan2 nak masuk kalau terlalu terbuka kan... Tgok rmi juga yg masuk sini dan puas hati dgn servis mereka ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... Spa muslimah.. Tak segan la kalau nak tukar pakaian atau terbuka tudung kita. Tapi kalau suami kite nak buat boleh cuma kita kena teman n masuk sekali

      Padam
  8. Wahhh jeles kita awk dapat manja2 kan diri kat spa. Sis dah lama betul ke spa ni..teringin jugak..mesti seronok. Selalunya boleh tertido bila badan kita dimanja manjakan kat spa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..betul.. Dah terlena dah time dia urut badan kite tu kak.. Rasa syok sangat samai taknak bangun..hee..😁😁

      Padam
  9. Seronoknya buat treatment kat sini. Bertangas tu memang bagus untuk luaran dan dalaman wanita. Last kita buat masa tengah berpantang dulu. Kira dah 7 tahun yang lalu jugalah. Rindu pula zaman tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uikkk...lama tu..kena pergi buat semula tu tangas tu..hehe

      Padam
  10. Bestnya Leya buatbtreatment kat sini. Naknraya ni mestilah kena buat treatmwnt ka . Nak nampak cantik dan sihat di pagi raya git . Dah lama tak buat treatment. Nanti nak buat jugaklah

    BalasPadam
  11. nikmatnya dapat manjakan badan dekat spa. mesti ringan badan lepas tu kan leya. rasa nak buat juga lah.

    BalasPadam
  12. Bestnya mengurut. Terasa segar badan.
    Kita last mengurut masa dalam pantang. Pastu ada sekali masa anak no.2 tu umur 8bulan kot. Masa tu sebab dada rasa ketat sangat.. Susah nak bernafas. Alhamdulillah smpai sekarang okay dh. Ni kalau la dapat sesi mengurut kat spa ni best ni.
    Lagi lagi spa ni muslimah kan.
    Tak la segan.

    BalasPadam
  13. Bestnya pergi manjakan diri kat spa. Emi pun weekend ni nak pergi spa, tapi area bangsar je. Manjakan diri sebelum raya, heheh

    BalasPadam
  14. Best dapat berurut lega badan dibuatnya. Qiss suka pi spa sebab yela tangan tak sampai nak urut sendiri.haha pernah dengar pasal bertangas ni. Macam ni ye prosedur dia. Memang boleh cuba ni. Baik untuk kesihatan kan.

    BalasPadam
  15. bestnya !! dah lama tak manjakan diri dekat spa2 nie. nanti nak singgahlah spa2 mcm nie. sesekali manjakan diri apa salahnya. tambah2 dekat nak raya nie. boleh buat facial utk seri di pagi raya. gituhh !

    BalasPadam
  16. SPA untuk lelaki boleh tak kat sini hehehe kita nak yang massage kita tu orang laki lah orang perempuan bahaya wakakakka... Tempat nampak cantik dan menarik lah rasa tenang jer hehehe...

    BalasPadam
  17. Best yer dapat "me time" kat spa yang cantik ni. Byk treatment offer kat sini. Berbaloi dtg sini, dpt rawat diri head to toe. Syok yer!

    BalasPadam
  18. sekarang ni mesti dah ramai orang pergi spa nak serikan muka, badan, rambut dan segalanya. yelah pagi raya nanti mesti nak cantik, handsome kan. baru seronok orang puji makin cantik. maklumlah jumpa sedara mara pun setahun sekali

    BalasPadam
  19. Menariknya! Tempat nampak selesa dan cantik sangat tu. I tak pernah try bertanggas, mcm best laa plak. Berurut pun dah lama tak buat ni.

    BalasPadam
  20. Wah best time nak raya mesti kena nampak cantik and berseri kan. Jadi kena pergi spa manjakan diri juga kan.

    BalasPadam
  21. Ooo..I really need to go for a massage. That day I went to the doctor first thing he asked me was do i have stress or not. Hahahha he says there's too many stiff area. But cheras too far for me. Hopefully soon, one day can visit this outlet.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com