Jumaat, 31 Mei 2019

Hong Leong Bank Melancarkan Program CSR untuk Menyemai Impian Kanak-Kanak yang Kurang Bernasib Baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena musim Hari Raya, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (‘HLB’ atau pihak ‘Bank’) telah melancarkan kempen musim perayaan ‘Menyemai Impian’ untuk menarik perhatian kepada amalan menyemai impian ahli masyarakat yang kurang bernasib baik dengan cara yang lebih mampan dan bermakna. Melalui program CSR ini, HLB berikhtiar untuk memulakan perjalanan celik kewangan bagi kanak-kanak rumah kebajikan di serata negara, dengan membuka akaun simpanan pertama mereka dan menyalurkan sumbangan untuk memulakan simpanan apabila pelanggan menjalankan transaksi ASB serta mendaftar dengan DuitNow dari 20 Mei – 23 Jun 2019.


Menurut kisah yang dikongsi oleh sejumlah rumah kebajikan kanak-kanak, bilangan lawatan dan jumlah wang tunai yang didermakan meningkat dengan ketara pada bulan Ramadan dan Syawal tetapi peningkatan mendadak dalam amalan kebajikan ini hanya sementara dan kurang meninggalkan impak jangka masa panjang. Wang yang didermakan serta duit raya yang diberi kepada kanak-kanak ini selalunya dibelanjakan serta-merta, dan tidak disimpan untuk memupuk amalan menyimpan bagi menyemai impian dan aspirasi masa depan mereka.


“Seiring dengan pemahaman dan komitmen kami terhadap pengurusan kewangan pelanggan dan peluang-peluang pembinaan kekayaan, kami melihat suatu peluang yang baik untuk bergabung tenaga bersama para pelanggan kami. Dengan membuka akaun-akaun simpanan untuk membantu kanak-kanak rumah kebajikan, kami dapat menyemai masa depan dan membantu mencapai impian mereka. Kami berharap dengan memiliki akaun simpanan mereka sendiri, ianya dapat menjadi pengenalan awal kepada konsep celik kewangan yang memberikan mereka semangat berdikari, serta menjadi permulaan yang baik ke arah memupuk amalan menyimpan bagi masa depan kewangan yang lebih kukuh,” kata Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB.

“Amalan kebajikan terutama untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah kelaziman pada musim perayaan ini dan kami berterima kasih atas sokongan berterusan daripada pelanggan kami, khususnya untuk Unit Amanah Saham ASB dan ASNB yang membolehkan kami sedikit sebanyak menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Bagi mencapai hasrat ini, HLB telah mengenalpasti 200 penerima dari rumah-rumah kebajikan yang telah memenuhi syarat-syarat pemilihan dan akan membantu dalam membuka akaun simpanan mereka yang pertama selepas tamatnya tempoh kempen ini,” kata Jasani Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank.

 

Melalui video musim perayaan HLB, ‘Kasih Tak Berwajah,’pesanan agar menyemai impian jangkamasa panjang golongan ini dihidupkan dalam kisah manis dari perspektif seorang kanak-kanak lelaki yang berkongsi dengan bangga kisah dan aspirasi kakak-kakaknya. Rupa-rupanya ‘kakak-kakak’ tersebut ialah anak-anak tajaan ibu bapanya dari sebuah rumah kebajikan, yang menerima bantuan pasangan itu sepanjang tahun dalam bentuk deposit simpanan. 

“Menyemai impian orang tersayang memanglah penting, namun lebih bermakna jika kita juga dapat membantu secara mampan orang lain yang mungkin tidak mendapat peluang-peluang yang sama. Bantuan kecil seperti membuka akaun untuk kanak-kanak rumah-rumah kebajikan ini diharapkan akan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyimpan demi masa depan, dan merupakan hadiah yang dapat meninggalkan impak yang berterusan ke atas mereka. Ini tidak berbeza daripada apa yang kami hasratkan untuk pelanggan kami – agar mereka dilengkapi dengan peralatan kewangan yang betul untuk menyokong aspirasi mereka,” kata Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB. 

Selain daripada program CSR ini, HLB turut menawarkan berbagai promosi pengguna sepanjang musim Hari Raya, termasuk peluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 apabila pelanggan memberi duit raya secara digital melalui e-Duit Rayadan DuitNow dengan menggunakan aplikasi Hong Leong Connect, seiring dengan perkembangan pesat ke arah menjadi masyarakat nirtunai. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi pengguna yang mengujakan, sila layari:

Sabtu, 25 Mei 2019

Jom Shopping Raya Bersama Adik-Adik Di Jakel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini, Dato' Abdul Malik bin Dasthigeer, Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation Sdn Bhd  dengan kerjasama syarikat subsidiari, Iman Health & Beauty Sdn Bhd yang diterajui Datin Thalia Baiduri Abd Rashid berjaya mengumpulkan 296 anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dari seluruh Lembah Klang untuk diraikan bersama dalam "JOM SHOPPING RAYA BERSAMA ADIK-ADIK" di Jakel Mall Kuala Lumpur pada 25 Mei 2019.


Sambutan Aidilfitri yang bakal tiba kurang dari seminggu ini pasti akan lebih bermakna buat 296 anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya apabila dibantu secara berterusan menerusi program Jom Shopping Raya. Mereka secara keseluruhannya terdiri daripada Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Kg. Johan Setia Klang, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa serta Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Kajang.

Anak-anak ini menerima sumbangan ikhlas Hari Raya iaitu baju raya daripada penganjurnya. Koleksi Raya dari Jakel yang pastinya tampil dengan duta-duta terkemuka seperti Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Lara Alanaa, Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusof Iskandar, Ayda Jebat, Abam Bochey dan watak animasi Upin & Ipin menjadi pilihan adik-adik comel ini untuk bergaya di Syawal nanti.



Seperti yang sedia maklum, syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Dato' Abdul Malik bin Dasthigeer juga sangat minat dengan mendalam terhadap bidang kecantikan dan kesihatan. Oleh yang demikian, seperti mana yang dirancang pada tahun ini, Malik Streams Corporation berjaya menceburi bidang kecantikan ini dan meluaskan perniagaannya melalui Iman Health and Beauty Sdn Bhd.

Majlis berlangsung seawal 10 pagi pada 25 Mei 2019 itu memberikan keceriaan buat anak-anak yatim dan OKU dalam membeli pakaian baharu di Jakel Mall.


Menerusi langkah murni ini, Dato' Malik merasakan seronok dan teruja melihat anak-anak ini dapat menikmati kegembiraan di Syawal nanti.




Buat masa ini, kita menganggap program ini popular dan masih relevan dalam meringankan beban mereka. Insya-Allah dengan program murni ini, ia boleh diteruskan untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan agar turut merasai kegembiraan Aidilfitri.


Khamis, 23 Mei 2019

Tingkatkan Potensi Diri Dalam Roket Pemasaran Momentum 2019 - Nak Tarik Pelanggan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Trend pemasaran dan pembelian telah berubah seiring peredaran zaman dan teknologi. Ramai dalam kalangan kita ni sebenarnya suka nak berbisnes. Tapi lupa yang marketing adalah perkara penting untuk jadikan perniagaan semakin maju, bercambah dan kukuh serta jualan semakin masuk dalam syarikat.

Siapa taknak berbisnes kan? Ia dapat memberi kita money-freedom, tidak terikat dengan waktu kerja di pejabat dan boleh ke mana sahaja tanpa terikat dengan mana-mana majikan. Nak ubah diri dalam meningkatkan kewangan, potensi diri dan berjaya adalah tidak mustahil tetapi korang harus tahu dan faham strateginya. 

Menyedari akan kekurangan yang ada pada diri seketul LeYa ini, tidak teragak-agak lagi untuk memperbaiki diri yang serba kekurangan ini.


Pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019 - Nak Tarik Pelanggan

Baru-baru ini, Momentum Internet Sdn Bhd telah melancarkan program Roket Pemasaran Momentum 2019 - Nak Tarik Pelanggan yang berlangsung di Holiday Villa, Subang pada 23 Mei 2019. 

Justeru, Najib Asaddok yang merupakan Pakar Pemasaran Online dalam kalangan usahawan tempatan menyasarkan bantuan kepada 50,000 usahawan untuk mempunyai perniagaan dan memahami ilmu pemasaran online serta tahu cara NAK TARIK RAMAI PELANGGAN. 


Najib Asaddok yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Momentum Internet Sdn Bhd yang juga seorang usahawan internet sejak 2009, trainer dan penceramah, penulis buku motivasi dan pemasaran Roket Emel, Roket Bisnes, Momentum Bisnes, Roket Pemasaran Momentum dan 4 Turbo Copywriting berpengalaman dalam dunia jualan sejak 2005. 


Dengan kejayaan yang beliau tempa sehingga hari ini, lebih 38,000 usahawan telah dibantu olehnya dari seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Beliau menjadi rujukan kepada usahawan untuk melebarkan sayap melalui pemasaran online. 

Dalam kalangan kita peniaga hari ini, kebanyakan akan biasa fokus penerangan tentang penjualan produk, kandungan produk, kehebatan produk dan banyak lagi berkaitan produk. Mereka terlupa yang membuat keputusan untuk memiliki produk itu adalah manusi bernama pelanggan. Jadi, dari situ sedikit demi sedikit tujuan mula nak berniaga pudar bilamana pemasaran tidak menjadi.

Nak salahkan siapa? 


Dalam membina empayar perniagaan ini, perlu kita tahu dan sedar yang marketing dan strategi menarik ramai pelanggan sangat penting.

Usahawan perlu berani bertindak untuk mengambil peluang dan belajar cara bagaimana untuk meningkatkan perniagaan kita. Dah nak wawasan 2020 ni kan! Tak kan lah korang masih di tempat yang sama? Apa kata mulai sekarang, ambil aura positif dan peluang ini sekali seumur hidup sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam perniagaan dan kehidupan.


Inshaa Allah, LeYa juga akan berada di Roket Pemasaran Momentum 2019 - Nak Tarik Pelanggan sebagai satu aspirasi dalam meningkatkan kredibiliti diri dan arah tuju kejayaan yang cemerlang. Dengan mengikuti program seumpama ini, ia bukan sahaja menguntungkan aspek perniagaan, malah membantu mengubah fokus terhadap kehidupan.


Bersempena dengan ulang tahun ke-5, Momentum Internet Sdn Bhd ingin membantu 50,000 usahawan di Malaysia untuk membina empayar perniagaan dan menaikkan jualan melalui siri kelas Roket Pemasaran Momentum yang ditawarkan pada yuran RM1 sahaja.


Untuk maklumat lanjut mengenai program Roket Pemasaran Momentum 2019 - Nak Tarik Pelanggan, boleh layari

Website



Pendedahan Lubuk Bundle Gred A Di Thailand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini, tanggapan terhadap penjualan kasut-kasut terpakai, baju, beg atau barangan bundle tidak menguntungkan perlu diubah kerana ada di antara peniaga-peniaga ini yang mampu menjana pendapatan sehingga belasan ribu ringgit sebulan. Lebih-lebih di musim perayaan sekarang. Tidak dinafikan ramai dalam kalangan peniaga sudah mula berniaga bundle. Persoalannya cuma dari mana sesetengah kedai mendapatkan barangan Gred A dan berkualiti untuk dijual?
"Beli stok barang bundle berguni-guni... Tapi bila buka sahaja guni! Hanya ada 2-3 ketul sahaja barang yang gred A yang boleh dijual. Barang yang lain? Kebanyakan hanya layak dijadikan kain buruk atau dibuang dalam tong sampah! 
Jadi, buntu memikirkan kat mana kedai-kedai bundle terbaik mendapatkan barangan bundle gred A. So... Kali ini LeYa kongsikan cara bagaimana untuk korang yang minat nak berniaga dan nak dapatkan barangan bundle gred A ni.

Panduan Mendapatkan Barangan Bundle Gred A

Ok... LeYa cerita sedikit. Kalau balik kampung di Port Dickson, selalu LeYa perasan kedai bundle terkemuka ni sentiasa ramai orang. Memang tak pernah lengang dari pengunjung baik dari masyarakat tempatan mahupun orang luar yang datang bercuti ke Port Dickson. Terdetik untuk masuk dan cuci mata di sana. Wow! Ternyata koleksi barangan yang ada dalam tu memang cantik dan berkualiti.

Bukan setakat baju dan seluar je tetapi segala macam produk bundle ada dijual di sini, dari topi, jaket kulit, kasut, beg, tali pinggang dan banyak lagi lah. Macam-macam ada! Apa sahaja yang korang nak, ada dijual kat sini. Semuanya ada! Sebab tu kedai bundle ni sentiasa ramai orang.

Jadi, LeYa boleh katakan yang perniagaan bundle ini memang boleh menguntungkan lagi-lagi produk-produk yang dijual berkualiti dan gred A.


Lubuk Bundle Gred A Dari Negara Jiran Sebelah

Ok... Kita tahu hari ini sangatlah banyak lubuk bundle yang boleh diperolehi. Namun, tak semua lubuk bundle menyediakan produk gred A. 

Tapi... Kalau korang nak tahu dekat negara jiram kita, Thailand ada satu lubuk bundle yang menyediakan barangan dan produk berkualiti gred A untuk korang jual.

Tak ramai pun yang tahu mengenai lubuk X ni. Kalau yang tahu pun, mereka tidak akan mendedahkan rahsia ini. Almaklumlah masing-masing nak berniaga. Risau akan persaingan pesat.

Memperkenalkan Panduan eBook Lubuk Bundle Dari Thailand


Aha! Dalam ebook ni korang akan ketahui langkah demi langkah, dari mula perancangan untuk ke Thailand, persiapan yang perlu dilakukan, dari segi bajet, jadual perjalanan, cara bagaimana nak ke lokasi Lubuk X hinggalah cara nak beli, bungkus dan hantar barang-barang tu sampai di depan pintu rumah korang di Malaysia! Semuanya lengkap disediakan.

Isi Kandungan eBook

Antara perkara-perkara penting yang terdapat dalam ebook ini ialah:
  1. Lokasi sebenar "Lubuk X" di peta Thailand dan bagaimana untuk pergi ke sana?
  2. Penulis tunjukkan anda bagaimana untuk pergi ke "Lubuk X" itu, menerusi laluan di utara, pantai timur dan juga laluan udara menaiki kapal terbang dari KLIA!
  3. Ada 10 perkara yang perlu anda persiapkan sebelum memulakan perjalanan anda ke Lubuk X, tertinggal salah satu dari 10 perkara ini! Perjalanan anda ke Lubuk X mungkin akan menjadi bencana!
  4. Bila dah sampai ke Lubuk X, nak duduk kat mana? Nak makan kat mana? Makan apa? Janhan risau! Penulis akan tunjukkan juga dalam ebook ini tempat bermalam yang selesa dan murah serta kedai makan yang halal di sana!
  5. Ramai orang selalu fikir, hanya untuk dapatkan t-shirt dan jeans sahaja untuk dijual di kedai bundle, tetapi sebenarnya, ada banyak lagi barangan lain yang boleh anda jual di kedai bundle. Dalam ebook ini, penulis tunjukkan 12 jenis barangan bundle yang boleh anda borong dari Lubuk X dan jual di Malaysia!
  6. Bila dah tahu nak beli apa, tibalah masanya untuk membeli... Tapi kalau anda tak pandai cakap Thailand, macam mana nak beli? Jangan risau! Penulis tunjukkan  cara bagaimana beliau borong berguni-guni barangan bundle di Lubuk X ini walaupun tak pandai cakap thailand sepatah haram pun.
  7. Lepas dah borong berguni-guni... Macam mana nak hantar ke Malaysia? Aha! Ada 2 cara! Penulis tunjukkan juga caranya dalam ebook ini. Anda tidak perlu lagi lakukan kesilapan yang pernah dilakukan penulis sewaktu dahulu di mana membawa semua hasil borong itu menaiki kapal terbang! Tak pasal-pasal kena cukai apabola sampai di airport! Rugi bossku!
So macam mana? Padat dan menarik kan segala yang terdaat dalam panduan ni. Ia sangat sesuai buat korang yang ingin memulakan perniagaan menjual barangan bundle gred A ni.

Ebook Hot! Baru Sahaja Diterbitkan

Ebook.ini baru sahaja dilancarkan pada bulan Mei 2019. Yang nak dapatkan panduan ni, boleh klik Lubuk Bundle - Panduan Borong Barang Bundle Di Thailand

Bonus Pembelian Panduan

Terdapat 2 bonus tambahan jika korang membeli panduan ini sekarang.
  1. Tips & Lubuk Jualan Bisnes Bundle
  2. 5 Barang Bundle "HOT" & Senang Jual!
Ok! Tapi mesti ada yang rasa sangsi lagi kan? Kalau korang benar-benar nak berjaya, LeYa kongsikan lagi testimoni pengguna yang dah pun mendapatkan panduan ini.

 

Nak dapatkan panduan ini? Klik pada banner di bawah.


LUBUK BUNDLE - PANDUAN BORONG BARANGAN BUNDLE DI THAILAND

Rabu, 22 Mei 2019

Apa Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Bila Bercuti Di Lotus Desaru Beach Resort & Spa?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Ramadhan 2019 kali ini LeYa berpeluang menjelajah kawasan sekitar Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor. Ini merupakan kali pertama LeYa menjejakkan kaki ke Desaru walhal acap kali sudah ke Johor. Percutian yang mengambil masa 3 hari 2 malam ini cukup membuatkan hati LeYa seronok dan bangga dengan keindahan yang ada di Malaysia.



Apa Yang Menarik Yang Ada Di Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Sebelum meneroka kawasan sekitar, LeYa diberi terlebih dahulu pengalaman dalam sesi dialog dan majlis perasmian Fam Trip Ejen Pelancongan Malaysia & Singapura bersama wakil Menteri Pelancongan, Seni & Budaya mengenai pelancongan yang diadakan di Dewan Lily, Lotus Desaru.



Yeah!! Saat yang dinantikan tiba. LeYa dibawa terus satu persatu tempat menarik yang boleh korang kunjungi kelak. Kat sini LeYa nak cakap korang yang dah penat-penat bekerja di bandar Kuala Lumpur dengan hiruk-pikuk kenderaan pasti akan rasa tenang bila bercuti di sini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh lakukan tanpa perlu keluar dari resort ini. Meh LeYa tunjukkan apa yang best korang boleh buat di sini. Jom! 



Firstly, LeYa akan bawak korang dengan pemilihan bilik penginapan yang korang boleh inap mengikut bajet dan jumlah orang yang korang bawa. Terdapat lima pilihan bilik iaitu 1 Bedroom, 2 Bedrooms, 3 Bedrooms, 4 Bedrooms dan Pent House. Banyak kan pilihan? Pasti korang teruja.




Ooppss!!🤭 Terlupa pulak LeYa kat mana simpanan gambar 2 bedrooms dan Pent House. Tapi, sebenarnya Pent House yang disediakan kelengkapannya sama seperti 4 Bedrooms. Cuma yang berbezanya Pent House memiliki ruang rehat di bahagian luar.


Aha! Kotang tengok gambar atas ni. Ini adalah Buggy Car yang akan membawa korang pusing-pusing kawasan sekitar Lotus Desaru jika tak larat untuk berjalan kaki. Memandangkan bulan puasa ni, dah tentu LeYa memilih untuk naik kereta ni. Hehe..😁😁 Ok... Jom tengok apa lagi aktiviti menarik yang korang boleh lakukan.


Lotus Desaru Waterpark

Anak-anak pasti teruja dan gembira bila datang ke sini. Sebabnya kolam renang dan air memang tak dapat dipisahkan dengan mereka. Malah bukan kanak-kanak sahaja, korang yang teruja nak mandi pun boleh mandi dan santai di sini. Tapi, sebelum tu korang kena dapatkan wrist-band di kaunter pendaftaran yang telah disediakan percuma selepas korang check-in penginapan. Kalau tak ada nanti tak boleh mandi atau wrist-band yang disediakan di bahagian kaunter kolam renang perlu bayar lain. 





Selain itu di bahagian sebelah lobi hotel terdapat juga kolam renang dan bilik gymnasium serta bilik karaoke untuk aktiviti keluarga dan rakan-rakan. Memang terbaik!



Nikmati Pemandangan Pantai Desaru dan Restoran-Restoran Yang Ada Di Lotus Desaru

Aktiviti lain yang korang boleh lakukan lagi di petang-petang hari adalah dengan mengambil angin dan santai menikmati pemandangan di Pantai Desaru.


Ada 3 restoran yang korang boleh cuba. Antaranya adalah Beach Hut, Seaview Restaurant dan Teratai Cafe. Best kan! Satu tempat ada banyak restoran korang boleh nikmati. Tambah menarik lagi, boleh saksikan pemandangan pantai sambil makan-makan dengan keluarga atau rakan-rakan.




Terapi dan Segarkan Diri Di Lotus Suria Spa

Wahhh! Bukan itu sahaja. Korang yang dah penat dan lenguh-lenguh badan tu, bolehlah cuba rasai pengalaman berurut di rawatan spa yang disediakan. Memang puas hati dan segar je badan lepas diurut.



Tengok sahajalah LeYa dan rakan-rakan ni. Happy semacam je rupa bila dah diurut. Padahal bulan puasa. Masih bertenaga dan semangat menjalani ibadah puasa. Hee..😁


Kunjungan seterusnya, korang boleh la berjalan-jalan di Lotus Desaru Farm. Kat sini boleh tengok mini zoo, aktiviti permainan tradisional dan tanaman yang segar. Maaf! Tiada gambar sebab time ni LeYa dan rakan-rakan dah kepenatan untuk berjalan naik lebih jauh lagi. Maklumlah puasa.😉

Menginap di Lotus Seaview Resort & Spa - Pengerang

Selain itu, korang juga boleh memilih untuk menginap di lokasi kedua iaitu terletak di Pengerang. Boleh katakan kat Lotus Seaview pun pemandangannya sangat cantik. Kira-kira 15 minit juga dari Lotus Desaru untuk ke sini.



Menarik bukan cuti-cuti di Lotus Desaru Beach Resort & Spa ni. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan hanya satu tempat sahaja. Bukan sahaja jimat wang ringgit, malah jimat masa dan tenaga untuk ke tempat lain.


Untuk maklumat mengenai pakej harga dan promosi, boleh layari:

Website

Alamat
Lot 1854, Jalan Desaru,
Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim.

Telefon
+6 07 884 2800 

Email