Rabu, 17 April 2019

Travelogue Batam Day 1 : Merasai Pengalaman 'Full Body Massage' Di HARRIS Resort Waterfront

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wahhh... Akhirnya syukur berjaya juga LeYa menjejakkan kaki ke Batam, Indonesia pada awal bulan April hari tu...

Sebenarnya memang dah lama LeYa teringin nak datang melihat panorama indah di Batam ni. Sebab tengok gambar-gambar pemandangan dari rakan-rakan yang pergi sangat cantik. Alaa... Korang kan memang tahu yang LeYa ni memang suka sangat dengan pemandangan yang cantik. Alhamdulillah... tahun 2019 ni tercapai juga nak ke sana. Memang seronok weyyhhh... Jom ikuti pengembaraan LeYa di hari pertama.


LeYa, Otomen dan beberapa lagi rakan bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta pada 04 April jam 9.00 malam. Lewat 12.30 malam kami sampai di Johor Bahru dan kami memilih untuk menginap sementara di rumah abang Otomen di Pasir Gudang. 

Keesokannya, kami bergerak seawal 9.00 pagi untuk terus ke terminal Puteri Harbour bagi menaiki feri jam 11.00 pagi ke Batam, Indonesia. Kami menaiki feri Dolphin dan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Kalau korang nak tahu, dalam feri ni korang boleh beli Indo Mee, Indo Cafe dan juga Sim Card Indon. Selain tu, korang boleh lah ambil angin dari luar feri dan tengok view yang sangat awesome. Oh Ye! Untuk yang nak tahu berapa tiket pergi dan balik naik feri ni, ia berharga RM114 dan dikenakan cukai laut sebanyak RM16. Ok lah kan! Berbaloi bila korang dah sampai nanti di Batam.

Tiket Feri (return) = RM114
Sea Tax = RM16
Sim Card = RM25 (6GB)


Setbanya kami di pelabuhan Batam Central, kami terus dibawa untuk menikmati makan tengah hari di sebuah Restoran Sari Bumbu. Macam tahu-tahu jer perut memang tengah lapar kan! Jadi, apa lagi, kami dihidangkan dengan makanan tradisional masyarakat Indonesia yang sebenarnya tak jauh lari pun dengan masakan kita di Malaysia. Paling syok sekali Air Es Timun dia. Memang sedap gilerrr weyyyhhh... Sampai sekarang macam nak lagi jer. Tak terfikir pun nak buat Es Timun ni di rumah. Tapi bila dah minum kat restoran tuh, memang best sangat.



Menginap Di Sijori Resort & Spa, Batam

Tempat tinggal LeYa dan Otomen di Batam sangat special berbanding rakan-rakan lain. Selama kami berada di Batam ini, kami menginap di Sijori Resort & Spa memandangkan kami datang bersama pasangan. Sijori Resort & Spa, sebuah resort yang terletak di Sekupang, Kota Batam dan berdekatan dengan Tebing Langit yang cantik. (Nanti LeYa cerita part ni di entry lain ye...) Bila tiba sahaja di perkarangan resort, memang terpegun dengan kecantikan landscapenya dan LeYa sangat bertuah kerana diberi peluang merasai sendiri pengalaman menginap di sini.



Tengok! Cantik kan. Menjejakkan kaki ke Sijori Resort & Spa ni, LeYa agak suka dengan konsep 'kemewahan' interior designnya. Masuk-masuk sahaja di kamar penginapan kami di tingkat 1, terus teruja tengok keluasan bilik dan bilik mandi. Yang paling best, view dari tingkap kami adalah kolam renang. Yeehaaa... Macam nak terjun terus je dari bilik kan. Belum ada kesempatan lagi nak berenang di hari pertama tu.

Sijori Resort & Spa
Jl. Ir. Sutami No.6, Sungai Harapan, Sekupang, Kota Batam, 
Kepulauan Riau 29421, Indonesia
Tel No :  +62 778 323 388

Rehatkan Badan Di Tiara Mustika Spa, HARRIS Resort Waterfront

Kemudian, bila settle semua penginapan, kami dibawa pula untuk berehat di spa yang sememangnya sangat popular di sini. Memandangkan kami ramai, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. LeYa, Otomen dan 4 rakan lagi ke Tiara Mustika Spa yang terletak di HARRIS Resort Waterfront.


Sebelum kami diberi upah urutan "Full Body Massage", kami dibawa dahulu melihat kawasan sekitar resort ni. Wahhh... cantik sangat! Teruja betul tengok keindahan dan suasana di resort ni. Tak percaya? Jom... Ikut LeYa di gambar-gambar di bawah ni.



LeYa jatuh cinta betul dengan cawan yang disediakan di setiap bilik penginapan ni. Comel dan unik! Tema kat hotel ni pun memang nice. Color orange yang terang menambahkan lagi rasa keceriaan bila bertandang dan bermalam kat sini. 


Selesai dibawa jalan-jalan sekeliling resort, tibalah masanya untuk kami merehatkan badan dengan urutan Full Body Massage di Tiara Mustika Spa yang berada di situ. Pengalaman pertama diurut di luar dari Malaysia memang rasa segar dan seronok. Urutan tangan 'Kakak' tu memang power gilerr.. Orangnya kecil molek tapi mampu memberikan rasa kenyamanan pada tubuh badan LeYa selepas selesai semuanya. Banyak betul angin badan yang keluar. Hehehe...

Sebelum tuh, kami diberi 3 pilihan minyak urut. Dan LeYa memilih 'Tea Tree' yang nyaman dan baunya yang enak. Kemudian, LeYa pun dibawa masuk ke bilik spa untuk bermula episod urutan. Bestnya lah bila tengok suasana bilik yang selesa dan luas ni. Ditambah lagi dengan alunan muzik yang menenangkan. Memang syiookkkk sangat! 



Tiara Mustika Spa
HARRIS Resort Waterfront - Batam
Jl. KH. Ahmad Dahlan No. 1, Waterfront City,
Batam 29422, Indonesia.
Tel. No : +62 778 381 888

Makan Malam Di Wey Wey Live Seafood Restaurant

Badan dah mula segar dan sihat selepas diurut. Kami menuju pula ke Wey Wey Live Seafood Restaurant untuk  menikmati hidangan makan malam. Oh Ya! Setibanya LeYa kat restoran ni, teruja betul tengok ikan-ikan laut yang besar-besar dalam akuarium. Dah la besar, fresh pulak tu. Pasti sedap bila dapat makan.


Malam tu, first time kami dihidangkan dengan "Siput Gonggong" menurut Pak Edi Sutrisno, wakil Batam yang membawa kami ke sini. Siput ni dikatakan banyak khasiat terutama kepada lelaki tetapi ia sangat banyak kolesterol. Jadi, berpada-padalah ketika menjamunya. Dah nama peminat seafood, LeYa dan Otomen makan dengan banyak jugalah Siput Gonggong ni. Pusing-pusing meja pasti ambil seketul demi seketul. 


Antara menu yang lain turut dihidangkan makan malam kami itu adalah Ketam Masak BlackPepper, Tomyam Seafood, Ikan Siakap Masam Manis, Ayam Goren, Telur Dadar Goreng dan Udang Goreng Butter. Alahai... mana lah tak naik berat badan bila time bercuti ni. Makan semuanya sedap-sedap belaka. That's why lah LeYa memang suka mengembara tempat orang ni. Dapat merasai keenakan masakan tradisional negara luar dan paling penting dapat menikmati pemandangan yang cantik.  

Wey Wey Live Seafood Restaurant
Harbour Bay Downtown Sei Jodoh, Jl. Duyung, Kota Batam, 
Kepulauan Riau, Indonesia
Tel No :  +62 813-7226-2420


Ha... itulah cerita LeYa di hari pertama LeYa di Batam, Indonesia. Hehehe.... Dalam kesempitan masa yang ada tu, sempat jugalah kami berromantic dalam gambar kami. Bukannya apa. Sebagai kenang-kenangan bila dah balik nanti. Ada juga lah gambar kami berdua kan. 


Stay tuned ya korang! Ada lagi sambungan untuk Hari Kedua dan Hari Ketiga LeYa di Batam nanti. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entry travelogue ini.

18 ulasan:

  1. Siput gonggong tu masih ingat. Haha.. teringat kak mieda makan, ena yang cuak tengok.n memori tak boleh lupa salah bilik ngn kak limah. Haha.. tingkat 2 jejak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh...sampai sesat naik tingkat lain ye..hehe.. Apa-apa pun memang pengalaman tu.

      Padam
  2. Takut la naik feri. Tu la tgk gambar yang pergi Batam menarik juga. Nanti bolehla Bella pi sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lorr...awat Kak Bell fobia ke nak naik ferry? Yeah... Nanti boleh visit Batam taw

      Padam
  3. Syok dpt jln2 kat Batam, plg best dpt urut hilanglah penat kita semua...mmg terbaik kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x tu Kak Halimah... Memang best sangat kan

      Padam
  4. What a nice Trip 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki leya dpt ke batam. Cantik view cantik juga bilik resort tu. selesa sgt nampaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Alhamdulillah rezeki untuk tahun ni. Moga ada lagi rezeki yang menarik lagi

      Padam
  6. bestnya,, dah macam honeymoon dah ni hhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Honeymoon yang entah kali ke berapa la agaknya kan.. Hehehe..

      Padam
  7. Menarik Batam ni... Dah baca, teringin sangat naknke situ jugak

    BalasPadam
  8. Air Es Timun tu takde resepi ke? Macam best plak bunyi nya. 😂
    Batam tengah top skang. Entah bilanya dapat pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! Resipi ea.. Okay...nanti LeYa try buat dulu.. Kalau rasa sama..boleh up resipi dalam blog..hehe..

      Padam
  9. lawanya gambar yang last tu! Insyallah nak pergi jugak Batam kalau ada kesempatan. :D

    ieyra h. | blog



    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Nanti ada kesempatan boleh singgah kan

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com