Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Baru-baru ini, LeYa berkesempatan merasai hidangan Thai di satu kempen "Eat Thai, Visit Thailand 2019" di The Starling Mall yang dianjurkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) dan Restoran Mr Tuk Tuk yang ada di negara ini.
Selari dengan kempen "Membuka Lembaran Baharu" dalam Amazing Thailand, ia menumpukan kepada lima sektor utama pelancongan bagi membantu semua pelancong antarabangsa untuk merasai pengalaman terhadap negara Gajah Putih itu dengan satu perspektif baharu. Antara sektor tersebut adalah Gastronomi, Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup di Thailand.
Kempen "Eat Thai, Visit Thailand 2019" ini bermula dari 20 Mac hingga 30 April di kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia. Restoran ini akan menyajikan beberapa sajian makanan dan minuman baharu sempena kempen berlangsung. Makanan jalanan Thailand yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia juga boleh dirasai di restoran ini. Mr Tuk Tuk juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan menghidangkan makanan halal Thai yang enak dan berkualiti. Setiap sajian terbukti keenakannya dengan rasa yang autentik dan sememangnya terdapat juga restoran halal di Thailand.
Sepanjang kempen dijalankan, pengunjung restoran Mr Tuk Tuk yang membelanjakan lebih Rm50 dalam satu resit di mana-mana lapan cawangan Mr Tuk Tuk berpeluang memenangi salah satu daripada 20 hadiah yang disediakan, antaranya lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel selama 3 hari 2 malam, 5 beg bagasi, 10 beg tangan dan 4 baucer makan di Mr Tuk Tuk.
Bila bercakap tentang makanan Thailand, lebih afdal kiranya kalau LeYa memberikan kata ucapan dari Pengarah TAT, Kuala Lumpur, Encik Ahman Mad-Adam. Beliau ada mengatakan yang Makanan Thai bukanlah sekadar satu sajian, sebaliknya ia akan membawa keterujaan kepada semua orang. Ia juga diibaratkan sebuah kisah cinta yang berakar umbi dalam budaya negara itu dan yang paling penting di dalam sebuah keluarga sama seperti di Malaysia yang mana masyarakat lebih suka makan dan boleh menyatukan rakyat. Kebanyakan pelancong Malaysia yang datang ke Thailand pastinya ingin merasai keenakan makanan Thai.
Kalau korang teringin nak merasai makanan-makanan Thailand ini dan ingin turut serta dalam kempen yang dijalankan, bolehlah datang dan rasai sendiri keenakan hidangan Thai di kesemua cawangan Mr Tuk Tuk. LeYa sendiri dah merasai kesemua hidangan tersebut. Ternyata memang enak dan nak makan lagi. Apa-apa pun LeYa ucapkan Selamat Menjamu Selera!
Antara 8 cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia yang korang boleh singgah ialah:
- Setia City Mall
- Gamuda Walk
- The Gardens
- The Starling Mall
- Sunway Pyramid
- Sunway Velocity
- Empire City
- Nu Sentral
Maklumat lanjut dan promosi, boleh layari seperti yang tertera:
Facebook
mmg sedap...dah tetiba terasa nak pergi lagi..
BalasPadamKan3x... Jom kak.. Kita pekena masakan Thai ni lagi..
PadamWahhh acaranya seru nihh wuehehe, jadi pengen ikut juga., Kapan ya diadakan lagi
BalasPadamMasihbada lagi sehingga 30 April. Yuk gi makan dan menang utk lawatan ke Thailand
Padam