Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Fenomena K-Pop serta K-Drama telah membuatkan ramai rakyat Malaysia mengidam-idam nak makan dan rasa makanan Korea yang seringkali ditayangkan di program-program TV Korea yang begitu menggiurkan. Selain daripada Seoul Garden dan Mr. Dakgalbi, mana nak cari Korean BBQ yang sedap dan halal di Kuala Lumpur? Korang boleh dapatkannya di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL yang mana merupakan outlet pertama di sini.
Bagi peminat makanan Korea macam LeYa ni, pasti tak akan lepaskan peluang untuk mencuba keunikan menu yang ada di restoran ini.
Uniknya perkataan SeoulNami ini diilhamkan dari satu daerah di Chuncheon, Korea Selatan yang mana ia sangat popular dengan Ayam BBQnya.
Nak cari restoran ni tak susah pun. SeoulNami Korean BBQ terletak di Level F-215, bertentangan dengan escalator di The Gardens Mall. Suasana restoran yang cantik dan selesa membuatkan LeYa tenang menikmati hidangan yang disediakan. Rasa betul-betul makan di Korea pulak. Hehehe...
Seperti yang tertera pada nama kedai ini iaitu SeoulNami Korean BBQ, jadi semestinya menu-menu di sini dipanggang dan dibakar di atas bara api yang disediakan di atas meja pengunjung. Bila korang dapat je meja, pelayan akan datang membawa arang dan membantu membakar arang tersebut. Paling menarik, restoran ini menggunakan penyedut asap untuk memberi rasa keselesaan kepada semua pelanggan. Best kan! Tiada bau asap.
SeoulNami Korean BBQ ini juga dalam proses mendapatkan sijil Halal. Tetapi jangan risau kerana semua ayam, daging dan sumber bahan makan mereka diperolehi daripada syarikat yang Halal.
Okay... Kalau korang nak tahu sekarang ni sedang diadakan promosi di mana kalau korang beli 3 hidangan daging, korang akan dapat percuma 1 side. Yang mana, korang boleh pilih sama ada nak Goguma on Fire (Baked Sweet Potato), Charcoal Burnt Cheesecake atau Hotteok Ice Cream Sandwich yang berharga RM12.00.
Kat sini juga bukan setakat makan macam tu sahaja tau. Ada cara-cara atau kaedah yang korang boleh follow. Jom ikuti pengalaman LeYa makan di SeoulNami Korean BBQ ni.
- Buat pilihan daging atau ayam
- Selepas itu, pilih side dishes dan sos pencicah
- Kemudian, korang perlu masak dahulu telur dadar menggunakan dapur pemanas yang disediakan.
- Dapur BBQ akan mula dipanaskan menggunakan arang yang dibawa oleh pelayan restoran. Bila dah panas, korang bolehlah mula memanggang daging atau ayam yang dipilih tadi.
- Tapi, awas! Korang kena tahu meletakkan daging atau ayam di jaring pemanggang yang berbeza disediakan. Sebelum tu, korang boleh juga letak Goguma on Fire (Baked Sweet Potato) kat bawah di tepi arang.
- Daging atau ayam dah siap masak. Korang boleh lah nikmatinya dengan cara membalut bersama salad, timun dan lobak serta letakkan sos pencicah mengikut citarasa korang.
- Selain itu, korang juga boleh nikmatinya dengan Fist Rice.
Antara menu yang dihidangkan adalah
Chuncheon Chicken – 3 Flavours (RM59)
Beef Platter (RM119)
Spicy Octopus (RM39)
Kimchi Trio (only in SeoulNami) (RM29)
Fist Rice (RM29)
Charcoal Burnt Cheesecake (RM12)
Goguma on Fire (RM12)
Cheesy Lava (RM19)
Beef Platter (RM119)
Terdapat 3 jenis daging pada Beef Platter ini iaitu Bulgogi, Beef Ribs Fingers dan Beef Belly. Kesemuanya rasa enak dan juicy sekali. Memang menjadi kesukaan LeYa sebab memang peminat daging kan.
Chuncheon Chicken – 3 Flavours (RM59)
Dalam set Chuncheon Chicken ini juga ada 3 jenis rasa iaitu, Spicy, Sweet dan Savoury. Rasa dia sangat lah sedap dan tidak boleh digambarkan. LeYa paling suka adalah Spicy kerana menepati citarasa LeYa yang gemarkan makanan pedas. Tapi perisa lain juga sedap dan boleh dicuba.
Spicy Octopus (RM39)
Kimchi Trio (only in SeoulNami) (RM29)
Ada 3 jenis kimchi yang korang boleh nikmati di sini iaitu Fresh, Fried dan Smoked. Ketiga-tiga Kimchi ini punyai rasa yang berbeza-beza dan korang perlu cuba kesemuanya untuk mengetahui apa yang sedap dengan citarasa korang. LeYa lebih suka Fresh dan Smoked sebab rasa kepedasannya pun lain dan sudah semestinya segar dan lembut.
Fist Rice (RM29)
Fist Rice ini merupakan kombinasi nasi, ayam dan rumpai laut. Yang pasti sebelum makan, korang kena gumpal-gumpal menjadi bulat terlebih dahulu. Lepas tu, barulah makan bersama daging atau ayam yang dipanggang tadi. Memang sedap sangat!
Cheesy Lava (RM19)
Steamed Egg (Free)
Kat sini korang boleh cuba 4 jenis sos yang ada seperti Seoul Spicy Sauce, Korean Pow Wow Ssamjang, Black Pink Grind dan Roasted Injeolmi Power. Ada pedas, ada masam, masin. Semuanya adalah. Complete! Perfect!
Selain itu, korang juga akan diberikan dengan hidangan sayur untuk dinikmati bersama Fist Rice nanti. Tapi sedikit demi sedikit kami ratah hingga licin. Hahaha... Kesegaran sayurnya memang membuat kami lapar. Tapi tak risau pun sebab boleh tambah lagi kalau nak dan ianya hanya percuma sahaja. Jimat kan!
Yang dinantikan sudah tiba. Pasti part paling tak sabar ini adalah minumannya yang sejuk dan menggiurkan. Minuman ni dihidangkan dalah jug besar dan boleh dikongsi antara 3-4 orang. Memang bebaloi sangat.
Signature Drinks yang enak-enak seperti:-
Out-of-the-World Lemonade (RM24)
Binggrae Banana Uyuy Colada (RM24)
Sparkling Orange Cream Soda (RM19)
Fizzy Spur Plum Cooler (RM19)
So? Menarik ke tak menarik! Kalau korang teringin nak cuba makanan berasaskan grill dan bakar di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL, LeYa memang recommend sesangat kepada semua.
Maklumat lanjut, bolehlah korang rujuk di bawah ini:-
SeoulNami Korean BBQ
F-215, The Gardens Mall
Lingkaran Syed Putra
Mid Valley City
59200 Kuala Lumpur.
Telefon
+603 2202 3336
Facebook
Instagram
menyelerakan betul semua menu2 dia tu
BalasPadamHehe.. Kan.. Sedap taw.. Sampai sekarang teringat-ingat
PadamSedapnya nampak. Nanti nk try lah makan sini. Hehe
BalasPadamLai...lai... Datang jangan tak datang
PadamAduh tliur tengok menu tu. Slalu tengok running man dok panggang daging tu, pikir bila la dapat rasa. Takde geng nak makan sebenarnya. Sadis.
BalasPadamAlahai... Nanti datang KL..boleh makan taw
PadamSis datng sis n follow blog leya... (Sedap menu korean.. fav!)
BalasPadamYeah tq sis awadah... Memang sedap-sedap taw
PadamNgences tengok. Terus lapar rasa. Dah lah kak ana pencinta makanan korea. Bila nak payung ni? Haha
BalasPadamHahaha... InsyaAllah doa-doakan lah LeYa banyak ongkos.. Nanti kita belanja ye..Haha..
Padam