Selasa, 30 April 2019

Raya Rasa Sayang Bersama Kismis California

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita tahu kismis merupakan makanan snek sihat yang sangat digemari oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Kismis yang dikeringkan di bawah sinaran matahari California mempunyai rasa manis semula jadi dan mengandungi banyak khasiat kebaikan. Sesungguhnya buah kering yang kecil ini kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat.


Ramadhan menjelang tiba. Pastinya Raya muncul jua. Satu pertubuhan Jawatankuasa Pentadbiran Kismis atau Raisin Administrative Committee (RAC) telah mempersembahkan keistimewaan Kismis California kepada 24 orang tokoh media sosial Malaysia di Berjaya University College of Hospitality dengan memperlihatkan peranan kismis yang lazat dan berkhasiat untuk Hari Raya.

Jadi, pada hari itu kami semua pengamal media sosial perlu melaksanakan cabaran satu jam mencipta resipi menggunakan Kismis California di Hari Lebaran yang mencerminkan semangat Kasih Sayang, Kemaafan, Penghormatan, Penghargaan, Keredaan, Kesyukuran, Kerahmatan, Keakraban, Kebaikan dan  Saling Menghormati. Kesemua dari kami dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang. Dengan bertemakan "Raya Rasa Sayang", ia bertujuan membangkitkan suasana manis mesra menerusi makanan yang dihidang sempena musim perayaan Aidilfitri.



Team Women Aspire dalam Masak-Masak Bersama "Raya Rasa Sayang" Kismis California

Sepakat membawa berkat. LeYa dan dua lagi rakan, Kak Halimah dan Kak Hanny berada dalam satu kumpulan yang digelar dengan nama "Women Aspire". Kami dah pun bersepakat untuk membuat menu Nasi Beriani Raisins Sweet Memory. Resepi ni adalah hasil tangan orang lama atau senang citer Otai Masih Berbisa dari Kak Halimah. Ramai memuji kesedapannya walaupun tak berpihak untuk menang pertandingan ni. Yang penting happy dan sedap dapat jamu hidangan kepada chef dan para tetamu yang lain. 


"Dup...Dap...Dup...Dap..." Berdegup juga jantung ni nak buat dekorasi yang paling terbaik untuk dihidangkan. Alahai... Selalu kat rumah, main masak-masak, simple jer. Dah masuk dalam perut Mr. Otomen, terus kekenyangan beliau. Hehehe.... Kali ini, kenalah buat presentation yang paling cun sikit kan.



"Tolong potong-potong, susun-susun sikit." Yang main chefnya ialah Kak Halimah. Nasi Beriani Raisins Sweet Memory ini dihidangkan bersama Raita iaitu sayuran yogurts yang selalunya ada dalam menu masakan Arab. Kombinasi yang cukup berkhasiat dengan nasi Berianinya diadun bersama ayam dan kismis California. (Resipi lanjut boleh tanya Kak Halimah ye..Hehe...)

Nasi Beriani Raisins Sweet Memory dari kumpulan Women Aspire

Menu-menu yang dihidangkan oleh rakan-rakan dari lapan kumpulan yang lain

Rakan lain yang turut bertungkus-lumus menyiapkan hidangan

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan dari kumpulan lain yang turut bertungkus lumus menyiapkan hidangan masing-masing. Kesemua hidangan turut disertakan bersama Kismis California yang lazat dan berkhasiat.


Raya Rasa Sayang Dengan Kismis California

Raya adalah masa untuk bersama keluarga dan juga masa untuk menyediakan sajian makanan yang lazat tetapi tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyediakannya. Jadi, Chef terkenal, Chef Ili Sulaiman turut menunjukkan masakan "Beriani Ayam Kismis California" dan "Roti Sosej Masala Kismis California" dengan menggunakan Kismis California. Dengan rasanya yang lazat dan digemari seluruh keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai, Chef pasti menyediakan hidangan ini setiap kali menjelang raya Aidilfitri. 

Selain itu, Kismis California bukan sahaja boleh menambah kelazatan sajian makanan, tetapi juga boleh menjadi sumber pemakanan yang sesuai untuk menambah khasiat dalam keadaan semasa yang menimbulkan banyak isu kesihatan seperti diabetes.


Tibalah masanya kami berdebar jantung untuk menghidangkan masakan kami kepada para juri. Bukan setakat itu sahaja, kami dikehendaki menerangkan serba sedikit menu yang dimasak dan juga menghidangkannya dengan penuh tertib kepada juri-juri. 




Selesai sudah sesi cabaran menghasilkan menu menggunakan Kismis California. Memang LeYa rasakan ia satu pengalaman manis dan seronok dapat menyertainya. Ketika menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan, ketika itu jugalah pemenang diumumkan. Walaupun menu masakan dari Team Women Aspire tidak berjaya bertakhta di hati para juri tetapi kami tetap seronok dan rasa teruja ingin turut serta sekali lagi pada masa akan datang.


Sebelum terlupa, meh LeYa bagi Apa Kelebihan Kismis California ni.
  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dna kolesterol serta rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat
  • Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi

LeYa mengakhiri ceritera kali ini dengan ucapan Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Untuk maklumat lanjut tentang resipi Kismis California, boleh kunjungi

Website

Facebook


Isnin, 29 April 2019

Travelogue Batam Day 2 : Jelajah dan Rasai Keindahan 4 Lokasi Di Pulau Bintan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Tepat jam 6.00 pagi waktu tempatan kami dah bergerak menuju ke Pelabuhan Telaga Punggor untuk menaiki Kapal Roro yang terawal kira-kira jam 9.00 pagi menuju ke Pelabuhan Tanjung Uban. Perjalanan nak ke Pelabuhan Tanjung Uban ni ada dua kaedah. Satu, korang boleh menaiki Kapal Roro yang boleh memuatkan kenderaan dan penumpang dan akan sampai kira-kira 1 jam di pelabuhan. Cara kedua, kalau korang nak cepat dan mudah, boleh menaiki Speed Boat yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja sampai di pelabuhan. Harga tiket pun taklah mahal. Kira-kira dalam 19,700 rupiah bersamaan RM5 - RM6. 


Sambil-sambil menunggu kapal berlabuh tuh, kami apa lagi. Bergambar santai di ruang kapal dan melayan pemandangan indah yang berada di sekeliling pulau itu.



Setibanya kami di Pelabuhan Tanjung Uban, kami sudah pun disediakan dengan sebuah bas untuk dibawa meneroka Pulau Bintan. Wahhh... Tak sabarnya nak eksplorasi tempat orang ni kan. So...apa tunggu lagi? Jom kita jalan-jalan dan lihat apa yang menarik kat sini.


Gurun Pasir Busung, Bintan dan Telaga Biru

Lokasi pertama yang LeYa dan rakan-rakan singgah ialah Gurun Pasir Bintan & Telaga Biru. Jarak nak ke lokasi ni dari pelabuhan agak jauh sedikit, tapi bila dah sampai korang akan hilang segala penat bila tengok keindahan yang ada di tempat ini. Lagi-lagi spot bergambar untuk disemadikan dalam media sosial sangat menarik dan memukau. Jom! Tengok LeYa dan Otomen berpost-wedding kat sini jap. Hehehe...


Telaga Biru yang cantik




Look! Best kan! Tak payah nak pergi jauh-jauh pun. Kat negara jiran kita pun ada. Memang cantik dan mempesonakan. Tapi awas! Korang kena lah tahan terik mentari sikit. Sebab? Lagi panas, lagi cantik gambar korang nanti. Hee...


Gurun Pasir Bintan
Jl. Raya Busung, Busung, Seri Kuala Lobam, 
Kabupaten Bintan, 
Kepulauan Riau 29152, Indonesia

Pusat Pemancingan Poyotomo, Kaki Gunung Bintan

Selesai 1 jam kami di Gurun Pasir Bintan, kami terus bergerak pula ke lokasi kedua iaitu Pusat Pemancingan Poyotomo, yang berada di Kaki Gunung Bintan. Guys.... Kat sini pun cantik sangat. LeYa betul-betul dah jatuh hati dengan keindahan yang ada di Pulau Bintan ni. Semua gambar-gambar yang diambil semuanya sangat cantik. 

Pusat Pemancingan Poyotomo ini merupakan pusat rekreasi dan aktiviti memancing dan berkhemah kepada pengunjung yang ingin beristirehat di sini. Actually, Mr. Otomen Taro yang kaki pancing dah geram tengok pemancing-pemancing membaling joran mereka ke dalam tasik. Nak lepas gian tapi tiada kelengkapan pula. Jadi, tengok sahajalah pemancing-pemancing membaling joran dengan penuh bergaya. Hehehe.... 

Tempat ni memang luas, bersih dan cantik. Suka sangat. Ruang solat juga ada disediakan. Cumanya kena bergilir-gilir dengan lelaki disebabkan tempat solatnya adalah sama.





Pusat Rekreasi Pemancingan Poyotomo
Desa Bintan Buyu, Teluk Bintan, Bintan Buyu, 
Tlk. Bintan, Kabupaten Bintan, 
Kepulauan Riau 29133, Indonesia

Madu Tiga Beach & Resort

Selesai makan tengah hari dan solat di Pusat Rekreasi Pemancingan Poyotomo, kami bergerak lagi menuju ke satu lagi destinasi yang akan lebih memukau pandangan. Benar! Apa yang dikatakan pemandu pelancongan kami, Ibu Windy, lokasinya cukup indah. Alahai... Cantik-cantik sekali tempat yang dibawa. Memang kalau memori kamera penuh ni, sangatlah rugi taw korang. 

Lokasi ketiga ini kami dibawa ke Pantai Madu Tiga Beach & Resort. Dari pemerhatian LeYa tentang resort ni, kebanyakan pondok-pondok dan tempat penginapannya diambil nama dari filem-filem Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rasanya pemilik sangat meminati filem penuh lagenda itu. Sebab itu beliau meletakkan nama dari filem-filem arwah. Yang menariknya, tempat ini sangatlah romantik kalau berbulau madu bagi pasangan pengantin baru tu ye. So... Apa lagi? Save the date untuk ke sini lah... Okay... Jom layan dulu momen-momen indah LeYa ketika berada di sini dulu.







Madu Tiga Beach & Resort
Pantai Trikora No.Desa, Malang Rapat, 
Gn. Kijang, Kabupaten Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia

Desa Wisata Ekang

Perjalanan diteruskan lagi ke Desa Wisata Ekang. Satu lagi lokasi penginapan buat korang jika ingin bermalam di sekitar Pulau Bintan ini. Ia benar-benar berada di kawasan pedalaman tetapi bagi korang yang ingin rehat dari hiruk-pikuk kotaraya, lokasi ini sangatlah sesuai. Korang bolehlah bermalam di D' Bamboo Kamp yang ada di sini.

Ini merupakan persinggahan terakhir kami sebelum bergerak balik ke Pelabuhan Tanjung Uban. Kat sini, korang yang berminat dengan aktiviti seperti berkuda, berbasikal, swimming pool, memancing dan juga urutan spa juga ada disediakan. Pendek kata, dah jalan-jalan jauh dan masuk sehingga ke pedalaman ni, korang pasti puas hati dengan semua kemudahan yang disediakan. 







Desa Wisata Ekang
D' Bamboo Kamp
Ekang Anculai, Teluk Sebong,
Bintan Regency, Riau Islands, 29151

Okay... Korang puas tak cuci mata dengan koleksi-koleksi gambar yang LeYa kongsikan. Kalau nak lagi, tunggu next entry ye. Sebab LeYa nak bergerak balik ke Pulau Batam dulu. Kami dikehendaki sampai ke Pelabuhan Tanjung Uban kira-kira jam 4.30 petang sebab tepat pukul 5.00 petang feri akan bergerak menuju ke Pelabuhan Telaga Punggor. 

Dalam perjalanan balik tu sempat juga lah LeYa layan keindahan Sunset dari atas kapal.


Setibanya kami di Pelabuhan Telaga Punggor, kami dibawa ke Matahari MegaMall, Batam untuk menyaksikan persembahan tarian tradisional masyarakat Indonesia di situ.




So... Korang dah ada lokasi pilihan nak bercuti dengan orang tersayang tahun ni lepas dah tengok destinasi-destinasi menarik kat atas tuh. Kalau korang berminat nak datang ke sini, meh LeYa memudahkan lagi korang untuk terus menghubungi travel agency yang dipercayai yang dah bawa kami ni.

Facebook

Instagram

Thanks Mr. Alfie Damian atas picture cantik ni

Jumaat, 26 April 2019

Ramadhan Buffet Citarasa Tradisional Melayu Di Bijan Restaurant Malay Cuisine

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sana sini sedang sibuk memperkatakan Buffet Ramadhan yang pelbagai hidangan yang enak-enak belaka. Tidak kurang juga LeYa untuk kali ini. Maklumlah kan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut bulan yang penuh kemuliaan, bulan Ramadhan. Jadi, tak salah kiranya LeYa nak berkongsi dengan korang semua lokasi berbuka puasa yang menarik bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Korang yang dah plan nak berbuka puasa di luar tu nanti, boleh cuba singgah dan rasa di Bijan Restaurant Malay Cuisine. InsyaAllah korang akan puashati dengan suasana dan hidangan yang pelbagai di sana.


Bulan Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan untuk menikmati hidangan yang enak-enak. Bertepatan dengan itu, Restoran Bijan turut menghadiahkan kita semua pada tahun ini dengan warisan masakan Melayu tradisional yang sememangnya citarasa nusantara kita.

Dengan gabungan idea dari chef berpengalaman iaitu Chef Razis dan pembantunya, Chef Ujang sudahpun merancang menu masakan tradisional Melayu dan juga campuran yang hebat untuk Ramadhan ini. Bertemakan "Simply Malay", terdapat lebih 100 menu disediakan buat korang yang pastinya lapar seharian berpuasa dengan terik mentari dan penat bekerja. 


Tahun ini, chef-chef mereka memfokuskan kepelbagaian masakan dalam grilled items seperti Lidah Salai, Ikan Kerapu, Satay Udang, Satay Sotong, Satay Perut, Kaki Kambing dan banyak lagi. Yang menariknya dekat Restoran Bijan ni, korang boleh rasa dan pilih 4 jenis sos untuk satay selain kuah kacang yang tiada di tempat lain. LeYa dah rasa. Serious, sangat sedap! Keunikan inilah yang membuatkan korang kena datang dan rasainya nanti.




Selain itu, hidangan yang menjadi kegemaran ramai sebelum ini sudah tentunya turut disajikan iaitu Keropok Lekor, Laksa Negeri, Asam Pedas Daging Tetel, Sup Tulang Rusuk, Salai Lemak Sembilang, Salai Rimau Menangis, Pasembor dan lain-lain.





Buat hidangan utama yang dinanti-nantikan, pastinya pelbagai pilihan makanan tradisional Melayu dihidangkan seperti Rendang Daging Tok, Ayam Kampung Limau Purut, Sotong Masak Hitam, Udang Masak Lemak Nenas, Gulai Kambing, Nangka Lemak, Sayur Sawi Putih, Gulai Daging Utara, Ayam Masak Merah, Ikan Tenggiri Goreng Berempah, Udang Masak Lemak Tempoyak, Rendang Kambing, Asam Rebus Batang Keladi, Sayur Campur, Rendang Daging Hijau, Ayam Kampung Lemak Cili Api, Sotong Berlada, Udang Sambal Petai dan beraneka nasi seperti Nasi Putih, Nasi Minyak dan Nasi Hujan Panas.

Ayam Kampung Limau Purut

Rendang Daging Tok

Gulai Daging Utara

Sotong Masak Hitam

Udang Masak Lemak Tempoyak

Sayur Peria Goreng

Nasi Minyak

Aneka Kerabu

Aneka Sambal

Pastinya sesudah kenyang, korang akan tercari-cari menu pencuci mulut. Tak lengkap kiranya setiap buffet Ramadhan tanpa menu pencuci mulut yang berwarna-warni dan sedap mata memandang. Di sini juga, korang boleh membuat pilihan seperti Aneka Kuih-Muih, Aneka Kuih Talam, Aneka Pengat, Manisan (puding pisang, sagu merah, agar-agar kasturi, pulut mangga), Ais Kacang, Aneka Buah-buahan dan Stesen Ais Krim. Jangan tak tahu, korang boleh juga membuat pesanan minuman panas kalau nak. 






Ramadhan kali ini pasti memberikan peluang kepada korang untuk menghargai orang-orang tersayang dengan membawa ke satu tempat yang menarik dan meninggalkan momen yang indah untuk tahun ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Maklumat mengenai Buffet SIMPLY MALAY seperti

Tarikh
9 - 31 Mei 2019

Harga
RM120++ nett per person
Promosi Early Bird = RM110 nett per person. Early Bird vouchers boleh didapati dengan pembelian di Bijan Restaurant atau menempah di Tableapp online, www.bijanrestaurant.com.

Masa
Ramadhan Buffet 7.00pm - 9.30pm
(Menu A-la-carte juga disediakan bermula jam 9.00pm)

No Telefon
03 - 2031 6568

Email


Selain itu, Bijan Restaurant juga ada menyediakan Hari Raya Open House Event yang boleh memuatkan seramai 180 pax atau sekumpulan korporat dalam satu-satu masa.

Tarikh
Selepas Hari Raya Pertama & Kedua

Harga
Pilihan 3 menu seperti
Pakej 1 - RM110++ per pax
Pakej 2 - RM120++ per pax
Pakej 3 - RM130++ per pax
Corporate rate available for 100 pax and above

Masa
Setiap Hari dari jam 4.30pm sehingga 11.00pm

No Telefon
03 - 2031 3575 (Bijan)
03 - 2031 6568 (Corporate Office)

Email