Isnin, 25 Mac 2019

Lokasi Menarik Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands Dengan Pertunjukan Robot AI Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari kedua cuti persekolahan, LeYa diajak Otomen Taro untuk bersiar-siar di Genting Highlands. Sudah lama juga tidak menjejakkan kaki di puncak Genting Highlands itu, LeYa pun terus bersetuju. Seawal 9.00pagi kami bergerak untuk tidak bertemu dengan trafik jam yang lama. Sesampai sahaja kami di Genting Highlands, kami terus ke Hotel Grand Ion Delemen yang mana ia adalah pangsapuri servis penuh tertinggi yang berada di situ. Bertempat di Restoran Kembali, kami disajikan dengan satu pertujukan sulung robot AI Malaysia secara ekslusif yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia (Malaysia Jiangsu Chamber of Commerce) dan Kelab AI Malaysia.


Dalam pelancaran yang penuh berprestij itu, LeYa dan para tetamu dihiburkan dengan 20 robot humanoid yang boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menari, menyanyi dan mempersembahkan aksi seni mempertahankan diri. Majlis pelancaran itu telah dilancarkan oleh Damian Yeo, Ahli Dewan Undangan Negeri Untuk Duyong dan Dato' Sri Yap Ngan Choy, Presiden Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia. 



Robot-robot ini dikenali dengan nama "D.O.B.I." dan bersaiz 473 x 240 x 144mm dan seberat 2.15kg. Dengan material yang diperbuat daripada ABS aluminum alloy dan kapasiti voltan beroperasi 7.0V - 8.4V, "D.O.B.I." mampu memberi gerakan yang pasti memukau pengunjung dengan persembahan mereka.

20 robot tersebut mendendangkan tetamu dengan persembahan pertama mereka di Malaysia sempena cuti sekolah ini dengan memaparkan gerakan tarian yang selari dan robot humanoid itu juga menarik perhatian penonton dengan ketangkasan dan fleksibiliti mereka. Iyelah... mana taknya bilamana LeYa perhatikan apabila robot tersebut jatuh, dengan mudah mereka bangun sendiri tanpa bantuan kita. 

Lebih menarik lagi, robot-robot tersebut dikawal oleh aplikasi dan suara, ia telah memecah rekod dunia sebagai robot terbanyak menari secara serentak yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Guangzhou Baiyun. Buktinya, sejumlah 1,100 robot Dobi telah melengkapkan tarian 60 saat secara serentak dengan sempurna dan melayakkan mereka untuk Rekod Dunia Guinness.


Dalam pelancaran Robot AI pertama di Malaysia itu, turut hadir bersama ialah Mr. Li Ce, Pengasas Robot Dobi yang juga dikenali sebagai pemimpin industri robot di China. Mr. Li Ce memiliki beberapa paten inovasi dan ini merupakan kerjasama pertama beliau dengan NCT.

NCT mengorak langkah dari pembinaan ke pembangunan hartanah ke pengurusan hotel dan tidak pernah berhenti meneroka kepelbagaian dan perubahan. Melihat keperluan dan kepentingan teknologi, NCT turut menceburi bidang pembangunan teknologi yang selari dengan misinya untuk menerajui inovasi dan menjadi salah satu jenama terkemuka.


Robot-robot Dobi dijangka menjadi tarikan utama di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands. Pengunjung boleh menyaksikan persembahan robot-robot ini dari Isnin hingga Ahad mengikut masa yang ditetapkan.

Tengah Hari
Petang
Malam
12.30 pm
3.30 pm
6.30 pm
1.30 pm
5.30 pm
7.30 pm
2.30 pm

8.30 pm


Menarik bukan? Jadi sempena cuti sekolah yang dah kunjung tiba ni, apa kata bawa anak-anak untuk menyaksikan persembahan Robot AI "Dobi" pertama ini di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands. LeYa dan Otomen serta rakan-rakan dah pun pergi tengok. Memang mengujakan! Apa pendapat korang pulak?



Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-8064 3333 atau emel dobi@nct.net.my atau ikuti NCT Group of Companies di Facebook.


8 ulasan:

  1. Have a nice day 😊 thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  2. Menarik.. best juga kan klu ada satu robot mcm tu kat rumah buat kawan bersembang hehe. Thanks sharing Leya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Betul3x.. Nanti LeYa ade ilmu dan kepakaran, LeYa buat satu robot untuk Abg Khir bersembang dengan die..hehe..

      Padam
  3. menariiiiik :D. jadi kepikiran untuk ajak anak2 ke Genting pas libur sekolah. Dulu semasa aku masih kuliah di Malaysia, tiap cuti college pasti jalan ke Genting :D.themeparknya dulu selaku jadi favourite. sekarang masih renovasi juga kah?

    niatnya, kalo ke genting nanti mau puas2 main di themepark :D. selain melihat robot lucu ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya dong... Dipersilakan bawa anak-anak ke sini ya

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com