Selasa, 26 Mac 2019

Keunikan Gabungan Citarasa Arab dan Thai Dalam Sebuah Restoran Di eCurve Mutiara Damansara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kemunculan banyak restoran makanan Arab hari ini bagai satu fenomena memenuhi keperluan masyarakat tempatan. Namun, kali ini LeYa ingin mengetengahkan gabungan dua masakan Arab dan Thai dalam sebuah restoran.

Restoran Arab-Thai, sebuah restoran yang menyajikan dua hidangan, Arab dan Thai membuka pintu kepada para peminat tegar makanan ini. 


Restoran Arab-Thai Cusine ini terletak di E-Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan baru sahaja dilancarkan pada bulan Februari yang lalu. Seni reka bentuk restoran menampilkan kemewahan dan menjadikan restoran ini nampak mewah, eksklusif dan selesa. Ia sangat sesuai dijadikan tempat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Pemilik Restoran, Alaa Abdal Waheed bersama isterinya

Suasana restoran yang selesa dan kondusif

Hidangan Dari Negara Timur Tengah Yang Menyelerakan

Korang yang hadir ke sini boleh membuat dua pilihan menu iaitu masakan Arab ataupun Thailand. Seperti yang sedia maklum, masakan Arab cukup terkenal dengan penggunaan bahan tenusu dan minyak zaitun. Setiap hidangan yang disediakan memang ada rasa bahan tersebut.







Hidangan Arab yang menjadi tumpuan pastinya Kambing Golek yang dimakan bersama Sos Arab dan Nasi Mandy. Selain itu, pengunjung juga dihidangkan dengan pelbagai menu lain seperti Stew Daging, Nasi Khabsa, Ayam Panggang dan banyak lagi.

Turut juga disediakan hidangan Greek Salad, Pasta Salad, Hummus, Dolma (Grape Leave) dan banyak lagi yang istimewa di restoran ini.







Masakan Thai Yang Pasti Menggiurkan

Jom LeYa bawa pula korang dengan pilihan yang tidak asing lagi iaitu Masakan Thai. Rasanya korang yang memang peminat masakan Thai ini dah cukup sinonim dengan rasa pedas dan masam-masam manis. Kat sini, mereka menyajikan menu popular seperti Thai Laksa, Tom Yam, Keng Som (Asam Pedas), Kerabu Mangga dan banyak lagi yang korang sendiri boleh tengok bila datang makan di sini nanti.











Keunikan gabungan dua masakan Arab dan Thai ini bukan saja memiliki keenakan makanan yang dihidangkan malah mampu menambat selera ramai dengan keramahan pemilik yang berlatarbelakangkan dari Arab dan juga Kelantan. 

Restoran ini dibuka, kalau tak silap dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kepada peminat tegar masakan Arab dan Thai, korang dah tak perlu risau lagi. Hanya di satu restoran, korang boleh rasa kedua-dua masakan ini. Jimat kan! Apa tunggu lagi? Jom singgah dan rasa keenakan masakan Arab dan Thai ini.


Alamat

Lot G25-G27, Ground Floor eCurve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Website

10 ulasan:

  1. waaahhhh 2-2 nya my favourite foods laaah :D. Tapi tadi aku pikir di awal makanannya akan berupa fusion antara arabian foods dengan thai. tapi ternyata tetep terpisah yaaa. dilihat dari foto, semua kliatan enaaaak :D. kapan2 kalau aku ke KL lagi, bakal singgah ke resto ini :). kangen jugalaaah, dah lama tak ke KL

    BalasPadam
  2. Wah menarik sgt ni Leya. Gabungan 2 menu berlainan rasa. Tp 2-2 pun fav kak ana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Kalau dah favourite kena lah singgah tu nanti

      Padam
  3. Arab and Thai food mmg fav akak...pasti gabungan yg sedap kan

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com