Jumaat, 22 Mac 2019

Joms Buka @ Nook Selera Indonesia, Aloft KL Sentral

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramadhan kali ini tinggal sebulan sahaja lagi. Sudahkah korang membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini? Yang puasa tak habis tahun lepas, dah berganti ke belum tu? Kalau belum, jangan tangguh lagi ye. Cepat-cepat ganti. 

Sempena Ramadhan menjelang tiba ni, pasti ramai sudah mencari-cari tempat berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan secara berkumpulan. Kalau masih tercari tu, jom LeYa bawa korang dengan Selera Rasa Indonesia dan Malaysia di Joms Buka @ Nook Selera Indonesia, Aloft Kuala Lumpur Sentral


Joms Buka @ Nook Selera Indonesia, Aloft Kuala Lumpur Sentral

Untuk tahun ini, juadah berbuka di Joms Buka @ Nook Selera Indonesia diketuai oleh Nook's Sous Chef, Ahmad Zaki Harun dan Junior Sous Chef, Muhammad Hafiz Izham yang akan menyajikan lebih 150 hidangan masakan tradisional Indonesia dan Malaysia yang akan berganti secara bergilir pada setiap minggu mengikut tema yang disediakan untuk tetamu tidak berasa bosan ketika menikmati hidangan sepanjang bulan Ramadhan.


Antara menu yang akan mendapat sambutan ramai yang pasti menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah Kambing Bakar Bumbu yang mana hidangan ini dikombinasikan dengan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, biji ketumbar, serbuk cili, halia dan serai. Kambing akan dipanggang selama dua jam untuk mendapatkan teksturnya yang lembut dan lembap basah-basah. Selain itu, korang juga akan disajikan juga dengan Sup Kegemaran Indonesia, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah.

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam Penyet

Tempe Goreng Berempah

Selain itu, korang juga boleh nikmati hidangan Appetisers yang mempamerkan rasa Indonesia dan menjadi sebahagian daripada barisan hidangan menarik seperti Gado Gado, Urap Sayur, Rojak Uleg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah Kacang dan pelbagai jenis Kerupuk.



Melangkah seterusnya ke stesen makanan lain dengan menyajikan hidangan seperti Daging Sapi Gongso yang merupakan Signature Nook Ramadhan untuk tahun ini. Daging Sapi Gongso dimarinated bersama kicap manis Indonesia, cili merah dan campuran rempah-ratus Asia termasuk kayu manis, kapulaga, cumin, anise dan fennel. Kemudian, diperap dan direbus selama tiga jam untuk mengekalkan rasa keaslian dan kelembutan daging.

Daging Sapi Gongso

Tidak ketinggalan hidangan Sambal dan Kari Indonesia seperti Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, Sambal Bawang, Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka yang pasti akan ditawarkan bersama dengan hidangan beras Indonesia, Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning bagi melengkapkan hidangan makanan.

Gulai Daging Tetel

Gulai Ayam Padang









Nasi Kuning

Kepelbagaian Sambal Indonesia


Ikan dan Sotong Bakar

Kegemaran rakyat Malaysia yang tidak ketinggalan pada setiap kali bulan Ramadhan ialah Bubur Lambuk. Turut disajikan juga Sup Berempah, Murtabak dan memperkenalkan gerai khas, Warong Satay yang mana sataynya segar dibakar di situ.

Aneka Bahan Bubur Lambuk

Bubur Lambuk

Sup Berempah

Satay

Pisang Goreng

Murtabak


Bufet Ramadhan ini juga menampilkan masakan Cina, India dan Barat untuk tetamu menikmati pelbagai hidangan, di antaranya ialah Kam Heong Crab, Stir-fried Black Pepper Beef, Szechuan Style Bean Curd with Minced Chicken, Lamb Vindaloo, Gosh Badami Kurma (Lamb Kurma), Spicy Mutton Masala, Pizza Pit Stop, Jade Fish Picatta with Mexican Corn Salsa, Vegetable Lasagna, Pan Seared Fish Fillet dan banyak lagi.


Szechuan Style Bean Curd with Minced Chicken

Vegetable Lasagna

Margarita Pizza & Chicken Supreme Pizza

Saat yang dinantikan tiba. Tidak lengkap kiranya sesuatu bufet itu jika tidak disertakan dengan pencuci mulut yang berwarna-warni. Di sini, korang boleh menikmati pelbagai jenis pencuci mulut dari Indonesia, Malaysia dan Barat seperti Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling (palm fruit), Bubur Sumsum (sweet coconut rice porridge), Sago Air Gula dan Kolak Ubi. Hidangan pencuci mulut lain yang disajikan adalah Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Warm Chocolate Brownies, Warm Apple Crumble, Warm Banana Bread dan Butter Puddingyang kesemuanya dihidangkan bersama dengan Sos Vanilla, Stesen ABC, Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake, Fruit Berries Tart dan banyak lagi. Memang berpinar juga mata LeYa dekat bahagian pencuci mulut ni.






Bubur Sumsum

Kolang Kaling








Di siang hari Ramadhan, pastinya tekak akan dahaga tanpa minuman. Di Joms Buka @ Nook ini menyediakan pelbagai jenis minuman yang korang boleh pilih sama ada nak minum Air Tebu, Sirap Bandung, Air Kurma, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Hang Tuah.


Joms Buka @ Nook Selera Indonesia berharga RM138 nett untuk dewasa. Namun untuk mendapatkan promosi terawal (Ramadhan Early Bird Vouchers), ia akan dijual mulai 1 April sehingga 3 Mei 2019. Baucar ini berharga RM105 nett bagi setiap baucar untuk pembelian bilangan baucer 1 - 35 dan RM95 untuk pembelian 36 baucer dan banyak lagi. Setiap baucer ini hanya boleh digunakan sepanjang bulan Ramadhan dari 7 Mei hingga 3 Jun 2019. Tetamu turut digalakkan untuk membuat tempahan awal dulu sebelum menikmati hidangan bufet di Nook. Joms Buka @ Nook Selera Indonesia dibuka dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Sebarang maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi +603 2723 1188 atau lawati laman sesawang, www.aloftkualalumpursentral.com.

22 ulasan:

  1. Makanan Indonesia tapi sayang kawan kita yang datang dari sana yang datang makan hari tu kata tak banyak makanan asli Indonesia heheheh tapi tetap menyelerakan katanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah... Tercari juga.. Sebab LeYa tengok banyak ke Malaysia je.. Tapi syukurlah sedap kan..

      Padam
  2. banyaknyaaa choices rambang mata. tatau nak makan yang mana dlu. scroll tengok makanan haih.. sedap =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Boleh punah diet macam ni kan.. Hehehe..

      Padam
  3. aduh pilihanny banyak dan bikin lapara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya buk... Memang bikin lapar aja perut melihatnya..hehe..

      Padam
  4. Aloft food is really good, I tried their buffet previously standard mmg tip top!

    BalasPadam
  5. yaampunn sis..dugaan nya tgk time perut lapar...sedapnya lahai menu2 ni semua..bolehla cuba nnanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oppss..😬 maafkan penulis kerana telah meliurkan anda.. Hehe..

      Padam
  6. Okay I approved! Sbb suka makanan Indonesia so bila tgok ni mmg nampak Indonesian food betui. Hehe senang nak pi sini also bila bulan puasa nanti~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow! Semoga berselera la nikmati hidangan berbuka puasa nanti

      Padam
  7. Bestnya La haii.. Ramai yang dah buat review tempat berbuka yang best nanti.
    Makanan yang disajikan pun sedapnya la hai.
    Pelbagai pilihan menu pulak tu.
    Orang kata makan sampai tak larat la kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..tau takpe... Kekenyangan yang melampau. Tapi kita control la jugak kan pemakanan kita.. Memanglah semua sedap..hehe..

      Padam
  8. The food at Nook Selera Indonesia, Aloft Kuala Lumpur Sentral look so delicious. definitely a good buffet spread

    BalasPadam
  9. haiyaaaa aku lapaaaar melihat iniii :D. enak-enak semuanyaaa.. malah beberapa makanan indonesia td seperti daging gongso termasuk susah di cari di jakarta sini. beruntung bisa coba di Nooks :).

    makanan malaysia dan indonesia sebenernya ga terlalu jauh beda. sama-sama banyak memakai rempah ;). aku 4tahun kuliah di Penang, jadi sedikit banyak udh terbiasa ama makanan malaysia juga. kadang suka kangen banget ama makanan malaysia yg susah ditemuin. kayak laksa penang, pasembur :D.

    BalasPadam
  10. Terbuka selera tengok sajian2 semua tu.. mmg nampak menarik dan berbaloi makan di sini.. terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yummy! Jom buka puasa di Joms Buka @ Nook Selera Indonesia sekarang.. Eh! Hehehe...

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com