Jumaat, 29 Mac 2019

Berseronok Bersama Mermaids Alive Di Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Waves of Fun bersama Mermaids di Sunway Lagoon merupakan satu percutian singkat LeYa kali ini. Baru-baru ini, LeYa dan Otomen Taro berkesempatan bercuti di Sunway Lagoon. Dah lama juga tak ke sana. Terkejut juga bila masuk dan melihat sudah banyak aktiviti yang menyeronokkan. Memang tak cukup satu hari ni untuk explore kawasan yang luas di Sunway Lagoon ni.

Sesampai sahaja kami di Sunway Lagoon, keadaan masa itu masih lagi terkawal. Mungkin dek kehadiran kami yang terlalu awal atau pada ketika itu cuti sekolah belum bermula lagi. Kami pergi lebih awak untuk tidak bersesak dengan pengunjung yang ramai dan beratur yang panjang nanti. Hehehe... Tak tentu arah jadinya nanti kalau dah ramai sangat orang. Jadi, jom ikuti sedikit pengalaman LeYa berseronok bersama Mermaids di Sunway Lagoon!


Waves of Fun bersama Mermaids di Sunway Lagoon

Sebelum tu... Meh kita kenali dulu Siapa Mermaids ni? Sebenarnya Mermaids adalah Ikan Duyung dan lagenda lama yang berabad lamanya serta ia menjadi inspirasi kepada semua tentang 'penampakannya' di lautan yang biru. Jadi, untuk lebih kenali Mermaids, jom bawa anak-anak sempena cuti sekolah yang masih berbaki 3 hari ini untuk merasai pengalaman mandi-manda dan berseronok bersama Mermaid.


Dalam pada berseronok itu, korang juga diberi peluang belajar bagaimana untuk berenang seperti Mermaid. Bermula dari 23 hingga 31 Mac ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan Mermaid seperti  Meet & Greet Mermaids, Makeover Mermaids dan Berenang bersama Mermaids.

Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang ada di Sunway Lagoon juga boleh korang turut rasai pengalamannya dan berseronok bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Korang boleh cuba pergi ke Titan Scuba Asia untuk belajar cara pernafasan di bawah air dengan peralatan skuba (Eksklusif Kanak-Kanak Berumur 5-11 tahun). Dan tidak dilupakan juga untuk mencuba aktiviti lain seperti Mini Golf, Aqua Volley dan Tic Tac Toe yang pasti memberikan keseronokan tidak terhingga sepanjang percutian korang di Sunway Lagoon ini.



Seperti yang kita maklum, trend hari ini difahamkan yang mana Mermaids dijadikan ikon dan inspirasi dalam aspek kehidupan harian seperti fesyen, penggayaan rambut dan juga kepada makanan dan hiasan yang diilhamkan dari Ikan Duyung ini. Jadi, Sunway Lagoon tidak teragak-agak lagi untuk menjadikan Mermaid sebahagian daripada budaya moden dalam penyatuan aktiviti yang ada di sini sepanjang cuti sekolah ini.

Sementara itu, turut diadakan juga sesi Meet & Greeting bersama Clown Walkabout Characters, Kapten Quack & Lady Quack, Spongebob & Patrick di Pirates Overlay!, Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT), Dora The Explorer dan sahabanya serta Boots yang akan membuat penampilan khas kepada semua pengunjung dan berpeluang berswafoto sebagai kenangan yang paling indah di situ.






Pengunjung juga boleh mendapatkan barangan eksklusif Mermaid seperti Rantai Kunci Duyung, T-Shirt Ikan Duyung, Hiasan Ikan Duyung, MER-licious Ice Cream Treat dari I Scoop 4 U dan minuman Ocenie Slushie yang bertemakan Duyung di Chill Lah. Pengunjung yang menyertai ground activities berpeluang memenangi baucar tunai RM30 dari GEM Studio, baucar tunai RM20 dari Havanians dan baucar 50% untuk kursus berenang Mermaid.







Jadi, bersempena dengan Mermaids Alive, Sunway Lagoon memberikan rasa keseronokan bersama keluarga mahupun rakan-rakan dan rasai pengalaman pengembaraan ini dengan Pakej FAMFun atau Pakej 4-Go-Go yang lebih jimat.

Maklumat lanjut, boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:-

Talian Telefon
+603 5639 0000

Website

Facebook


Selasa, 26 Mac 2019

Keunikan Gabungan Citarasa Arab dan Thai Dalam Sebuah Restoran Di eCurve Mutiara Damansara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kemunculan banyak restoran makanan Arab hari ini bagai satu fenomena memenuhi keperluan masyarakat tempatan. Namun, kali ini LeYa ingin mengetengahkan gabungan dua masakan Arab dan Thai dalam sebuah restoran.

Restoran Arab-Thai, sebuah restoran yang menyajikan dua hidangan, Arab dan Thai membuka pintu kepada para peminat tegar makanan ini. 


Restoran Arab-Thai Cusine ini terletak di E-Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan baru sahaja dilancarkan pada bulan Februari yang lalu. Seni reka bentuk restoran menampilkan kemewahan dan menjadikan restoran ini nampak mewah, eksklusif dan selesa. Ia sangat sesuai dijadikan tempat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Pemilik Restoran, Alaa Abdal Waheed bersama isterinya

Suasana restoran yang selesa dan kondusif

Hidangan Dari Negara Timur Tengah Yang Menyelerakan

Korang yang hadir ke sini boleh membuat dua pilihan menu iaitu masakan Arab ataupun Thailand. Seperti yang sedia maklum, masakan Arab cukup terkenal dengan penggunaan bahan tenusu dan minyak zaitun. Setiap hidangan yang disediakan memang ada rasa bahan tersebut.







Hidangan Arab yang menjadi tumpuan pastinya Kambing Golek yang dimakan bersama Sos Arab dan Nasi Mandy. Selain itu, pengunjung juga dihidangkan dengan pelbagai menu lain seperti Stew Daging, Nasi Khabsa, Ayam Panggang dan banyak lagi.

Turut juga disediakan hidangan Greek Salad, Pasta Salad, Hummus, Dolma (Grape Leave) dan banyak lagi yang istimewa di restoran ini.







Masakan Thai Yang Pasti Menggiurkan

Jom LeYa bawa pula korang dengan pilihan yang tidak asing lagi iaitu Masakan Thai. Rasanya korang yang memang peminat masakan Thai ini dah cukup sinonim dengan rasa pedas dan masam-masam manis. Kat sini, mereka menyajikan menu popular seperti Thai Laksa, Tom Yam, Keng Som (Asam Pedas), Kerabu Mangga dan banyak lagi yang korang sendiri boleh tengok bila datang makan di sini nanti.











Keunikan gabungan dua masakan Arab dan Thai ini bukan saja memiliki keenakan makanan yang dihidangkan malah mampu menambat selera ramai dengan keramahan pemilik yang berlatarbelakangkan dari Arab dan juga Kelantan. 

Restoran ini dibuka, kalau tak silap dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Kepada peminat tegar masakan Arab dan Thai, korang dah tak perlu risau lagi. Hanya di satu restoran, korang boleh rasa kedua-dua masakan ini. Jimat kan! Apa tunggu lagi? Jom singgah dan rasa keenakan masakan Arab dan Thai ini.


Alamat

Lot G25-G27, Ground Floor eCurve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Website

Hari Lahir Ayah Bercuti Di Korea Selatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... Syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana hari ini merupakan hari yang istimewa di mana tanggal 26 Mac 2019 merupakan Hari Lahir Ayah, seorang ketua keluarga yang selalu menyayangi, bertanggungjawab dan memberi didikan sempurna sepanjang LeYa hidup hari ini.

"Selamat Hari Lahir Ayah". Ucapan di pagi hari saat LeYa bangun untuk menunaikan solat Subuh tadi selepas terpamernya ucapan pertama dari Ibu di ruang WhatsApp. 


Hari Lahir Ayah di Seoul, Korea Selatan

Tahun ini, genaplah ayah berusia 60 tahun. Wah! Sudah menjangkau 6 series tu. Anakandamu ini mendoakan agar diberi kesihatan yang baik dan dirahmati dalam lindungan Allah. Semoga ikatan kekeluargaan kekal utuh hingga ke Jannah. Tiada Ayah dan juga Ibu, Tiadalah LeYa sampai hari ini.


Menariknya tahun ini, Ayah dan Ibu pergi bercuti sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Ayah di Seoul, Korea Selatan. 

"It's okay... Kasi peluang Ayah Ibu jalan-jalan satu dunia setelah penat lelah membesarkan kami 3 beradik selama ini."


Ayah dan Ibu ke Korea Selatan bersama sekumpulan rakan-rakan mereka yang telah pun turut bersara dari kerjaya masing-masing. Bak kata orang Nismilan "Dah pencen ni...berjalan laa.. Apo laie.." Hehehe...
Dengan teknologi yang semakin canggih hari ini, hubungan tidak terputus begitu sahaja walaupun berada jauh beribu batu. Ayah telah mengirimkan setiap gambar-gambarnya ketika melawat dan melancong di tempat orang di ruangan WhatsApp. Cantik-cantik betul tempatnya. Teruja juga nak ke sana suatu hari nanti. InsyaAllah. 

Bandar Seoul, Bandar Metropolis Korea Selatan

Menurut Ayah lagi, beliau dan rakan-rakan telah mendarat di Incheon Airport, Seoul, Korea Selatan dan berjalan-jalan di sekitar Bandar Seoul yang sangat cantik. Dari pemerhatian LeYa melalui pembacaan dan pengalaman rakan-rakan yang telah ke sana, Seoul ialah Ibu Negara Korea Selatan dan merupakan sebuah bandaraya metropolis yang sarat dan padat dengan arus pemodenan meliputi bandar pencakar langit, keretapi berteknologi tinggi dan budaya k-pop serta k-drama yang berleluasa sana sini. 

Walau bagaimanapun, warisan budaya seperti istana-istana lama dan pasar-pasar tradisional masih dijaga rapi dan dijadikan sebagai tarikan kepada pelancong untuk dilawati. 




Seoul Central Mosque

Wahhh.... Ayah dan Ibu turut berkesempatan pergi ke Seoul Central Mosque yang terletak di Itaewon. Bestnyeeee tengok... Kalau korang nak tahu lagi, masjid ni adalah masjid terbesar di Korea Selatan. 


Selain itu, kalau korang nak tahu lagi di Itaewon juga terdapat banyak restoran halal buat pelancong Muslim yang melancong ke sana. Sekali nampak Ayah, Ibu dan rakan-rakannya makan makanan Korea, terus rasa craving nak makan makanan Korea pulak.. Hahaha... Apa pun tak boleh lah LeYa ni..

Di Itaewon juga terdapat Foreign Food Mart yang menjual barangan keperluan harian.



Banyak lagi tempat menarik yang Ayah dan Ibu lawati termasuklah Nami Islands dan mungkin tempat-tempat menarik popular lain seperti Bukchon Hanok Village, Changdeokgung Palace, N Seoul Tower, Namdaemun Market dan banyak lagi lah yang LeYa sendiri tak pernah sampai lagi ke sana. Hanya pengalaman dari rakan-rakan yang dah pergi je. Sebab tu tahu lah sedikit nama-nama tempat menarik tuh. 



Apa-apa pun, sempena ulang tahun kelahiran Ayah hari ini, Angah a.k.a. LeYa mengucapkan Selamat Hari Lahir dan Happy Holiday buat Ayah dan Ibu di sana. I love you.