Sabtu, 9 Februari 2019

Rasai Pengalaman Bersama "EGGSTRA SHIOK" Royale Salted Egg Pizza Domino's

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang dah rasa pizza terbaru dari Domino's? Kalau belum, jangan ketinggalan untuk merasai kelazatan pizza baru ini di cawangan Domino's terdekat bermula 11 Februari 2019. Surely, korang akan suka sebab LeYa sendiri tersangat suka dan semacam ketagih je nak lagi dan lagi. Ahahaha... Bila dah ketagih makan "EGGSTRA SHIOK" Royale, Salted Egg Pizza baru ni, sampai tak sedar boleh makan 3 slices sekali hadap. Fuhhh...selalunya hanya makan 2 slices je. Dahsyat kann!


Rasai Pengalaman "EGG-CITING" bersama "EGGSTRA SHIOK" Royale, Salted Egg Pizza Baru

Okay, untuk pengetahuan korang, Domino's telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg Pizza yang mana terdapat 3 jenis pizza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza dan Royale Delight Pizza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan "Eggstra kick" yang enak untuk dinikmati. Nak dijadikan cerita, penemuan pizza ni bermula dengan ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan pizza ini dengan sos telur masinnya. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. 

Tambahan lagi, Domino's turut memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino's juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini.


  

Sejak mula diperkenalkan dengan Domino's Pizza, LeYa memang lebih meminati pizza ini berbanding yang lain. Dah tak pandang kiri dan kanan tentang menu pizza yang lain, LeYa boleh teringin nak makan pizza yang satu ini bilamana dah lama tak menikmatinya. Bayangkan lah, ada sekali tu boleh repeat order Domino's Pizza dua kali dalam sehari. Memang tak muak sebab rasa setiap satu pizza tu lain-lain. Kadang-kadang dek terlalu cepat sangat keluar menu baharu sampai LeYa tak terikut kepesatannya. Ahahaha...


Berpegang teguh kepada janjinya "It's All About You", Domino's sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan telah terbukti dengan penghasilan Salted Egg pizza. Di majlis pelancaran, Linda Hassan, Naib Kanan Presiden Pemasaran Domino's Pizza Malaysia & Singapura berkata, "Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat di mana ia digunakan dalam pebagai jenis makanan. Kami berasa amat bangga "Egg-cited" kerana dapat berkongsi telur masin versi kami tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, pizza telur masin Domino's yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang."


Pelancaran Royale Salted Egg pizza di Domino's ini juga memperkenalkan diskusi menarik yang bertemakan "The Rise of Salted Eggs" yang dihadiri Mori Said dan Adikfoods bagi memeriahkan lagi perbincangan bersama Linda Hassan. Dalam perbincangan itu, para panel berkongsi pendapat dan pandangan terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik dan luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Dalam sessi perbincangan tersebut membuktikan yang telur masin merupakan hidangan yang versatil di mana sangat sesuai dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut.


Pada yang nak cuba rasa kelazatan menu baharu Royale Salted Egg pizza, korang boleh memilih Royale Combo yang terdiri daripada Royale Buddy Combo dengan hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Korang juga boleh menambah menu Royale Chicken Wings pada harga RM12.75 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, korang juga boleh nikmati Royale Cheesy Stix pada harga RM8.30 atau RM9.25 sebagai ala carte.


Royale Salted Egg Pizza - Hidangan Nostalgia Citarasa Malaysia

Salah satu sebab kenapa LeYa jatuh hati dengan menu baharu ini ialah pizza ini mengimbau kenangan ketika menikmati hidangan bersama keluarga mahupun rakan-rakan sewaktu dulu. Ia turut menginspirasikan hidangan tempatan mahupun barat yang menampilkan citarasa rakyat Malaysia di dalamnya dengan rasa sos telur masin itu sendiri. Bak kata pepatah, "Kalau dah selera Malaysia memang tetap selera Malaysia."


Rasa dia jangan cakap lagi lah kan. Sedap namatey bak orang sekarang kata. Dengan berintikan hirisan daging dan ayam yang berkualiti tinggi serta sangat lembut, bergabung pula dengan sos telur masin dan hirisan cendawan dan tuna, memang LeYa berpuas hati dapat makan. Secara peribadi, LeYa meminati Royale Tuna Pizza kerana rasa telur masinnya lebih terasa berbanding yang lain.


Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg pizza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino's Pizza di Semenanjung Malaysia bermula 11 Februari 2019 ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu terbaharu Domino's Pizza Royale Salted Egg dan promosi yang sedang berlangsung, boleh layari laman sesawang di bawah:-

Website

Facebook

Hubungi Talian Telefon
1300 - 888 - 333

22 ulasan:

  1. Mantab tu rasa pizzanya 😋😋👌👌

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah! Memang sedap. Sebab LeYa memang peminat Domino's

      Padam
  2. pizzanya menggoda sekalii.. enak banget kayaknya.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya dong... Memang enak sekali. Nanti dicubain ya..hehe..

      Padam
  3. Yumurtalı pizza 😊 ilginç bir lezzet Türkiye 'de pek sevilecegini sanmıyorum ama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah! It's so delicious.. Come & visit here to taste it

      Padam
  4. Balasan
    1. Hahaha...enak banget rasa nih.. Kamu kena cubain

      Padam
  5. Cik Ash keluar menu baru tak pernah try hahaha encik suami x suka mkn pizza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa... Yeke? Sesekali try bawak.. Mesti incik suami tu tersuka yg ni..hehe..

      Padam
  6. Balasan
    1. Dah boleh pegi makan dah tu sis.. Ape lagi? Hehehe..

      Padam
  7. dominos tak pernah tak sedap. Mantap menu baru kena dengan 'egg' yang tengah viral

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu... Memang sedap sehingga menjilat jari.. Hehehe...

      Padam
  8. Sedap. Selera tekak Melayu sungguh flavour kali ni.

    BalasPadam
  9. oittt kak ana tak merasa lagi ni. nampaknya kena order segera sebab ramai kata sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Dipersilakan order dengan sesegera yang mungkin.. Memang terbukti kesedapannya itu..hehehe..

      Padam
  10. Liez suka giler dgn menu baru ni tapi ayam dia kureng sikit.. tp pizza dia terbaik.. rasa creamy sgt.. dah repeat 2 kali hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Memang sangat sedap. LeYa suka semua..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com